Antara Agama dan Perayaan (Krismas)

HARI NATAL MERUPAKAN PERKARA YANG SERIUS
Hari Natal iaitu ‘Christmas Day’ ialah perayaan yang terbesar dalam kalendar UK (United Kingdom). Sejak awal bulan Disember, tema utama perbualan ialah membeli-belah Hari Natal, persediaan untuk jamuan Hari Natal dan rancangan bagi pertemuan keluarga.

Dua minggu sebelum hari tersebut, perhiasan Hari Natal akan muncul dalam ruangan kerja. Sebakul penuh Kad Hari Natal dihantar dalam sampul surat atau dulang, bekalan pai daging kisar tidak pernah habis dan coklat bertambah banyak dalam bilik teh. Sekumpulan penyanyi carol yang diatur oleh badan-badan kebajikan dan pihak gereja mengerumuni orang ramai untuk tujuan mengumpul derma di stesen kereta api. Tidak kira kita suka atau tidak, Hari Natal telah tiba.

Bagi yang tidak menyambut Hari Natal, apa yang boleh dilakukan untuk menjauhkan diri daripada interupsi ini? Jikalau seseorang itu penganut Islam, adalah munasabah untuk mengatakan “saya merupakan penganut Islam, saya tidak menyambut Hari Natal.” Bahkan ada yang boleh mendakwa, “Saya seorang Atheis” ataupun “saya ialah Jedi Knight, saya tidak menyambut Hari Natal.” Tentu sukar untuk mengatakan, “saya ialah Kristian, namun saya tidak menyambut Kristian.”

Sebagai Kristian, kita terlibat dalam mengambil bahagian serta menyumbang secara aktif kepada masyarakat. Kita banyak meluangkan masa bersama kawan-kawan bukan seiman, pelajar-pelajar, pelanggan dan rakan sekerja. (1 Kor 5:8-10). Dikotomi antara apa yang Yesus ungkapkan sebagai ‘bukan dari dunia’ (Yoh 15:19) dan ‘dari dunia’ (Yoh 17:15) merisaukan banyak pemercaya. Sejauh manakah kita bersepadu dengan masyarakat? Patutkah kita terlibat dalam kebiasaan setempat dan aktiviti kebudayaan ini? Jika kita terlibat, di manakah garis had yang kita tidak patut langkahi? Bagaimanakah tindak balas kita terhadap ketidaksetujuan dalam kalangan ahli Gereja Yesus Benar tentang perkara ini? Setiap isu mesti diselesaikan, begitu juga Hari Natal.

BERANEKA JENIS PAGAN DAN TRADISI AGAMA
Seperti apa yang kita ketahui, Hari Natal adalah gabungan pelbagai amalan, kebiasaan dan cerita-cerita yang telah dihafal serta diturunkan dari satu generasi ke generasi yang seterusnya. Kebanyakan tradisi Natal adalah tidak berkaitan dengan kepercayaan Kristian, boleh dikatakan semua itu adalah amalan atau praktik yang berasal dari orang-orang kafir atau pagan.

Keluarga Kristian tipikal yang menyambut Hari Natal mungkin akan ada Pokok Natal dalam ruang tamu. Golongan muda dalam sesebuah keluarga akan mengambil bahagian dalam melakukan pembaharuan di sekolah. Keluarga dan kawan-kawan saling menukar hadiah di mana ibu bapa dan kanak-kanak atribut kepada karakter yang dipanggil Santa Klaus.

Sesetengah orang mengesan asal usul Pokok Natal sebelum era Kristian. Pokok-pokok dan dahan-dahannya telah diguna dalam budaya zaman purba bagi tujuan pelaksanaan suatu upacara. Semasa menyambut soltis musim sejuk (hari paling singkat dalam satu tahun), masyarakat Mesir Purba membawa daun kurma ke dalam rumah sebagai tanda kelahiran mengalahkan kematian. Sewaktu orang Rom menyaksikan pesta Saturnalia, sebahagian daripada upacara adalah menaikkan Dahan Evergreen. Orang awal Skandivania dikatakan memberi penghormatan kepada pokok Evergreen.

Pohon Mistletoe mempunyai makna kepada penyambutan Hari Perayaan Natal oleh orang Inggeris. Satu dahan Mistletoe digantungkan dalam rumah dan menurut kebiasaan sorakan Hari Natal, dua orang yang berjumpa di bawahnya harus berkucup. Kebiasaan ini adalah tradisi yang percaya bahawa Mistletoe boleh menjanjikan kesuburan.

Hari ini, ada sekolah dan gereja yang mengatur lawatan ke rumah jagaan (orang tua / anak-anak yatim). Mereka akan menyanyi lagu-lagu yang biasa dimainkan sewaktu Hari Natal. Selain daripada itu, banyak keluarga menikmati tradisi Hari Natal terutamanya dalam aktiviti kemasyarakatan seperti menghadiri Perarakan Hari Natal.

Perayaan Hari Natal secara keagamaan bagi menandakan hari kelahiran Yesus disambut sehari sebelum Hari Natal. Gereja-gereja Roman Katolik menyambut mass pertama Hari Natal ada tengah malam. Gereja Protestan pula meraikan Upacara Kebaktian Menyalakan Lilin Hari Natal pada lewat hari sebelum Hari Natal.

* Kurang keyakinan dalam imam kita dan kurang kepercayaan kepada Tuhan sering membawa kepada pemalsuan terhadap kepercayaan dan amalan kita.

TRADISI TANPA KEPERCAYAAN
Meskipun ada latar belakang keagamaan mengenai Hari Natal, hari cuti ini telah hilang kandungan keagamaan di UK. Bagi pihak majoriti, Hari Natal tidak lagi asli seperti dahulu. Ia sudah hilang unsur ketuhanan dan hanya fokus kepada hadiah, makanan dan berpesta. Para Atheis juga menikmati muzik musim tersebut, mereka gembira apabila menerima hadiah daripada keluarga dan sahabat-sahabat serta mengucapkan “Merry Christmas” kepada semua orang.

Persoalannya, adakah penglibatan dalam perayaan yang tidak ada kandungan keagamaan itu suatu masalah? Kita tidak akan ditegur dalam mengingati, menghormati dan melibatkan diri dalam Hari Peringatan.

Sebilangan besar ahli Gereja Yesus Benar menganggap semua yang berkaitan dengan Hari Natal adalah larangan. Jika kita mengikuti fahaman tersebut, maka kita tidak patut melibatkan diri dalam semua aspek Hari Natal. Contohnya, kita tidak makan tengah hari sempena sambutan Hari Natal di kantin, tidak menerima Kad Hari Natal dan tidak menghadiri sebarang aktiviti Hari Natal.

Tidak dapat dinafikan pendekatan atau polisi tersebut dapat mengelakkan pemercaya daripada dipengaruhi dan dicelakakan. Namun, kesetiaan yang membuta tuli itu (tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti Hari Natal ) Jika tidak dilengkapi dengan pengetahuan kebenaran, maka sukar untuk bertahan dalam pengujian masa. Hanya pada waktu kita merasional dan menerapkan kepercayaan kita dengan firman Tuhan serta Roh Kudus maka kita dapat berdiri teguh dan bertindak secara bertanggungjawab atas sewajarnya.

MELAKUKAN PERINTAH TUHAN DENGAN SETIA
Alkitab dengan jelas mengingatkan kita untuk mentaati hukum-hukum Taurat. Umat pilihan tidak sepatutnya mengikuti cara bangsa lain beribadah kepada tuhan mereka. Sebagai contoh dalam prinsip ini, Tuhan tidak membenarkan tiang berhala dan tugu berhala didirikan di samping mezbah-Nya (Ul 16:20-22). Kita tidak boleh menggantikan Tuhan dengan allah yang lain. Kita tidak boleh menggantikan Tuhan dengan allah yang lain. Kita juga tidak dibenarkan untuk melakukan ibadah dengan cara lain, selain daripada cara yang diperintah Tuhan kepada kita (Ul 12:2-4).

Menyembah berhala dan membakar anak-anak (Ul 12:31). mereka merupakan perbuatan keagamaan yang dipercayai akan memperoleh jawapan daripada tuhan mereka. 450 orang Nabi Baal memanggil tuhan mereka dengan lebih keras dan menoreh diri mereka dengan pedang serta tombak (1 Raj 18:28). Namun, mereka masih tidak mendapat jawapan. Walaupun nabi-nabi Baal percaya dalam apa yang mereka lakukan, tuhan mereka tetap enggan menunaikan permintaan mereka. Nampaknya, walaupun syaitan akan menggunakan peluang sedemikian untuk melakukan kerjanya, kepercayaan yang palsu tetap tidak membawa apa-apa kebaikan dan tidak ada kesannya.

Tuhan melarang umat pilihan-Nya menoreh diri mereka ataupun menggundul rambut di atas dahi mereka kerana kematian seseorang (Ul 14:1). Sebagai anak Tuhan, kita tidak boleh melakukan perkara yang telah dilakukan oleh bangsa lain bagi allah mereka.

Musa memberitahu orang Israel,
“Jangan engkau berbuat seperti itu terhadap TUHAN, Allahmu; sebab segala yang menjadi kekejian bagi TUHAN, apa yang dibenci-Nya, itulah yang dilakukan mereka bagi allah mereka; bahakan anak-anaknya lelaki dan anak-anaknya perempuan dibakar mereka dengan api bagi allah mereka. Segala yang kuperintahkan kepadamu haruslah kamu lakukan dengan setia, janganlah engkau menambahinya ataupun menguranginya” (Ul 12:31,32).

LARANGAN TUHAN DALAM PETIKAN ALKITAB YANG DINYATAKAN DI ATAS DAPAT DIKAJI DALAM TIGA ASPEK IAITU:
i. Kepercayaan Palsu
Apa juga bentuk sistem, kepercayaan atau amalan yang diasaskan manusia adalah pekercayaan palsu. Walaupun kepercayaan tersebut dianggap sebagai kebenaran oleh manusia, namun kepercayaan tersebut tidak diterima Tuhan. Kita harus mengabaikan sebarang sistem kepercayaan palsu yang dibentuk oleh sokongan atau doktrin tradisional manusia (Kol 2:16-23).

Ada justifikasi Alkitab yang dapat digunakan untuk menjelaskan Hari Natal atau catatan tentang hari kelahiran Yesus. Sekiranya kita percaya bahawa menghadiri ibadah Hari Natal adalah wajib, maka itu adalah kepercayaan yang tidak benar. Kita tidak sepatutnya melibatkan diri dalam aktiviti -aktiviti tersebut kerana imam kita akan dikompromi.

Kurang jelas tentang ajaran kebenaran yang murni dan kurang percaya kepada Tuhan biasanya akan menyebabkan kita disesatkan dalam iman kepercayaan. Keadaan ini berlaku tanpa kita sedar. Umpamanya, perbuatan membawa benda yang dianggap memberi nasib baik dan penenang jiwa. Perbuatan yang sesat seperti itu adalah secara langsung mengambil bahagian dalam upacara ritual (Gal 4:9, 10; Kol 2:16-23), ataupun mengelak mengambil sesetengah jenis makanan (Rm 14:2).

Jika ada yang mempersoal tentang imannya, itu bukan iman tetapi dosa (Rm 14:23). Demikian juga, jika ada yang percaya bahawa makan pai daging kisar ataupun menggantung Mistletoe dalam rumah membawakan nasib baik, itu sebenarnya bercanggah dengan ajaran Alktiab. Kepercayaan tersebut adalah salah dan tidak membawa kebaikan melainkan keburukan.

ii. Simbolisme
Simbolisme atau tanda tidak kira secara keagamaan atau sekular, memainkan peranan yang signifikan dalam hidup kita. Jenama terkemuka adalah simbol kekayaan, status dan eksklusif. Mengenakan popi ataupun gelang tangan warna tertentu menggambarkan perpaduan dan sokongan terhadap sebab dan nilai yang lazim.

Simbolisme juga memainkan peranan penting dalam Alkitab. Sunat adalah tanda perjanjian antara Tuhan dan Abraham (Kej 17:11). Pelangi adalah tanda perjanjian antara Tuhan dengan segala makhluk yang ada di bumi (Kej 9:12,13). Mengikat firman Tuhan sebagai tanda pada tangan, lambang di dahi dan menuliskannya pada tiang pintu rumah atau pintu gerbang menunjukkan kesetiaan penuh kepada perintah Tuhan (Ul 6:8,9).

Namun, pernyataan simbol itu sendiri tidak membawa nilai sekiranya pemercaya simbol tersebut tidak melaksanakan nilai-nilai itu dalam hidup mereka. Simbol tersebut hanya menyemai rasa keselamatan yang tidak benar. Orang-orang Farisi memakai tali sembahyang yang lebar dan jumbai yang panjang (Mat 23:5) sebagai simbol kealiman mereka. Namun, hal itu menyebabkan Yesus mengecam mereka kerana mereka lebih suka menerima penghormatan daripada manusia berbanding melakukan perintah Tuhan.

Yoel memperingat umat Tuhan untuk mengoyakkan hati mereka dan bukannya pakaian mereka sebagai tanda pertaubatan (Yl 2:13).Kita harus peka terhadap apa yang kita pakai, apa yang kita kenakan dan apa yang kita lakukan.

Meletakkan Pokok Natal di dalam ruang tamu mungkin lambang yang menunjukkan kita mengamalkan nilai tentang hari cuti itu. Namun, ia juga mungkin berkaitan dengan pesta liar, mabuk, menghadiri perayaan keluarga dan pertemuan sosial. Tidak dinafikan ada yang menegaskan mahu menyambut hari kelahiran Yesus.

Sebagai pemercaya Gereja Yesus Benar, kita perlu bertanya, “adakah saya berkongsi nilai tersebut?” dan ” Kenapa saya terlibat dalam perkara yang saya tidak setuju dan tidak mahu melibatkan diri?” JIka kita tidak berkongsi nilai sedemikian, apa tujuan kita menyambut Hari Natal?

iii. Kebinasaan Fizikal dan Rohani

Sebab kamu telah dibeli dan harganya telah lunas dibayar; Kerana itu muliakanlah Allah dengan tubuhmu! (1 Kor 6:20)

Tuhan telah memilih kita dari dunia ini sebab itulah dunia membenci kita (Yoh 15:19). Walaupun begitu, Tuhan tidak meminta supaya kita diambil dari dunia (Yoh 17:15). Adalah lumrah bagi manusia untuk mahu dikasihi oleh orang di sekelilingnya seperti keluarga, sahabat-sahabat dan rakan sekerja. Namun, ‘kelainan’ kita sebagai anak Tuhan memisahkan kita dari dunia. Itulah sebabnya dunia membenci kita (Yoh 15:19). Lebih banyak kita melibatkan diri dengan dunia, maka kita akan lebih disukai oleh dunia. Kita perlu waspada terhadap kebinasaan rohani dan bahaya yang didedahkan kepada diri kita serta saudara-saudara dalam mengikuti aktiviti Hari Natal.

Perbuatan saling menukar hadiah pada Hari Natal atau meletakkan pokok Natal di dalam rumah bukanlah dosa. Tetapi, ia merupakan satu proses penyerapan yang kita langgani secara tidak sedar.

Tuhan menegur umat-Nya dengan keras sejak zaman dahulu supaya tidak mengikuti perbuatan bangsa lain (Ul 8:19). Teladan firman yang disampaikan oleh orang kudus diturunkan dari satu generasi ake generasi seterusnya (Yud 3; 2 Tim 1:13;2:2). Kita tidak boleh menolak atau menukarkan firman Tuhan.

Syaitan biasanya menukarkan hukum Tuhan secara halus dan berjaya menjatuhkan manusia ke dalam dosa (Kej 3:4; Yud 4). Kita mesti berwaspada agar tidak memberi peluang kepada Iblis untuk bertindak terhadap kita. Menjadi murtad adalah suatu proses. Sama seperti Lot yang secara perlahan – lahan berkhemah di dekat Sodom (Kej 13:12), mungkin kita juga secara perlahan-lahan diheret meninggalkan kebenaran ketika mengikuti tradisi dan amalan dunia ini.

Kita mesti berwaspada agar tidak memberi peluang kepada iblis untuk bertindak terhadap kita. Menjadi murtad adalah satu proses. Sama seperti Lot yang secara perlahan-lahan berkhemah di dekat Sodom (Kej 13:12), mungkin kita juga secara perlahan-lahan diheret meninggalkan kebenaran ketika mengikuti tradisi dan amalan dunia ini.

MELIBATKAN DIRI SECARA POSITIF DALAM DUNIA
Dalam Ulangan 22:9-11, Tuhan melarang umat-Nya menabur bersama jenis benih yang berbeza, membajak menggunakan haiwan yang berlainan jenis bersama-sama dan memakai pakaian yang diperbuat daripada dua jenis bahan yang berbeza. Kenapa Tuhan risau mengenai hal kebendaan seperti ini? Tidakkah Dia merujuk kepada hal yang lebih mendalam?

Yesus telah memberikan contoh yang baik kepada kita untuk diteladani. Dia berada di dunia tapi bukan berasal dari dunia ini. Dia dituduh minum dan makan, menandakan Dia biasanya terlibat dalam aktiviti dunia seperti menghadiri jamuan perkahwinan. Namun pada masa yang sama, Dia telah hidup dengan tegas dalam hal beribadah, berpuasa dan berdoa.

Dia sangat peka terhadap keperluan fizikal dan emosi orang lain. Dia tidak kisah melanggar peraturan (hukum manusia) dan menimbulkan bantahan daripada orang ramai. Sikap pragmatis seperti itualh yang sepatutnya kita contohi. Kita tidak mengikuti tradisi Hari Natal dengan menghantar kad Natal dan menghiasi ruang tamu dengan meletakkan pokok Natal. Kita juga tidak mengatur aktiviti parti Hari Natal di tempat kerja atau universiti; mahupun melarikan diri daripada sebarang penglibatan sewaktu musim Hari Natal.

Sekiranya kita menghadiri aktiviti sewaktu Hari Natal seperti menghadiri jamuan makan Hari Natal dan membenarkan anak-anak kecil terlibat dengan program Hari Natal di sekolah mereka, kita perlu menanyakan soalan berikut;

i. Adakah aktiviti tersebut mempunyai unsur keagamaan bagi pihak kita dan kepada pihak yang menjemput kita? (Sekiranya jawapan adalah tiada, maka penyertaan itu tidak berbeza dengan acara sekular lain).

ii. Adakah kita mendedahkan diri kita kepada kebinasaan fizikal atau rohani? Adakah kita menggambarkan maksud yang salah kepada permercaya yang lemah dan keliru dalam soal keimanan mereka? (Jikalau ya, lebih baik jangan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti tersebut).

PENUTUP
Dengan pemikiran yang betul, tidak menjadi kesalahan untuk terlibat secara pasif dalam aktiviti musim perayaan Hari Natal. Hal ini demikian kerana kita mengetahui Hari Natal itu adalah tidak benar. Sebagai contoh, menerima kad Hari Natal bukan suatu dosa asalkan kita mengetahui itu hanyalah tanda niat baik daripada kawan dalam masyarakat.

Walau bagaimanapun, kita tidak mahu dianggap memegang kepercayaan yang tidak benar. JIkalau sahabat menjemput kita bertemu pada musim Hari Natal, kita tidak perlu takut untuk menerima jemputan tersebut. Tetapi kita harus mengingat bahawa kita mencerminkan imej Yesus ke mana saja kita pergi.

Sumber:
MANNA 56. Holidays, dlm
ia.tjc.org/elibrary/contentDetail.aspx

Antara Agama dan Perayaan (Asal Usul Ester/ Paskah)

Audery Chan, Lelcester UK
(Terjemahan MANNA, Issue 56, Vol 32)

PROLOG
Bagi banyak penganut agama Kristian, Hari Ester adalah suatu musim perayaan untuk memperingati kematian, terutamanya kebangkitan Kristus. Di United Kingdom, jarang-jarang ada orang yang lupa akan musim cuti ini. Pada setiap tahun, sekurang-kurangnya satu bulan sebelum perayaan Ester, kedai dan pasar mengingatkan pelanggan dengan mempamerkan pelbagai jenis telur berwarna-warni yang berisikan coklat dan arnab-arnab, kad ucapan dan produk-produk Ester yang lain.

Sebagai Kristian Gereja Yesus Benar, Kita tidak merayakan Hari Ester dan Paskah. Namun, sejauh manakah kita faham tentang perayaan ini? Apakah kita dapat menjelaskan kepada orang lain dengan yakin sebab-sebab kita tidak merayakan Paskah / Ester? Kawan-kawan kita dari gereja lain pasti berasa hairan mengapa kita tidak mementingkan perayaan yang begitu penting dalam kalendar Kristian. Adakah kita tahu menyampaikan ajaran kepada anak-anak kita untuk membetulkan tanggapan mereka terhadap mesej yang diterima dari sekolah mengenai Ester / Paskah?

SEJARAH ASAL – USUL ESTER / PASKAH
Nama ‘Ester’ dihubungkaitkan dengan tuhan bagi bangsa Anglo Saxon kafir yang disebut Eastre, Ostara dan Eostre. Bangsa Saxon di Eropah Utara merayakan perayaan tahunan ini bertujuan bersyukur kepada dewi musim semi kerana memberi pembaharuan hidup selepas musim salji. Pada zaman kuno di sebelah Timur, ramai orang menyembah dewi yang bernama ‘Eastre’, yang membawa simbol kesuburan. Mereka juga mengaitkan Isthar di Babel dan Astarte (Ashtaroth) di Phoenicia. Adalah perkara mustahil jikalau mereka menyembah dewi yang sama tapi dengan gelaran-gelaran yang lain.

Sejarah juga memberitahu kita bahawa mubaligh Kristian pada zaman awal yang menyebarkan injil di Eropah Utara. Mereka mengizinkan bangsa Anglo-Saxon mengekalkan amalan pagan supaya mengehadkan tindak balas buruk terhadap ajaran Kristian. Selain itu, tindakan sedemikian memudahkan penukaran agama. Mubaligh Kristian berjaya menukarkan agama mereka, dan pada abad ke-8, penganut agama Kristian bangsa Anglo-Saxon mula mengingati kebangkitan Kristus dari kematian menerusi perayaan yang mereka gelar sebagai ‘Eastra’ yang kemudiannya ditukar menjadi ‘Ester’.

Perkembangan ini telah menyebabkan gereja-gereja selepas Zaman Rasul menyimpang dari kebenaran kitab suci. Selangkah demi selangkah telah mengubah ajaran asal Yesus dan rasul-rasul. Perubahan ini termasuk memegang Hari Sabat kepada hari pertama iaitu hari Ahad. Kebaktian pada hari Ahad dijadikan sebagai perayaan mingguan kerana pada hari itu adalah kebangkitan Yesus dari kematian, atau dikenal sebagai ‘Hari Tuhan’. Kemudiannya, tertubuhnya Paskah Tahunan Kristian. Paskah untuk memperingati kebangkitan Yesus ini kemungkinan besar dimulakan pada abad kedua.

Majlis atau Konsili Nicaea Pertama pada tahun 325 selepas masihi, mengisythiharkan bahawa semua gereja harus memegang Paskah Kristian pada hari Ahad setelah bulan purnama pertama yang jatuh pada atau setelah Musim Bunga. Hari ini, Gereja Kristian di sebelah barat meneruskan amalan yang ditetapkan Majlis Nicea dengan menyambut atau merayakan Hari Ester pada Hari Ahad antara 22 Mac dan 25 April.

TRADISI ESTER
Warisan mubaligh Kristian peringkat awal adalah menyesuaikan adat pagan Eropah Utara yang dikaitkan dengan musim semi dan ritual kesuburan dengan Hari Ester. Tambahan pula, selepas melalui beberapa abad, Kristian telah menambah banyak adat tempatan yang lain. Antaranya adalah:

a. Arnab Hari Ester adalah berasal dari tradisi bahawa arnab adalah haiwan kesayangan Dewi Eostre. Dalam budaya pagan, arnab melambangkan kasih, pertumbuhan dan kesuburan – kesemuanya ini mempunyai hubungan dengan musim semi.

b. Penukaran telur-telur melambangkan kelahiran baru. Dalam budaya pagan, perkara ini berkaitan dengan kebangkitan dan kelahiran Matahari baru. Musim semi muncul selepas musim salji adalah suatu sebab perayaan ini dirayakan. Mitologi Anglo-Saxon mengatakan arnab Eostre’s menghasilkan telur berwarna-warni untuk kanak-kanak. Kemudiannya, telur-telur dikaitkan dengan erti kelahiran baru ataupun kebangkitan Kristus, kemungkinan dikaitkan dengan kubur batu tempat Yesus bangkit. Banyak ritual baru terbentuk pada zaman pertengahan, termasuk menghiasi, membuang, mengguling, ataupun menyembunyikan telur supaya budak-budak mencari. Istilah ‘Telur Ester’ dimasukkan ke dalam Bahasa Inggeris sekitar tahun 1825, dan telur coklat yang pertama telah diperkenalkan pada tahun sekitar 1880.

c. Di England, membuat ‘roti salib panas’ pada hari Good Friday adalah datang dari Zaman Tudor di mana mereka menyebut roti itu sebagai ‘cross buns’. Roti diperbuat dari ragi, kismis, rempah dan perasa. Roti tersebut kemudiannya ditanda dengan simbol salib. Berkemungkinan budaya membuat roti berasal dari pada orang pagan membuat kek-kek gandum pada waktu perayaan musim bunga. Dalam kitab suci, kita mendapati rakyat Yehuda menyediakan kek-kek seperti ini untuk ‘Ratu Syurga’ ( Ashtoret) pada zaman Nabi Yeremia ( Yeremia 7:18) Adat lain seperti:
• Memakai topi dan baju yang baru pada Ahad Ester yang melambangkan kelahiran semula.
• Makan ikan pada Good Friday dan pada setiap jumaat telah diumumkan sebagai hari puasa ( sekurang-kurangnya mengelakkan dari makan daging ) menandakan Kristus telah disalibkan.
• Makan domba, telah dikaitkan dengan Hari Ester kerana Kristus adalah domba paskah.

ADAKAH HARI ESTER TERCATAT DALAM KITAB SUCI?
Dimanakah kita dapat menemui catatan atau ajaran tentang memegang Paskah Tahunan Kristian ataupun Ester dalam kitab suci? Dengan kata yang lain ‘adakah Hari Ester tercatat dalam Kitab Suci?’.Jawapannya ‘tiada’. Asal usul Hari Ester sebenarnya hasil perkembangan gereja zaman awal, politik agama dan menerapkan adat pagan. Perkara ini menggambarkan betapa ketara ajaran dan amalan gereja telah diubah selepas kematian rasul-rasul.

Sejarawan Gereja Greek, Sokrates dari Konstantinopel (lahir sekitar tahun 380) menulis bahawa terdapat amalan penduduk tempatan meresap masuk ke dalam segelintir gereja. Dia menyatakan bahawa Yesus dan rasul-rasul tidak pernah mengajar pemercaya memegang perayaan ini; ‘…setiap individu di segala tempat, sesuai dengan kemahuan/keselesaan sendiri, mempunyai kebiasaan merayakan untuk memperingati betapa besarnya penyelamatan. Juruselamat kita dan para rasul memerintahkan kita tanpa adanya hukum untuk merayakan perayaan ini…perayaan Ester dirayakan di segala tempat sesuai dengan individu itu sendiri mengikut keunikan orang-orang tersebut di mana para rasul tidak pernah memberikan perintah dalam hal ini’

KEMBALI KEPADA AJARAN KITAB SUCI
Kitab Suci tidak mengajar menyambut Hari Ester. Alkitab hanya memberitahu kita bahawa Yesus mengasaskan sakramen supaya dipegang oleh pemercaya. Pada perjamuan paskah, Tuhan Yesus bersama-sama murid-murid-Nya.Waktu itu Yesus memecahkan roti tidak beragi dan memberitahu mereka bahawa roti itu adalah tubuh-Nya.Yesus juga memberikan cawan yang mengandungi hasil pokok anggur merupakan darahNya (Lukas 22:19,20; Matius 26:29;1 Korintus 5:8, 10:17). Dengan melakukan ini, Dia telah memberi jamuan itu suatu makna dan methodologi yang baru.

Yesus khasnya menyuruh, ‘…dan sesudah itu Ia mengucap syukur atasnya; Ia memecah-mecahkannya dan berkata:” Inilah tubuh-Ku, yang diserahkan bagi kamu; perbuatlah ini menjadi peringatan akan Aku!” Demikian juga Ia mengambil cawan, sesudah makan, lalu berkata:” Cawan ini adalah perjanjian baru yang dimeteraikan oleh darah-Ku; perbuatlah ini, setiap kali kamu meminumnya, menjadi peringatan akan Aku!’(1 Korintus 11: 24-25)

Kemudian rasul Paulus juga menulis:
‘Sebab setiap kali kamu makan roti ini dan minum cawan ini, kamu memberitakan kematian Tuhan sampai Ia datang ‘ (1 Korintus 11:26).

Dengan erti kata lain, Yesus mahu kita memegang sakramen (Perjamuan Kudus, 1Korintus 10:16) untuk memperingati kematiaanNya untuk ingat bahawa Dia telah mempersembahkan tubuhNya dan mengalirkan darahNya demi kita.

Yang penting, kita tahu Yesus tidak memberi arahan atau mengasaskan sebarang amalan-amalan yang berkaitan dengan hal yang berikut untuk kita ikut:
• Kekerapan mengadakan Sakramen Perjamuan Kudus
• Keperluan mengadakan perjamuan tahunan untuk memperingati kematiaanNya ataupun kebangkitanNya.
• Menetapkan Hari Ahad sebagai hari yang khas untuk memperingati kebangkitanNya

Perkataan Yesus dan Paulus adalah, ‘setiap kali kamu makan roti dan minum cawan ini’ menunjukkan bahawa kita boleh mengadakan Sakramen Perjamuan Kudus selalu. Setiap kali mengadakannya, kita mempunyai peluang untuk memperingati pengorbanan dan anugerah keselamatan Tuhan Yesus Kristus berikan kepada kita. Sebarang permintaan yang di luar kebenaran, adalah tidak terkandung dalam kitab suci.

MENYEMBAH KEPADA TUHAN YANG BENAR
Sebagai umat Kristian, kita hanya menyembah kepada Tuhan yang benar – Satu Tuhan yang cemburu kepada berhala. (Keluaran 20:3- 5; 1 Korintus 10: 14-22; Galatia 5: 16-21; 1 Yohanes 5:21).

Namun, umat Kristian yang tidak takut kepada Tuhan akan melakukan ibadah yang berakarkan berhala. Pada hakikatnya, adat-adat yang berkaitan dengan amalan pagan, termasuk perkara yang berkaitan dengan Ester telah dicampur aduk ke dalam amalan Kristian. Masalahnya banyak umat Kristian tidak merasakan kesan negatif kerana tidak memahami maknanya ataupun tidak mengambil tahu tentang perayaan
ini.

Perbuatan gereja selepas zaman rasul mencampur aduk unsur berhala ke dalam gereja memberi amaran kepada kita. Sejak perjanjian lama lagi Tuhan sudah memberi peringatan lebih awal kepada umat Israel supaya tidak bergaul dengan orang Kanaan (Ulangan 12: 30, 31).Tuhan melarang sedemikian supaya orang Israel tidak menyembah berhala pada masa yang sama menyembah Tuhan.

Orang Israel enggan mendengar amaran dan menjadi semakin terpengaruh oleh bangsa di sekitarnya. Contohnya,mereka membawa masuk amalan-amalan berhala ke dalam penyembahan Tuhan. Dengan melakukan demikian, mereka seringkali membangkitkan amarah Tuhan.

MENGURUS SAMBUTAN HARI ESTER
Tuhan mahu kita supaya memelihara diri di dalam batas kebenaran, iaitu Firman-Nya (Yohanes 19: 17). Kita tidak harus menokok tambah ataupun mengubah ketetapan Tuhan. Kita tahu Hari Ester tidak ada dalam kitab suci, oleh itu kita tidak boleh menyambut perayaan ini walaupun perayaan ini nampak normal dalam kehidupan sekarang. Contohnya bagi mereka yang mempunya anak di sekolah yang mengadakan aktiviti perarakan Ester; maka ajakan untuk memburu telur, hadiah hadiah Ester dan sebagainya. Banyak aktiviti pada musim itu yang fokus untuk muda mudi. Apakah yang boleh kita lakukan? Pendekatannya adalah berterus terang kepada orang lain tentang pendirian kita.

PRODUK-PRODUK ESTER
Pertama, mengenai produk-produk musim perayaan, kita tahu mengabaikannya sewaktu berada di dalam kedai.Kita tidak perlu membeli telur bercoklat Ester atau Arnab kerana banyak pilihan makanan manis untuk memenuhi selera kita. Kita perlu menjelaskan kepada anak-anak tentang sebab tidak menyambut Hari Ester.Dengan demikian mereka akan tahu dan tidak meminta membeli produk-produk Ester.

Ada segelintir orang mungkin mempertikaikan coklat telur Ester hanya suatu kuih muih. Namun, kalau kita sengaja mencari makanan itu dan membelinya, kita akan memberi mesej mengelirukan kepada anak anak, memberi suatu teladan yang tidak baik kepada saudara-saudari sekeliling kita, serta menyokong penjualan produk Ester secara aktif.

Namun demikian,terdapat isu mengenai keseimbangan dan munasabah. Maksudnya kalau ada kawan memberi telur Ester kepada kita atau anak-anak kita, kita tidak perlu memberi reaksi atau tindakan berlebihan. Kita harus ingat bahawa dalam kebanyakan kes, orang memberi kita telur Ester tidak bermaksud mereka itu menyambut perayaan Ester, mereka hanya mengikut kebiasaan Perayaan Easter.

Bagi kawan yang rapat dengan kita, mungkin kita boleh menolak hadiah mereka dengan cara baik dan menjelaskan sebab menolak pemberian itu. Dalam hal ini, kita boleh mengucapkan terima kasih secara sopan dan memberi penjelasan secara ringkas mengenai sebab kita tidak boleh membalas pemberian tersebut. Perkara sedemikian sudah memadai. Kita tidak perlu menimbulkan isu yang besar. Diharap mereka memahaminya supaya tidak mengulangi perbuatan itu pada tahun-tahun yang akan datang. Dalam masyarakat yang mempunyai berbagai budaya dan adat, kebanyakan orang boleh menerima perbezaan kepercayaan. Lagipun, perkara ini adalah peluang yang baik untuk memulakan perbualan kita tentang Ester serta mengongsikan kepercayaan kita kepada mereka. Dengan demikian mungkin kita boleh memimpin mereka ke arah yang benar.

AKTIVITI ESTER
Aktiviti sekolah dan komuniti; sekiranya kita mempunyai anak yang kecil maka kita boleh menjelaskan kepercayaan kita kepada guru-guru ataupun orang yang berkenaan. Kita jelaskan tentang aktiviti yang kita harap dan tidak harap anak kita sertai. Kalau kita mempunyai anak yang lebih matang atau lebih tua, mereka boleh menjelaskan hal ini sendiri kepada guru-guru tapi kita perlu memberi idea kepada mereka perkara yang perlu dikatakan. Pada hari ini, banyak sekolah dan organisasi faham perkara ini. Mereka tidak memaksa anak-anak untuk melakukan apa yang melanggar kepercayaan mereka.

Ada beberapa aktiviti yang kita harus perhatikan dan menghalang anak daripada menyertai aktiviti-aktiviti seperti berkebaktian gereja (Ester), memburu telur, perarakan Ester. Tapi tentang aktiviti sekolah, ada ibu bapa tidak kisah kalau anak mereka melibatkan diri dalam aktiviti yang melakonkan cerita kitab suci, atau pun aktiviti yang tidak berunsurkan perayaan.

Sekolah-sekolah di United Kingdom seolah-olah sudah mengadaptasi pendekatan bersifat lebih seimbang dalam menangani perayaan yang bersifat agama. Mereka lebih banyak mengadakan aktiviti-aktiviti yang berbentuk pemberitahuan berbanding menyambut perayaan Ester. Namun, sekiranya perkara tersebut disalurkan kepada anak-anak maka kita tidak senang hati melihat anak-anak menyertai aktiviti-aktiviti seperti itu.Kita berhak menarik anak kita dari menyertai aktiviti-aktiviti seperti itu.

Dari pengalaman peribadi saya, saya berpendapat bahawa kanak-kanak yang bersekolah di sekolah agama akan menghadapi cabaran yang lebih besar pada waktu musim perayaan kerana sekolah-sekolah tersebut berorentasikan keagamaan.Ibu bapa harus mempertimbangkan hal ini sewaktu memilih sekolah untuk anak -anak mereka.

Cara terbaik bagi kita adalah menyalurkan informasi yang betul kepada anak-anak kita mengenai perayaan seperti Hari Ester. Mereka harus tahu apa yang diajarkan dalam kitab suci. Anak-anak perlu memahami perayaan yang dicipta oleh manusia serta ajaran yang ditokok tambah.

Gereja memainkan peranan penting dalam menyampaikan isu perayaan dan memasukkan ke dalam kurikulum pendidikan agama. Ini boleh mengimbang balas mesej-mesej yang diterima oleh kanak-kanak di sekolah atau tempat lain.Langkah ini juga dapat membantu mereka mengongsikan kepercayaan mereka kepada orang lain. Boleh dikatakan, sebagai ibu bapa, kita harus melengkapi diri dengan ilmu pengetahuan yang tepat kalau mahu menuntun anak-anak kita.Selain itu, ibu bapa juga perlu menjadi teladan yang baik.

Apabila meninjau sejarah perkembangan Hari Ester, kita mendapati perayaan ini berkembang dari kebiasaan dalam gereja selepas zaman rasul. Pada waktu itu gereja menyimpang dari kebenaran. Itu bukan suatu perayaan yang diasaskan atau diajar oleh Yesus atau rasul-rasul. Kita juga lihat, selepas beberapa abad manusia memasukkan kebiasaan pagan yang sekarang menjadi sebahagian daripada aktiviti perayaan Ester.

Oleh sebab itulah Gereja Yesus Benar tidak memegang Hari Ester. Namun, kita perlu menyampaikan isu yang praktikal, termasuk cara menangani unsur-unsur sosial musim cuti dan cara menuntun anak kita memelihara kebenaran.

Semoga Tuhan memberikan kita hikmat rohani agar dapat melakukan perkara yang dikenanNya serta memuliakan Tuhan dalam hidup kita.

Sumber:
1.Audrey Chan. 2008. Origin of Easter. Lelcester UK. Hlm 23 – 36. Dlm.MANNA. July
–September 2008. Holiday. Issue 56. Vol 32. No. 3. True Jesus Church. USA.

2. MANNA 56.Holidays.dlm
ia.tjc.org/elibrary/contentDetail.aspx

Saat Senang Dan Susah
| |

Saat Senang Dan Susah

“ Maka Izebel menyuruh seorang suruhan mengatakan kepada Elia:” Beginilah kiranya para allah menghukum aku, bahkan lebih lagi daripada itu,jika esok kira-kira pada waktu ini aku tidak membuat nyawamu sama seperti nyawa salah seorang daripada mereka itu.” – I Raja-raja. 19: 2

Kalimat itu membuat Elia kabur melarikan diri. Ketika Ratu Izebel mengancam untuk membunuhnya, Elia menjadi begitu takut sehingga ia meminta Tuhan mengambil nyawanya. Mengapa ini terjadi? Elia selalu Nampak begitu kuat dalam iman- bukankah ia menentang 450 nabi- nabi Baal dan menghabisi mereka semua di Gunung Karmel?

Seberapapun kuatnya Elia, pada akhirnya, ia juga seorang manusia. Seperti dia, kita juga mempunyai kelemahan, dan mempunyai batas. Di hari yang satu kita merasa kuat, tetapi esoknya rubuh begitu saja. Allah melihat kelemahan-kelemahan kita dan akan memberikan pertolongan. Allah mengutus seorang malaikat 2 kali dan menyediakan Elia roti dan air. Kedua kalinya, si malaikat mendesaknya untuk makan dan melanjutkan perjalanan. Seperti itu juga, kita harus melanjutkan perjalanan iman ini, betapa pun sulit rasanya. Seperti yang kita tahu, jalan menuju Syurga sangat sempit dan sulit, sementara jalan menuju kebinasaan sangat lebar.

Ketika meneruskan perjalanan iman ini, kita mungkin menjadi seperti Elia, mencari Allah di tempat-tempat yang salah. Elia mengira Allah akan menampakkan diriNya dalam fenomena alam yang dahsyat, seperti angin, gempa bumi atau api. Tetapi Allah datang dalam bentuk suara yang lemah lembut( I Raj. 19: 12). Ketika kita mencariNya dengan hati yang tenang, di sana Ia menunggu.

Kita dengan mudah dapat terkena” sindrom Elia”, mengira hanya kita saja yang sangguh-sungguh melayani Allah, dan hanya kita saja yang benar. Ini adalah konsep yang salah. Allah menjawab pertanyaan Elia,” Aku akan meninggalkan tujuh ribu orang di Israel, yakni semua orang yang tidak sujud menyembah Baal dan yang mulutnya tidak mencium dia.”( I Raj. 19: 18). Maka, lain kali ketika kita merasa sendirian saat melayani Allah, ingatlah bahawa ada saudara-saudari seiman yang juga sama-sama berjuang demi Allah. Sesungguhnya kita tidak sendirian. Ada ribuan saudara yang telah Allah sediakan untuk melayaniNya.

Renungan:

Apakah anda menderita” sindrom Elia”? Apa yang dapat anda lakukan untuk menghilangkannya?

Carilah HambaMu Ini
| |

Carilah HambaMu Ini

“ Aku sesat seperti domba yang hilang, carilah hambaMu ini, sebab perintah-perintahMu tidak kelupakan.” – Mazmur.119:176

Di ayat ini kita membaca seekor domba yang hilang, yang berdoa kepada Tuhan untuk mencarinya; yang memanggil dirinya sendiri sebagai hambaNya; yang tidak melupakan perintah-perintahNya. Tentunya ini bukan domba hilang yang umumnya anda bayangkan. Bukankah kita melabelkan” domba yang hilang” hanya kepada orang-orang yang tidak lagi mempunyai keinginan untuk mendekat kepada Allah dan telah menyerah dan tidak mahu lagi menjadi orang percaya?

Mazmur 119 adalah mazmur yang mengagungkan perintah Allah. Dengan membaca seluruh mazmur ini, Nampak jelas bahawa si pemazmur melihat perintah Allah seperti hidupnya sendiri. Ia mencari, beruka, merenungkan, mencintai, dan bergantung pada perintah Allah. Adakah orang percaya yang lebih dekat kepada Allah daripada dia? Namun si pemazmur ini, yang telah menyerahkan segenap hatinya untuk Allah, tersesat seperti domba yang hilang.

Bukankah kita juga sesekali atau berkali-kali, menjadi domba yang hilang?

Tersesat. Di suatu persimpangan jalan dalam kehidupan. Di dalam tekanan untuk tetap taat, dan takut kasih karuniaNya tidak lagi cukup.

Namun bukan kerana kita telah melupakan perintah-perintahNya. Malah kita sudah berusaha dengan sekuat tenaga untuk tetap berada di jalan Tuhan. Namun, kerana kelemahan kita, jiwa kita tersesat sepeti domba yang hilang. Kita tidak dapat melihat si Gembala atau mendengar suaraNya. Segala yang telah kita ketahui dan pelajari tentang Allah hanya menjadi sekadar konsep, dan kita tidak mampu menemukan ketenteraan dan kedamaian dalam firmanNya.

Si pemazmur menyedari bahawa pengetahuan akan perintah Allah dan usahanya sendiri tidak cukup untuk membawanya dalam perjalanan iman. Ia berseru kepada Tuhan untuk mencari dirinya, dengan dasar bahawa dirinya tidak melupakan perintah-perintahNya( ayat 176). Seperti ia tidak melupakan Allah, pemazmur meminta agar Allah tidak melupakan dirinya.

Ketika kita tersesat dalam naik turunnya kehidupan, dan tidak dapat menemukan jalan kembali kepada Allah walau sudah berusaha sekuat tenaga untuk tetap murni, itu adalah waktunya kita berdoa kepada Gembala. Ia akan mencari, menemukan, dan membawa kita kembali, kerana kita adalah domba-dombaNya.

Renungan:

Renungkanlah saat-saat dalam kehidupan anda, ketika anda tersesat, dan Tuhan Allah mencari, menemukan, dan membawa anda kembali.

Sebagian Ada PadaMu
| |

Sebagian Ada PadaMu

Aku duduk di atas sebuah bukit dan mengawasi badai berjalan melalui lembah. Sungguh sebuah pemandangan yang sulit dilupakan. Aku merasakan deruan angin dan hujanan air di kepalaku. Langit penuh dengan kegelapan dan awan-awan bak menangis mencucurkan air mata. Pemandangan bukit yang subur Nampak jauh berbeda dan keindahannya seperti hilang selamanya. Aku duduk di sana dan memperhatikan hujan menenggelamkan tumbuhan, bunga, dan buah-buahan. Lembah itu penuh dengan gema petir bersahut-sahutan. Tetapi setelah beberapa waktu, badai akhirnya reda dan berlalu dari lembah itu.

Aku kemudian merenungkan, “Ke manakah badai yang hebat itu dan kegelapan mengerikan yang ia bawa? Ke manakah perginya mereka?” Aku duduk di tempat yang sama keesokan harinya dan memperhatikan lembah di depanku. Entah bagaimana, rerumputan, bunga dan segala yang tumbuh di lembah itu Nampak jauh lebih indah daripada kemarin. Aku tidak sepenuhnya mengerti mengapa demikian.Pada saat itulah si rumput berkata,” Sebagian ada padaku. Sebagian badai itu ada di dalamku.” Bunga yang indah berkata,” Sebagian lagi ada padaku.” Dan buah-buah serta tumbuhan yang lain di lembah itu pun berkata,” Sebagian badai itu telah menghasilkan kilauan dalamku.

Kita semua berjalan melalui ujian yang berbeda-beda dalam kehidupan, entah itu ada dalam keluarga, sekolah, atau kerohanian kita sendiri. Di masa-masa itu, pandangan kita begit terbatas, sehingga kita tidak dapat melihat dengan jelas kemanakah kita berjalan. Rasanya hampir seperti buta. Apa yang kita lihat adalah kegelapan, tidak ada cahaya. Tidak ada kehidupan. Kekuatiran lalu menanti, kesendirian menumpuk, dan rasa malu mengisi hati kita saat kita mengawasi badai ini melalui kita. Ketika hujan turun dengan deras dan awan-awan menggoncang diri kita dengan petir, kita berfikir: bagaimana mungkin sesuatu yang baik dapat muncul dari badai separah ini?

Bacalah kembali cerita pendek di atas.Rerumputan, bunga, buah dan segala yang tumbuh dari lembah itu berkata,” Sebagian dari badai telah menghasilkan kilauan dalamku.” Pada awalnya bukanlah sesuatu yang enak dipandang. Namun badai harus terlebih dahulu melalui mereka agar setelah itu dapat menghasilkan kilauan dalam diri mereka.

Dan buatmu, sahabat, sebagian dari badai itu ada padamu. Bila bukan kerana badai, engkau tidak akan seindah hari ini.

Badai ini mengamuk dalam kehidupanmu sebagai cara Allah untuk melakukan pekerjaan yang lebih hebat di dalam dirimu, hanya bila engkau telah belajar untuk percaya kepadaNya. Segelap apapun hari di waktu siang dan malam-malam panjang yang berlarut-larut; awan-awan kegelapan akan turun sebagai hujan berkat bila engkau mengimani bahawa badai ini akan menolongmu tumbuh dan menghasilkan banyak buah.

Bila engkau mempercayakan tanganmu dalam genggaman tangan Allah yang perkasa, hatimu tidak akan lagi menuntut jawaban. Pertanyaan” mengapa” akan menjadi tidak penting bila engkau percaya bahawa Allah mampu dan akan menggantikan kepahitanmu dengan kebaikan dan kemuliaanNya. Engkau dapat mengetahui Ia ada di hari esok hanya bila engkau telah melalui kegelapan itu bersamaNya.

Kerana itu, bagkitlah, bersukacitalah, sahabat. Kerana sebagian ada padamu.

Allah Ada Di Pihak Kita
| |

Allah Ada Di Pihak Kita

“ Jikalau bukan Tuhan yang memihak kepada kita, – biarlah Israel berkata demikian- jikalau bukan Tuhan yang memihak kepada kita, ketika manusia bangkit melawan kita, maka mereka telah menelan kita hidup-hidup, ketika amanah mereka menyala-nyala terhadap kita; maka air telah menghanyutkan kita, dan sungai telah mengalir melingkupi diri kita, maka telah mengalir melingkupi diri kita air yang meluap-luap itu.”- Mazmur. 124: 1- 5

Salah satu hal menakjubkan dari Alkitab adalah kemampuannya untuk memberikan kita hal-hal untuk direnungkan dan kebenaran-kebenaran untuk kita amalkan dalam kehidupan kita terus-menerus. Kutipan Mazmur ini adalah sebuah pengajaran yang dapat kita renungkan. Sesungguhnya, kita akan menghadapi banyak hal dan keadaan yang jauh berbeda dari sekarang apabila Allah tidak ada di pihak kita.

Kita memandang kepada Allah di masa-masa sulit, kerana Ia menghibur kita dan dapat memecahkan masalah kita. Namun kesedihan dan permohonan kita kadang-kadang tercampur dengan perasaan yang membuat kita merasa diperlakukan tidak adil dan diabaikan. Sulit bagi kita untuk melalui segala cobaan itu pada saat sepertinya kita telah senantiasa menaati segala perintah Allah dan secara umum melakukan hal yang baik dalam iman kita. Kita merasa diperlakukan tidak adil apabila kita harus menderita walaupun telah berbuat baik. Apa yang kita lupa di saat-saat demikian, adalah bahawa Tuhan justeru ada di pihak kita saat itu.

Ketika kita menghadapi ujian, kita mungkin lupa bahawa Ia menghendaki kita berhasil melaluinya, mengalahkan masalah-masalah kita, dan Ia memberikan dukungan dan dorongan bagi kita. Seperti digambarkan Mazmur. 124, tanpa Allah di pihak kita, kita akan kalah.

Ya, mungkin masalah dan kepedihan yang kita hadapi ini adalah ujian dari Allah. Namun Allah bukanlah sumber masalahnya, dan Ia juga bukan sekadar pemecah masalah, atau pundak tempat tampungan air mata kita. Saat Ia memurnikan iman kita melalui ujian-ujian kehidupan, Ia senantiasa ada di sana, menyemangati kita, dan tetap menjaga agar kita tidak menghadapi ujian yang lebih berat dari kesenangan kita.

Di tengah-tengah keadaan yang sulit, saat kita berjuang dengan beban yang kita pikul, mari kita tidak lupa untuk bersandar kepada Allah,percaya kepadaNya, dan mengingati bahawa Ia ada di pihak kita.

Renungan:

Apakah akhir-akhir ini anda merasa Allah tidak lagi mendukung anda? Langkah-langkah apa yang dapat diambil untuk mendekat kembali kepada Allah?