Pemegangan Firman Dalam Kemiskinan Dan Kehinaan
| |

Pemegangan Firman Dalam Kemiskinan Dan Kehinaan

PEMEGANGAN FIRMAN DALAM KEMISKINAN DAN KEHINAAN

 

Mengapakah miskin dan hina ini dipaparkan bersama? Ini adalah kerana orang yang miskin kekurangan harta dan rancangan mereka pada sebelah pagi pula tidak dapat menanggung keperluan mereka pada sebelah malam. Mereka juga berdukacita mengenai soal pakaian dan makanan, mereka bahkan juga tidak berkemampuan membantu saudara mara dan sahabat handai mereka dengan wang dan benda (barang). Di samping itu orang ramai juga tidak suka mendekati mereka sebaliknya mereka dipandang rendah bahkan dianggap hina. Setiap orang yang hidup di dalam kemiskinan dan kehinaan selalunya kerana paksaan hidup menyebabkan mereka mengubah tekad awal mereka sehinggakan mereka tidak berpegang pada firman, menjauhkan diri dari seiman, berhenti mengikuti kebaktian, melanggar kebenaran dan meninggalkan Tuhan. Dalam Alkitab mengajar kita dengan mengatakan, “Condongkanlah hatiku kepada peringatan-peringatanMu dan jangan kepada laba. Lalukanlah mataku daripada melihat hal yang hampa, hidupkanlah aku dengan jalan-jalan yang Kautunjukkan!.” (Mzm 119:36-37)

Sekarang melalui Alkitab mengambil beberapa contoh untuk menjadikan larangan dan nasihat dalam pemegangan firman. Kini memohon gerakan Roh Kudus agar pembaca-pembaca mendapat bantuan dan faedah supaya dalam kehidupan kepercayaan mereka dapat berjaga-jaga sehingga mengalahkan segala suasana dan keadaan.

 

Yusuf yang tidak tergoda

Yusuf semasa ia berumur 17 tahun dia bersama-sama dengan abang-abangnya menggembala domba. Pada masa itu dia telah menerima pendidikan agama yang benar dari ayahnya. Oleh itu imannya teguh dan takut akan Tuhan serta menganggap kejahatan sebagai musuh. Dia memberitahu semua kejahatan yang dilakukan oleh abang-abangnya kepada ayahnya. Yusuf yang mendapat kasih saying yang istimewa daripada ayahnya itu telah menimbulkan kebencian abang-abangnya terhadapnya. Oleh itu abang-abangnya pun mencari peluang untuk menjualnya. Akibat itu Yusuf yang masih muda itu telah dijual ke Mesir. Di Mesir dia menjadi hamba seorang pegawai Firman yang bernama Potifar dan tinggal di situ. Pada masa itu, dia keseorangan dan sangat miskin bahkan dijadikan seperti barang untuk dijual beli. Dia bukan hanya miskin bahkan hina pula, namun dia disertai Tuhan sehingga semua perkara yang dilakukannya berjalan lancar. (Kej 37:1-28, 39:1-2)

Beberapa tahun kemudian Yusuf yang beribadah kepada Tuhan itu pun menjadi penguasa atas segala harta milik tuannya. Yusuf yang hanya berumur 20 tahun lebih mempunyai sikap dan paras yang elok. Isteri tuannya kerana mempuny ai fikiran yang jahat dalam hati terhadap Yusuf menyebabkan ia telah menggunakan berbagai-bagai cara untuk menggoda Yusuf. Pada mulanya ia memandang Yusuf dengan berahi dan kemudian menggunakan perkataannya untuk menggoda Yusuf bahkan setiap hari ia berusaha untuk mencuba Yusuf sehinggakan ia memegang baju. Yusuf dengan tidak mahu melepaskannya Pada masa itu Yusuf yang hina ini, jika dalam hatinya timbul keinginan nafsu dan ketamakan dengan taat pada kejahatan isteri tuannya ataupun tamak akan harta yang tidak benar untuk melepaskan diri daripada menjadi hamba. Tentu sekali mudah sahaja ia menjadi jutawan. Tetapi sebaliknya Yusuf berkata “bagaimankah mungkin aku melakukan kejahatan yang besar ini dan berbuat dosa terhadap Tuhan?” Semasa isteri tuannya memegang bajunya dengan tidak mahu melepaskannya dengan paksa, Yusuf kerana mahu mengelakkan diri dari terjerumus ke dalam kebahayaan dia pun meninggalkan bajunya di tangan isteri tuannya dan berlari keluar. (Kej 39:6-20)
Sebagai seorang belia yang meninggalkan kampong halaman dan tinggal di dalam negeri yang menyembah berhala selama sepuluh tahun dan menjadi hamba yang miskin serta hina masih lagi dapat mematuhi perintah Tuhan di dalam hati dengan tidak melanggarnya, ini memang sangat bernilai sekali. Kesemua ini adalah anugerah Tuhan yang ajaib yang menyebabkannya dapat berpegang pada firman dan tidak berubah. Keadaan ini secara langsung dapat memuliakan Tuhan bahkan dapat menjadi teladan pemercaya.

 

Gehazi yang tamak mendatangkan kecelakaan pada diri sendiri

Naaman panglima raja Aram, kerana mahu menyembuhkan penyakit kustanya ia telah mendengar dan percaya akan kata-kata gadis Israel yang kecil, lalu ia pun pergi berjumpa dengan abdi Tuhan Elisa, dan membawa persembahan dengan melalui perjalanan yang jauh. Di situ ia mendapat petunjuk daripada Tuhan dan dilakukannya kehendak Tuhan dengan memandikan dirinya sebanyak tujuh kali di sungai Yordan. Akibat itu seluruh badannya telah menjadi tahir. Setelah penyakitnya telah sembuh, sebanyak tiga kali ia memohon nabi Elisa menerima persembahannya, tetapi Elisa berturut-turut menolaknya.

