Janganlah Memberi Kesempatan Kepada Iblis
Pendahuluan: Apabila marah, janganlah berbuat dosa, janganlah matahari terbenam sebelum padam amarah, janganlah memberi kesempatan kepada iblis (Ef 4:26-27). Iblis berjalan keliling sama seperti singa yang mengaum-aum dan mencari orang yang dapat ditelannya (1Ptr 5:8). Oleh itu, kita harus sedar dan berjaga-jaga, jangan memberi kesempatan kepada Iblis.
- Jangan kemabukan (Ef 5:18)
Nuh menimbulkan kemaluan pada dirinya kerana kemabukan (Kej 9:20-23), Lot melakukan sumbang mahram kerana kemabukan, hal-hal ini boleh menjadi peringatan. Haruslah menjauhi daripada godaan minuman keras supaya dapat mengelak daripada berbuat dosa.
- Menjauhi hawa nafsu (2 Ptr 2:14)
Daud berdosa besar kerana keinginan mata (2 Sam 11). Dalam zaman penuh dengan percabulan ini haruslah kita menjaga hati kita daripada segala (Ams 4:23). Menjaga mata kita, berjaga-jaga kelakuan, jangan melepaskan hawa nafsu, tetapi melatih tubuh sendiri (1 Kor 9:27), jangan berdosa percabulan, supaya tidak ditolak oleh Tuhan.
- Jangan Tamak
Yudas menyerahkan Yesus, dipergunakan oleh iblis, kerana dia tamak (Luk 22:1-5; Yoh 12:4-6), menimpa kebinasaan roh dan tubuh daging. (Kis 1:16-20)
- Jangan marah (Ef 4:26)
Musa tidak dapat masuk ke tanah Kanaan yang indah kerana dia menjadi marah di Meriba (Bil 20:10-13; Ul 34:1-5). Dalam perjalanan ke syurga, janganlah kita marah sehingga berdosa, kerana amarah manusia tidak mengerjakan kebenaran di hadapan Tuhan (Yak 1:20)
- Jangan sombong (1 Ptr 5:5)
Malaikat yang paling cantik dan berhikmat berdosa kerana hati congkak, dilempar Tuhan ke bumi menjadi iblis (Yes 14:12-20; Yeh 28:14-19). Kita harus takut akan Tuhan, merendahkan hati kerana Tuhan menentang orang yang congkak, tetapi mengasihani orang yang rendah hati.
- Jangan iri hati (Gal 5:21)
Kedengkian tidak akan mendapat bahagian dalam kerajaan Tuhan. Kain berasa iri hati terhadap Habel kerana korban persembahan Habel dikenan Tuhan dan melakukan pembunuhan (Kej 4:4-8). Kumpulan Korah dilenyapkan Tuhan kerana iri hati terhadap Musa dan Harun (Bil 16). Iri hati jangan ada, kasih hati jangan kurang.
- Jangan ragu-ragu (Yud 22)
Jangan ragu-ragu terhadap Tuhan dan kebenaranNya. Kegagalan nenek moyang disebabkan kesangsian mereka terhadap perkataan Tuhan dan terkena kepada tipu muslihat si iblis, berdosa besar, dihalau keluar dari taman Eden (Kej 2:15-17; 3:4). Dalam gereja benar hari ini, jangan meragui Alkitab, Roh kudus dan kebenaran supaya tidak terkena kepada muslihat iblis, dihalau dari gereja. Jangan menjadi pemercaya seperti Tomas, meragui Yesus (Yoh 20:24-29). Haruslah percaya kepada kata-kata Tuhan, memegang kepada kepercayaan dan iman sampai kesudahan barulah boleh diselamatkan.
- Jangan takut (1 Ptr 5:8)
Jika takut kepada auman iblis – penentangan, penganiayaian, pengetawaan terhadap kita, iaitu kita putus asa dan berasa takut kepada pencubaan-pencubaan iblis, kita akan seperti kegagalan Petrus iaitu menyangkal Yesus tiga kali. Oleh itu, kita melawannya dengan iman yang teguh seperti pemercaya purba juga menanggung penderitaan yang sama (1 Ptr 5:9). Meneladani perbuatan Paulus yang tidak takut (Rm 8:31-39).
- Jangan menurut kehendak manusia (Mat 16:21-23)
Petrus menghalang Yesus tidak pergi ke Yerusalem adalah menurut kehendak manusia. Oleh itu, Yesus mengetahui bahawa Petrus digunakan iblis dan menghalau ia keluar. Janganlah kita menurut kepada kehendak manusia tetapi menurut kepada kehendak Tuhan, memusatkan Tuhan, mengikut Kehendak Tuhan.
- Jangan menuruti daging (Rm 8:5-6)
Menuruti daging adalah perseteruan dengan Tuhan, orang yang milik daging tidak dikenan Tuhan (Rm 8:7-8). Iblis selalu menggunakan kelemahan daging supaya pemercaya berdosa maut. Oleh itu, haruslah menurut dan mengikuti Roh Kudus, berdoa berjaga-jaga, memohon kepenuhan Roh Kudus (Mat 26:41; Ef 5:18), barulah dapat mengalahkan musuh (Rm 8:13)
