Konsep Pekerjaan Yang Patut Ada Pada Belia Masa Kini
| |

Konsep Pekerjaan Yang Patut Ada Pada Belia Masa Kini

Konsep Pekerjaan Yang Patut Ada Pada Belia Masa Kini

Dalam riwayat hidup manusia, sekiranya mengecualikan tempoh zaman kanak-kanak, zaman remaja menerima pelajaran serta jangka waktu selepas bersara, maka masa bekerja mengambil kira-kira 30 hingga 40 tahun. Dari keluarga ke masyarakat dan dari sekolah ke alam pekerjaan di dunia, masing- masing merupakan perjalanan yang mesti dilalui oleh setiap orang. Walaupun setiap orang menggunakan cara-cara yang berlainan untuk melibatkan diri ke alam pekerjaan dunia, memilih pekerjaan yang berlainan (1) . Akan tetapi, terdapat banyak pelajaran dan masalah dalam universiti masyarakat, misalnya keadaan ekonomi masyarakat kini, pembekalan pasaran tenaga manusia dan keadaan bantuan pekerjaan (2) Bagaimana memilih pekerjaan yang sesuai berdasarkan kebolehan dan minat sendiri, bagaimana mengharungi tempoh arus pergolakan ketidaklancaran dalam pekerjaan, bagaimana berhadapan dengan keadaan pelucutan jawatan, keadaan semasa berhenti bekerja atau bertukar pekerjaan, bagaimana mewujudkan hubungan sesama manusia yang menggembirakan, meyakinkan dan mendamaikan, bagiamana memperoleh kegembiraan dalam hidup dan merasai erti kehidupan daripada pekerjaan, dengan itu mendapatkan keseimbangan antara kepercayaan dan pekerjaan, masing-masing merupakan pengenalan yang harus ada pada belia yang akan menjejak langkah ke alam pekerjaan di dunia dan juga merupakan topik yang harus dipelajari.

 

A. Pengaruah Kemajuan Teknologi Terhadap Kehidupan Masa Kini.
1. Peningkatan taraf kehidupan.
2. Perubahan dalam Konsep Nilai
3. Reganggnya hubungan sesama manusia.
4. Pudarnya Budaya Moral

 

B. Perubahan Alam Pekerjaan Di Dunia.

1. Perubahan cara bekerja:

Sejak revolusi di negara barat, alam pekerjaan di seluruh dunia telah dipengaruhi. Struktur berubah dari masyarakat pertanian kepada masyarakat perindustrian dan perdagangan; manakala cara bekerja berubah dari penghasilan tangan kepada penghasilan oleh mesin.

Sejak menjangkau abad ke-20, penghasilan oleh mesin di bawah pengawasan manusia telah berubah kepada penghasilan oleh mesin secara automatik sepenuhnya. Perkembangan menerusi eksperimen telah berubah kepada cara informasi komputer secara meluasnya. Pengaruh secara langsung dan paling serius daripada penggabungan unsur automatik dan informasi ini adalah pertambahan pengangguran berstruktur. (3) pengangguran berstruktur berlainan dengan pengangguran yang biasa: pengangguran yang biasa adalah disebabkan oleh kilang yang bangkrap, kelemahan teknik, tiada semangat menghormati kerja, tidak berpuas hati dengan keadaan diri sendiri lalu meletakkan jawatan atau dipecat lalu menyebabkan pengangguran berlaku.

Pengangguran berstruktur disebabkan oleh kerana perubahan cara penghasilan, Contohnya kilang automatik, mesin wang automatik, mesin penjual tiket automatik, mesin jual automatik, sistem penguasaan automatik, dan sebagainya. Corak pekerjaan komputer yang menggantikan otak manusia dan mesin menggantikan tenaga manusia sebegini sudah tentu akan memberikan ancaman yang besar terhadap pekerja dari sektor penghasilan atau sektor-sektor perkhidmatan yang berkaitan. Tambahan lagi cara bekerja tertumpu kepada pengkhususan kerja dan cara pengkategorian kerja yang tidak memerlukan pengetahuan khas sesuatu bidang. Bidang yang bercorak pekerjaan berulang-ulang ini paling mudah menjadi sasaran untuk dipertimbangkan agar dijadikan sebagai perindustrian secara automatik dan informasi.

2. Perubahan struktur Organisasi

Beberapa puluh tahun yang lalu, struktur organisasi alam pekerjaan di dunia adalah seperti gambarajah berbentuk piramid. Di antaranya para pekerja, populasi pekerja separa teknikal adalah paling ramai. Seterusnya diikuti dengan pekerjaan teknikal, ahli teknikal dan juruteknik, manakala jurutera dan ahli sains adalah paling sedikit bilangannya. Namun demikian, sepuluh tahun kebelakangan ini, ia telah berubah dari bentuk piramid kepada bentuk bola ragbi. Ahli teknikal telah menduduki sebahagian besar daripada pasaran pekerjaan, pekerja separa teknikal dan pekerja tanpa teknikal pula kurang separuh darinya, sementara jurutera dan ahli sains pula berkecenderungan bertambah. Keadaan ini timbul kerana dipengaruhi oleh perkembangan sektor perindustrian, iaitu akibat daripada perubahan kepada corak pekerjaan informasi dan automatik. Di sini juga memberitahu kita bahawa sekiranya seseorang tidak mahir dalam apa yang dipelajari ataupun tidak mempunyai kepakaran apapun, adalah sukar baginya untuk berlumba dan teguh dalam dunia pekerjaan yang penuh persaingan ini.

3. Perubahan Corak Penghasilan

Seperti yang dinyatakan, struktur penghasilan negara kita berubah dari sektor pertanian kepada sektor perindustrian. Dahulu, tenaga buruh digunakan terutama bagi sektor pertanian. Selepas tahun 1950-an, tenaga buruh ditumpukan kepada industri perlombongan. Penggunaan tenaga buruh adalah lebih kepada sektor perindustrian. Tahun 1985, jumlah bilangan pekerja dalam sektor perindustrian adalah 41.4%, sektor perkhidmatan 41.7% dan sektor pertanian hanya 17.5%. namun ada pakar telah meramalkan bahawa tenaga buruh akan digantikan dengan corak automatik, sektor perindustrian akan melampaui sektor pekhidmatan dan akan menyebabkan keperluan tenaga buruh bagi sektor perindustrian akan menurun secara berterusan. Manakala pekerjaan dalam sektor pertanian akan terus menurun. Jadi, sektor perkhidmatan menjadi bahagian utama penggunaan tenaga buruh kelak (4). Satu sebab yang lain, kita boleh mengambil laporan bidang-bidang pekerjaan di Taiwan pada tahun 1987 sebagai rujukan (5). Dalam laporan ini boleh didapati: pengaruh dari kenaikan nilai wang Taiwan menyebabkan banyak kilang menghadapi kesusahan. Walaupun tidak banyak kilang yang jatuh muflis tetapi perlu berhadapan dengan ancaman pemberhentian kerja, malah tidak sedikit juga yang sedang bertahan secara paksaan. Oleh itu, permintaan tenaga pekerja menjadi berkurangan. Sebaliknya, pekerjaan perusahaan, penghantaran, bank dan sebagainya menjadi semakin berkembang kerana meningkatnya nilai mata wang. Maka mereka mengimpor secara besar-besaran untuk memperkembangkan perniagaan mereka dan memerlukan tenaga manusia yang banyak. Ini adalah selaras dengan arah perkembangan bidang-bidang pekerjaan di negara kita kelak (6).

 

C. Sikap Dan Konsep Yang Patut Ada Terhadap Pekerjaan

1. Mengambil berat dan mengenali dunia pekerjaan yang akan datang.

Dalam masyarakat manusia yang mencari pekerjaan dan pekerjaan mencari manusia ini, ramai orang menjadi risau tentang pekerjaannya. Pada masa yang sama, terdapat juga banyak pekerjaan yang tidak dapat dilakukan oleh manusia. Dalam masyarakat pertanian, seseorang itu hanya perlu ada tenaga dan keinginan bekerja, maka dapatlah dia mencari pekerjaan yang diperlukan.

Namun pada masa kini, kemajuan sains dan teknologi menyebabkan mesin telah mengambil alih sebahagian besar daripada tenaga manusia. Jurang ini menyebabkan ketidakseimbangan

berlaku, maka timbullah masalah pekerjaan. Jadi, bagaimanakah kamu dapat mencari satu pekerjaan antara beribu-ribu jenis pekerjaan yang memuaskan dan dapat anda lakukannya dengan mencapai kejayaan? Bagaimana mendapat suatu kedudukan dalam pasaran pekerjaan tanpa goyah? Penulis beranggapan bahawa haruslah terlebih dahulu memberikan perhatian selalu dunia pekerjaan masa kini dan masa akan datang agar seseorang itu memenuhi dirinya sendiri dengan pengetahuan kerjayanya, seperti bagaimana peluang pekerjaan masa kini? (7) Berapakah tangga gaji asas setiap jenis pekerjaan? Pekerjaan yang mudah menghadapi keadaan bahaya? (8) Hak terpelihara dan pekerja adalah pengetahuan pekerjaan yang harus ada pada bila-bila masa.

2. Mendirikan konsep kerjaya yang tepat.

a. Menyerupai apa yang dikerjakan.

Tidak kira kerja apapun, asalkan pilihan adalah berdasarkan kerelaan, maka haruslah berjaya memainkan peranan dengan bersemangat walaupun ia hanya kerja yang tidak menonjol, tetapi harus berusaha melakukannya dengan baik, jangan melalaikan tanggungjawab. Manusia setia dalam perkara yang kecil, maka ia juga akan setia dalam perkara yang besar. Selain daripada itu jangan berangan-angan dan berfikiran tidak rasional, berlaku sederhana dalam segala hal, jangan melampaui apa yang patut dilihat.

b. Memilih pekerjaan yang sesuai adalah lebih baik daripada suka memilih pekerjaan.

Alam pekerjaan hari ini memperlihatkan dua kenyataan. Yang pertama adalah peluang pekerjaan semakin bertambah tetapi peratusan untuk bekerja menurun. Dalam keadaan yang kedua pula, terdapat trend bertukar majikan. Bagi keadaan yang pertama, berdasarkan kepada maklumat peranggaran yang dibuat oleh kementerian hal ehwal dalam negeri, pasaran pekerjaan sememangnya adalah sangat aktif, bukan sahaja permintaan tenaga buruh bagi pekerjaan biasa menjadi semakin bertambah, bahkan daya pengeluaran pekerjaan juga mempunyai satu peningkatan yang lebih besar.

Dengan itu, permintaan buruh adalah empat kali ganda melebihi orang yang mencari pekerjaan. Oleh itu, persoalan dalam permohonan pekerjaan ini nampaknya tidak objektif. Namun demikian, apakah sebab-sebab timbulnya penurunan peratusan untuk bekerja? Antaranya adalah kerana umur seseorang mula bekerja telah diperlambatkan. Disebabkan pendidikan (atau dikhususkan kepada sijil) telah diutamakan, maka bilangan orang yang melanjutkan pelajaran adalah jauh melebihi bilangan orang yang ingin bekerja (9). Keadaan ini menyebabkan ketidakseimbangan dari segi pembekalan pekerja dalam pasaran pekerjaan. Sebab yang lain adalah syarat pekerjaan yang dibuat adalah terlalu idealistik apabila mereka mula menjejakkan langkah untuk untuk berkhidmat di alam pekerjaan masyarakat. Sebelum itu, mereka tidak menilai kemahiran diri sendiri terlebih dahulu. Biasanya mereka mempunyai permintaan yang tinggi walaupun diri sendiri tidak memiliki kemahiran yang tinggi. Terdapat ramai orang yang mempunyaui kelemahan ini, mereka tidak akan menemui pekerjaan yang sesuai baginya meskipun telah mencari untuk dua hingga tiga bulan. Kebanyakkan golongan ini terdiri daripada mereka yang berpelajaran tinggi. Keadaan ini telah menyebabkan peratusan bekerja sangat rendah.

Seterusnya, terhadap fenomena kadar perletakkan jawatan yang tinggi, pertukaran majikan (tempat bekerja) merupakan satu masalah yang lazim dalam alam pekerjaan pada masa kini. Semakin ramai pengurus yang memeras otak kerana masalah pekerja yang meletakkan jawatan dan bekerja di tempat lain(bertukar majikan). Bagi pekerja yang bertukar pekerjaan, mereka pasti ada sebab-sebab mereka yang objektif (10). Namun demikian, psikologi kekurangan keyakinan, tanggungjawab dan sukakan yang baru daripada yang lama ini tidak

dapat membawa faedah kepada diri sendiri semasa dalam tempoh percubaan pekerja baru. Pemikiran yang demikian seolah-olah seorang yang menunggang kuda tetapi masih mencari kuda lain. Keadaan ini menyebabkan masih bergelut dalam keadaan pekerjaan baru.

3. Memperkukuhan kemahiran pembelajaran kendiri

Dari gambarajah 3, dapat dilihat keadaan pekerjaan yang berlainan. Alam pekerjaan kini telahpun memasuki tahap menggabungjalinkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran. Semasa bekerja, seseorang yang tidak memperlengkapi diri dengan pengetahuan atau kemahiran, maka mudah sahaja dia disingkirkan oleh dunia pekerjaan yang tidak berperikemanusiaan ini. Oleh itu dalam tempoh persekolahan, mata pelajaran asas dan kemahiran asas haruslah diutamakan . Contohnya, keupayaan berbahasa Cina dan Inggeris, pengetahuan asas Matematik, Sains dan Kimia, memandu kereta, menaip dan sebagainya. Apabila menamatkan persekolahan, selain daripada mendapatkan berita tentang pekerjaan dari pelbagai sumber, seseorang juga boleh menyertai pelbagai jenis latihan pekerjaan kiranya ada masa lapang (11) yang dianjurkan oleh agensi bimbingan dan kaunseling secara aktif (12) untuk melengkapkan diri dengan kemahiran pekerjaan.

4. Memupuk daya penyesuaian diri terhadap perubahan

Berhadapan dengan dunia pekerjaan yang bersaing kuat kelak, kiranya anda merupakan seorang yang tidak mempunyai kemahiran dalam bidang pekerjaan, maka haruslah mencari ikhtiar supaya diri kita menjadi seorang yang luas pengetahuan. Bukan sahaja mengetahui pengetahuan bagi pekerjaan sendiri, bahkan perlu mempunyai pemahaman dengan pekerjaan yang ada kaitan. Dengan itu, sungguhpun dipecat jawatan suatu hari nanti, namun masih dapat mencari pekerjaan yang lain dalam masa yang singkat dan tidak akan merasa cemas ataupun bersungut-sungut serta berkeluh kesah. Kita perlu tahu bahawa hanya ada pekerja yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan pekerjaan tetapi tidak terdapat pekerjaan yang tidak sesuai untuk pekerja.

5. Bilangan wanita yang bekerja bertambah banyak

Daripada laporan kajian bahagian maktab pentadbiran yang bertajuk “pertumbuhan penduduk negara Taiwan dan perbandaran penduduk” menunjukkan bahawa dalam 25 tahun selepas 50- an, pengaruh-pengaruh masyarakat telah mengakibatkan perubahan yang besar bagi peratusan penyertaan wanita dalam sektor pekerjaan.

Pada tahun 1960, peratusan penyertaan wanita dalam sektor pekerjaan adalah 36%, tetapi telah meningkat kepada 43.5% pada tahun 1985. Dijangkakan akan meningkat kepada 48% pada tahun 2000. Pada masa yang sama, peratusan penyertaan lelaki dalam dunia pekerjaan menurun dari 86% pada tahun 1960 kepada 76% pada tahun 1985. Dijangkakan akan berkekalan dalam 70-75% pada tahun 2000 (14).

Antara sebab-sebab bertambahnya kadar wanita yang menceburi pekerjaan secara ketaranya, di samping disebabkan oleh perubahan masyarakat dan pendidikan yang meliputi ramai orang yang telah mengubah konsep pekerjaan bagi kaum wanita, ia juga berkaitan dengan perkembangan ekonomi. Lebih-lebih lagi dalam tempoh bidang perindustrian memerlukan lebih ramai buruh kasar. Maka keadaan ini lebih mewujudkan banyak peluang pekerjaan yang sesuai untuk wanita.

Selain itu, kemajuan sains teknologi dan perkembangan komputer dan sektor elektronik kebelakangan ini juga telah meningkatkan peluang pekerjaan bagi kaum wanita. Tambahan pula, terdapat banyak keluarga yang perlukan dua kerja untuk menampung perbelanjaan keluarga seiring dengan anak-anak yang semakin meningkat dewasa, peningkatan yuran-yuran misalnya

yuran pendidikan, serta peningkatan taraf kehidupan. Pada masa yang sama, permintaan terhadap kualiti dan kuantiti barang keperluan seharian turut meningkat. Oleh itu ekonomi rumahtangga merupakan sebab utama yang mendorong wanita bekerja. Namun demikian, daripada trend kaum wanita menceburi sektor pekerjaan, dapat dilihat bahawa mereka perlu bekerja sambil menjaga keluarga, ini bukan saja memberikan tekanan kepada diri sendiri, malah juga menyukarkan keluarga mereka. Contohnya masalah didikan kendiri kepada anak-anak kecil, masalah menyara ibu bapa, masalah berinteraksi dan penyepadanan antara suami dan isteri. Oleh itu, kaum wanita yang bekerja sepatutnya mempelajari topik pelajaran penting mengenai bagaimana memainkan pelbagai peranan dengan baik. Bagi wanita yang belum kahwin pula, mereka perlu mengambil perhatian mengenai hal gangguan daripada pihak atasan teman sejawatnya (lelaki).

6. Menggunakan/ mengatur waktu lapang dengan baik

Dari segi pekerjaan, seorang kristian sememangnya harus memilih pekerjaan yang baik dan tidak seharusnya memandang ringan terhadap pemilihan aktiviti cara meluangkan masa lapang. Hiburan yang sesuai pada waktunya bukan sahaja dapat dapat mengurangkan tekanan dalam pekerjaan seharian, ianya juga dapat mendorong diri untuk memupuk suatu corak pekerjaan yang sihat. Dengan itu, pergunakanlah masa cuti untuk menyertai kebaktian gereja, pekerjaan suci, senantiasa menjalinkan hubungan yang erat dengan seiman, agar diri kita senantiasa terpelihara dalam kasih karunia Tuhan dan juga dalam persahabatan saudara-saudari.

Berkenaan dengan hiburan berkaitan keinginan hawa nafsu, haruslah mempunyai penguasaan diri dan janganlah melakukannya kerana ia bukan saja menyebabkan tubuh menjadi lemah bahkan tidak dapat memuliakan nama Tuhan dan memberi faedah kepada manusia. Lebih-lebih lagi menjadikan Roh Kudus khuatir dan menjejaskan kepercayaan. Boleh dikatakan ‘apa yang diperolehi tidak dapat menggantikan kerugian yang dialami’.

7. Hidup sampai tua, belajar sampai tua.

Manusia telah mempergunakan lebih daripada 1/3 masa mereka untuk bekerja. Dengan itu sekiranya ingin memahami erti hidup dan kegembiraan kehidupan manusia, maka perlulah mementingkan pendidikan dalam kemahiran pekerjaan. Malah menjadikannya sebagai satu perkara yang harus dipelajari. Namun demikian, dalam keadaan ledakan ilmu pengetahuan hari ini, apakah jenis pengetahuan yang berkaitan rapat dengan professional pekerjaannya yang perlu diperlengkapi oleh belia pada hari ini?. Ahli ekonomi telah mengungkapkan 10 bahagian untuk dirujuk. Ia termasuk: jurujual, bendahari, undang-undang, pengurusan, komputer, kebudayaan, kesihatan, rehat, daya kreatif, interaksi antara manusia dan sebagainya. Setiap orang yang hidup dalam masyarakat kini perlu memiliki pemikiran ‘orang dalam masyarakat ini’, konsep “pengurus”, kualiti “orang yang bertamadun”. Dalam masa yang sama, juga harus berusaha memupuk semangat rajin bekerja secara positif. Rajin dalam bekerja dan rajin belajar. Kerana sikap puas hati dalam keadaan sedia ada menunjukkan kemerosotan manakala tidak mengejar kemajuan menunjukkan kemunduran.

 

D. Semangat Yang Perlu Ada Selepas Mendapat Pekerjaan Bagi Belia Masa Kini

1. Menguruskan kewangan dengan baik.

• Mempersembahkan apa yang patut dipersembahkan, berjimat-cermat secara berpatutan, menggunakan yang patut digunakan.

2. Menguruskan diri dan mengasihi diri sendiri.

• Tidak meminum dan merokok, tidak berjudi, mengekang hawa nafsu.

3. Mengejar Kebaikan.

• Memikirkan bagaimana dapat memuliakan Tuhan dan memberi faedah kepada manusia dalam segala hal seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain.

4. Menyempurnakan kerohanian.

• Selalu berkebaktian, banyakkan doa, rajin membaca Alkitab dan suka menyanyikan kidung rohani.

 

Kesimpulan

Setelah meninggalkan alam persekolahan, masyarakat yang bakal anda hadapi adalah merupakan sebuah masyarakat yang mudah berubah dan mementingkan kenyataan. Setiap orang akan berasa segala perkara dalam dunia pekerjaan ini adalah baru dan penuh dengan cabaran. Bahkan merupakan satu bidang pelajaran yang perlu dipelajari. Oleh itu, samada bagaimana dapat menjadi seorang pekerja ataupun ahli pekerja yang berjaya dalam bidang pekerjaan masing-masing adalah bergantung kepada tahap kesungguhan seseorang dan hasil titik usaha yang dilakukan.

Encik Ho Se berkata: “Tanamlah sebagaimana yang diingin dituai”. Dalam segala hal kiranya ada daya usaha maka pasti adanya penghasilan”. Alkitab mendorong kita, orang yang menabur banyak akan menuai banyak juga (I Kor 9:6). Ayat ini tetap boleh dipercayai.

Dunia ini tiada hidangan yang percuma, juga tiada kemenangan yang diperolehi dengan sedikit usaha. Kota Roma bukannya dibina siap dalam sehari sahaja, maka tentu sekali tidak ada kerjaya yang didirikan dalam sehari sahaja. Pelajaran bimbingan dan kaunseling untuk pekerjaan hanya merupakan seketul batu kecil yang digunakan untuk mengetuk pintu namun rahsia yang mendalam dalam universiti masyarakat ini perlu dialami oleh diri sendiri. Di sini adalah diharapkan supaya saudara-saudara dapat menumpukan perhatian dan berusaha melakukan pekerjaan yang baik. Berkembang maju dalam segala hal sama seperti kemajuan jiwa rohani.

 

Catatan: memperkenalkan Agenda Dalam Pusat Perkhidmatan Kaunselor Untuk Pekerjaan.

A. Sasaran perkhidmatan:
Murid-murid yang baru meninggalkan alam persekolahan dan mula mencari pekerjaan. Murid-murid yang menganggur dan tidak belajar lagi.
Para murid yang rela mempelajari pelbagai kemahiran. Belia masyarakat yang profesional
Rakyat yang menganggur.

B. Mengurus dokumen-dokumen keperluan pendaftaran:
Kad pengenalan
Sijil akademik (termasuk sijil khusus profesionalisme) Sijil pengalaman
Sijil latihan pasukan tentera untuk lelaki (di Taiwan) Sijil pemeriksaan kesihatan.

C. Bagaimana pusat perkhidmatan kaunselor membantu anda?
Diharapkan anda datang ke pusat perkhidmatan kaunselor ataupun pusat perkhidmatan. Mengisi kad pendaftaran pekerjaan menurut cita-cita dan kebolehan anda.
Sekiranya anda tidak dapat membuat keputusan dalam pemilihan pekerjaan, maka pusat perkhidmatan pentadbiran akan membantu anda memilih pekerjaan yang sesuai dengan anda.
Sekiranya anda tidak memahami kerja apakah yang sesuai bagi anda, maka pusat perkhidmatan
kaunselor akan menjalankan ujian untuk membuat keputusan terhadap pekerjaan yang anda cenderungkan.
Sekiranya anda tidak memiliki kepakaran apapun, pusat perkhidmatan kaunselor boleh
membantu anda untuk menyertai latihan khas untuk pekerjaan tertentu dalam memeliharan kepakaran anda.

D. Apakah yang anda perlu buat apabila pusat perkhidmatan kaunselor mengaturkan peluang pekerjaan yang sesuai dan mengatur masa supaya anda bertemu dengan pihak berkuasa dalam agensi pekerjaan?
1. Sebelum anda bertemu dengan pengurus, terlebih dahulu haruslah memahami keadaan dan sifat pekerjaan tersebut, serta menyelidiki maklumat yang berkenaan supaya tidak berasa kemas.
2. Jangan lupa membawa dokumen yang berkaitan sebagai persediaan untuk diperiksa.
3. Harus menepati masa supaya tidak lewat sampai.
4. Sikap perlu sopan, pakaian perlu kemas.
5. Harus sopan-santun bila berbual, menjawab soalan secara tepat dan ringkas.
6. Harus berkeyakinan terhadap pekerjaan yang dipohon dan nyatakan minat dan pengenalan terhadap pekerjaan tersebut.
7. Jangan telalu memperhebohkan pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang ada pada diri, melainkan perlu merendahkan diri untuk menerima pimpinan.
8. Sekiranya menemui kegagalan dalam temuduga, jangan putus asa, sila berhubung dengan
pusat perkhidmatan kaunselor dengan serta-merta untuk mengaturkan perluang pekerjaan yang lain bagi anda.

E. Aspek-aspek perkhidmatan lain yang dibekalkan oleh Pusat perkhidmata kaunselor:

1. Menggunakan kemahiran secara bertanya/ berbincang untuk memberi perkhidmatan pekerjaan secara bertanya.

2. Menganjur ataupun mewakili pihak lain mengadakan kursus untuk mempelbagaikan jenis- jenis latihan kepakaran dalam pekerjaan.

3. Mencari dan mengumpulkan maklumat pasaran pekerjaan dan menerbitkan pelbagai jenis majalah mingguan untuk mengumumkan permintaan tenaga pekerja, berita pekerjaan, berita ekspress utuk bekerja, akhbar musim, akhbar bulanan dan akhbar khas untuk dibaca oleh para pencari kerja. Di samping itu juga tidak behenti-henti mencetak berita mengenai peperiksaan untuk pekerjaan dan berita terkini mengenai pekerjaan serta pelbagai jenis laporan penyelidikan dan wawancara .

F. Apabila anda telah berjaya memegang sesuatu kerja, diharapkan anda menghargai kerja tersebut kerana memelihara pekerjaan adalah lebih sukar daripada mendapat pekerjaan. Juga berharap agar anda daripada memupuk minat anda dalam pekerjaan tersebut, melatih tekad anda dalam keadaan yang sukar, rajin berusaha mengejar tahap yang lebih sempurna.

Dengan demikian, bukan sahaja anda dapat memelihara suatu pekerjaan, bahkan dapat memperolehi perkembangan selanjutnya untuk mendirikan masa depan yang cerah.

 

Penjelasan/ Rujukan:

1. Menurut laporan kajian daripada persatuan Jing Jen bahagian rancangan, antara pelbagai jenis cara mendapatkan yang paling lazim digunakan oleh penduduk adalah diperkenalkan oleh sanak-saudara iaitu sebanyak 62.2%. Seterusnya adalah melalui iklan dalam akhbar iaitu dengan membaca akhbar lalu mencari alamat, iaitu sebanyak 25.5%. Yang dipilih untuk bekerja setelah lulus peperkisaan kerajaan adalah sebanyak 8.6%. sebaliknya peratusan yang mendapatkan pekerjaan melalui pusat perkhidmatan kaunselor adalah lebih rendah, iaitu 1.6% dan 0.8%.

Ini menunjukkan bahawa hanya sebilangan kecil sahaja yang mencari bantuan pusat perkhidmatan kaunselor. Sebenarnya ia merupakan cara yang paling berjaminan bahkan perkhidmatan diberikan secara percuma. Jika dianalisis dengan lebih terperinci, peratusan setiap peringkat umur yang mendapatkan kerja dengan diperkenalkan oleh sanak-saudara mereka adalah tertinggi manakala peratusan yang mendapatkan kerja melalui iklan dan akhbar adalah semakin menurun seiring dengan peningkatan umur pemohon. Dari sini dapat menggambarkan pemuda-pemudi suka mencari pekerjaan melalui kaedah media masa.

2. Dalam agenda yang diluluskan dalam perancangan pekerjaan oleh Jabatan Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal dalam negeri dan Maktab Pentadbiran bahagian kaunselor belia dan unit-unit berkenaan bagi murid yang menamatkan persekolahan dalam tahun 75 untuk meneruskan pelajaran dan bekerja: Terdapat lebih daripada 359,000 murid yang menamatkan persekolahan dalam tahun 75. Adalah dijangka terdapat seramai 232,000 akan meneruskan pelajaran di tahap menengah atas, kelas tambahan kelas atasan dan kelas lanjutan. Lebih daripada 53,000 orang memasuki sekolah tentera dan kelas lanjutan. (13). Di samping itu terdapat lebih daripada 74,000 perlukan pekerjaan dan 51,000 orang menyertai kursus anjuran pusat perkhidmatan kaunselor ataupun yang menyertai latihan pekerjaan. Dari segi lain disebabkan wujudnya masalah pengangguran, maka kerajaan wilayah telah menggunakan tenaga manusia yang diperlukan dalam rancangan pelaburan umum atau memperbanyakkan pinjaman untuk mewujudkan pekerjaan dalam agenda ketujuh, manakala langkah memperkuatkan lagi penguatkuasaan pelaksanaan perkhidmatan kaunselor menyatakan bahawa bilangan yang mendapat pekerjaan menerusi perkhidmatan kaunselor akan mencapai
139,620 dan akan bertambah tahun demi tahun.

3. Tahun 1985 peratusan pengangguran bagi negara Amerika syarikat, China dan Jepun masing- masing adalah 8%, 4.1% dan 2.9%.

4. Membuktikan bahawa dalam tahun 20 kebelakangan ini kadar peningkatan orang yang mendapat pekerjaan menerusi pusat perkhidmatan kaunselor bagi negara Eropah, Amerika Syarikat, Jepun dan negara-negara maju lain adalah paling tinggi. Peratusan mereka semakin bertambah. Pada tahun 1983, peratusan bagi orang yang bekerja di bidang pekerjaan perkhidmatan adalah seperti: di Jepun telah mencapai 55.7%, Amerika Syarikat mencapai 68.3%.

5. Laporan wawancara dan penyelidikan terhadap kecenderungan keperluan tenaga manusia dari bahagian kaunselor di utara Taiwan tahun ke-77.

6. Menurut anggaran persatuan Jing Jen, peratusan bekerja di bidang perindustrian semakin menurun pada tahun 80-an, manakala pekerjaan menerusi sektor perkhidmatan akan meningkat secara berterusan dan adalah diramalkan ia akan meningkat melebihi 50% di pertengahan 80-an.

7. Merujuk kepada maklumat anggaran dari Kementerian Hal Ehwal dalam negeri, permohonan kerja adalah paling tinggi di kalangan pelajar lepasan sekolah. Sehinggalah pada hujung bulan November tahun 75, terdapat sebanyak 60,000 peluang pekerjaan.

8. Menurut Kajian Kementerian Hal Ehwal dalam Negara menunjukkan bahawa, antara beberapa jenis pekerjaan yang mempunyai peratusan yang tinggi dalam mengalami malapetaka dan kecederaan dalam perindustrian adalah mengikut susunan beikut: sektor melombong arang, perlombongan, melombong batu-batu, sektor menghasilkan barang bukan emas, sektor kaca dan barang diperbuat daripada kaca, sektor penghasilan kertas, sektor penghasilan minuman, sektor penghasilan besi keluli, minyak petroleum dan lain-lain lagi. Di samping itu, menurut Jabatan Buruh, faktor-faktor yang mengakibatkan kecederaan dan urutan peratusannya adalah:

a. Dikepit, dibelah, digulung 32.25%
b. Terkena dengan benda yang terjatuh 13.76%
c. Dilanggar 13.6%
d. Dicucuk dan geseran 8.83%
e. Kejatuhan barang dan keruntuhan tanah 7.1%
f. Terjatuh 6.93%
g. Terjun, terjatuh secara terguling 3.8%
h. Bertembung dengan suhu tinggi dan suhu rendah 3.46%
i. Lain-lain 2.85%
j. Renjatan elektrik 0.09%

9. Dalam penyelidikan Jabatan Pendidikan Kerajaan bahagian utara Taiwan, bagi murid lepasan sekolah menengah bulan Jun 1976, terdapat 95.9% merancang akan meneruskan pelajaran mereka, manakala bagi mereka yang ingin bekerja adalah 3.3%. Jabatan Pendidikan kerajaan bandar berkata bahawa berdasarkan kepada rujukan maklumat, ia telah membuktikan peratusan murid lepas sekolah yang berazam bekerja pada tahun 76 adalah lebih rendah berbanding murid tahun 75.

10. Berdasarkan kepada laporan kajian penyelidikan tenaga manusia yang terbaru bagi Bahagian Pengiraan utama dan peratusan Jing Jen, terdapat kira-kira 700,000 orang yang menukarkan pekerjaannya pada tahun 75, antaranya yang meletakkan jawatan secara sukarela adalah seramai 504,000, ianya adalah 72% daripada orang yang bertukar kerja. Faktor-faktor meletakkan jawatan mengikut susunan dan peratusannya adalah:

a. Tidak mendapat layanan yang baik 29%
b. Ingin bertukar tempat pekerjaan 23.5%
c. Persekitaran pekerjaan yang tidak baik 11%
d. Masa pekerjaan yang tidak sesuai 7.1%
e. Tidak mempunyai masa depan yang cerah 6.6%
f. Pekerjaan yang tidak ada jaminan 6.4%
g. Tidak baik untuk kesihatan 2.6%
h. Tidak dapat menggunakan apa yang dipelajari 1.7%
i. Sebab-sebab lain, contohnya ibu bapa tidak bersetuju, tidak dapat hidup berdamai dengan ketua pengurus atau teman sekerja, beban pekerjaan yang terlalu banyak 12.1%.

11. Agensi kaunselor pekerjaan yang ada setakat ini dalam negara adalah: persatuan untuk Maktab Pentadbiran para belia, jurutenik Jabatan Pendidikan, Jabatan Penasihat Pekerjaan Kementerian Hal Ehwal dalam negeri dan agensi-agensi kaunselor pekerjaan dari beberapa bahagian negeri.

12. Pelbagai jenis Kursus pekerjaan yang dianjurkan oleh agensi kaunselor pekerjaan adalah berikut:

Nama Sasaran/ Penerima Kursus Unit Penganjur
Latihan Pemeliharaan Murid lepasan sekolah menengah yang berusia 15 tahun ke atas Agensi Penasihat
Pekerjaan
Latihan teknikal Murid lepasan sekolah menengah lebih lama yang berusia 15 tahun ke atas Agensi Penasihat
Pekerjaan
Latihan Penyempurnaan Ahli-ahli yang sedang bekerja Agensi Pekerjaan atau diwakili oleh Agensi Penasihat Pekerjaan
Kursus untuk yang bertukar pekerjaan Ahl-ahli yang bertukar kerja Agensi Penasihat
Pekerjaan
Latihan untuk orang cacat Orang-orang cacat Agensi Penasihat
Pekerjaan
Kelas Pendidikan lanjutan
(13) Murid lepasan sekolah menengah yang berada di bawah 18 tahun dan belum melanjutkan pelajaran Jabatan Pendidikan

13. Kelas pendidikan lanjutan adalah pendidikan yang berpusatkan lanjutan pendidikan pekerjaan. Ia dibuka oleh pengetua Maktab Sun Yun Yung. Tujuan dan objektifnya adalah memberi peluang kepada murid lepasan sekolah menengah tetapi tidak dapat melanjutkan pelajaran ataupun murid yang tidak suka belajar. Bekerja di kilang pada waktu siang dan menghadiri kelas ini pada waktu malam untuk memperolehi satu kemahiran dan menerima kelayakan kelepasan menengah atas. Dengan langkah ini, dapat mencapai tujuan untuk menambah masa pendidikan negara. oleh itu demi meneguhkan dasar perkhidmatan menyampaikan pendidikan ini sampai pada 12 tahun, jabatan pendidikan menggembangkan pendidikan yang mengutamakan pekerjaan yang berkaitan dengan pendidikan sejak tahun 72. Ia dibahagikan kepada tahap rendah, menengah dan atas 3 peringkat. Namun demikian, setelah tamatnya kursus untuk tahap rendah pada tahun 75, Jabatan pendidikan tidak dapat meneruskannya mengikut apa yang telah dirancangkan dan mengambil keputusan mengubah tahap pertengahan kepada rancangan pekerjaan tahap yang kedua. Di samping itu membuat perancangan semula dalam pelajaran, bahan-bahan dan matapelajaran. Dalam majlis pusat pentadbiran yang merangkumi seluruh negara telah menyatakan tiga prinsip kelas lajnjutan ini, Jabatan pendidikan kelas lanjutan adalah tidak dipaksa, bukan percuma keseluruhannya, dan pelajaran mengutamakan pendidikan tentang pekerjaan. Setelah Jabatan pendidikan menerbit rancangan lalu meneguhkan matapelajaran perkhidmatan, sekurang-kurangnya menambah sebanyak 50 buah kelas setiap tahun. Tahun pendidikan mengikut kelas adalah dibahagikan kepda satu hingga tiga tahun dan mempunyai pelajaran secara penggal untuk menarik perhatian murid di bawah usia 18 tahun tetapi tidak meneruskan pelajarannya.

14. Peratusan suami isteri yang masing-masing bekerja pada tahun 1980 adalah 45%, dianggar adalah 65% pada tahun 1990 dan menjangkau 75% pada tahun 2000.

Peranan Yang Dimainkan Oleh Golongan Belia
| |

Peranan Yang Dimainkan Oleh Golongan Belia

Peranan Yang Dimainkan Oleh Golongan Belia

Kebelakangan ini, bilangan simpatisan yang menjadi pemercaya dalam Kelas Menengah Atas (atau Kelas Belia) semakin bertambah ramai seiring dengan perkembangan gereja. Perkembangan ini merupakan satu perkara yang melegakan. Ini adalah kerana golongan belia adalah peneraju sesebuah keluarga, sosial dan negara dan bakal menggantikan tugas yang dtinggalkan. Oleh yang demikian, perkembangan dan kemajuan sesebuah keluarga atau negara amat berkait rapat dengan golongan ini.

Ada pepatah yang berbunyi “Keruntuhan dan kemajuan sesebuah negara adalah terletak di dalam tangan rakyatnya”. Begitu juga dengan umat Allah, khususnya golongan belia yang berperanan menjadi penggerak utama dalam perkembangan kerja suci gereja. Kemajuan dalam kerja suci amat bergantung kepada pekerjaan suci belia. Sungguhpun pekerjaan suci Gereja Benar memerlukan peyertaan Roh Kudus, namun janganlah melupakan ajaran Tuhan iaitu “Tuaian memang banyak, tetapi pekerja sedikit kerana itu mintalah kepada tuan yang empunya tuaian, supaya Ia mengirimkan pekerja-pekerja untuk tuaian itu” (Mat 9:36-38). Andai kata, mereka yang bekerja dalam ladang adalah terdiri daripada golongan yang muda dan berhikmat, maka sudah pastinya hasil yang diperolehi juga besar, begitu juga dengan kemerosotan dan perkembangan sesebuah negara. Ada tertulis dalam Alkitab“Mahkota orang tua adalah anak cucu dan kehormatan anak ialah nenek moyang mereka” (Ams 17:6).

Jika sesebuah keluarga dapat melahirkan generasi muda yang baik, maka sudah tentu dapat membanggakan keluarga tersebut. Begitu jug, jika gereja dapat mengasuh dan menghasilkan ramai belia yang baik, beriman teguh, penuh hikmat dan kekuatan, dapat mempertahankan kebenaran, taat kepada perintah Tuhan, mempunyai kehangatan dan keghairahan dalam usaha melayani Tuhan, maka sudah tentu gereja akan bertambah maju dan dapat memuliakan Tuhan. Dengan itu, belia-belia seiman harus mahir untuk mengetahui dan menyedari amanat sendiri, dan juga menginginkan pekerjaan yang indah, serta memahami peranan yang harus dimainkan dalam perlaksanaan kerja suci agar menjadi perabot Tuhan untuk maksud yang mulia.

1. Amanat Gereja:

• Sebelum menerokai peranan yang boleh dimainkan oleh belia-belia seiman dalam pekerjaan suci, maka haruslah diketahui dahulu amanat-amanat yang dipikul oleh gereja-gereja di atas bumi ini. Terdapat banyak jenis pekerjaan suci di dalam gereja, tetapi ia boleh dirumuskan ke dalam 2 kumpulan utama seperti berikut:

a. Pergilah ke seluruh dunia, beritakanlah injil kepada segala makhluk (Mrk 16:15).

• Dunia ini dibanjiri dengan banyak masalah (dari masalah umum kepada masalah individu). Pada zaman silam, manusia beranggapan dapat mencari jalan untuk menyelesaikan masalah mereka tetapi pada masa kini, bahkan pengharapan untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut pun tidak ada. Apakah punca-punca sebenar masalah ini? Bukankah disebabkan mereka telah menghindari Kristus (Yoh 8:24). Dengan itu, hanyalah injil Kristus sahaja satu-satunya pengharapan dunia.

• Pada zaman kini, pemerintahan negara yang berideologi kuku besi telah mengambil tindakan untuk menyekat kemasukan penginjil-penginjil ke negara mereka. Negara Komunis bertindak dengan giat untuk menganayai umat Kristus. Demikian juga halangan dan desakan dari negara Islam dan Buddha. Oleh yang demikian, bukankah kita bertanggungjawab untuk meminta Tuhan membuka pintu dan jalan pemberitaan injil? Siapakah yang rela diutus jika Tuhan bersedia membantu kita membuka pintu dan jalan pemberitaan injil ini? Kita tahu jika jiwa rohani seseorang dapat diselamatkan, ia sama dengan memperoleh seluruh dunia. Memandangkan inilah hakikatnya, maka bukankah golongan belia harus menerokai pekerjaan ini?

b. Gembalakan domba-domba Tuhan (Yoh 21:15-17).

• Gereja ditebus Kristus dengan darah-Nya sendiri. Oleh itu, pemercaya yang telah menerima anugerah keselamatan Tuhan hendaklah memahami betapa bernilainya kedudukan diri di dalam mata Tuhan. Dengan itu, jagalah dirimu dan jagalah seluruh kawanan, kerana kamulah yang ditetapkan oleh Roh Kudus menjadi pemilik untuk menggembalakan jemaat Allah (Kis 20:28).

• Sebagai seorang pelajar Kelas Menengah, kita wajib mengetahui makna gereja dan kepentingannya, serta bertekad untuk melayani Tuhan dalam gereja sejak kecil dengan berdasarkan kasih Kristus, berkepalakan Kristus dan berganding dengan anggota- anggota tubuh lain untuk menyelesaikan dua tugas pelayanan utama yang diamanatkan Tuhan kepada kita dengan sedaya upaya.

2. Peranan dalam pekerjaan suci.

• Golongan belia adalah pengganti untuk kedua-dua amanat utama gereja ini. Setiap belia harus mempunyai tanggapan bahawa pemberitaan injil dan pembangunan gereja adalah tanggungjawab sendiri, serta berusaha dengan gigih dalam pelaksanaan kerja suci gereja (Yoh 15:16; I Kor 9:16).

• Belia-belia dari kelas menengah ini memainkan pernan sebagai “pengganti” dalam pekerjaan suci gereja. Belia-belia harus jelas memahami bahawa ketiadaan hidup yang berkelimpahan akan menyebabkan mereka tidak layak untuk melayani Tuhan sama seperti sepohon pokok yang tidak diberi perhatian sejak ia bertunas maka pasti ia tidak akan menjadi pokok yang besar. Begitu juga dengan nyawa rohani. Walaupun golongan belia harus banyak bekerja untuk Tuhan dengan rela,dan menginginkan karunia Tuhan (seperti; berkhotbah, menterjemah, dan bermain organ), iaitu kerja-kerja yang dilakukan mereka yang sangat dipakai oleh Tuhan, namun jika asuhan dan pendidikan yang bernyawa diabaikan, dan menyebabkan tumbesaran yang tidak normal, maka mereka tidak akan menjadi pengganti yang baik. Oleh itu, semasa berada di alam persekolahan pada peringkat menengah ini, mereka perlu melengkapkan diri dengan banyak membaca Alkitab, mengkaji kebenaran dan memahami segala doktrin (II Tim 3:14-17; Luk 2:46-49), serta mempelajari pelbagai pekerjaan suci dari penatua, diaken dan pendeta, dan menjadi seorang penolong baik mereka (Kel 33:11; Mrk 5: 36-43). Malah, belia-beli harus berusaha sungguh-sungguh untuk menyempurnakan rohani mereka supaya mereka dapat menjadi teladan kepada jemaat dalam iman, dalam kekudusan, dalam kerendahan hati, dalam kesetiaan, dalam kasih dan dalam segala-gala hal, sambil mengharapkan diri menjadi pengganti yang dipandang layak untuk dipakai Tuhan. (1 Tim 4: 11-12; 2 Tim 2: 21).

• Selain itu, janganlah pelajaran mereka diabaikan, melainkan harus ada keseimbangan antara kepercayaan dengan pelajaran. Khususnya bagi seorang pelajar, dia harus mengetahui bahawa dia perlu sungguh-sungguh belajar bukan hanya untuk masa depan diri melainkan juga untuk Tuhan. Tambahan pula, sukatan pelajaran sekolah menengah ini adalah pengetahuan am yang harus dimiliki oleh setiap orang. Pengetahuan ilmiah yang baik ini dapat membantu untuk melakukan pekerjaan suci gereja. Oleh yang demikian, pelajaran dan kepercayaan boleh dikatakan saling membantu dan saling dibentuk bersama. Semoga belia-belia dalam kelas
menengah ini akan mengambil berat kedua-dua aspek ini supaya dapat menjadi seorang pengganti yang berpotensi pada usia yang muda.

3. Kesedaran akan peranan diri

• Pohon zaitun, pohon ara dan pohon anggur tahu akan tujuan Tuhan mencipta mereka (Hak 9:8-13). Justeru itu, bagi kita yang telah dipilih oleh Tuhan harus lebih mengetahui tentang peranan dan tanggungjawab diri sendiri dalam gereja. Syarat-syarat yang tidak boleh terkurang untuk menyempurnakan kedua-dua amanat besar gereja ini adalah kekuasaan Tuhan, tenaga manusia, kewangan dan sebagainya. Antara yang sangat diperlukan ialah lebih ramai yang mempersembahankan diri dan menjadi teman sekerja Tuhan.

• Apabila Musa dewasa, dia faham akan kehendak Tuhan. Dia tahu Tuhan ingin menggunakannya, lalu dia rela dan sanggup menolak disebut sebagai anak puteri Firaun, menyangkal segala harta benda dan kenikmatan di istana Mesir kerana dia lebih rela mengorbankan diri dan mengalami penderitaan bagi Tuhan untuk melaksanakan kerja penyelamatan terhadap sebangsanya (Ibr 11:24-26).

• Sebagai golongan belia di dalam Tuhan, kemungkinan anda sudah melibatkan diri dalam pekerjaan suci gereja pada masa sekarang, tetapi anda juga harus memahami apa yang Tuhan hendak kamu lakukan pada masa depan. Mungkin Tuhan mengehendaki kamu mempersembahkan diri untuk-Nya? Ataupun melakukan pekerjaanmu dalam dunia dan mempersembahkan sepersepuluhan kepada-Nya sambil menggunakan masa di luar kerjamu untuk membantu kerja suci? Semoga Tuhan akan memberi petunjuk tentang posisi yang harus kamu berada, dan kamu juga taat kepada seruan Tuhan serta melayani-Nya dengan setia dan ikhlas.

4. Terdapat banyak lagi pekerjaan yang penting dan dapat dipercayakan kepada belia-belia yang masih belum melibatkan diri dalam kerja suci.

Berikut disampaikan beberapa jenis pekerjaan sebagai rujukan.

• Golongan belia digalakkan melibatkan diri dalam berbagai jenis pekerjaan suci sebelum mereka memegang sesuatu jawatan yang penting dalam gereja. Di sini terdapat beberapa faktor yang diberi sebagai rujukan:

a. Pekerjaan pendidikan agama.

Pada masa ini, kebanyakan tugas bahagian pendidikan agama kanak-kanak adalah terletak di bahu belia kelas menengah dan ke atas. Kualiti seseorang guru mempunyai pengaruh yang besar terhadap kualiti seorang murid, manakala kejayaan dan kegagalan pendidikan agama pula sangat mempengaruhi masa depan gereja (Ams 22:6; II Tim 1:3-5). Oleh itu, generasi muda mempunyai tanggungjawab untuk meneruskan tugas ini dan juga mengaspirasikan tugas ini kepada generasi seterusnya. Dengan itu, bukankah belia-belia lebih harus berusaha banyak mempertingkatkan dan memantapkan diri?

b. Perkembangan kerja pelayanan belia.

Golongan belia adalah sumber kecergasan gereja dan juga badan utama pekerjaan suci gereja. Golongan belia mempunyai cita-cita, semangat tinggi, keikhlasan, pengetahuan baru, dan juga potensi yang tidak terbatas. Oleh itu, suatu tempat yang penuh dengan belia-belia yang aktif akan memperlihatkan suatu keadaan yang penuh dengan semangat dan tenaga.

Jika ketiadaan belia-belia yang aktif pula, maka akan kelihatan tenaga belia berceraian, tidak bermaya dan patah semangat. Jadi, masa depan gereja amatlah membimbangkan. Oleh itu amatlah penting bagi golongan muda yang sudah dewasa untuk mengaspirasikan tunas- tunas muda tentang bagaimana menerima asuhan dan nasihat, serta berganding dengan mereka dalam pelaksanaan kerja suci.

Belia-belia dari setiap gereja tempatan boleh menubuhkan unit-unit berikut mengikut keperluan dan persetujuaan AJK gereja supaya dapat melibatkan diri dalam kerja suci dengan lebih awal.

i. Kerja pelayanan di sekolah.

Pada masa kini, kebanyakan IPT telah menubuhkan persahabatan IPT. Sekiranya gereja mampu, bolehlah dikumpulkan semua pelajar sekolah menengah menjadi suatu persekutuan supaya mereka dapat bergaul dan belajar antara satu sama lain, serta membawa rakan- rakan sekolah mereka berpaling kepada Tuhan.

ii. Kerja pelayanan dalam informasi.

Peranan bahagian ini adalah bertanggungjawab untuk menghubungi seiman-seiman yang sedang mengadakan kursus latihan tentera atau melanjutkan pelajaran di luar negeri dan meneguhkan iman mereka supaya keimanan mereka sentiasa maju dan dapat bersinar terang bagi Tuhan. Pada masa yang sama, bahagian ini juga memastikan seiman-seiman dari gereja-gereja tempatan yang sedang menuntut di kawasan yang berdekatan, atau sedang mengikuti kursus latihan tentera, ataupun sudah bekerja selalu berhubung antara satu sama lain, serta mengadakan kebaktian khas untuk mereka pada masa yang sesuai demi membangunkan iman dan akhlak mereka.

iii. Kerja pelayanan dalam kesusasteraan.

Satu tugas yang dapat kita lakukan adalah bersungguh-sungguh menyumbang karya untuk terbitan-terbitan gereja. Menyumbang karya ini bukanlah hal yang susah. Ramai orang dapat melakukan tugas ini, hanya bergantung kepada kerelaan orang tersebut untuk melakukkannya. Asalkan kita melakukannya dengan segenap hati dan kekuatan, maka barulah kita tak usah malu di hadapan Tuhan. Selain menyumbang karya, terdapat lagi kerja- kerja yang lain dalam kesusasteraan ini seperti grafik, penterjemahan dan sebagainya.

iv. Kerja pelayanan dalam penginjilan.

Kerja pelayanan ini termasuklah penginjilan secara kesusasteraan menerusi penyebaran risalah injil dan bahan cetakan gereja. Setiap gereja tempatan harus membuat pembahagian mengikut kawasan secara terancang, dan menugaskan belia (dua orang dalam satu kumpulan) untuk mengedarkan risalah injil dari rumah ke rumah, supaya kewajiban kita untuk menginjil kepada kawan sebangsa yang mengenal huruf dapat ditunaikan dengan lebih awal. Selain itu, boleh juga merancang belia-belia untuk mengadakan penginjilan dan penginjilan melalui kidung. Menurut kajian statistik, zaman remaja dari umur 13-18 tahun merupakan masa yang paling baik untuk membangunkan dasar iman kepercayaan. Sebagai seorang pelajar sekolah menengah, kita harus menggunakan kesempatan yang ada untuk bekerja kepada Tuhan, dan banyak mempelajari tugas membawa orang berpaling kepada Tuhan, maka sudah pasti bermanfaat untuk kemajuan rohani kita.

v. Kerja pelayanan dalam lawatan.

Lawatan akan membolehkan kita saling membantu dan saling membangun, serta selanjutnya membangunkan gereja. Tugas ini sesuai dilakukan oleh penuntut-penuntut sekolah menengah, terutama bagi guru-guru yang menggembala domba-domba Tuhan, mereka lebih harus memahami keadaan kawanan domba, barulah mereka dapat memainkan peranan mereka sebagai seorang penggembala dengan baik agar gereja akan bercorak kekeluargaan.

vi. Kerja pelayanan dalam puji-pujian.

Nyanyian pujian merupakan suatu elemen penting dalam proses upacara kebaktian. Jika golongan belia benar-benar dapat menyanyi kidung dengan segenap hati untuk memuji Tuhan, maka akan membuatkan kebaktian dalam gereja sampai ke tahap yang benar-benar menyembah Tuhan dalam roh dan kebenaran. Semoga golongan belia dapat mengerti dan menguasai tujuan menyanyi pujian.

• Selain daripada 6 aspek kerja pelayanan yang telah dibincangkan di atas, terdapat lagi kerja pelayanan lain seperti membersihkan dan mengemaskan kawasan luar dan dalam gereja, mengawal lalu-lintas kenderaan semasa kebaktian, menyambut dan melayan, memimpin latihan kidung, memainkan organ atau menterjemah; melakukan pelbagai jenis kerja persediaan semasa kebaktian kebangunan rohani dan penginjilan, dan lain-lain lagi seperti pengurusan perpustakaan gereja dan kerja bimbingan dan kaunseling. Kita harus menanggung bersama dan melakukan kerja pelayanan dengan sedaya upaya kerana jerih payah kita tidak menjadi sia-sia dalam persekutuan dengan Tuhan.

5. Bagaimana menjadi teman sekerja golongan senior?

• Paza zaman sekarang terdapat ramai belia memandang rendah golongan yang lebih tua disebabkan mempunyai pelajaran yang lebih tinggi sikit daripada mereka. Kejadian ini telah menyebabkan mereka tidak lagi menghormati golongan tua sudah lanjut usia, bersifat bebal dan sukar untuk bergaul. Tabiat yang sedemikian tidak seharusnya wujud!. Untuk memperolehi kerjasama dengan golongan tua ini, golongan belia yang sebagai pengganti baru hendak memerhatikan beberapa perkara penting yang dinyatakan seperti berikut:

a. Jangan memandang diri lebih daripada yang sepatutnya.

Teman sekerja yang muda sering menunjukkan kecergasan dan semangat yang berkobar- kobar, dan senang dipengaruhi oleh sesuatu idea atau pemikiran baru (termasuk yang baik dan buruk). Oleh itu, mereka sering mempunyai percanggahan konsep dengan golongan senior. Namun, sesuatu konsep yang baru tidak semestinya betul sepenuhnya, dan suatu konsep lama tidak semestinya juga salah sepenuhnya. Golongan belia harus selalu merujuk pandangan dan cadangan daripada golongan senior, dan bekerjasama dengan mereka dengan berdoa memohon pedoman dari Roh Kudus agar yang ‘baru’ ini tidak terlampau bersemangat sehingga membawa kesan di sebaliknya pula.

b. Jangan memandang apa yang tidak patut dilihat.

Pemuda sering berasa kecewa dan tawar hati apabila menghadapi tekanan dan tamparan dalam tugas, sehingga ada di antara mereka berasa rendah diri dan kehilangan keyakinan diri lalu melupakan segala kuasa dan karunia adalah berasal dari Tuhan. Oleh itu, orang- orang muda harus tidak putus-putus menghitung kasih karunia Tuhan, dan pada masa yang sama mencontohi Paulus yang sering memegahkan kelemahan diri di hadapan Tuhan. Dengan itu, adalah dipercayai kuasa Tuhan akan menjadi kekuatan kita dan membuatkan kita sehati dan sepakat dengan golongan senior.

c. Menghayati keperipadian golongan tua.

Kita harus bersikap tolenrasni terhadap perbezaan diri kita dengan orang lain. Ini adalah kerana perbezaan latar belakang dan kebiasaan hidup mencetuskan perbezaan keperibadiaan tiap-tiap individu. Namun demikian, kedua-dua perbezaan ini bukanlah tidak dapat wujud dalam satu masa yang sama dan tidak boleh mengasingkannya secara keras ke dalam kumpulan yang benar dan tidak benar, atau betul dan salah. atamenyalahkan mana- mana pihak. Dapatkah anda menilai mana satu pihak yang benar dan mana satu pihak yang salah terhadap mendengar muzik pop atau mendengar muzik klasik? Asalkan ada kasih, maka perbezaan ini dapat ditutupi bersama. Oleh itu, keperibadian setiap individu mengandung kelebihan masing-masing. Haruslah kita saling menghayati antara satu sama lain. Biarlah Tuhan merubah segala kekurangan orang lain yang susah diatasi. mempunyai sifat kebaikan dan kelemahan. Kita harus menjaga imejnya, janganlah mengkritiknya dengan sesuka hati.

d. Memahami keperluan dan pengertian orang tua dalam kerja pelayanan.

Saling memahami adalah syarat utama dalam proses bersatupadu. Oleh itu, perlu belajar bagaimana caranya untuk memahami keperluan dan permintaan mereka dalam perlaksanaan sesuatu kerja serta bersiap sedia memberi kerjasama kepada mereka. Di samping itu, menghormati mereka seperti menghormati bapa atau sahabat kita. Seperti pertalian persahabatan di antara Paulus dengan Timotius.

6. Beberapa cadangan.

Golongan belia seiman memikul kewajipan sebagai pengganti baru untuk mempertahankan kebenaran gereja benar. Oleh yang demikian, mereka perlu memiliki hikmat rohani untuk mengenali Tuhan terlebih dahulu pada masa melibatkan diri dalam kerja suci. Bagaimana memohon dan memperolehi hikmat rohani ini? Terdapat beberapa cadangan yang diberi seperti berikut, walaupun perkara ini sering dibangkitkan tetapi ia adalah kata-kata iklhas yang timbul dari hati.

a. Banyak berdoa.

Doa menjadi pergaulan rohani di antara manusia dengan Tuhan. Sumber kekuatan dari Sorga hanya dapat disambung menerusi doa, dan barulah seseorang itu penuh dengan iman dan kekuatan rohani. Pada masa dulu, sebelum Tuhan Yesus memberitakan injil keselamatan kepada dunia, Dia telah berpuasa selama empat puluh hari dan empat puluh malam untuk memohon kekuatan dan menjadi contoh yang baik. Pada hari ini, jika anda ingin bekerja bagi Tuhan, bagaimana pula anda dapat mengabaikan doa dan memutuskan sumber kekuatan ini? Oleh itu, doa merupakan satu keperluan yang tidak boleh diabaikan. Kita harus menetapkan masa untuk berdoa dalam sepanjang hari, bejaga-jaga dalam doa serta mengumpulkan tenaga dan semangat sambil menantikan kesempatan untuk melakukan kerja Tuhan. Tambahan pula, kita akan memahami lebih banyak rahsia kebenaran apabila kita kepenuhan Roh Kudus.

b. Menggunakan lebih banyak masa membaca Alkitab.

Firman Tuhan adalah pelita di depan kaki, terang di atas jalan dan lebih-lebih ia juga adalah senjata yang serba berkuasa untuk mengalahkan musuh jahat iaitu syaitan. Apabila Tuhan Yesus menghadapi pencobaan si jahat sebanyak tiga kali, Dia mematahkan setiap pencobaan itu dengan firman Allah sebagai kunci kemenangan. Jika kita ingin mengetahui

segala tipu muslihat si iblis dan ingin mengalahkannya, maka kita harus berusaha membaca Alkitab dan menyimpan segala firman Tuhan di dalam hati. Jika kita ditanya tentang soal kebenaran dan langsung tidak tahu menjawabnya, ini telah mebuktikan kita lemah dalam dasar kebenaran, dan dengan mudah sekali kita diserang dan digulingkan oleh musuh kita. Bagaimana pula boleh dikatakan kita ini dapat bekerja untuk Tuhan?

c. Mengingat ayat Alkitab dengan hati.

Kebanyakan pemercaya dulu berpendapat bahawa “saya jarang menginjil.” Oleh itu, mereka hanya membuka Alkitab apabila diberitahu oleh pendeta dan tidak pernah memberi perhatian untuk mengingatinya. Jika pada suatu hari nanti, anda diarahkan untuk memimpin kebaktian atau ingin mempertahankan kebenaran di depan rakan-rakan dari agama lain, maka pada waktu itu anda tentu akan mengeluh dan menyesal sekali kerana tidak mengingat ayat-ayat tersebut meskipun telah memahaminya. Keadaan ini sudah tentu sudah terlambat. Oleh yang demikian, selagi otak kita masih berfungsi hendaklah kita melatih diri supaya kita dapat mengingat lebih banyak kisah-kisah penting atau ayat-ayat Alkitab yang penting. Jika kita tidak berdaya untuk mengingat setiap ayat, maka sekurang-kurangnya kita tahu tercatat dalam mana satu buku dan fasal.

d. Mengenalpasti masalah-masalah.

Dalam kebaktian belia, sentiasa ada tajuk-tajuk perbincangan yang bercorak “perbahasan, perbincangan, pengkajian” tentang firman. Kadang-kadang juga ada sesi yang mengenai “bimbingan kehidupan” dan “kemusyikilan Alkitab” yang dipimpin oleh pendeta, diaken atau penatua. Segala maklumat yang diberikan itu patut dicatat dan diingat kerana kemungkinan besar pada masa-masa yang akan datang kita dibawa oleh saudara-saudari atau kawam sim baptisan untuk membincangkan kebenaran. Jika anda selalu mengambil berat akan masalah iman kepercayaan, maka pasti anda akan dapat memberikan satu penjelasan yang baik terhadap kebenaran. Pada masa itu, kita ibarat seorang saudagar yang memiliki sebuah gudang yang dipenuhi dengan banyak hasil dan boleh dijual dengan harga yang tinggi.

e. Mencegah ancaman ragi dari agama lain.

Berjaga-jaga dan berwaspadalah semasa membaca buku-buku penerbitan daripada gereja lain. Golongan belia bersifat rajin belajar, bernaluri ingin tahu dan suka membaca buku yang ternama. Ada juga di kalangan belia-belia seiman yang mencintai kebenaran gemar membaca terbitan-terbitan dari gereja lain. Mereka asyik berpendapat bahawa saling mengetahui antara satu sama lain akan memberi kelebihan. Walaupun demikian, kita perlu berhati-hati kerana jika pemercaya tidak mempunyai dasar kebenaran yang kukuh dan tidak mahir membaca Alkitab, maka mudah sekali iman mereka menjadi goyah ditiup oleh angin ajaran sesat. Kalau demikian, bagaimana mungkin mereka dapat membangunkan diri dan menyelamatkan jiwa orang lain. Lazimnya, manusia lebih terikat kepada pendirian dan pandangan diri. Oleh yang demikian, hendaklah diri kita dilengkapi dengan kebenaran terlebih dahulu sebelum mengkaji pengajaran orang lain supaya kita tidak mengalami kerugian atau menghadapi sesuatu yang akan memudaratkan kita meskipun tidak memperolehi manfaat daripadanya.

f. Bersungguh-sungguh mempelajari bahasa asing.

Kita memerlukan bahasa sebagai pengantara atau media untuk memberitakan injil ke setiap penjuru dunia. Terdapat pelbagai bahasa dalam dunia ini, ini menyebabkan kita susah untuk mempelajari suatu bahasa tersebut. Kira pemercaya rela bekerja dengan Tuhan untuk menyelamatkan segala bangsa, maka harus berusaha dengan lebih sungguh-sungguh untuk mempelajari bahasa asing kerana jika sesuatu tugas ingin dilakukan dengan baik, maka kita perlu menajamkan alat (bahasa) tersebut. Pada masa kini, bahasa Inggeris dan bahasa Amerika telah menjadi bahasa antarabangsa. Oleh itu, kita harus mempelajarinya dengan baik selagi berada di alam sekolah. Kita harus menghargai masa dan banyak berusaha untuk mempelajarinya. Kemungkinan di antara kita ada yang kurang yakin terhadap diri tetapi kita harus bertekad dan tekun berusaha sama seperti batang besi itu akan dijadikan jarum yang halus setelah lama digosok, kerana di mana ada usaha, di situ akan ada penghasila. Yang terpenting adalah kita harus mempunyai keberanian ingin cuba bercakap dan menulis maka kita pasti akan berjaya pada akhirnya. Dengan itu, kita akan berasa sukacita jika kita dapat menggunakannya untuk memuliakan nama Tuhan dan membawa manfaat kepada orang lain.

Kesimpulan

Golongan belia patut melibatkan diri dalam kerja pelayanan dengan lebih awal kerana ia sungguh dapat membantu belia mengenali diri sendiri dan memahami amanat pada zaman mereka. Pada masa yang sama, mereka juga akan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan hubungan yang tidak henti- henti berubah semasa mengambil bahagian dalam kerja pelayanan, supaya kerohanian mereka akan lebih matang dan dapat menjadi pengganti gereja yang mantap dan dapat dipercayai.

Oleh itu, kita harus melaksanakan kerja suci yang telah diaturkan oleh pihak gereja dengan segenap jiwa daya usaha. Kita akan menyedari ketidaksempurnaan diri dalam proses pelayanan dan menyedari bahawa kita memerlukan kemajuan. Asalkan kita sanggup menerima bimbingan dan asuhan gereja dengan rendah hati, maka hati dan sikap akan beransur-ansur menjadi matang samlah seperti kata Alkitab,“Sampai kita semua telah mencapai kesatuan iman dan pengetahuan yang benar tentang anak Allah, kedewasaan penuh, dan tingkat pertumbuhan yang sesuai dengan kepenuhan Kristus. Sehingga kita bukan lagi anak-anak yang diombang-ambingkan oleh rupa-rupa angin pengajaran, oleh permainan palsu manusia dalam kelicikan mereka yang menyesatkan”. Semoga belia-belia dalam Gereja Benar ini dapat mencapai tahap seiras dengan rupa bentuk Kristus menerusi latihan kehidupan dalam iman kepercayaan, agar kita tidak mensia-siakan hidup dan segala kasih karunia yang diberikan oleh Tuhan kepada kita, melainkan kita benar-benar memainkan peranan diri kita dengan baik dan menjadi pelakon yang paling berjaya di atas pentas kehidupan manusia.

Meneladani Paulus
|

Meneladani Paulus

Paulus berkata, “Jadilah pengikutku, sama seperti aku juga menjadi pengikut Kristus” (I Kor 11 : 1).

Dia berkata demikian bukan untuk menyanjung dirinya tetapi digerakkan oleh anugerah dan kasih Tuhan. Dia berkata, “Tetapi kerana kasih karunia Tuhan aku adalah sebagaimana aku ada sekarang, dan kasih karunia yang dianugerahkanNya kepadaku tidak sia-sia. Sebaliknya aku telah bekerja lebih keras dari mereka semua, tetapi bukanlah aku, melainkan kasih karunia Tuhan yang menyertai aku.” (I Kor 15 : 10) Sebab sekalipun kamu mempunyai beribu-ribu pendidik dalam Kristus, kamu tidak mempunyai banyak bapa, kerana akulah yang dalam Kristus Yesus telah menjadi bapamu oleh Injil yang kuberitakan kepadamu. Sebab itu aku menasihatkan kamu turutilah teladanku! (I Kor 4 : 15 – 16). Seumur hidup Paulus amat sesuai untuk kita teladani terutama dari sikapnya yang suka meneladani sikap Tuhan Yesus. Dalam hal ini kita tidak boleh tidak meneladaninya, dia diutus oleh kerana Tuhan Yesus ingin menunjukkan segala kesabaran diri atas dirinya untuk menjadi teladan bagi manusia yang kemudian percaya kepadaNya dan mendapat hidup kekal (I Tim 1 : 16). Dia berkata, “Sekarang aku bersukacita bahawa aku boleh menderita kerana kamu, dan menggenapkan dalam dagingku apa yang kurang pada penderitaan Kristus, untuk tubuhNya, iaitu jemaat.” (Kol 1 : 24). Namun aku hidup, tetapi bukan lagi aku sendiri yang hidup, melainkan Kristus yang hidup di dalam aku  Gal 2 : 20). Kerana bagiku hidup adalah Kristus (Flp 1 : 21). Sebab bagi Tuhan kami adalah bau yang harum dari Kristus di tengah-tengah mereka yang diselamatkan dan di antara mereka yang binasa (II Kor 2 : 15). Saudara-saudara, ikutilah teladanku dan perhatikanlah mereka, yang hidup sama seperti kami yang menjadi teladanmu (Flp 3 : 18). Tetapi jangan ada di antara kamu yang menyombongkan diri dengan jalan mengutamakan seorang daripada yang lain (I Kor 4 : 6).

I. TELADAN PAULUS YANG BAIK

1. Sebab aku tahu bahawa di dalamnya sebagai manusia, aku lemah dan tiada sesuatu yang baik (Rm 7 : 18 – 23, II Kor 12 : 5, 9 – 10).

2. Bersandar kepada pertolongan dan keselamatan dari Kristus (Rm 7 : 25 , 8 : 1 – 2)

3. Menerima pertolongan anugerah Tuhan dengan gembira (II Kor 12 : 7 – 9)

4. Tahu melatih tubuh dan menguasai diri (I Kor 9 : 27 ; Kis 24 : 16).

II. PRINSIP PAULUS DALAM MENJALANKAN KERJA

1. Tidak dikawal oleh segala hal ( I Kor 6 : 12 – 13 )

2. Memohon untuk membangun orang dalam segala hal (I Kor 10 : 23 – 24 , 33).

3. Melakukan segala hal dengan jujur dan tulus ikhlas (II Kor 8 : 21).

4. Menjalankan segala hal demi penyebaran Injil (II Kor 13 : 8 ; I Kor 9 : 12 , 33)

III. TELADAN PAULUS SEBAGAI SEORANG MANUSIA

1. Menjadi manusia yang rendah hati (I Kor 15 : 9, Ef 3 : 8; Kis 20 : 18 – 19).

2. Berhati-hati dalam segala hal (II Kor 11 : 9; I Tes 2 : 10).

3. Berdasarkan hati nurani (Kis 23 : 1; II Kor 5 : 11)

4. Segala sesuatu bersandar kepada anugerah Tuhan (II Kor 1 : 12; Rm 12 : 3).

5. Menjalankan segala hal dengan sopan-santun.

“ Sebab kamu sendiri tahu, bagaimana kamu harus mengikuti teladan kami, kerana kami tidak lali bekerja di antara kamu, dan tidak makan roti orang dengan percuma, tetapi kami berusaha dan berjerih payah siang malam, supaya jangan menjadi beban bagi siapapun di antara kamu. Bukan kerana kami tidak berhak untuk itu, melainkan kerana kami mau menjadikan diri kami teladan bagi kamu, supaya kamu ikuti” (II Tes 3 : 7 – 9).

IV. TELADAN KASIH PAULUS

1. Amat mengasihi semua gereja.

a. Semuanya dilakukan demi kepentingan pemercaya (II Kor 4 : 15; 13 : 9) .

1. Tidak menyebabkan saudara jatuh tersandung (I Kor 8 : 13).

2. Jujur serta setia dalam pengajaran (Kis 20 : 20, 26 – 27).

3. Hidup untuk kemajuan gereja (Flp 1 : 24 – 25).

b. Apabila berpisah, hati pemikiran sangat terharu (I Tes 2 : 17 – 20; Flp 1 : 3, 4 : 1).

1. Hendak menambah kekurangan iman gereja (I Tes 3 : 10).

2. Hendak membahagikan kasih karunia rohani bagi gereja (Rm 1 : 11; Kol 2 : 5).

3. Sering menulis surat untuk membangun gereja (II Kor 2 : 4; Gal 6 : 11; Kol 4 : 15).

c. Rela mati dan hidup bersama-sama dengan pemercaya (II Kor 7 : 3).

1. Turut merasai penderitaan dan seksaan (II Kor 11 : 29).

2. Rela bersukacita bersama-sama gereja (Flp 2 : 17 – 18).

3. Rela mengorbankan nyawa demi gereja (I Tes 2 : 7 – 8).

2. Mengasihi kaum sebangsa (Rm 9 : 1 – 3).

a. Berharap dalam segala hal (Rm 11 : 13 – 15).

b. Bersandar dalam segala hal (II Tim 2 : 10).

c. Benar-benar percaya sekeluarga akan diselamatkan pada hari khiamat (Ibr 11 : 23 – 32).

3. Mengasihi musuh (I Kor 4 : 12 – 13).

a. Harus memberkati orang yang mengutuk kita.

b. Harus bersabar apabila kita dianiaya.

c. Menasihati orang dengan baik apabila kita difitnah.

V. TELADAN PAULUS MEMBANTU DOA

1. Giat mendoakan dengan cara menyebut nama.

a. Berdoa untuk gereja Roma (Rm 1 : 9).

b. Berdoa untuk gereja Efesus (Ef 1 : 15 – 16).

c. Berdoa untuk gereja Filipi (Flp 1 : 3 – 4).

d. Berdoa untuk gereja Kolose (Kol 1 : 9).

e. Berdoa untuk gereja Tesalonika (I Tes 1 : 2).

f. Berdoa untuk Filemon (Flm 1 : 4).

g. Berdoa untuk Timotius (I Tim 1 : 3 -4).

2. Berdoa untuk hal-hal rohani.

a. Bersyukur ( I Tes 3 : 9 ).

1. Atas panggilan Tuhan (II Tes 2 : 13).

2. Atas kasih karunia Tuhan (I Kor 1 : 4 – 5).

3. Atas firman Tuhan (I Tes 2 : 13).

4. Atas Iman (Rm 1 : 8; Ef 1 : 15 – 16).

5. Atas Injil (Flp 1 : 3 – 5).

6. Atas penderitaan  (II Tes 1 : 3 – 4).

b. Berdoa dan memohon

1. Agar mata hati terang – mempunyai pengharapan besar (Ef 1 :  17 – 21).

2. Memohon keteguhan iman – kasih yang mempunyai dasar (Ef 3 : 14 – 19).

3. Memohon pertambahan kasih – menjadi orang yang jujur dan tidak mempunyai kesalahan (Flp 1 : 9 – 11).

4. Memohon pemahaman terhadap kehendak Tuhan – membuahkan buah kebaikan (Kol 1 : 9 – 11).

c. Memberkati

1.  Amat suci, tidak bercacat-cela (I Tes 5 : 23).

2. Mengharapkan kasih membesar – tidak ditegur dari mana-mana pihak (I Tes 3 : 12 – 13).

3. Semoga berpadanan dengan panggilan Tuhan – bersukacita denganTuhan (II Tes 1 : 3 – 4).

d. Memperingati ( I Tes 1 : 3 ).

1. Usaha iman (Kol 1 : 3 – 5; I Kor 15 : 58).

2. Jerih-payah kasih (I Tes 2 : 9 , 11 – 12).

3. Kesabaran dalam pengharapan (Yak 5 : 7 – 11).

VI. TELADAN PAULUS MENGASIHI KRISTUS

1. Mengasihi Tuhan melebihi dunia.

a. Memandang segala sebagai debu tanah (Flp 3 : 7 – 8).

b. Menyalibkan dunia di atas salib (Gal 6 : 14).

2. Mengasihi Kristus melebihi diri sendiri.

a. Bukan lagi hidup untuk diri sendiri (II kor 5 ; 14 ; Gal 2 : 20).

b. Rela mengorbankan nyawa demi Kristus (Kis 20 : 24 , 21 : 13).

3. Kasih yang sedemikian amat teguh tiada bandingannya.

a. Dengan kasih Tuhan segala penderitaan dan penindasan dapat diatasi (Rm 8 : 35 – 37).

b. Kasih dalam Kristus lebih teguh daripada kematian (Rm 8 : 38 – 39; Kid 8 : 8 : 6 – 7).

4. Demi mengasihi Kristus sehingga cemburu ilahi.

a. Mahukan pemercaya memegang kesucian bagi Kristus (II Kor 11 : 2 – 3).

b. Benar-benar mengharap agar pemercaya mengasihi Tuhan (I Kor 16 : 22).

VII. TELADAN PAULUS BERSANDAR KEPADA TUHAN

1. Segala sesuatu berdoa kepada Tuhan (Kis 22 : 10).

a. Memohon Tuhan membimbing dalam segala perjalanan (Rm 1 : 10; 15 : 32; I Kor 4 : 19 , 16 : 7).

b. Berdoa kepada Tuhan sebanyak tiga kali oleh kerana diri dalam dirinya (II Kor 12 : 8).

c. Memohon Tuhan menyelamatkan dia dari kalangan manusia yang tidak menurut di Yudea (Rm 15 : 30 – 31).

d. Memohon Tuhan memberi bakat berbicara (Ef 6 ; 19).

e. Berdoa supaya Tuhan membuka pintu untuk pemberitaan Injil (Kol 4 : 3 – 4).

2. Berbuat segala sesuatu dengan bersandar kepada Tuhan (Flp 4 : 13).

a. Bersandar kepada Tuhan untuk memenangi penderitaan (II Tim 1 : 8 – 10).

b. Bersandar kepada kasih karunia Tuhan untuk menjadi manusia (II Kor 1 : 12).

c. Bersandar kepada Tuhan untuk berkhotbah (I Kor 2 : 17; I Kor 2 : 1 – 5).

d. Bersandar kepada Tuhan untuk membantu orang lain (I Kor 1 : 10; I Tes 4 : 1).

e. Bersandar kepada Tuhan untuk mengutus hamba (Flp 2 : 19).

f. Bersandar kepada Tuhan untuk bersukacita dengan besar-besaran (Flp 4 : 10).

VIII. TELADAN PAULUS MENYEBARKAN INJIL

1. Menyedari utusan , benar-benar mengetahui tanggungjawab sendiri (Rm 1 : 1, 11 : 13; I Kor 1 : 17 ; II Tim 1 : 11 – 12). Hamba Yesus Kristus iaitu Paulus yang dipanggil menjadi rasul dan dikuduskan untuk memberitakan Injil Tuhan (Rm 1 : 1).

a. Seperti berhutang (Rm 1 : 14 – 15).

b. Tidak menganggap Injil sebagai sesuatu yang memalukan (Rm 1 : 16; II Tim 1 : 8).

c. Tidak menghiraukan nyawa (Kis 20 : 24).

d. Celakalah jika tidak memberitakan Injil (I Kor 9 : 16 – 17).

e. Rela menjadi hamba di kalangan manusia (I Kor 9 : 19 – 23).

2. Memegang perintah Tuhan dengan berhati-hati dan berusaha memberitakannya : “Sebab itu, ya raja Agripa, kepada penglihatan yang dari syurga itu tidak pernah aku tidak taat. Tetapi mula-mula aku memberitakan kepada orang-orang Yahudi di Damsyik, di Yerusalem dan di seluruh tanah Yudea, dan juga kepada bangsa-bangsa lain, bahawa mereka harus bertobat dan berbalik kepada Tuhan serta melakukan pekerjaan-pekerjaan yang sesuai dengan pertobatan itu” (Kis 26 : 19 – 20).

a. Tidak menggunakan kata-kata yang indah dan hikmat manusia tetapi hanya dengan kuasa Tuhan yang besar (I Kor 2 : 1 – 5, 13).

b. Tidak tamak dan tidak menggunakan tipu helah (I Tes 2 : 3 , 5; II Kor 2 : 17, 4 : 1 – 2).

c. Tidak meminta kemuliaan dari orang lain sebaliknya haruslah rendah hati (I Tes 2 : 6 – 7; II Kor 11 : 7).

d. Menggunakan berbagai hikmat untuk memimpin orang ke hadapan Tuhan (Kol 1 : 28 – 29).

e. Tidak menurut kehendak manusia tetapi memohon diperkenankan Tuhan (Luk 1 : 10 – 12; I Kor 11 : 23; I Tes 2 : 4).

f. Berdebat untuk kebenaran dengan bersungguh-sungguh (Kis 15 : 1 – 2, 17 : 16 – 17, 18 : 4, 19 : 8; Gal 1 : 8).

IX. WATAK HIDUP PAULUS

1. Dia pernah menjadi sumber dosa yang menganiaya gereja (I Tim 1 : 13, 16; Gal 1 : 13).

a. Turut serta dalam penganiayaan terhadap Stefanus (Kis 7 : 57 – 60).

b. Mengeluarkan kata-kata mengancam dan membunuh murid-murid Tuhan (Kis 9 : 20).

c. Mengetuai satu kumpulan untuk memberkas murid-murid di Damsyik (Kis 9 : 2).

d. Cahaya ilahi Tuhan menyinarinya lalu bertobat berpaling kepada Tuhan (Kis 9 : 3 – 19).

Mulai dari saat itu, tindakan dosanya telah berubah menjadi hamba yang baik. Berjalan di atas firman Kristus (Gal 2 : 20).

2. Dia adalah seorang pemenang perlumbaan (I Kor 9 : 24).

a. Mempunyai arah yang tetap dalam perlumbaan (I Kor 9 : 26).

b. Giat berlumba (Flp 3 : 12).

c. Menjawat jawatan jurulatih (Flp 3 : 13 – 16; Gal 5 : 7).

3. Dia adalah seorang yang berbakat dalam olahraga.

a. Terlebih dahulu melatih tubuh dan menguasai seluruhnya (I Kor 9 : 27).

b. Bukan peninju yang sembarangan saja memukul (I kor 9 : 26).

c. Penguasaan diri dalam segala hal (I Kor 9 : 25).

d. Bertanding menurut peraturan-peraturan (II Tim 2 : 5).

4. Dia adalah seorang petani yang rajin (II Tim 2 : 6).

a. Menanam dengan baik (I kor 3 : 6 – 8).

b. Keluar membajak dan menanam dengan penuh harapan (I Kor 9 : 10).

c. Menyimpan harta bagi anaknya (II kor 12 : 14 – 15).

5. Dia adalah mandur yang bijak

a. Menyiapkan dasar bait suci (I Kor 3 : 10 – 11).

b. Membimbing hamba untuk membina (I Tim 3 : 14 – 15).

c. Melarang mengurangkan kerja dan bahan-bahannya (I Kor 3 : 10, 3 : 12 – 15; Gal 1 : 8).

6. Dia adalah seorang penguasa rumah Tuhan yang misteri (I Kor 4 : 1).

a. Setia (I Kor 4 : 2; I Tim 1 : 12; Luk 16 : 1; Mat 24 : 45 – 47).

b. Tahu dengan mendalam tentang rahsia Kristus (Ef 3 : 2 – 4).

c. Tahan menderita (I Kor 4 : 11 – 12).

7. Dia adalah pelakon yang istimewa (I kor 4 : 9).

a. Dia ada penonton di syurga dan di dunia (I Kor 4 : 9).

b. Boleh mempersembahkan kelincahan dalam lakonannya (Gal 2 : 20; Rm 14 : 7 – 8).

c. Mentaati penulisan skrip (I Kor 15 : 3 – 4).

d. Menerima petunjuk dari pengarah dengan baik (kis 26 : 16 – 23; I Tes 2 : 4).

8. Dia adalah pesuruh Tuhan.

a. Mewakili Kristus mendamaikan manusia dengan Tuhan (II Kor 5 : 18 – 20).

b. Menyatakan pendiriannya dalam segala hal (II kor 6 : 3 – 10).

c. Memberitakan kemuliaan kerajaan Tuhan (Kis 20 : 25).

d. Dia dilengkapi dengan hikmat, kasih dan keberanian (I Kor 2 : 6 – 7 [ hikmat ]; II Kor 2 : 6 – 11 [ kasih ]; Kis 14 : 2 – 3, 15 : 26 [ keberanian ]) .

9. Dia adalah seorang ayah yang lemah-lembut dan pengasih.

a. Melahirkan anak dalam injil kebenaran (I Kor 4 : 15).

b. Mengorbankan kekayaan dan tenaga bagi anak-anak (II Kor 12 : 15).

c. Mencucurkan air mata menasihati anak-anak (Kis 20 : 31; I Tes 2 : 11).

10. Dia adalah seorang ibu yang berbudi.

a. Mengalami penderitaan untuk anaknya yang telah bersalin (Gal 4 : 19).

b. Mengasuh anak dengan ramah dan lemah-lembut (I Tes 2 : 7).

c. Mengasihi anak melebihi nyawa (I Tes 2 : 8).

d. Bersusah-payah dan berjerih-payah demi anak sendiri (I Tes 2 : 9).

11. Dia adalah seorang perajurit yang berani.

a. Tidak terikat oleh urusan-urusan duniawi (II Tim 2 : 4).

b. Tidak takut mengalami penderitaan dan kesengsaraan (II Tim 2 : 3 , 3 : 11).

c. Mengenakan keseluruhan perlengkapan rohani yang diberikan oleh Tuhan (Ef 6 : 11 – 17).

d. Tidak takut mati berperang dengan binatang buas (I Kor 15 : 31).

e. Telah mengakhiri pertandingan yang baik (I Tes 2 : 2 ; II Tim 4 : 7).

12. Dia adalah rasul yang paling besar ( II Kor 11 : 5 , 12 : 11 ).

a. Dibuktikan melalui tanda mujizat dan kuasa-kuasa ajaib membuktikan seorang rasul (II Kor 12 : 12).

b. Menerima petunjuk yang paling besar (II Kor 12 : 1 – 7).

c. Paling banyak menderita (II Kor 11 : 23 – 28).

d. Kuasa yang amat besar (I Kor 4 : 19 – 21; II Kor 13 : 10).

e. Menerima paling banyak tanggungan (Kis 9 : 15 – 16).

f. Pekerjaan paling luas (Rm 15 : 17 – 21).

g. Paling banyak meninggalkan pengajaran bagi gereja (Menulis 13 pucuk surat).

13. Dia adalah seorang tahanan yang paling mulia. Dipenjarakan kerana Kristus Yesus.

a. Demi orang yang tidak mengenal Tuhan (Ef 3 : 1).

b. Tidak malu ketika dipenjarakan (II Tim 1 : 8).

c. Bila dia telah dipenjarakan, Injil menjadi semakin maju pula (Flp 1 : 12 – 14).

d. Semasa dalam penjara, dia membawa kepada penjara dan sekeluarganya percaya kepada Tuhan (kis 16 : 25 – 34).

e. Membawa rantai memberitakan injil (Ef 6 : 20 ; Kis 21 : 33 , 28 , 30 – 31).

Seumur hidup Paulus adalah untuk Tuhan, dia mengambil beraneka jenis watak dan meninggalkan teladan yang baik bagi pemercaya yang kemudian. Iman, pengharapan dan kasih haruslah dengan lengkap. Kebenaran, kebajikan dan kebaikan pun sempurna. Orang pada masa itu amat cemburunya. Orang yang kemudian lebih lagi harus meneladaninya terutama lagu kemenangannya sebelum meninggal dunia. Inilah sasaran yang harus dikejarkan oleh pemercaya dahulu dan sekarang. “Aku telah mengakhiri pertandingan yang baik, aku telah mencapai garis akhir dan aku telah memelihara iman. Sekarang telah tersedia bagiku mahkota kebenaran yang akan dikaruniakan kepadaku oleh Tuhan. Hakim yang adil, pada hariNya, tetapi bukan hanya kepadaku melainkan juga kepada semua orang yang merindukan kedatanganNya.” Ini adalah lagu kemenangan yang menarik dan amat agung. Semoga kita menyanyi bersama-sama dengan gembira sehingga kedatangan Tuhan.

Pengajaran Penting Buku Amsal
|

Pengajaran Penting Buku Amsal

I. Membincangkan takut akan Tuhan.

1. Erti takut akan Tuhan.

a. Menghormati Tuhan.

b. Menyembah akan Tuhan.

c. Melayani Tuhan.

d. Taat kepada Tuhan.

e. Percaya dan bersandar kepada Tuhan.

2. Kepentingan takut akan Tuhan.

a. Adalah permulaan pengetahuan ( Ams 1 : 7 ).

b. Adalah didikan yang mendatangkan hikmat ( Ams 15 : 33 ).

c. Adalah pintu jalan kepada berkat ( Ams 22 : 14 ).

3. Sikap takut akan Tuhan.

a. Membenci kejahatan ( Ams 8 : 13 ).

b. Menjauhi kejahatan ( Ams 3 : 7 , 16 : 6 , 17 ).

c. Tidak bergaul dengan teman yang jahat ( Ams 24 : 21 – 22 ).

d. Saling mengasihi ( Ams 15 : 16 – 17 ).

e. Mempersembahkan harta ( Ams 3 : 9 – 10 ).

4. Kebaikan takut akan Tuhan.

a. Umur diperpanjangkan ( Ams 10 : 27 ).

b. Penuh perlindungan ( Ams 14 : 26 , 10 : 29 ).

c. Pasti ada masa depan ( Pembalasan ) ( Ams 23 : 17 – 18 ).

d. Dapat bermalam dengan puas ( Ams 19 : 23 ).

e. Adalah sumber kehidupan ( Ams 14 : 27 , 19 : 23 ).

f. Adalah kekayaan dan kehormatan ( Ams 22 : 4 ).

II. Membincangkan menghormati ibubapa.

1. Terhadap empat ‘larangan’.

a. Jangan memalukan ibubapa ( Ams 28 : 7 , 29 : 15 ).

b. Jangan menolak didikan ibubapa ( Ams 15 : 5 , 23 : 22 ).

c. Jangan menganiaya ibubapa ( Ams 19 : 26 ).

d. Tidak menimbulkan masalah bagi ibubapa ( Ams 19 : 13 , 17 : 21 , 25 ).

2. Dua perkara yang perlu ( Harus ).

a. Harus dengarkan nasihat ibubapa ( Ams 23 : 22 , 1 : 8 , 19 : 27 ).

b. Harus membuat ibubapa bersukacita ( Ams 23 : 24 – 25 , 27 : 11 , 29 : 3 ).

3. Orang yang tidak menghormati.

a. Pelitanya akan padam ( Ams 20 : 20 ).

b. Mata dipatuk ( Ams 30 : 17 ).

4. Orang yang menghormati.

a. Hidup sejahtera dan panjang umur ( Ams 3 : 2 , 4 : 10 ).

b. Karangan bunga yang indah bagi kepala dan kalung bagi leher ( Ams 1 : 9 , 3 : 22 ).

= Sebagai anak yang menghormati, lemah dan sebagai anak tunggal ( Ams 4 : 3 ).

III. Perihal pengaulan.

1. Teman yang tidak harus digaul.

a. Peminum dan pelahap ( Ams 23 : 20 – 21 ).

b. Orang yang lekas gusar dan pemarah ( Ams 22 : 24 – 25 ).

c. Seorang pengumpat ( Ams 20 : 19 ).

d. Orang yang suka melawan dan menimbulkan bencana ( Ams 24 : 21 – 22 ).

e. Orang jahat dan penindas ( Ams 24 : 1 – 2 ).

f. Orang bebal ( Ams 13 : 20 ).

g. Pelacur ( Ams 29 : 3 ).

2. Bergaul dengan teman yang jahat pasti malang ( Ams 13 : 20 ).

a. Membuka rahsia ( Ams 20 : 19 ).

b. Pasti menjadi miskin ( Ams 23 : 21 , 29 : 3 ).

c. Pasti menimbulkan bencana ( Ams 24 : 21 – 22 ).

d. Mempermalukan ayah ( Ams 28 : 7 ).

e. Mendekat dakwat pasti dihitamkan ( Ams 7 : 24 – 27 ).

f. Pasti menghadapi maut ( Ams 7 : 24 – 27 ).

3. Teman yang harus digaul.

a. Teman yang bijak ( Ams 13 : 20 , 23 : 3 ).

b. Teman yang rela menegur (Ams 27 : 5 – 6 , 9 , 17 ).

c. Teman dalam masa kecelakaan ( Ams 27 : 10 ).

d. Teman yang suci hatinya ( Ams 22 : 11 ).

e. Teman yang lebih karib ( Ams 18 : 14 ).

4. Cara bergaul dengan teman ( sikap ).

a. Jangan bergaul dengan sembarangan ( Ams 18 : 24 ).

b. Jangan bergaul dengan kekayaan ( Ams 19 : 4 , 6 – 7 ).

c. Jangan membangkit-bangkitkan perkara ( Ams 17 : 9 , 16 : 28 ).

d. Jangan menjadi penanggung orang lain ( Ams 6 : 1 – 3 , 17 , 18 , 22 : 26 – 27 , 27 : 13 ).

e. Jangan menuruti segala pujukan dan godaan ( Ams 1 : 10 ).

f. Saling berhubung dengan hati yang suci ( Ams 22 : 11 ).

g. Saling mengasihi dan saling membantu ( Ams 17 : 17 , 27 : 6 ).

IV. Dua jenis perempuan.

1. Perempuan yang bodoh.

a. Tidak berpengalaman ( Ams 9 : 13 , 11 : 22 , 14 : 1 ).

b. Yang tidak disukai atau dibenci ( Ams 30 : 23 ).

c. Yang membuat malu ( Ams 12 : 4 ).

d. Perempuan yang berbuat zinah ( Ams 7 : 5 , 21 , 24 – 27 , 2 : 16 – 19 , 29 : 3 , 30 : 20 ).

e. Yang bertengkar ( Ams 19 : 13 , 21 : 9 , 25 : 24 , 27 : 15 – 16 ).

f. Pemarah ( Ams 21 : 19 ).

g. Yang cerewet dan liat serta tidak mengawal diri ( Ams 7 : 11 ).

2. Perempuan yang cekap.

a. Yang baik hati ( Ams 11 : 16 ).

b. Isteri yang baik ( Ams 18 : 22 , 19 : 14 ).

c. Yang berhikmat ( Ams 14 : 1 ).

d. Yang cekap ( Ams 12 : 4 , 31 : 10 ).

e. Yang takut akan Tuhan ( Ams 31 : 30 ).

Para Belia serta Penyempurnaan Rohani
|

Para Belia serta Penyempurnaan Rohani

KEPENTINGAN PENYEMPURNAAN ROHANI

Pemercaya diselamatkan kerana anugerah Tuhan yang diterima melalui iman. Tetapi terdapat suatu hal yang amat penting setelah mempercayai Tuhan iaitu harus bekerja keras untuk menjayakan kerja penyempurnaan rohani. Sesetengah pemercaya kekurangan penyempurnaan rohani. Para belia disebabkan berbuat menurut hawa nafsu maka apa yang dilakukan tidak mantap dan lebih-lebih lagi perlu memerhatikan penyempurnaan rohani. Dalam penyempurnaan rohani, para belia harus memerhatikan pelbagai aspek. Di sini diambil empat perkara yang lebih penting sebagai rujukan kita untuk sama-sama giat mengejar dan mempelajari.

MENGEJAR KEKUDUSAN

A. Makna kekudusan: Kudus juga bermaksud menjadi suci, hati bersih tiada cinta yang tidak biasa dan tiada hawa nafsu tetapi pertuturan dan kelakuan yang amat sempurna, tidak bercacat-cela dan sempurna seperti Bapa di syurga (Mat 5:48). Ini tidak dapat dilakukan oleh manusia duniawi kerana manusia duniawi telah berdosa dan dipenuhi dengan segala hawa nafsu (Yer 17:9; Rom 3:10–16).

B. Kaitan antara kekudusan dengan keselamatan: Motif kepercayaan kita adalah kerana keselamatan. Tetapi sekiranya pemercaya tidak kudus, tiada seorang yang dapat bertemu dengan Tuhan (Ibr 12:14). Buku Wahyu mencatatkan, “Barangsiapa yang tidak kudus tidak boleh berada di depan takhta berseru dengan gembira dan memuji” (Why 21:27, 7:9–10). Yang berpakaian putih adalah manusia yang suci. Memandangkan hal ini, kita sebagai pemercaya harus kudus barulah dapat memasuki kerajan syurga.

C. Kenyataan kekudusan: Matlamat penyempurnaan rohani ialah “Jiwa, roh dan tubuh harus sempurna dan tidak bercacat-cela (I Tes 5:23). Kekudusan yang sempurna haruslah :

  1. Hati tiada cinta yang tidak biasa dan pemikiran yang penuh kejahatan.
  2. Dalam pertuturan , sepatah perkataan yang kotor pun tidak boleh dilafazkan. Pertuturan harus tulus dan bersih, tidak bercacat-cela serta sempurna (Ef 4:29; Tit 2:6; Yak 3:2).
  3. Dalam kelakuan kita sama sekali tiada yang boleh ditegur (Flp 2:14–15 ; I Tim 6 :14).
  4. Kita harus seperti Elisa yang dapat dilihat sebagai orang yang kudus; juga seperti Daniel sehingga musuh tidak dapat mencari kesalahannya. Ini adalah teladan kekudusan yang baik (II Raj 4:9; Dan 6:4).

D. Usaha mengejar kekudusan – Boleh dibahagikan kepada dua bahagian :

  1. Bahagian tidak bersungguh-sungguh [Kurang positif ]: Menjauhkan diri dari dosa. Jangan mencontohi kejahatan dunia dan jangan menganggap dunia sebagai teman, misalnya menjauhi tempat perjudian, bar-bar, kelab malam, panggung wayang, majlis penyembahan berhala serta lain-lain yang mempengaruhi iman dan kelakuan kita (Mzm 1:1; Rom 12:2; Yak 4:4).
  2. Bahagian bersungguh-sungguh [Positif]: Menyembah Tuhan dengan ghairah. Menuruti dan bersandar kepada Roh Kudus untuk mengawal hawa nafsu tubuh. Pada masa yang sama harus berbuat menurut kebenaran, mengejar kekudusan bersama-sama mereka yang berseru kepada Tuhan dengan hati yang murni, bersandar kepada Tuhan untuk mengatasi kesusahan dan ujian api agar mencapai kekudusan dan kesempurnaan serta taraf keselamatan  (Ams 16:6; Gal 5:16; Yoh 17:17 ; II Tim 2:22; I Ptr 4:1; Mrk 9:49; I Kor 9:27).

MENGEJAR KASIH

A. Kepentingan kasih: Dalam penyempurnaan rohani, selain daripada mengejar kekudusan, haruslah mengejar dan melaksanakan ajaran tentang kasih. Walaupun pemercaya mempunyai berbagai pengetahuan dan iman, sekiranya tanpa kasih ianya tidak dikira apa-apa. Adanya kasih yang sempurna barulah dapat menyempurnakan hukum Taurat. Tanpa kasih, maka tidak mengenali Tuhan dan tidak dapat diam di dalam Tuhan. Sebaliknya masih tinggal di dalam maut. Maka dapat diketahui bahawa walaupun pemercaya ghairah [ giat ] percaya kepada Tuhan tetapi tidak mempunyai kasih, ia tidak akan diselamatkan pada hari penghakiman Tuhan. Maka dapat diketahui betapa pentingnya kasih !

B. Asal- usul Kasih: Disebabkan manusia duniawi telah berdosa , menjadi milik iblis maka sentiasa mencuri keuntungan diri dan tidak dapat mengasihi orang lain. Akan tetapi Tuhan adalah sumber kasih, kita telah ditebus oleh kasihNya, dilahirkan kembali menjadi manusia baru, kita digerakkan oleh kasihNya. Sejak itu kita memahami makna kasih, tambahan menerima bantuan Roh Kudus barulah kita dapat menghasilkan buah-buahan kasih (I Yoh 4:8; II Kor 5:14–15; Gal 5:22).

C. Perihal mengejar kasih: Cara yang benar melaksanakan kasih dapat dibahagikan kepada dua butir berikut :

1. Bahagian tidak bersungguh-sungguh [Kurang positif]: Dari apa yang dikatakan Paulus, dapatlah diketahui bahawa dalam melaksanakan kasih, ianya terdapat tiga halangan yang mana kita seharusnya berusaha menghapuskannya.

a. Hati yang tidak kudus: Terdapat berbagai hawa nafsu seperti hati yang mencari keuntungan diri.

b. Hati yang terhutang, iaitu ada dosa. Apa yang dilakukan tidak bertepatan dengan kebenaran.

c. Kepercayaan yang menyeleweng iaitu berpura-pura dan menggunakan firman yang dipercayai untuk mencari keuntungan.

Harus menghapuskan ketiga-tiga butir ini agar kita mempunyai hati yang kudus, hati nurani yang murni dan iman yang tulus ikhlas, barulah dapat berusaha menjalankan kasih (I Tim 1:5).

2. Bahagian bersungguh-sungguh [Positif]: Tuhan Yesus mengasihi manusia duniawi sehingga mengorbankan nyawaNya untuk menebus kita. Dia meninggalkan banyak teladan mengenai kasih. Oleh itu kita harus meneladaniNya mengasihi manusia secara positif. I Korintus fasal 13 adalah mazmur kasih rohani [suci] yang boleh membantu kita memahami unsur kasih dan tahu melaksanakan kasih secara positif. Kasih itu adalah memberikan tetapi tidak mengharapkan pembalasan, seperti Abraham yang tidak mengira kerugian dan tidak memegahkan diri. Juga seperti Tuhan Yesus dan Paulus yang mengorbankan nyawa untuk mengasihi menyelamatkan manusia (Yoh 13:34; I Yoh 4:17; Mat 6:1–4; I Kor 13 ; Gal 2:20).

BELAJAR MENJADI RENDAH HATI

A. Kepentingan Rendah Hati: Demi keselamatan, pemercaya juga harus memerhatikan penyempurnaan rohani dan kelakuan [akhlak] yang rendah hati. Tuhan Yesus sering mengajar murid-muridNya, “Barangsiapa meninggikan diri, ia akan direndahkan, dan barangsiapa merendahkan diri, ia akan ditinggikan” (Mat 23:12; Luk 14:11; 18:14 ) kerana “Tuhan menentang orang yang congkak tetapi mengasihi orang yang rendah hati” (Yak 4:6; I Ptr 5:5). Tambahan kerendahan hati mempunyai kaitan yang penting dengan keselamatan kerana “Tuhan menyelamatkan semua orang yang rendah hati” (Mzm 76:9–10). “Tuhan pasti menyelamatkam orang yang rendah hati” (Ayb 22:29 ). Nabi Mikha berkata, “Hai manusia, telah diberitahukan kepadamu apa yang baik. Dan apakah yang dituntut Tuhan daripadamu: Selain berlaku adil, mencintai kesetiaan dan hidup dengan rendah hati di hadapan Tuhanmu?” (Mi 6:8). Rendah hati lawannya meninggikan diri dan congkak. Kecongkakan adalah milik iblis. Iblis adalah jelmaan malaikat yang congkak. Iblis pada peribadi asal sememangnya congkak. Setelah memperdayakan nenek moyang berdosa pada awalnya, ia menaburkan benih congkak di hati manusia. Oleh itu sekiranya manusia tidak rendah hati sebaliknya congkak pasti tertipu oleh muslihat iblis (Yeh28:17; I Tim 3:6).

B. Orang yang mudah congkak: Manusia yang mudah menjadi congkak dan tidak rendah hati seperti orang kaya, berpendidikan, berhikmat, berpengetahuan, berbakat, yang berdarjat mahupun yang berkuasa, yang mempunyai kebolehan dan berkemahiran. Sehinggakan sifat mereka yang berkebajikan, berakhlak dan perbuatan yang baik, kejayaan dalam pelajaran ataupun pekerjaan, iman yang baik, ghairah, dapat berpegang kepada firman, melakukan firman, giat memberitakan firman dan membuat persembahan. Orang yang sedemikian disebabkan mempunyai keistimewaan dan kebaikan tersendiri lebih mudah akan membangkitkan kecongkakannya, tidak mudah hendak memelihara kerendahan hati. Dapat dilihat ini adalah suatu perkara yang harus dielakkan dan diperhatikan oleh setiap pemercaya dan mereka yang melakukan pekerjaan suci dengan bersandar kepada Tuhan.

C. Akhlak yang harus dimiliki oleh orang yang rendah hati: Kerendahan hati janganlah dilafazkan dari mulut sahaja tetapi harus memperlihatkan kerendahan hati dalam pertuturan dan perbuatannya yang baik. Inilah orang yang benar-benar rendah hati. Kerendahan hati yang harus dimiliki lebih kurang seperti berikut :

1. Tidak memegahkan diri: Apakah keistimewaan orang yang rendah hati – tidak membanggakan diri dan memuji diri sendiri. Sekiranya terdapat kejayaan, kepujian harus diberi kepada Tuhan dan bukan kepada diri sendiri (Kej 14:16; Dan 2:30).

2. Taat: Orang yang benar-benar rendah hati bukan sahaja taat kepada Tuhan, taat kepada gereja malah taat kepada rakan sekerja dan sesama seiman; dapat saling taat mentaati (Yoh 6:38; Flp 2:6–8; I Ptr 5:5).

3. Mudah menerima teguran dan cadangan orang lain: Orang yang rendah hati tidak tegas akan amalannya tetapi mudah menerima cadangan orang lain. Apabila melakukan kesalahan dapat menerima teguran orang lain dengan hati yang terbuka, tambahan akan cuba mengubahnya dengan tidak berhenti-henti untuk mencari kemajuan. Petrus merupakan teladan yang baik bagi kita (Mat 6:23; Gal 2:11; Flp 3:12–13).

4. Melayani orang dengan sukarela: Tuhan Yesus rela melayani orang sehinggakan membasuh kaki murid-muridNya. Sekiranya dapat mencontohi kerelaan hati Tuhan melayani orang maka orang yang sedemikian adalah orang yang benar-benar rendah hati (Mat 20:28; Yoh 13:14–15).

BELAJAR BERSABAR

Dalam penyempurnaan rohani, kesabaran hati adalah perkara penting yang harus dipelajari oleh pemercaya.

A. Kepentingan bersabar: Bersabar adalah salah satu akhlak yang berkaitan dengan keselamatan seseorang pemercaya kerana Tuhan Yesus berkata, “Yang bertahan sampai pada kesudahannya akan selamat” (Mat 10:22; 24:13). Buku Ibrani mengatakan, “Ketekunan melakukan kehendak Tuhan akan memperoleh apa yang dijanjikan” (Ibr 10:36). Yakobus menasihati kita , “Kesabaran membawa kejayaan supaya kamu menjadi sempurna dan utuh” (Yak 1:4). Dari sini dapat diketahui bahawa demi memperolehi keselamatan harus bersabar sampai kesudahannya, betapa pentingnya kesabaran ini! Manusia dunaiwi juga menganggapnya sebagai suatu yang tidak ternilai. Selalu dikatakan bahawa “Segala kesabaran memerlukan kepenuhan kasih”. Akan tetapi kesabaran ini mudah dikatakan tetapi sukar dilakukan terutama sekali golongan belia yang terlalu mengikut perasaan harus lebih mempelajari ajaran tentang kesabaran demi mengelakkan kesilapan.

B. Beberapa perkara yang perlu bersabar: Dunia ini bagaikan lautan pahit. Manusia hidup di dunia berkemungkinan berdepan dengan pelbagai rintangan dan pancaroba menyebabkan kesabaran yang perlu untuk mengatasi masalah yang banyak ini juga bertambah. Oleh itu lingkungan hal yang harus bersabar amat luas. Dalam Alkitab dinyatakan harus bersabar dalam segala hal dan ada juga dinyatakan harus sabar menanggung segala sesuatu (I Kor 13:7; II Kor 12:12). Dari perkataan segala hal dan segala sesuatu menyedarkan kita bahawa lingkungan kesabaran ini besar dan jenisnya juga banyak. Kita dapat membahagikannya kepada tiga butir besar:

1. Kesusahan lahirlah seperti berdepan dengan kemiskinan, kesakitan, kegagalan dalam pekerjaan, penindasan, dipermalukan, dianiaya, disalahfahamkan dan penganiayaan serta ujian yang berkaitan dengan ugama. Haruslah bersabar dalam segala hal ini.

2. Hawa nafsu tubuh: Ini adalah penderitaan yang dibangkitkan oleh hawa nafsu tubuh sendiri seperti marah, benci, iri hati dan lain-lain. Ini juga harus dihapuskan dengan kesabaran.

3. Menantikan pengharapan hidup kekal: Penyelamatan dan penebusan Tuhan dilaksanakan berdasarkan rancanganNya dan masaNya. Kita tidak boleh kehilangan iman sementara menantikan kedatangan Tuhan yang tertangguh untuk menyambut kita ke syurga. Walaupun kehilangan pengharapan, kita harus menanti dengan hati yang sabar (Mzm 37:7) . Begitu juga dengan memohon Roh Kudus. Jangan sudah memohon beberapa tahun tetapi gagal menerimanya lalu merasa kecewa. Untuk memohon penyembuhan Tuhan, sekiranya belum terlihat tanda-tanda penyembuhan, harus sabarkan hati untuk terus memohon, menunggu dan tidak boleh merasa hampa.

C. Belajar Cara-cara Bersabar

1. Belajar seperti pemercaya zaman dahulu: Nuh mendapat petunjuk dari Tuhan bahawa air bah akan melanda dalam masa 100 tahun dan dia tetap bersabar menantikan 100 Tahun itu. Abraham juga tetap teguh berpegang kepada firman berada di padang gurun dan beliau juga bersabar selama 100 tahun. Kesabaran Ayub dan Musa adalah contoh yang baik yang mana mereka telah bersabar dalam penderitaan dan akhirnya menerima penyelamatan dan berkat dari Tuhan (Yak 5:11; Ibr 6:15, 11:27–40, 12:1).

2. Mencontohi Kristus : Tuhan Yesus menerima penderitaan yang besar demi menyelamatkan kita. Ini adalah puncak penyelamatan kita. Juga diberitahukan kepada kita bahawa “Harus menyimpan kesabaran barulah dapat melindungi roh demi memperolehi hidup”. Bukankah kita harus mencontohiNya untuk bersabar sampai kesudahannya? (II Tes 3:5; Ibr 12:2–3; Luk 21:19).

3. Menyimpan kebenaran dalam hati dan memohon pertolongan Roh Kudus: Tubuh jasmani kita sememangnya lemah, oleh itu kita harus banyak memakan makanan rohani agar lebih banyak kebenaran dapat disematkan dalam hati dan memohon pertolongan Roh Kudus kerana kesabaran adalah antara buah-buahan Roh Kudus yang utama. Hanya dengan kekuasaan Roh Kudus barulah mempunyai jaminan untuk bersabar dalam segala sesuatu sampai kesudahannya (Gal 5:22).