Pada masa itu hamba nabi, Gehazi telah timbul perasaan tamak di dalam hatinya lalu ia pun secara sembunyi menyusuri belakang kereta Naaman dan membohongi Naaman dengan mengatakan “baru saja datang kepadaku dua orang muda dari Pergunungan Efraim dari antara rombongan nabi. Baiklah berikan kepada mereka setalenta perak dan dua potong pakaian.” Kemudian disambutnya pemberian Naaman itu dan disimpannya di rumah lalu pergi bertemu dengan tuannya dengan berpura-pura menganggap tiada apa-apa berlaku. Setiba sahaja di depan tuannya, Elisa pun bertanya ke mana ia pergi tadi. Sekali lagi Gehazi bercakap bohong dengan mengatakan “Hambamu tidak pergi ke mana-mana.” Akibat itu nabi mengutukinya dengan mengatakan “maka sekarang engkau telah menerima perak dan dengan itu dapat memperolehi kebun-kebun, kebun zaitun, kebun anggur, kambing domba, lembu sapi, budak laki-laki dan budak perempuan tetapi penyakit kusta Naaman akan melekat kepadamu dan anak cucumu untuk selama-lamanya.” (II Raj 5:20-27)

Sebenarnya Gehazi dapat menjadi hamba nabi memang telah sangat bernasib baik bahkan juga akan mewarisi jawatan yang suci untuk melakukan tanggungjawab yang penting dan memberitakan firman serta melakukan perintah Tuhan yang Mahabesar dan tinggi. Pekerjaan yang demikian bukanlah merupakan pekerjaan yang mulia. Tetapi malangnya kerana kecuaiannya yang seketika itu, telah membutakan hikmatnya. Dalam kemiskinan dan kehinaan dia kehilangan berjaga-jaga dan tidak berpegang pada firman sebaliknya tamak akan harta. Walaupun dia menjadi hamba orang , dia seharusnya tidak lupa akan kedudukannya yang hormat dalam pekerjaan suci. Dalam kemiskinan(hina & rendah) ia tidak dapat memegang firman dengan gembira dan berusaha menyempurnakan rohaninya sebaliknya tamak dengan berturut-turut melakukan kesalahan dan berdusta. Akibat itu ia dikutuk dan kehilangan jawatan suci serta juga menjejaskan kebahagiaan keturunannya hingga selama-lamanya. Cerita ini memang patut dan sesuai dijadikan sebagai amaran bagi pemercaya.

Alkitab ada mengatakan, “Kerana akar segala kejahatan ialah cinta wang sebab oleh memburu wanglah beberapa orang telah menyimpang dari iman dan menyiksa dirinya dengan berbagai-bagai duka. Tetapi engkau hai manusia Tuhan, jauhilah semuanya itu, kejarlah keadilan ibadah, kesetiaan, kasih, kesabaran dan kelembutan. Bertandinglah dalam pertandingan iman yang benar dan rebutlah hidup yang kekal.” (I Tim 6:10-12) Sebagai hamba sekerja dalam Tuhan harus menjaga diri seperti nilam dan berpegang pada firman dengan tidak bergoyah.

 

Lazarus yang memegang firman dengan gembira dalam kemiskinan.

Tuhan Yesus pernah menyampaikan sebuah cerita yang bersifat perlambangan di injil Lukas fasal 16; “Ada seorang kaya yang selalu berpakaian jubah ungu dan kain halus dan setiap hari ia bersukaria dalam kemewahan. Dan ada seorang pengemis bernama Lazarus, badannya penuh dengan borok, berbaring dekat pintu rumah orang kaya itu dan ingin menghilangkan laparnya dengan apa yang jatuh dari meja orang kaya itu. Malahan anjing-anjing datang menjilat boroknya. Kemudian matilah orang miskin itu, lalu dibawa oleh malaikat-malaikat ke pangkuan Abraham. Orang kaya itu juga mati, lalu dikuburkan. Dan sementara ia menderita sengsara di alam maut.”

Tentang miskin ini, Lazaruslah yang paling menderita; ia tidak dapat berjalan, tidak dapat bekerja, tidak dapat berniaga dan hidup sebagai pengemis yang dibenci. Mengenai hina pula ia tidak berharta, tidak berkuasa, dipandang rendah oleh setiap orang, seluruh badan penuh dengan borok, orang yang terlihat akan berasa takut, bersahabat dengan anjing dan memakan sisa-sisa makanan yang jatuh dari meja orang. Kesemua ini, bukankah sangat kasihan? Namun demikian ia dapat mencapai “Walaupun miskin tetapi tekadnya (azam) tidak miskin.” Setiap hari ia melihat orang kaya itu memakai jubah yang cantik, berpesta pora, mementingkan diri dan kedekut. Walaupun demikian hatinya sentiasa tenang, tidak bersungut-sungut, rela mengalami penderitaan kerana miskin dan hina serta giat memegang firman. Akibat itu setelah ia meninggal ia dibawa oleh malaikat ke pangkuan Abraham. Di situ ia menikmati peristirahan. Cubalah anda bayangkan bagaimana perasaan anda jika anda miskin dan hina seperti Lazarus? Dapatkah anda bersalih dalam kepercayaan dengan berpegang pada firman Tuhan dengan tidak berubah?

 

Ibadah (salih) yang disertai rasa cukup memberi keuntungan besar

Sebagai kesimpulannya, seorang umat kristian harus berpegang teguh pada firman benar akhir. Dalam keadaan yang miskin dan hina haruslah memegang firman dengan gembira. Walaupun dalam keadaan demikian haruslah menikmati berkat ketenangan dalam hati, mengejar firman kebenaran Kerajaan Syurga, mengharapkan kebahagiaan rohani dan tidak dapat digoda oleh kebendaan serta hawa nafsu dunia. Ini samalah seperti yang tercatat dalam Alkitab; “Memang ibadah itu kalau disertai rasa cukup, memberi keuntungan besar. Sebab kita tidak membawa apa ke dalam dunia dan kita pun tidak dapat membawa apa-apa keluar. Asalkan ada makanan dan pakaian, cukuplah.” (I Tim 6:6-8)

Jika pada suatu hari, kita terjatuh dalam kemiskinan dan kebinasaan, kita haruslah mencontohi Ayub. Dia dalam sehari sahaja telah berubah dari seorang jutawan menjadi seorang yang miskin, dari seorang yang berstatus tinggi dan dihormati telah menjadi orang biasa dan dari mempunyai ramai anak telah menjadi orang yang sangat dikasihani serta kehilangan kesemua anaknya. Namun demikian dia masih tetap bersujud menyembah Tuhan dengan mengatakan, “Dengan telanjang aku keluar dari kandungan ibuku, dengan telanjang juga aku akan kembali ke dalamnya. Tuhan yang memberi, Tuhan yang mengambil, terpujilah nama Tuhan!” Dalam kesemuanya itu Ayub tidak berbuat dosa. (Ayb 1:20-22) Oleh itu diharap kita menjadi seorang lelaki yang kuat dan teguh, selalu giat berkebaktian untuk mendengar firman, bukan hanya tidak berlaku curang semasa kaya tetapi juga tidak berubah dalam kemiskinan dan kehinaan bahkan harus bersinar untuk Tuhan dengan memuliakan Tuhan dan me manusia. Walaupun dalam suasana yang kompleks ini, iman kita menghadapi dugaan, namun haruslah kita teringat akan perkataan-perkataan bernilai yang diucapkan oleh Yusuf, “Tuhan telah mereka-reka rekakannya untuk kebaikan (kehendak Tuhan adalah yang baik).” Perkataan ini masih sesuai digunakan oleh setiap pemercaya pada hari ini. Perkataan ini mengajar kita harus tunduk pada pengaturan kehendak Tuhan yang baik kerana Tuhan turut bekerja dalam segala sesuatu untuk mendatangkan kebaikan bagi mereka yang mengasihi Dia.

“Dua hal aku mohon kepadaMu, jangan itu kau tolak sebelum aku mati, yakni : Jauhkanlah daripadaku kecurangan dan kebohongan. Jangan berikan kepadaku kemiskinan atau kekayaan. Biarkanlah aku menikmati makanan yang menjadi bahagianku, supaya kalau aku kenyang, aku tidak menyangkalMu dan berkata: Siapa Tuhan itu? Atau kalau aku miskin aku mencuri dan mencemarkan nama Tuhanku.” (Ams 30:7-9). Amsal daripada Agur ini patut direnungkan dengan mendalam-dalamnya.

 

Soalan-soalan renungan dan kajian:

1. Bagi anggapan anda orang miskin dan orang kaya siapakah yang lebih mudah memegang firman ? Mengapa anda berkata demikian?

2. Apakah punca asas menyebabkan Yusuf tidak berubah memegang firman dalam seumur hidupnya?

3. Cuba anda fikirkan mengapakah orang yang hidup dalam kekayaan masih merasa dirinya sangat miskin dan terus ingin menjadi kaya-raya?

4. Bagi pendapat anda, suasana yang bagaimanakah yang paling mudah memegang firman hingga akhir hayat?

Bagaimana Mendapat Kuasa Daripada Doa
| |

Bagaimana Mendapat Kuasa Daripada Doa

Bagaimana Mendapat Kuasa Daripada Doa

Kehidupan umat kristian adalah sejenis kehidupan yang melayani Tuhan (termasuk keluarga, sekolah dan gereja). Melalui keadaan demikian, mereka akan bersinar untuk Tuhan dan memuliakan Tuhan serta memberi kebaikan kepada manusia. Untuk melayani Tuhan memerlukan kuasa, kuasa ini berasal dari doa iaitu Roh Kudus. Contohnya, kejayaan yang dicapai oleh Musa semasa memimpin orang Israel berperang dengan orang Amalek. Kesemuanya adalah kerana doanya yang mendapat pertolongan daripada Tuhan. Tuhan Yesus pernah berpuasa dan berdoa selama 40 hari 40 malam sehingga mengalahkan pencubaan daripada iblis. Perkembangan gereja awal juga dilahirkan daripada doa yang tekun. Oleh itu, dalam pembelajaran kita di sekolah dan melakukan sesuatu perkara sangatlah memerlukan kuasa daripada doa.

Pada hari ini terdapat segelintir pelajar yang selalunya lemah dalam doa. Faktor utama yang menjadi punca utama timbul keadaan demikian adalah kerana mereka merasa angkuh dengan adanya prestasi yang baik dalam segi pengetahuan dan pelajaran mereka sehingga menyebab mereka kekurangan rendah hati dan bersandar pada Tuhan dengan doa. Akibat itu selalunya orang yang kurang berdoa akan kekurangan kuasa (kekuatan) dan bagi yang tidak berdoa pula sama sekali tiada kuasa. Sebelum Musa berumur 40 tahun, ia telah mempelajari semua ilmu pengetahuan(pelajaran) di Mesir. Apabila dia telah mencapai kejayaan, dia ingin menyelamatkan rakan sebangsanya dengan kebolehan dan darah daging, tetapi akibatnya ia mencapai kegalahan. Kemudian, setelah ia melatihkan kerohaniannya dan selalu berhubung dengan Tuhan selama 40 tahun di padang gurun, dia baru faham dengan jelas terhadap firman Tuhan semesta alam yang mengatakan bahawa, “bukan dengan keperkasaan dan bukan dengan kekuatan melainkan dengan rohKu”. Itulah sebabnya Musa tahu dirinya sendiri tidak berkuasa dan setelah menerima kuasa daripada Tuhan dia melakukan kewajipan yang penting dengan bersandar kepada Tuhan untuk memimpin umat Israel keluar ke Mesir.

 

Sekarang kita membincang tentang cara mendapat kuasa dalam doa dengan berdasarkan petunjunk dari Alkitab.

1. Berdekad melaksanakan doa

(I) Memupuk kebiasaan berdoa dan menikmati nyawa Tuhan (hidup) yang berkelimpahan. (Mat 7:24-27, Yoh 14:24; 15:7)

* Abraham ke mana sahaja ia pergi ia pasti akan mendirikan mezbah untuk Tuhan. Akibatnya Tuhan sentiasa menampakkan diri kepadanya bahkan menggelar ia sebagai sahabatnya. (Kej 12:7, 13:14, 15:1)

(II) Melalui doa menikmati bagaimana keadaan doa yang dikabulkan Tuhan. (II Pet 1:4, Yer 29:12, Mzm 91:15)

(III) Berdoa mendapat kuasa dapat mengubah kehidupan kita. (Luk 11:1, Mat 6:6,
Yoh 14:26)

Doa Yakub di Pniel telah mengubah seumur hidupnya.

 

2. M eluangkan masa untuk berdoa

(i) Banyak (selalu) berdoa banyak memperoleh kuasa (kekuatan). (Mat 26:41)

Untuk memahami bidang muzik juga perlu banyak meluangkan masa, untuk berjaya dalam sesuatu pekerjaan yang bernilai juga perlu menggunakan banyak masa dan semangat. Sama juga jika ingin memajukan kerohanian haruslah menggunakan banyak masa dan semangat untuk berdoa.

* Tuhan mahu memilih murid-muridnya (perkara yang penting) melalui doa.
(Luk 6:12)

* Petrus memperolehi kuasa adalah berasal dari pemenuhan Roh Kudus.
(Kis 3:1-5)

(ii) Setiap hari menetapkan masa berdoa. (Mzm 55:17-18, 119:145-149)

*Dari segi pekerjaan, menuntut ilmu, makan dan tidur jika mempunyai peraturan barulah mendapat kesan yang baik. Dalam kehidupan doa juga harus ada peraturannya. (Mrk 2:27, 1:35)

*Daniel dalam sehari tiga kali berdoa menyebabkan dia mendapat kekuatan dalam kesukaran (kesesakan). (Daniel 6:11)

 

3. Mencari satu tempat berdoa

*Tuhan Yesus memberitahu kita, “Harus menyembah Tuhan dalam Roh dan kebenaran”. Tuhan Yesus Kristus juga pernah berkata, “Jika engkau berdoa, masuklah ke dalam kamarmu.”

i. Berdoa di tempat yang tersembunyi. (Mat 6:6)

a) Berdoa dalam kamar untuk menghapuskan pemikiran yang tidak percaya.

b) Berdoa di padang gurun tenang dan sunyi untuk berhubung dengan Tuhan.
(Mrk 1:35, Mat 14:23)

c) Bait Tuhan akan digelar sebagai Bait untuk berdoa. (Mat 21:13, Kis 3:1)

ii. Banyak berdoa dalam Roh di tempat yang tersembunyi. (Ef 6:18)

*Nehemia berdoa dalam Roh di dalam hati didengar Tuhan. (Neh 2:4, Yoh 4:24)

 

4. Sebelum berdoa harus membuat persediaan dalam hati.

Untuk mengelakkan daripada berfikir sebarangan, sebelum berdoa harus buat persediaan dalam hati dengan membaca Alkitab, kerana ini adalah cara bersedia yang baik. Dengan menerusi (berdasarkan) ajaran dalam Alkitab dapat mengetahui apakah persediaan dalam hati yang harus dibuat. Hanya dengan berbuat demikian baru akan mendapat kekuatan dalam doa.

Contoh-contoh seperti berikut :-

i. Hati yang berdosa. (Luk 18:13, Yoh 9:31, Ams 28:13)
ii. Hati yang rendah hati. (Mat 15:26-27, Yak 4:6, II Taw 7:14, 33:12)
iii. Hati yang bertekun. (Yak 5:16-17, Kis 12:5, Mat 6:7, I Raj 18:26)
iv. Doa yang setia (ikhlas). (Mzm 145:18, Yoh 4:23-24)
v. Hati yang bersyukur. (Luk 18:11, Yoh 9:38)
vi. Hati yang bertekun dan bersabar. (Flp 4:6, Kol 4:2)
vii. Hati yang percaya. (I Raj 18:36-38, I Yoh 5:14-15, Mrk 11:24, Yak 1:6-8)

 

5. Penentuan tujuan doa.

Tujuan doa yang terlalu banyak atau tiada tujuan akan menyebabkan doa tidak dapat berkonsentrasi bahkan juga melemahkan dan tidak berkesan. Lantaran itu, Tuhan pernah mengajar kita cara berdoa. Melalui kata-kata doa yang diajarNya kepada kita itu menyebabkan kita tahu bagaimana menentukan tujuan doa. Kita masih muda dan kerja suci atau perkhidmatan milik dunia yang dilakukan juga sangat sedikit jadi jika dapat selalu bersungguh-sungguh dalam doa dengan tujuan-tujuan berikut akan diterima oeh Tuhan. Ini dapat membangunkan dan menyempurnakan(menyihatkan) kerohanian untuk banyak melakukan kerja Tuhan.

i. Menyembahkan Tuhan

Berdoa bukan hanya untuk memohon kuasa tetapi yang terutama adalah melakukan kewajipan untuk takut akan Tuhan dan memohon Tuhan menyebabkan lebih ramai orang mengenali dan menyembahNya sehingga menyelamatkan lebih ramai orang. (Mat 6:9-10)

ii. Bersyukur kepada Tuhan

Bersyukur kepada Tuhan kerana memberikan makanan dan keamanan dalam hidup. Doa bukan hanya untuk memohon kebaikan diri sendiri tetapi juga untuk bersyukur kepada Tuhan. Kerana ini juga merupakan perkara yang sangat penting dalam kehidupan kepercayaan.(10)

iii. Memohon kuasa melakukan firman.

Bersyukur pada anugerah penebusan Tuhan yang besar(pengampunan dosa), rela berusaha melakukan firman, melakukan kasih; mengampuni orang lain seperti Bapa Syukur juga mengampuni orang.(12-13)

iv. Bantu doa.

Bagi diri sendiri, ahli keluarga dan bagi masalah sahabat. Kesemua ini merupakan perubatan kasih.

 

6. Kuasa Doa.

Setelah kita mengetahui cara berdoa harus memohon kuasa yang lebih besar melalui doa. Doa pemercaya kuno telah meninggalkan saksian yang amat baik bagi kita.

i. Menampakkan kuasa di antara segala sesuatu.

Tuhan mendengar doa Yosua dengan menghentikan matahari dan bulan. (Yosua 10:12-14)

ii. Menampakkan kuasa di atas tubuh badan manusia.

Bartimeus orang buta memohon disembuhkan dan dia telah disembuhkan.
(Mrk 10:46-52)

iii. Menampakkan kuasa dalam perkara-perkara yang lain.

 

Memohon pemenuhan Roh Kudus, menguasai hawa nafsu dan mengalahkan segala sesuatu. (Rm 8:13, Flp 4:13)

Ilmu pengurusan hal duniawi
| |

Ilmu pengurusan hal duniawi

Ilmu pengurusan hal duniawi

 

Pengurusan hal duniawi ialah sejenis seni, sekiranya berlaku dan menguruskan perkara berdasar pengajaran alkitab; bersesuaian dengan kehendak Tuhan, akan membolehkan kedamaian masyarakat atas dan bawah, dengan hati nurani yang tidak bersalah terhadap Tuhan dan manusia, dapat memuliakan Tuhan dan memberi faedah kepada manusia supaya kasih Tuhan dan manusia terhadap kita semakin meningkat jadi umat kristian perlu tidak berhenti-henti mengkaji dan membelajari ilmu pengurusan hal duniawi.

Takut akan Tuhan

• Takut akan Tuhan adalah kewajiban setiap orang. (Pengkhotbah 12:13)

1. Menyembah kepada Tuhan dalam roh dan kebenaran. (Yoh 4:23-24)

Bukan secara luaran di mana memegang adat yang rumit dan tidak berpatutan; tetapi hati tidak selaras dengan mulut untuk menyembah kepada Tuhan. (Yesaya 29:13, Matius 15:8-9, Rujuk Matius 23:2-36)

2. Beribadah melalui kebaktian, mendengar khotbah (Ibrani 10:25, Yehzekiel 3:16, II Timotius 3:15, Mazmur 122:1)

3. Melakukan firman Tuhan tanda takut akan Tuhan (Yoh 8:31, Mzm 119:37); orang yang benar-benar percaya kepada Tuhan haruslah menganggap melakukan firman Tuhan sebagai prinsip tertinggi dalam segala hal. (Filipi 2:14-16)

4. Melalui pelayanan Tuhan untuk beribadah kepada Tuhan. (Why 22:3, Mal 3:18,
Yes 60:12) Haruslah berusaha persembahkan kebijaksanaan, masa, harta benda untuk melayani Tuhan. (Roma 12:1, 1 Kor 15:58)

 

Melayani Ibu bapa

1. Menghormati ibu bapa. (Ams 23:22)

Zun Zi berkata “Yang paling penting adalah menghormati ibu bapa, kedua , tidak menghina mereka dan seterusnya dapat memelihara mereka.”

2. Mendengar ibu bapa untuk menyukakan hatinya. (Efesus 6:1, Amsal 23:24-25, 27:11, 29:3)

3. Memelihara ibubapa (Yoh 19:26-27, Mat 15:4-6) Diberkati kerana menghormati ibu bapa (Efesus 6:2-3, Kel 20:12) seperti Yusuf (Kej 50:22-23) dan Rut (Rut 4:13-22)

4. Saling menghormati antara saudara (Mzm 133:1, Ibrani 13:1)

Harus saling mengasihi, saling mengampuni, saling membantu. (Kej 43:30,33; 45:1-8; 50:15-21, I Tim 5:8, Amsal 17:17, Ulangan 15:1-11, Imamat 25:35-37. Yakobus 2:15-16 , I Yoh 3:17-18)

Seperti Abraham sedaya upaya menyelamatkan Lot yang berada dalam malapetaka (Kej 14:13-15). Kita seharusnya mendirikan keluarga yang bersifat Kristus, sebagai terang dunia. (Mat 5:`14-16)

 

Sebagai Manusia

1. Mengasihi sendiri dan orang lain : Orang yang mengasihi sendiri tidak mengikut hawa nafsu sendiri, ia berjaga-jaga atas perkataan dan kelakuannya. (Kol 4:6, I Pet 2:12, Filipi 2:14-16)

Dengan demikian barulah dapat mengasihi orang lain, tidak mudah memfitnah orang lain. (Ams 17:27-28, Pengkhotbah 5:2-3)

2. Mempercayai sendiri dan orang lain : dapat memahami sesuatu perkara, setia atas prinsip sendiri, tidak dipengaruhi oleh cadangan dan persekitaran orang lain. (Kis 20:18-24) Orang yang percaya sendiri lebih positif dalam pekerjaannya, ia juga dapat percaya kepada orang lain.

3. Menghormati sendiri dan orang lain : Mengukur sendiri dengan jujur (Roma 12:3), mempunyai pemikiran yang luas, tidak meninggikan diri,melakukan secara sembarangan, dapat menerima, memerhati kebaikan orang lain. (Roma 12:16, Filipi 2:3), tidak meninggi atau merendahkan diri, mengenali sendiri, menghormati sendiri, barulah dapat menghormati orang lain.

4. Membantu sendiri dan orang lain : berani menghadapi kenyataan, sentiasa mengalakkan sendiri untuk terus maju, menuju cita-cita, sendiri dapat berdiri teguh apabila kita sedaya upaya membantu sendiri , bantuan Tuhan yang besar barulah menyertai, sama seperti umat Israel melangkah kaki ke dalam sungai Yordan, kekuasaan Tuhan serta-merta dinyatakan (Yos 3:14-17) orang yang membantu sendiri dapat membantu orang lain terlepas dari keadaan yang sesak berdasarkan kasih dan rasa belas kasihannya.

 

Pengurusan perkara

1. Bertanggungjawab melakukan kewajiban (I Kor 4:2) dalam perkara kecil pun demikian (Luk 16:10)

2. Bersikap positif mengejar kemajuan dan bertetapan. (Filipi 3:13-14)

Haruslah rendah hati , bersikap tulus hati, bersabar (II Kor 12:12)

3. Tidak tamakkan kenamaan dan keuntungan, tidak berangan-angan. (Gal 5:26, Amsal 17:24) : hidup dalam kenyataan lebih baik dari memegahkan diri. (Ams 14:15)

4. Merancangkan terlebih dahulu (Amsal 15:22) : dalam segala hal rancangan dahulu, jika tidak, akan gagal. Sebelum melakukan sesuatu, harus mengetahui perbezaannya, dengan bersusun rapi, dilakukan secara berperingkat, maka akan mencapai kejayaan.

5. (Pkh 7:14) Jikalau perkara tidak mencapai tujuan yang diharapkan, jangan putus asa, jangan menyalahkan orang lain, haruslah menyelidiki sendiri, adakah sesuatu kekurangan menyebabkan kita tidak mencapai matlamat yang dirancangkan. Terlebih dahulu mencari jalan untuk membetulkannya, sekali lagi memulakan. Sekiranya hanya bersedih dan putus asa kerana kegalahan atau bersunggut-sunggut kepada orang lain, ini hanya mengucar-kacirkan pemikiran, langsung tidak dapat mencari prinsip bekerja.

Mengasihi saudara-saudari
| |

Mengasihi saudara-saudari

Mengasihi saudara-saudari

 

Kehidupan umat Kristian haruslah menjadikan “Kehidupan Keluarga” sebagai asas. Ini kerana kehidupan umat Kristian adalah kehidupan yang berkasih, iaitu menjadikan kasih kepada Tuhan dan manusia sebagai keseluruhannya. (Mat 22:37-40; Rm 12:8-10) Barangsiapa pula ia dapat mengasihi Tuhan yang tidak dilihatnya, bagaimana pula ia dapat mengasihi Tuhan yang tidak dilihatnya? (1 Yoh 4:20) Bagaimana ia dapat mengasihi orang lain jika ia tidak mengasihi seisi keluarganya? (1 Tim 5:8) Oleh yang sedemikian, sekiranya kita ingin menjadi seorang umat Kristian yang sejati, menjalani kehidupan keluarga. Tahun pertama kita telah mengkaji “Menghormati Ibu bapa” jadi pada tahun ini kita akan mengkaji bersama dari segi “Saudara” iaitu “Mengasihi Saudara-saudari’’.

 

Harus Mengasihi Saudara-saudari
1. Mengasihi saudara-saudari merupakan kewajipan kita.

Paulus berkata: “Tuhan telah menentukan musim-musim bagi mereka dan batas-batas kediaman mereka.” (Kis 17:26) Ayub juga berkata, “Jikalau hari-hari sudah pasti dan jumlah bulannya sudah tentu padaMu dan batas-batasnya sudah Kau tetapkan, sehingga tidak dapat dilangkahinya.” (Ayb 14:5) Lantaran itu, kita yang berada di dalam dunia yang mempunyai jumlah keluarga yang tidak terhitung telah dilahirkan dalam keluarga ini, sudah tentu ini mempunyai aturan Tuhan dan bukan merupakan yang datang mendadak. Kehendak Tuhan ialah supaya kita belajar bagaimana mengasihi saudara-saudari di dalam keluarga ini, kemudian mengasihi orang ramai. Di dalam amsal terdapat suatu patah perkataan : “ Menjadi saudara dalam kesukaran.” (Ams 17:17) Di sini terdapat satu pepatah, “Memerlukan saudara-saudari dalam melakukan apa saja perkara.” Oleh itu haruslah kita dengan sedaya upaya kita dalam mengasihi saudara-saudari kerana ini merupakan kewajipan kita.

2. Keseluruhan (kesimpulan) Firman Kebenaran.

Tuhan Yesus berkata, “Mengasihi Tuhan dan manusia tergantung seluruh Hukum Taurat dan kitab para nabi.” (Mat 22:37-40) Sekiranya tidak dapat mengasihi saudara-saudari di dalam keluarga, maka ia tidak dapat mengasihi orang seperti diri sendiri. (1 Tim 5:8) Oleh itu mengasihi saudara-saudari boleh dijadikan sebagai titik permulaan “Mengasihi orang seperti diri sendiri” yang patut dititikberatkan oleh kita.

3. Barangsiapa Menghormati Ibu Bapa Patut Mengasihi Saudara.

Menghormati ibu bapa merupakan suatu perintah yang penting, mengandungi dua janji iaitu kebahagiaan dan panjang umur. Oleh itu, setiap manusia harus menghormati ibu bapa. Tetapi Yohanes berkata, “setiap orang yang mengasihi Dia yang melahirkan, mengasihi juga dia yang lahir daripadaNya.” (1 Yoh 5:1) Firman yang sama, jika kita mengasihi ibu bapa yang melahirkan kita, kita mesti juga mengasihi saudara-saudari yang dilahirkan oleh ibu bapa kita.

 

Orang Yang Tidak Mengasihi Saudara-saudarinya Pasti Menerima Kutuk

Yohanes berkata “Barangsiapa yang mengasihi, ia bukan milik Tuhan, ia tetap di dalam maut; merupakan seorang pembunuh manusia dan tidak ada hidup yang kekal di dalam dirinya.” (1 Yoh 3:10-15) Dan barangsiapa yang membenci saudaranya, ia berada di dalam kegelapan. Ia tidak tahu ke mana ia pergi kerana kegelapan itu telah membuatkan mata rohaninya sehingga tidak tahu jalan ke Kerajaan Syurga. (1 Yoh 2:9-11)

1. Kesalahan Kain – Anak Adam

Kain – anak Adam kerana persembahan korbannya tidak dikenan oleh Tuhan, bukan saja tidak insaf tetapi marah lalu membunuh adiknya Habel. Ketika Tuhan menegurnya, dia tidak mengaku kesalahannya dan bertobat, oleh itu Tuhan pun berkata, “Engkau akan menerima kutuk dari tanah ini. Apabila engkau mengusahakan tanah ini, maka tanah itu tidak akan memberikan hasil sepenuhnya lagi padamu; engkau menjadi seorang pelarian dan pengembara di bumi.” (Kej 4:1-16)

2. Kesalahan Abang Yusuf – Anak Yakub

Abang-abang Yusuf kerana melihat ayah mereka mengasihi Yusuf lebih daripada mereka, mereka pun benci terhadap Yusuf , tidak berkata ramah dengan Yusuf dan mereka bermuafakat untuk membunuh Yusuf, tetapi kemudian mereka telah bertukar fikiran lalu menjual Yusuf kepada seorang peniaga Ismeal. (Kej 37:4-28) Akibatnya semasa musim kebuluran, abang-abang Yusuf telah banyak menderita ketika mereka datang ke Mesir membeli makanan. (Kej 42:21-22) Setelah ayah mereka Yakub telah meninggal, kerana takut adik mereka Yusuf akan membalas dendam terhadap mereka; ini juga menyebabkan jiwa rohani mereka mendapat suatu penderitaan yang besar. (Kej 50:15-18)

3. Kesalahan Abimelekh – Anak Gideon

Anak gundik Yerubaal (iaitu Gideon – ruj : Hak 6:32) yang tinggal di Sikhem, Abimelekh, kerana ingin merebut takhta kerajaan ayahnya, dia telah mengumpulkan saudara-saudara ibunya, membawa petualang-petualang dan orang-orang nekat lalu membunuh saudara-saudaranya tujuh puluh orang di atas satu batu. (Hak 8:31 ; 9:1-6) Kemudian, ketika dia menyerang menara, kepalanya telah dipecahkan oleh seorang perempuan yang menimpakan sebuah batu kilangan ke atasnya, ia memohon kepada bujang pembawa senjatanya supaya menikamnya dengan pedang sampai mati. Alkitab tercatat : “Demikianlah Tuhan membalas kejahatan nya yang dilakukan oleh Abimelekh kepada ayahnya, yaitu pembunuh atas ketujuh puluh saudaranya.” (Hak 9:50-56)

 

Berkat Mengasihi Saudara-saudari

Yohanes berkata, “Orang yang mengasihi saudaranya telah keluar dari maut dan masuk ke dalam hidup.” (1 Yoh 3:14) Dan berkata lagi, “Barangsiapa mengasihi saudaranya, ia tetap berada di dalam terang dan di dalam dia tidak ada penyesatan.” (1 Yoh 2:10)

1. Teladan dari Abraham.

Abraham mengelar anak saudaranya Lot sebagai ‘Kerabat’ yang bererti saudara. Ketika berlakunya perkelahian antara para penggembala mereka, dengan tidak mengira kedudukan tinggi atau rendah, ia memberitahu anak saudaranya tidak patut berkelahi dan membiarkan Lot memilih tanah yang dia suka. Sungguhpun Lot masih muda, tidak tahu menghormati orang tua dan memilih tanah yang subur, dia langsung tidak marah, akhirnya Tuha berkata kepadanya, “Pandanglah sekelilingmu dan lihatlah dari tempat engkau berdiri itu ke timur dan barat, utara dan selatan, sebab seluruh negeri yang kau lihat itu akan Kuberikan kepadamu dan kepada keturunanmu untuk selama-lamanya.” (Kej 13:14-15) Kemudian, ketika Lot ditangkap oleh Empat Raja, nasib baik Abraham yang tidak mengingat akan kesalahan Lot dulu melainkan pergi menyelamatkannya dengan menghadapi kebahayaan nyawanya sendiri; Ketika Kota Sodom dibinasakan, Lot kehilangan segala harta kekayaan dan isterinya. Abraham yang bertolak-ansur dan berkasih itu telah diberkati oleh Tuhan dan menjadi bapa leluhur bagi umat pilihan (orang Israel).

2. Teladan dari Yusuf – Anak Yakub

Sesungguhpun Yusuf dijual oleh abang-abangnya ke Mesir untuk menjadi hamba, dia tetap takut akan Tuhan dan tidak berani melakukan kejahatan yang berdosa terhadap Tuhan. Setelah dia telah diangkat menjadi penguasa Mesir, abang-abangnya datang membeli makanan dari dia, ini merupakan suatu peluang untuk membalas dendam, tetapi dia telah mengampuni mereka, bukan saja tidak membalas dendam tetapi melayani mereka dengan baik, menyambut mereka supaya tinggal di Mesir. Apabila ayah mereka telah meninggal, abang-abangnya takut Yusuf akan membalas dendam terhadap mereka sama sekali, serta sambil menangis ia menghibur mereka dan berkata, “…memang dahulu kamu berniat jahat terhadapku, tetapi kehendak Tuhan adalah yang baik… aku akan menanggung makanmu,isteri dan anakmu.” (Kej 50:15-21) Oleh kerana Yusuf tahu begini mengasihi saudaranya, dia telah mendapat suatu berkat yang amat besar, sama seperti yang tercatat di dalam Alkitab, “Tuhan yang Mahakuasa akan memberkati engkau dengan berkat dari langit di atas, dengan berkat samudera raya yang letaknya di bawah, dengan berkat buah dada dan kandungan.” (Kej 49:22-25)

3. Teladan dari Rahab – Perempuan di Yerikho. (Yos 2-6)

Ketika kedua pengintai yang diutus oleh Yosua untuk mengintai Kota Yerikho, Rahab tahu bagaimana Tuhan mengeringkan air Laut Teberau di depan orang Israel dan bagaimana orang Israel menewaskan dua raja orang Amori di sebelah timur Sungai Yordan , dia memohon kepada dua orang mengintai itu supaya ketika Kota Yerikho dibinasakan , mereka akan berlaku ramah terhadapnya. Jodoh yang dimohon agar mendapat keramahan bukan hanya dia dan ibu bapanya tetapi juga saudara-saudarinya dan semua orang yang merupakan milik kepunyaan mereka. (Yos 2:13) Menurut apa yang dimohonnya itu, seisi keluarganya diselamatkan dan tinggal di antara orang-orang Israel. Sesungguhpun Rahab merupakan seorang perempuan sundal yang dihina oleh orang, dapat mengenal Tuhan serta mempunyai hati yang mengasihi saudara-saudarinya, Tuhan telah menyebabkan namanya tercatat dalam kemuliaan silsilah Raja Daud dan Tuhan Yesus Kristus.

 

Harus Bagaimana Mengasihi Saudara-saudari

(I) Harus tinggal rukun dengan saudara-saudari.

Raja Daud berkata, “Sesungguh, alangkah baiknya dan indahnya, apabila saudara-saudari diam bersama dengan rukun. Sebab ke sanalah Tuhan memerintahkan berkat, kehidupan untuk selama-lamanya.” (Mzm 133)

1. Jangan iri hati terhadap saudara-saudari.

Paulus berkata, “Orang yang iri hati tidak mendapat bagian dalam Kerajaan Tuhan.” (Gal 5:21) Ini kerana orang yang beriri hati itu dengan mudah sahaja akan mengkhianati orang lain. Sama seperti abang Yusuf kerana iri hati terhadap Yusuf barulah mereka bermuafakat untuk membunuhnya. (Kej 37:11, 18)

2. Jangan membenci saudara-saudari

Salomo berkata, “Kebencian menimbulkan pertengkaran, tetapi kasih menutup segala pelanggaran.” (Ams 10:12) Yohanes berkata, “Setiap orang membenci saudaranya, adalah seorang pembunuh manusia, tiada hidup kekal di dalamnya.” (1 Yoh 3:15) Abang-abang Yusuf kerana benci kepada Yusuf barulah mereka ingin membunuhnya. (Kej 37:4)

3. Jangan menimbulkan pertengkaran.

Salomo berkata, “Tuhan benci kepada orang yang menimbulkan pertengkaran antara sesame saudara.” (Ams 6:16,19) Dia berkata lagi, “Orang yang curang menimbulkan pertengkaran dan seorang pemfitnah menceraikan sahabat yang karib.” (Ams 16:28) Dan berkata lagi, “bila pemfitnah tak ada, redalah pertengkaran.” (Ams 26:20) Oleh yang demikian saudara haruslah diam bersama dengan rukun (damai), jangan bertengkar dan menjadi pemfitnah.

4. Jangan amarah terhadap saudara-saudari, jangan memarahi saudara-saudari.

Tuhan Yesus meluaskan perintah ‘Jangan Membunuh’ kepada ‘Jangan Amarah (panas hati)’ dan ‘Jangan marah terhadap manusia’. (Mat 5:21-22) Oleh kerana panas hati Kain membunuh adiknya.

5. Jangan menghakimi saudara-saudari

Tuhan Yesus mengajar kita jangan menghakimi saudara-saudari, melainkan banyak menyelidiki diri sendiri menghakimi saudara-saudari dengan niat yang jahat. (Mat 7:1-6)

6. Mengampuni saudara-saudari

Tuhan Yesus sendiri mengajar kita “Harus mengampuni saudara sebanyak tujuh puluh kali tujuh.” (Mat 18:21-22) Dan juga “Dari dalam hati (bukan dari segi rupa sahaja) mengampuni saudara.” (Mat18:35) Bahkan jikalau saudara berbuat dosa terhadap engakau tujuh kali sehari dan tujuh kali ia kembali kepadamu dan berkata : “Aku menyesal, engkau harus mengampuni dia.” (Luk 17:3-4) Paulus juga menasihati kita, “Jangan saling menghakimi tetapi haruslah dengan rela ditipu dan mengalami kerugian.” (1 Kor 6:1-8)

 

(II) Harus melayani saudara-saudari dengan kasih dan kesetiaan.

Tuhan yang kita sembah itu merupakan Tuhan yang Maha pengasih dan setia. (Ul 32:4, Mzm 86:15) Salomo berkata, “Janganlah kiranya kasih dan setia meninggalkan engkau! Kalungkanlah itu pada lehermu, tuliskanlah itu pada loh hatimu, maka engkau akan mendapat kasih dan penghargaan dalam pandangan Tuhan serta manusia.” (Ams 3:3-4) Dia berkata lagi, “Orang yang berlaku setia, dikenan oleh Tuhan.” (Ams 12:22) Lantaran itu, kita harus melayani saudara-saudari kita dengan kasih dan kesetiaan.

 

(III) Harus membantu saudara-saudari yang miskin.

Tuhan yang pengasih telah melalui Musa berpesan kepada kita: “Apabila ada saudara yang miskin, harus membantunya, janganlah engkau memberi wangmu kepadanya dengan meminta bunga, juga makananmu janganlah kau beri dengan meminta riba.” (Im 25:35-37) Dan berkata lagi, “Begini Tuhan, Tuhanmu, akan memberkati engkau dalam segala usahamu di negeri yang engkau masuki untuk mendudukinya.” (Ul 23:19-20) Yakobus berkata, “Kita mengasihi bukan dengan perkataan atau dengan lidah tetapi dengan perbuatan dan dalam kebenaran.” (1 Yoh 3:17-18) Begitulah yang dilakukan oleh mereka dalam membantu saudara untuk menunjukkan iman dan kasih kita.

 

(IV) Harus berusaha bagi keselamatan saudara-saudari.

Apa yang dikatakan tadi, kesemuanya adalah untuk kepentingan tubuh jasmani mereka, yang cuma merupakan perkara dalam beberapa puluh tahun sahaja, kita patut berusaha bagi keselamatan jiwa rohani saudara-saudari kita. Tuhan Yesus pada perjamuan malam yang terakhir berpesan kepada Petrus, “jikalau engkau sudah insaf, kuatkanlah saudara-saudaramu.” (Luk 22:32). Setelah kita mengaku salah dan bertobat di depan Tuhan, dosa kita telah diampuni, oleh itu kita patut banyak berdoa kepada Tuhan bagi kepercayaan saudara-saudari kita supaya mempunyai banyak peluang untuk bersaksi.

 

Kesimpulan

Mengasihi saudara-saudari merupakan titik permulaan ‘Mengasihi manusia seperti diri sendiri.’ Jika kita ingin mencapai ke taraf ‘Mengasihi manusia seperti diri sendiri’, kita harus memulakannya di antara saudara-saudari kita. Marilah sekali lagi kita membaca Mazmur fasal 133 “Sungguh, alangkah baiknya dan indahnya apabila saudara-saudari diam bersama dengan rukun sebab ke sanalah Tuhan memerintahkan berkat, kehidupan untuk selama-lamanya.”