Views: 222

2.5.2  Hari Sabat selepas abad ke-5

I.  Dari fakta bahawa Paus Gregory (540-604) mengecam pemercaya Kristian dalam Kota Rom yang masih memegang Hari Sabat [1], boleh diketahui bahawa pada waktu itu masih terdapat banyak umat Kristian yang memegang Hari Sabat.

II.  Pada tahun 596 Sebelum Masihi, sebelum Augustine mendakwah di England, sudah terdapat agama Kristian di tempat itu. Aliran Culdees di sebelah utara yang diketuai Colomba juga memegang Hari Sabat:

Colomba, the leading minister of his time among the Culdees, was an observer of ancient Sabbath of Bible.

Today is Saturday, the day which the Holy Scriptures call the Sabbath, or rest. And it will truly be my day of rest, for it shall be the last of my laborious life. [2]

III. Aliran Waldenses merupakan mazhab besar yang ternama dalam sejarah gereja pada abad ke-12. Ia kemudiannya juga dianggap sebagai ajaran sesat. Goldastus, sejarahwan aliran Calvin mencatatkan bahawa mereka juga memegang Hari Sabat:

they were be called by these name because they keep the Saturday for the Lord’s day, and because they did not keep the Sabbath of the papists…In sabbatati{they were called} not because they were circumcised, but because they kept the Jewish Sabbath. [3]

Hingga abad ke-15, aliran Waldenses di Perancis masih memegang Hari Sabat gereja zaman awal yang tidak diamalkan oleh agama Roman Catholic, bahkan masih memegang cara pembaptisan gereja zaman awal. [4]

IV. Aliran Cathari di Perancis, menurut Allix, turut memegang Hari Sabat pada abad ke-12:

that the law of Moses is to be kept according to the letter, and that the keeping of the Sabbath, circumcision and other legal observances.

Akibatnya, mereka mengalami penganiayaan:

In this year [AD1163] certain heretics of the sect of the Cathari,…as on the Lord’s day they did not go to church, they were seized by the neighbors, and detected. [5]

V.  Kira-kira pada tahun 1110 Masihi, tidak kurang mazhab di bahagian selatan Perancis, termasuk Petrobrusians yang diketuai oleh Peter Bruy, yang menentang Paus dan memegang Hari Sabat. [6]

Boleh diketahui daripada fakta sejarah tersebut bahawa dalam dunia Kristian di Eropah, disebabkan penganiayaan agama Roman Catholic, maka mereka yang memegang Hari Sabat akan dilenyapkan. Namun, sememangnya tidak kurang juga pemercaya Kristian yang setia yang sanggup mengambil risiko nyawa untuk memegang ajaran Alkitab dan Hari Sabat.

[1]  Andrew, p278,299.

[2]  Andrew, p300-301.

[3]  Andrew, p307.

[4]  Andrew, p309-310.

[5]  Andrew, p 311-312.

[6]  Andrew, p314.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *