Orang Lumpuh Yang  Disembuhkan Tuhan
| | |

Orang Lumpuh Yang Disembuhkan Tuhan

Orang Lumpuh Yang Disembuhkan Tuhan

[Liu Ying Xiang]

Prakata

Pada suatu hari, Tuhan Yesus tiba di Kapernaum, datanglah orang-orang berkerumun untuk mendengar firman. Pada waktu itu, seorang yang digotong empat orang lain telah dibawa kepada Tuhan Yesus lalu disembuhkanNya sehingga dapat berjalan ~ ternyatalah kekuasaan Allah (Mrk 2:1-5, 11-12).

[1]      Penuh Iman (2:3, 5, 11)

i. Empat orang yang menggotong si-lumpuh.

¨ Percaya bahwa Tuhan akan sembuhkan.

¨ Percaya bahwa hanyalah Tuhan yang dapat sembuhkan.

ii. Si lumpuh.

¨ Percaya akan kesaksian empat orang tersebut (2:3).

¨ Percaya dan taat kepada perintah Tuhan (2:10-12).

iii. Doa yang beriman pasti diperkenankan Allah (Yak 5:15; Mrk 11:24).

¨ Tanpa iman tidak mungkin orang berkenan kepada Allah (Ibr 11:6).

[2]      Dibelas Kasihani Tuhan Dan Orang-Orang Lain (2:3-4)

i. Setelah empat orang melihatnya, terus hati mereka tergerak oleh belas kasihan (2:3).

¨ Tidak ditakuti oleh keadaan kotor maupun bau busuk.

ii. Tuhan membelas kasihaninya (5-11).

¨ Dibelas kasihani adalah berkat tersangat besar (Rm 9:15).

iii. Milikilah hati mengasihi orang dan membantu mereka yang lemah (I Kor 9:22; Rm 13:8,10; 14:1).

¨ Yang membelas kasihani orang pasti dibelas kasihani Allah (Mat 12:7; II Kor 12:9).

[3]     Sehati Sejiwa (2:3-4)

i. Empat orang sehati sejalan menggotong si-lumpuh (2:3).

¨ Tak seorangpun yang mengundur diri tidak mahu menggotong si-lumpuh.

ii. Kesemua mereka menaruh satu azam dari mula sampai akhir (2:4).

¨ Sehati sejiwa demi kesembuhan si-lumpuh.

iii. Haruslah sehati sejiwa di dalam Tuhan (Ef 4:3).

¨ Masing-masing tunaikan tugas pelayanan sendiri menurut karunia dan sehati sepakat melayani Tuhan (I Kor 12:4-13).

[4]     Tidak Takut Susah (2:4)

i. Tidak berakhir selagi kerja tidak selesai (2:4).

¨ Beriktiarkan sehingga kerja habis, tidak mengundurkan diri.

ii. Tidak takut ditegor tuan rumah (2:2, 4).

¨ Sama-sama membuka atap rumah.

iii. Serahkanlah segala kesusahan kepada Tuhan (Flp 4:13; I Ptr 5:7).

¨ Tuhan mahu menanggung segala bebanan kita (Mat 11:28).

Kesimpulan

Tuhan Yesus adalah Allah yang mahakuasa, bagiNya tidak ada yang mustahil; asal saja bersandar dan memohon padaNya dengan iman yang mencukupi, sendiri menaruh belas kasihan dan berdoa untuk orang, pasti berkenan dan dikabulkan Tuhan.

Orang Buta Di Betsaida Disembuhkan
| | |

Orang Buta Di Betsaida Disembuhkan

Orang Buta Di Betsaida Disembuhkan

[Tsai Zhen Yi]

Prakata

Mrk 8:22-26

[1]      Ada Orang (22)

i. Menyembunyi diri.

¨ Tidak mengheboh-heboh akan kerja untuk Tuhan dan untuk orang (Mat 12:19).

¨ Supaya Tuhan beroleh kemuliaan yang lebih besar (Yoh 3:28-30).

ii. Menjadikan diri sebagai teladan.

¨ Orang buta rela mengikutnya (kelaziman manusia ialah melihat orang sebelum melihat Tuhan).

¨ Biarlah orang lain mengakui dan merasa yakin akan perilaku kita lalu percaya pada Tuhan (I Ptr 2:12).

iii. Mempunyai kasih dan sabar.

¨ Memeganginya dengan tangan yang penuh kasih dan sabar mengiringinya selangkah demi selangkah.

iv. Ia percaya bahwa Tuhan adalah yang maha berkuasa dan maha penyayang.

¨  Tuhan Mahakuasa (Kej 17:1).

¨ Tuhan yang murah hati (Luk 6:36).

v. Ia memohon Tuhan menjamahnya namun Tuhan tidak serta merta menjamahnya.

¨  Cara-cara Tuhan memimpin seseorang tidaklah sama.

Misalnya: Lidia dan kepala penjara (Kis 16:14,15, 25-34).

¨ Tuhan memberi kepada setiap orang apa yang paling diperlukannya dan yang paling sesuai dengannya (justru itu apa yang dialami setiap orang masing-masing berlainan).

vi. Yang perlu hanyalah membawa orang buta (orang) ke hadirat Tuhan sudah memadai (22, 23).

¨ Mari dan lihatlah (Yoh 1:47).

¨ Jadikanlah diri seorang yang memimpin orang lain untuk melihat, memohon, percaya dan mengikuti Yesus.

[2]      Orang Buta

i. Beriman murni.

¨ Percaya tanpa melihat [orang buta] (Yoh 20:29).

¨ Taat pada pimpinan orang dan Tuhan.

ii. Sabar menantikan penyembuhan Tuhan (23-25).

¨ Bukan disembuhkan hanya dalam sekali (Rat 3:26).

iii. Memandang ke depan (24).

¨ Yang memandang kepada Tuhan akan beroleh anugerah (Kej 15:5a).

iv. Iman kepercayaan beserta anugerah akan melihat segala sesuatu dengan jelas (25).

¨ Ayub (Ayub 42:5).

v. Anugerah haruslah pertama-tama dibawa pulang ke rumah (26a).

¨ Kegembiraan seisi rumah kepala penjara (Kis 16:34).

¨ Seisi rumah Zakheus dikaruniai (Luk 19:9).

¨ Menerangi semua orang di dalam rumah (Mat 5:15).

[3]     Tuhan Yesus

i. Tuhan memegang tangan orang buta.

¨ Yang paling kukuh stabil, selamat, berpengharapan dan mempunyai kasih karunia ialah setelah melihat Tuhan, serahkan tangan orang tersebut ke dalam tangan Tuhan (Yoh 10:28-29).

Jangan menjadikan para pemercaya baru asyik mengikuti dirimu, dasar kepercayaan tidak sepatutnya didirikan di atas seseorang – tidak akan membesar (Kis 20:32).

¨ Tuhan selalu mendesak untuk menarik tangan kita, menguji kita dan mendidik kita (Ayb 23:10; Ibr 12:5-8).

¨ Membawanya ke luar kampung, menjauhi pengaruh orang lain ~ mereka yang berbuat jahat menentang Allah.

ii. Sudahkah kau lihat sesuatu itu? (23b)

¨ Jangan hanya melihat manusia, harus melihat hanya pada Tuhan dan taat pada Tuhan.

ii. Meludahi orang itu.

¨ Kekuasaan Tuhan dimanifestasikan melalui pelbagai macam cara.

[4]     Pengajaran

i. Diri sendiri tidak tahu mencarikan Tuhan (berdoa kepada Tuhan), haruslah kita berdoa bagi orang tersebut (I Tim 2:1).

ii. Janganlah menjadi orang buta rohani (Mat 6:22-23).

¨ Sesat dalam iman kepercayaan (Kis 26:18; II Kor 4:4) ~ haruslah renungi mengapa aku percaya pada Tuhan, berkebaktian, berdoa …… dan lain-lain.

¨ Tidak jelas mengetahui dosa sendiri (kelemahan dan kekurangan) [I Yoh 1:8-10; II Ptr 1:5-9).

¨ Menyesatkan diri dalam wang, kedudukan, hal-hal duniawi dan pendidikan.

Bahagian Lapan: Memohon Tuhan Jangan Memusnahkan Umat
| | | |

Bahagian Lapan: Memohon Tuhan Jangan Memusnahkan Umat

Bahagian Lapan: Memohon Tuhan Jangan Memusnahkan Umat

Nas Kitab: Ul 9:25-29

Prakata

Maka aku sujud di hadapan Tuhan – empat puluh hari empat puluh malam lamanya aku sujud – kerana Tuhan telah berfirman akan memusnahkan kamu (Ul 9:25).

