Views: 689

4.4 Murid-murid memetik gandum di ladang gandum

  1. Ayat Alkitab berkenaan:

Mat 12:1-8

1 Pada waktu itu, pada hari Sabat, Yesus berjalan di ladang gandum. Kerana lapar, murid-murid-Nya memetik bulir gandum dan memakannya. 2 Melihat itu, berkatalah orang-orang Farisi kepada-Nya: “Lihatlah, murid-murid-Mu berbuat sesuatu yang tidak diperbolehkan pada hari Sabat.” 3 Tetapi jawab Yesus kepada mereka: “Tidakkah kamu baca apa yang dilakukan Daud, ketika ia dan mereka yang mengikutinya lapar, 4 bagaimana ia masuk ke dalam Rumah Allah dan bagaimana mereka makan roti sajian yang tidak boleh dimakan, baik olehnya mahupun oleh mereka yang mengikutinya, kecuali oleh imam-imam? 5 Atau tidakkah kamu baca dalam kitab Taurat, bahawa pada hari-hari Sabat, imam-imam melanggar hukum Sabat di dalam Bait Allah, namun tidak bersalah? 6 Aku berkata kepadamu: “Di sini ada yang melebihi Bait Allah. 7 Jika memang kamu mengerti maksud firman ini: Yang Ku-kehendaki ialah belas kasihan dan bukan persembahan, tentu kamu tidak menghukum orang yang tidak bersalah. 8 Kerana Anak Manusia adalah Tuhan atas hari Sabat.”

Mrk 2:23-28

23 Pada suatu kali, pada hari Sabat, Yesus berjalan di ladang gandum, dan sementara berjalan murid-murid-Nya memetik bulir gandum. 24 Maka kata orang-orang Farisi kepada-Nya: “Lihat! Mengapa mereka berbuat sesuatu yang tidak diperbolehkan pada hari Sabat?” 25 Jawab-Nya kepada mereka: “Belum pernahkah kamu baca apa yang dilakukan Daud, ketika ia dan mereka yang mengikutinya kekurangan dan kelaparan, 26 bagaimana ia masuk ke dalam Rumah Allah waktu Abyatar menjabat sebagai Imam Besar lalu makan roti sajian itu – yang tidak boleh dimakan kecuali oleh imam-imam – dan memberinya juga kepada pengikut-pengikutnya?” 27 Lalu kata Yesus kepada mereka: “Hari Sabat diadakan untuk manusia dan bukan manusia untuk hari Sabat, 28 jadi Anak Manusia adalah juga Tuhan atas hari Sabat.”

Luk 6:1-5

1 Pada suatu hari Sabat, ketika Yesus berjalan di ladang gandum, murid-murid-Nya memetik bulir gandum dan memakannya, sementara mereka menggisarnya dengan tangannya. 2 Tetapi beberapa orang Farisi berkata: “Mengapa mereka berbuat sesuatu yang tidak diperbolehkan pada hari Sabat?” 3 Lalu Yesus menjawab mereka: “Tidakkah kamu baca apa yang dilakukan oleh Daud, ketika ia dan mereka yang mengikutinya lapar, 4 bagaimana ia masuk ke dalam Rumah Allah dan mengambil roti sajian, lalu memakannya dan memberikannya kepada pengikut-pengikutnya, padahal roti itu tidak boleh dimakan kecuali oleh imam-imam?” 5 Kata Yesus lagi kepada mereka: “Anak Manusia adalah Tuhan atas hari Sabat.”

2. Tarikh dan Masa: Mungkin seminggu selepas peristiwa di atas

3. Tempat: Dalam perjalanan balik ke Galilea dari Yerusalem

4. Plot:

(A) Yesus dan murid-murid melalui ladang gandum pada hari Sabat (1) (23) (1)

(B) Murid-murid memetik bulir gandum dan makan kerana lapar (1) (23) (1)

(C) Orang-orang Farisi menegur perbuatan mereka <berbuat sesuatu yang tidak diperbolehkan pada hari Sabat> (2) (24) (2)

(D) Yesus menggunakan peristiwa Daud dan imam-imam untuk membuatkan mereka faham <berbelas kasihan melebihi persembahan> (3-7) (25-26) (3-4)

