Views: 62
Pulau Labuan terletak lebih kurang 48 KM sebelah barat Negeri Sabah. Pulau ini seluas lebih kurang 52KM persegi. Ia dihubungi dengan Kuala Lumpur, Singapura, Brunei dan pekan-pekan besar di Sabah dan Sarawak melalui udara. Terdapat juga satu perkhidmatan feri di antara Menumbuk (sebuah pekan tepi pantai di daerah Beaufort di sebelah Pantai Barat) dan Labuan.
Pada awalnya, Labuan adalah sebahagian daripada Borneo Utara. Ia menjadi pelabuhan bebas pada 1956 dan dalam 1984 menjadi Wilayah Persekutuan. Terdapat lebih kurang 30,000 orang menduduki pulau tersebut, di antaranya 75% penduduknya adalah orang Melayu. Sebilangan besar di antara mereka bekerja sebagai buruh, yang lain nelayan atau pemilik estet ladang.Orang Cina kebanyakkannya adalah peniaga, sementara yang lain pula bekerja dengan firma perdagangan atau syarikat persendirian atau sebagai kakitangan Kerajaan.
Pada awal 1930, Sdra Yap Kong Fui telah ditukar bertugas ke Labuan. Pada pertenganhan bulan September pada tahun yang sama, Dn Philip Tyan membuat sat ulawatan khas ke Labuan untuk melawat Sdra Yap. Selepas ia menerima Roh Kudus, dia dilantik sebagai Dn Titus Yap. Dengan sokongan daripada Dn Philip Tyan, sebuah rumah doa ditubuhkan di rumah Dn Yap pada 6 Disember di Mempidai iaitu berhampiran dengan tapak lapangan terbang sekarang (lebih kurang 3 KM dari pusat pekan). Terdapat 20 orang pemercaya yang terdiri daripada keluarga Dn Titus Yap, Sdra Yap Henn On dan Sdri Wong En Len. Dn Philip Tyan selalu melawat ke Labuan untuk membantu dalam kerja suci. Berikutan dengan itu, Kebaktian Kebangunan Rohani (KKR) pertama diadakan pada 1935. Tahun berikutnya, Dn Simon Kam telah dilantik menjadi Penguasa Hal Ehwal Agama dan Sdri Wong En Lan sebagai Bendahari.
Semasa Pendudukan Jepun dari 1942 – 1945, gereja telah dirampas oleh orang Jepuin dan kebaktian telah dihentikan. Gereja telah mengalami “tempoh gelap”. Selepas pembebasan, dari 1945-1950 kebaktian gereja belum lagi dipulihkan kerana gereja telah dimusnaj dan para pemercaya telah bersurai. Pada tahjun 1950, Dn John Chin dan Dn Titus Yong telah diutus oleh Ibu Gereja ke Labuan untuk memulakan Mesyuarat Pemercaya dengan tujuan untuk memulihkan Kebaktian Sabat dan juga kebaktian keluarga secepat yang mungkin. Pada masa yang sama, Sdra Tsen Chi Henn menyerahkan $300.00 sebagai pampasan dari Kuasa tempatan atas musnahnya gereja. Dengan wang itu, Dn Simon Kam membeli sekeping tanah tereletak lebih kurang 5KM dari pekan untuk pembinaan gereja baharu. Berikutan ini perancangan bagi bangunan gereja dimulakan dengan serta merta.
Pada 1956, bangunan gereja sementara telah siap dan ditahbiskan bersempena dengan Kebaktian Kebangunan Rohani. Sdra Chung Chao Loong dari Beaufort dan Sdra Vun Lim San dari Tuaran telah memberikan banyak bantuan terhadap pembinaan gereja dengan mendermakan bahan binaan dan tenaga buruh. Penguasa Hal Ehwal Agama ialah Dn Simon Kam. Terdapat 30 orang pemercaya.
Pada 1964, Dn John Yang dan Dn Lin Fong Shen telah diutus oleh Ibu Gereja Taiwan ke Sabah untuk membantu kerja penginjilan. Dalam lawatan ini, mereka juga melawat Labuan pada penghujung tahu yang sama. Semasa Kebaktian Kegbangunan Rohani 3 hari Sdra Wong Nyap Thau telah dilantik menjadi Dn David Wong. Kerja penginjilan seterusnya berkembang. Pada bulan Disember 1967, Dn David Wong dan keluarganya berpindah ke Kota Kinabalu dan kerja penginjilan telah diserahkan semula kepada Dn Simon Kam seorangan.
Pada malam 25 Disember 1974, gereja telah terbakar. Sebab kebakaran sebenarnya tidak diketahui. Kebaktian Sabat telah tergendala dan terpaksa diadakan di rumah Sdra Chia Thien Soong. Kemudian, satu mesyuarat diadakan untuk memutus sama ada gereja didirikan di tapak sama atau di sekeping tanah berukuran 0.08 hektar (0.2 ekar), sejauh 8 KM dari pekan yang didermakan oleh Sdra Chia. Keputusan adalah menerima derma Sdra Chia. Tapak gereja yang lama telah dijual dan wang itu menjadi sebahagian dari tabung bangunan gereja. Para anggota telah digesa untuk menderma kepada tabung tersebut. Pada 31 Disember 1982, pembinaan sebuah gereja konrit berharga $140,000.00 dua – tingkat dan berhawa dingin dengan muatan 100 orang telah bermula. Pentahbisan / Kebaktian Kebangunan Rohani diadakan pada 30 April hingga 2 Mei 1983.
Pada 6 November 1984, Dn Simon Kam telah meninggal dunia. Oleh itu, kerja penginjilan telah dikendalikan oleh Sdra Yap EN FUng dan Sdra Kam Kin Boon. Sehingga 1986, gereja mempunyai 71 orang anggota. Selain dari kebaktian Sabat, terdapat juga kebaktian malam pada Hari Jumaat.
Pada masa sekarang, terdapat 4 kelas Pendidikan Agama dengan 22 orang murid dan 6 orang guru-guru. Penguasanya ialah Sdri Chia Vui Lan dan pembantunya Sdri Yap Kim Ping. Ahli-ahli Jawatankuasa Gereja sekarang adalah seperti berikut:
Hal Ehwal Agama : Yap En Fung, Kam Kin Boon (Timbalan)
Hal Ehwal Am : Chia Vui Lan, Chia Vui Min (Penolong)
Bendahari : Yap Thau Fah, Wu Cheng Vun (Penolong)
Setiausaha: Siau Yapp Yin, Kam En Koh (Penolong)