[1]      Doa Yang Agung

i. Mereka ialah umat milikMu (26).

ii. Yang Kautebus dengan kebesaranMu (26).

iii. Ingatlah janjiMu kepada bapa-bapa leluhur (27).

iv. Supaya jangan ditertawakan (28).

¨ Kasihlah musuhmu dan berdoalah bagi mereka yang menaniaya kamu (Mat 5:44-45).

[2]      Hati Lapang Yang Agung

i. Tidak memperingat caci maki umat.

¨ Tidak menyimpan kesalahan orang lain (I Kor 13:5).

ii. Sanggup menderita berpuasa demi umat.

¨ Dengan sukarela dan dengan pengabdian diri (I Ptr 5:2).

iii. Mengetengahi umat.

¨ Maka Ia mengatakan hendak memusnahkan mereka, kalau Musa, orang pilihanNya, tidak mengetengahi di hadapanNya, untuk menyurutkan amarahNya, sehingga Ia tidak memusnahkan mereka (Mzm 106:23).

[3]     Kesimpulan

i. Seorang yang sangat lembut hatinya, lebih dari setiap manusia yang di atas muka bumi (Bil 12:3).

ii. Disebut sebagai abdi Allah (Ul 33:1).

Bahagian Tujuh: Orang Yang Kemasukan Nafsu Rakus Tak Akan Percaya Pada Tuhan
| | | |

Bahagian Tujuh: Orang Yang Kemasukan Nafsu Rakus Tak Akan Percaya Pada Tuhan

Bahagian Tujuh: Orang Yang Kemasukkan Nafsu Rakus Tak Akan Percaya Pada Tuhan

Nas Kitab: Ul 9:22-24

Prakata

Juga di Tabera, di Masa dan di Kibrot-Taawa, kamu selalu membuat Tuhan gusar (Ul 9:22).

[I]       Tanah Kemasukan Nafsu Rakus

i. Tabera ~ Kira-kira tiga hari perjalanan dari sebelah utara gunung Sinai, disebabkan umat Israel bersungut-sungut maka menyalalah api Tuhan di antara mereka dan merajalela di tempat itu (Bil 11:3).

ii. Masa ~ tempat di Horeb, di mana Musa memukul gunung batu dan darinya air mengalir keluar, disebabkan umat Israel tidak percaya, lalu mencobai Tuhan Allah (Kel 17:7).

iii. Kibrot-Taawa ~ Kuburan kerakusan nafsu, ianya adalah sehari perjalanan di padang gurun Sinai, di situlah umat mengingini makanan daging (Bil 33:16).

[II]     Membangkitkan Murka Allah

i. Orang-orang bajingan yang kemasukan nafsu rakus.

  • Orang-orang bajingan yang ada di antara mereka kemasukan nafsu rakus (Bil 11:4).

¨ Sebab itu jauhilah nafsu orang muda, kejarlah keadilan, kesetiaan, kasih dan damai …… (II Tim 2:22).

ii. Bersungut-sungut, tidak percaya.

  • Kamu menentang titah Tuhan, Allahmu; kamu tidak percaya kepadaNya dan tidak mendengarkan suaraNya (Ul 9:23).

¨ Janganlah bersungut-sungut seperti yang dilakukan oleh beberapa orang dari mereka, sehingga mereka dibinasakan oleh malaikat maut (I Kor 10:10).

iii. Nafsu rakus timbul dari hati.

  • Kemasukan nafsu rakus (Bil 11:4).

¨ Terjatuh ke dalam pencobaan, ke dalam jerat dan ke dalam berbagai-bagai nafsu yang hampa dan yang mencelakan (I Tim 6:9).

[III]    Kesimpulan

  • Tidak dapat masuk ke dalam tempat perhentian, kerana ketidakpercayaan (Ibr 3:18-19).

 

Bahagian Enam: Menerima Loh Batu Yang Ditulisi Jari Tuhan
| | | |

Bahagian Enam: Menerima Loh Batu Yang Ditulisi Jari Tuhan

Bahagian Enam: Menerima Loh Batu Yang Ditulisi Jari Tuhan

Nas Kitab: Ul 9:9-11

Prakata

Tuhan memberikan kepadaku kedua loh batu yang ditulisi jari Allah (Ul 9:10).

[1]      Ditulisi Jari Allah

i. Ilahi, Hormat, Mulia.

¨Allah ingat akan firmanNya yang kudus (Mzm 105:42).

¨Firman Allah yang kudus (Ruj:Yer 23:9).

¨Dipercayakan firman Allah (Rm 3:2).

ii. Tersangat wibawa dan penting.

¨Allah sendiri berikan, tertulis pada batu tidak akan ditiadakan (Mat 5:18).

¨Raja yang baru dinobatkan, mesti salin senaskah (Ul 17:18-20).

[2]      Pengorbanan Untuk Menerima

i. Mendaki gunung Horeb (9).

¨Naik ke gunung Tuhan, sebab dari Sion akan keluar pengajaran (Yes 2:2,3).

ii. Empat puluh hari empat puluh malam tidak makan tidak minum (11).

¨Bekerjalah untuk makanan yang bertahan sampai kepada hidup kekal (Yoh 6:27).

[3]     Kesimpulan

¨Telah ditetapkanNya peringatan di Yakub dan hukum Taurat diberiNya di Israel (Mzm 78:5).

Bahagian Lima: Bagaimana Umat Membuat  Allah Gusar
| | | |

Bahagian Lima: Bagaimana Umat Membuat Allah Gusar

Bahagian Lima: Bagaimana Umat Membuat Allah Gusar

Nas Kitab: Ul 9:6-11

Prakata

Rumusan bahagian tiga dan empat ~ Musa mengingini umat memperingati bagaimana mereka membuat Allah gusar sewaktu di padang gurun dan jadikan itu sebagai peringatan (Ul 9:6-11).

[1]      Sewaktu Di Padang Gurun

Semenjak mereka keluar dari Mesir sehinggalah menjelang tiba ke Tanah Kanaan, umat senantiasa mendurhakai Tuhan Allah sehingga membangkitkan amarah Allah. Berikut dihuraikan sebab-musabab bangkit amarahNya.

i. Kerana makanan.

Orang-orang bajingan yang ada di antara mereka kemasukan nafsu rakus; dan orang Israelpun menangis; bangkitlah murka Tuhan dengan sangat (Bil 11:4-10).

Tuhan membawa burung-burung puyuh dari sebelah laut …… selagi daging itu ada di mulut mereka, sebelumpun dikunyah, maka bangkitlah murka Tuhan (Bil 11:31-35; Ul 9:22).

 ii. Kerana hujatan.

¨Pemberontakan kedua-dua Miryam dan Harun mengatai Musa, maka bangkitlah murka Tuhan terhadap mereka (Bil 12:1-9).

¨Janganlah engkau berkata jahat tentang seorang pemimin bangsamu (Kis 23:5).

iii. Kerana perebutan kuasa.

  • Pemberontakan kumpulan Korah membangkitkan murka Allah, lalu Korah, Datan dan Abiram secara hidup-hidup turun ke dalam dunia orang mati (Bil 16:21, 33).

¨Hormatilah mereka yang bekerja keras di antara kamu dan secara sungguh-sungguh menjunjung mereka dalam kasih (I Tes 5:12-13).

¨Tiap-tiap orang harus takluk kepada pemerintah yang di atasnya, sebab tidak ada pemerintah, yang tidak berasal dari Allah (Rm 13:1-2).

iv. Kerana percabulan.

  • Sementara Israel tinggal di Sitim, mulailah bangsa itu berzinah dengan perempuan-perempuan Moab, turut makan dari korban mereka, bangkitlah murka Tuhan terhadap mereka (Bil 25:1-9).

¨Percabulan, hawa nafsu, nafsu jahat …… semuanya itu mendatangkan murka Allah (Kol 3:5-6).

[2]      Di Gunung Horeb

Musa mengulangi dan mengingatkan semula secara terperinci akan peristiwa umat membangkitkan murka Allah di bawah kaki Gunung Horeb, yakni disebabkan menyembah anak lembu emas maka bangkit murka Allah (Ul 9:8; Kel 32; 33).

i. Membuat patung berhala.

¨Jangan membuat bagimu patung (Kel 20:4).

ii. Menghujat Allah.

¨Menukar Allah yang mulia dengan bangunan sapi jantan yang makan rumput (Mzm 106:19-20).

iiii. Menyembah berhala.

¨Bahagian mereka ialah di dalam lautan yang menyala-nyala oleh api dan belerang (Why 21:8).

[3]     Kata Penutup

Seperti dikatakan Musa, setiap hal yang membangkitkan murka Allah, umat harus peringati, jangan lupa supaya jangan mereka mengulanginya (Ul 9:7).