(E) Yesus berkata: <Anak Manusia adalah Tuhan atas hari Sabat> <Hari Sabat diadakan untuk manusia>, <Bukan manusia untuk hari Sabat> (8) (27) (5) [1]

5. Renungan:

(A) Sebelum peristiwa ini ada catatan tentang seruan Yesus di Matius: Marilah kepada Ku, semua yang letih lesu dan berbeban berat, Aku akan memberikan kelegaan kepadamu, sebab kuk yang Ku pasang itu enak dan beban-Ku ringan:

28 Marilah kepada Ku, semua yang letih lesu dan berbeban berat, Aku akan memberikan kelegaan kepadamu. 29 Pikullah kuk yang Ku pasang dan belajarlah pada Ku, kerana Aku lemah lembut dan rendah hati dan jiwamu akan mendapat ketenangan. 30 Sebab kuk yang Ku pasang itu enak dan beban-Ku ringan.

Ini menyatakan Yesus juga melakukan perkara yang melepaskan beban manusia pada hari Sabat.

(B) Ini adalah catatan pertama dalam Injil Sipnotik tentang hari Sabat dan Yesus. Memetik bulir gandum dan makan ketika lapar adalah tindakan manusia yang menjaga dan menyayangi diri sendiri, ia juga satu perkara kecil sahaja.

(C) Tetapi peraturan orang-orang Farisi pada ketika itu adalah tidak boleh mengirik, tidak boleh menampi, tidak boleh menuai hasil ladang, tidak boleh menghidupkan api dan memasak. Mereka juga melihat memetik bulir gandum sebagai menuai hasil ladang, dan menanggalkan dedak gandum sebagai mengirik dan menampi gandum, dan juga dianggap menyediakan makanan, dan telah melanggar beberapa peraturan. Namun, catatan dalam Perjanjian Lama tidaklah sedemikian. Nampaknya, mereka telah bersikap keterlaluan dalam hal ini, dan membelakangi firman Tuhan tentang <kasih> dalam Alkitab.

(D) Yesus menggunakan peristiwa Daud memakan roti Rumah Ibadat untuk mengumpamakan murid-murid memakan bulir gandum setelah lapar pada hari Sabat (mungkin belum bersarapan) adalah demi <mengasihi manusia>, mengelakkan diri daripada kelaparan. Ini adalah peraturan yang boleh dilanggari, dan tidak bercanggahan dengan kehendak asal Alkitab yang menginginkan kita melepaskan kerja pada hari Sabat. Dengan kata lain, ia tidak sesuai dengan ketetapan agama Yahudi, namun ia bersesuaian dengan kehendak asal Allah tentang mengasihi manusia.

(E) <Persembahan> (mengumpamakan memegang hari Sabat mengikut kebiasaan) memang penting (perlu memegang hari Sabat), jika ada perkara yang perlu <belas kasihan> (dari hati yang mengasihi manusia, melepaskan manusia daripada kesusahan), harus dilakukan juga. Kedua-duanya bukan dosa, tetapi perkara baik, cuma berbeza dari segi ringan dan berat, atau prioriti sahaja. Oleh itu, hadir ke rumah ibadat pada hari Sabat, berkhutbah dan mendengar khutbah adalah <mengasihi Tuhan>; menyelamatkan manusia pada hari Sabat adalah <mengasihi manusia>; dan ini adalah keseluruhan hukum Taurat, dan menggenapkan kesepuluh Hukum.

37 Jawab Yesus kepadanya: “Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap akal budimu. 38 Itulah hukum yang terutama dan yang pertama. 39 Dan hukum yang kedua, yang sama dengan itu, ialah: Kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri. 40 Pada kedua hukum inilah tergantung seluruh hukum Taurat dan kitab para nabi.” (Mat 22:37-40)

(F) Yesus ialah Imam Besar untuk semua manusia. Imam biasa berhak melayani manusia di rumah ibadat pada hari Sabat dan dikira tidak bersalah terhadap hari Sabat. Apatah lagi bagi Imam Besar ini, Dia lebih berhak melayani Tuhan dan manusia pada hari Sabat dan dikira tidak bersalah terhadap hari Sabat (lebih lagi dikira sebagai memegang hari Sabat). Kini, seiman-seiman dalam Tuhan adalah menjadi imam:

Yaitu bahawa aku boleh menjadi pelayan Kristus Yesus bagi bangsa-bangsa bukan Yahudi dalam pelayanan pemberitaan Injil Allah, supaya bangsa-bangsa bukan Yahudi dapat diterima oleh Allah sebagai persembahan yang berkenan kepada-Nya, yang disucikan oleh Roh Kudus. (Rom 15:16)

Dan biarlah kamu juga dipergunakan sebagai batu hidup untuk pembangunan suatu rumah rohani, bagi suatu imamat kudus, untuk mempersembahkan persembahan rohani yang kerana Yesus Kristus berkenan kepada Allah. (1 Ptr 2:5)

Tetapi kamulah bangsa yang terpilih, imamat yang rajani, bangsa yang kudus, umat kepunyaan Allah sendiri, supaya kamu memberitakan perbuatan-perbuatan yang besar dari Dia, yang telah memanggil kamu keluar dari kegelapan kepada terang-Nya yang ajaib. (1 Ptr 2:9)

(G) Yesus bukan sahaja tidak mengaku Dia tidak memegang hari Sabat, sebaliknya menekankan bahawa Dia adalah Tuhan atas hari Sabat. Dilihat dari konsep tuan dan hamba pada ketika itu, seorang tuan mempunyai hak memberi, membunuh, menyumbang dan merampas. Oleh yang demikian, Yesus mempunyai hak untuk mengubah hari Sabat sesuka hati. Jika Yesus ingin mengubah atau menghapuskan hari Sabat, Dia sudah tentu akan mengambil peluang pada masa itu untuk mengumumkannya. Namun, Dia bukan sahaja tidak menghapuskannya, malah Dia berkata apa yang dibuat-Nya adalah untuk menyatakan <Hari Sabat diadakan untuk manusia (oleh Allah)>. Tidak seperti ahli Taurat dan orang-orang Farisi yang melihat hari Sabat sebagai alat atau cara bagi mereka menyempurnakan peraturan hari Sabat yang telah mereka tetapkan (Manusia diadakan untuk hari Sabat). Maksudnya, tujuan Tuhan mengadakan hari Sabat adalah kerana Dia berbelas kasihan terhadap manusia berdarah daging yang mempunyai kelemahan, dan Yesus menepati tujuan Tuhan mengadakan hari Sabat dengan menyembuhkan pesakit pada hari Sabat. Di samping itu, “Anak Manusia adalah Tuhan atas hari Sabat” menunjukkan pergerakan Yesus tidak dibatasi hari Sabat. “Diadakan untuk manusia” juga menunjukkan diadakan Tuhan untuk manusia, maka manusia perlu memandang berat dan perlu memahami, mentaati kehendak Allah mencontohi Yesus, menjadi tuan ke atas hari Sabat, dan menikmati istirehat yang dikaruniakan Tuhan.

(H) Sebenarnya berdasarkan sejarah dan peristiwa penting dalam Perjanjian Lama, Tuhan tidak meminta dengan ketat peraturan untuk tidak bekerja pada hari Sabat. Ketika umat pilihan mengelilingi kota Yerikho, Tuhan mengarahkan mereka terus mengelilingi kota itu selama tujuh hari (termasuk hari Sabat).

(I) Pokoknya, catatan-catatan Alkitab ini dengan jelas menunjukkan Yesus menguasai hari Sabat, melancarkan dan memegang hari Sabat. Dia juga menunjukkan perkara yang patut dilakukan pada hari Sabat. Maka setiap murid Yesus perlu mematuhinya.

——-

[1] Ada orang yang menganggap ‘Anak Manusia’ sebagai terjemahan bahasa Aram yang salah. Perkataan ini ditujukan kepada ‘manusia’ lebih kepada ‘anak manusia’. Maka ayat ini ditafsirkan sebagai ‘manusia juga adalah Tuhan atas hari Sabat’. Bagaimana hari Sabat dilaksanakan terpulang pada keperluan dan manfaat manusia. Rujuk W. Rordorf, Sunday, p.64; O. Cullmann, Early Christian Worship, 1966, p.88 & The Christology of the N. T., 1959, p.152f; J. Wellhausen, Einleitung in die drei ersten Evangelien, 1911, p.129 & Das Evangelium Marci, 1909, p.20; P. K. Jewett, Lord’s Day, p.38.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *