Views: 41
Similar Posts
Kursus Pernikahan (Bab 5) – Isteri berdasarkan Konsep Alkitab
5.1 Isteri harus setia terhadap suami
5.1.1 Isteri yang takut akan Tuhan (Ams 31:30,9:10,14:26-27)
Hanya satu sebab isteri boleh bernikah lagi iaitu jika suami telah meninggal dunia. Jika isteri bercerai, ia harus hidup tanpa suami atau berdamai dengan suaminya. Suami tidak boleh menceraikan isterinya (1 Kor 7:11).
5.1.2 Mengasihi dan mentaati suami di dalam Tuhan (Kol 3:18, Efe 5:22,33; 1 Ptr 3:1)
(Jika bertentangan dengan kebenaran, isteri berhak untuk menasihati, contohnya suami tidak menghadiri kebaktian dan sebagainya).
5.2 Isteri harus tunduk terhadap suami
Tidak ada alasan yang dapat diterima bahawa isteri menjadi kepala dalam keluarga. Jelas dalam Alkitab bahawa Allah menetapkan suami sebagai kepala dalam keluarga.
5.2.1 Firman Tuhan kepada Hawa “ia akan berkuasa atasmu” (Kej 3:16)
– “Berkuasa atasmu” membawa pengertian iaitu: berkuasa atas hak dalam rumah tangga dan berkuasa atas tubuh isterinya.
5.2.2 Kepala dari perempuan ialah lelaki ( 1 Kor 11:3)
– Isteri tidak boleh merampas hak suami sebagai ketua dalam keluarga. JIka sekiranya ada isteri yang bertindak demikian, ini adalah bertentangan dengan firman Tuhan dan akibatnya rumah tangga akan kehilangan berkat kebahagiaan rumah tangga.
5.2.3 Kerana suami adalah kepala isteri (Efe 5:23)
– Abraham dipanggil tuan oleh Sara ( 1 Pet 3:6).
5.2.4 Perempuan harus berdiam diri terhadap suami (1 Tim 2:11-15)
– Isteri tidak patut membantah suami lebih-lebih lagi jika suami membincangkan hal yang baik. Jika sekiranya suami melakukan kesilapan, isteri haruslah menegur dengan ramah dan bukan bertujuan mempermalukan suaminya.
5.3 Kewajipan Isteri terhadap suami
1. Menjadi isteri yang cekap (Ams 25:17,31:10-12, 1 Sam 25:3).
2. Bijak mengatur rumah tangga (Tit 2:4, Ams 31:15)
3. Berdandan dengan baik ( 1 Tim 2:10-11)
4. Melakukan sesuatu yang membanggakan suami (Ams 11:22)
5. Mengasihi suami dan anak-anak (Tit 2:4)
5.4 Jangan menjadi isteri yang cerewet (Ams 9:13)
1. Cerewet menjadi punca ketidakbahagiaan sesebuah keluarga.
2. Mengumpat menjadi punca perselisihan (Ams 11:22).
5.5 Dari Segi Nafkah Batin (1 Kor 7:3)
1. Akur bahawa suami berkuasa terhadap tubuh isteri (Kej 3:16).
– Jangan saling menjauhi kecuali dengan persetujuan bersama (1 Kor 7:5).
2. Memenuhi kewajiban sebagai seorang isteri (Ams 5:18).
5.6 Dari segi nafkah batin (1 Kor 7:3)
1. Akur bahawa suami berkuasa terhadap tubuh isteri (Kej 3:16).
– Jangan saling menjauhi kecuali dengan persetujuan bersama (1 Kor 7:5)
2. Memenuhi kewajipan sebagai seorang isteri (Ams 5:18).
5.6 Membantu suami mendidik anak-anak
1. Melatih diri beribadah (1 Tim 4:7-8)
2. Mendidik anak harus dari kecil (Ams 22:6)
3. Mendidik anak berulang-ulang (Ul 6:6-7)
– Anak yang bersalah harus dirotan dengan tujuan untuk mengajar (Ams 23:14) Contoh:
* Yokhebed yang berjaya mendidik anak sehingga menjadi alat Tuhan (Bil 26:59).
* Lois dan Eunike yang berjaya melahirkan generasi yang beriman ( 2 Tim 1:5).
Membangun sebuah keluarga yang beribadah kepada Tuhan bukanlah perkara yang mudah. Semakin lama keluarga kita dibina maka semakin besarlah cabaran kita temui, khususnya dalam mendidik anak-anak. Hanya satu formula yang mampu melepaskan ktia dari semua kesulitan; iaitu ketekunan untuk mendoakan kebahagiaan keluarga dan kemahiran berkomunikasi dengan baik.
Semoga anda semua akan mampu mendirikan keluarga yang bahagia di dalam Tuhan. Amin.
Kursus Pernikahan (Bab 2) Kehidupan Keluarga Kristian
2.1 Suami mengasihi isteri
Suatu perintah yang sangat jelas tercatat dalam Alkitab dan harus dilakukan oleh suami seorang Kristian.
i. Nasihat Paulus (Efe 5: 28-29,33)
ii. Nasihat Petrus ( 1 Pet 3:7)
* Mencontohi sikap Ishak terhadap isterinya Ribka (Kej 24:67).
2.1.1 Bagaimana suami menunjukkan kasihnya terhadap isterinya?
Perempuan dicipta daripada tulang rusuk laki-laki (Kej 2:21–22). Apakah makna rohani perempuan diciptakan dari tulang rusuk lelaki?
i. Allah mengambil satu dari tulang rusuk Adam ketika Ia menciptakan Hawa.
– Bererti suami harus memiliki hanya seorang isteri sahaja.
ii. Tulang rusuk dekat dengan hati
– Bererti isteri harus dikasihi oleh suaminya dan tidak boleh berlaku kasar terhadapnya.
iii. Tulang rusuk terletak di bawah lengan
– Bererti isteri sebagai teman yang lebih lemah haruslah mendapat perlindungan daripada suaminya.
iv. Tulang rusuk terletak di tengah-tengah tubuh
– Bererti isteri adalah kemuliaan lelaki harus bersyukur memiliki penolong sepadan dengannya.
2.1.2 Isteri Harus Tunduk kepada Tuhan
Lelaki setelah bernikah dengan perempuan menjadi satu daging (Kej 2:24). Menjadi satu tubuh bermaksud tidak membandingkan dari segi tinggi rendahnya darjat mereka. Suami isteri adalah satu tubuh dan mempunyai rumahtangga teratur, maka ketika Allah menciptakan manusia, Ia tidak menetapkan untuk mencipta mereka pada waktu yang sama tetapi menciptakan lelaki terlebih dahulu, kemudian barulah mencipta wanita. Oleh sebab itulah suami adalah kepala isteri, sama seperti Kristus adalah kepala jemaat (Efe 5:24). Hubungan suami isteri seperti itu bukanlah hubungan tinggi rendahnya kedudukan, tetapi adalah perbezaan urutan dan pekerjaan. Bahkan menurut nasihat Petrus, isteri juga harus tunduk kepada suami yang belum percaya pun ( 1 Pet 3:1-6). Maksud Petrus adalah dengan cara tunduk kepada suami yang belum percaya dapat menyaksikan perbuatan baik daripada isteri yang beriman.
2.1.3 Bagaimana Isteri harus tunduk kepada suami?
1. Tunduk kepada suami dalam segala sesuatu.
– ‘Segala sesuatu’ jangan disalah ertikan bahawa apa yang tidak baik dan bertentangan dengan kehendak Tuhan juga harus tunduk. Sebagai contoh, apabila Sarai tunduk kepada suaminya dalam hal yang tidak baik hampir menerima padah yang buruk (Kej 12:10-20).
2. Tunduk kepada suami bermakna tidak boleh memerintah serta menguasai suami (Queen control).
– (1 Tim 2:11-12) walaupun isteri bijak, berpelajaran, berkedudukan namun tidak boleh dijadikan alasan bahawa isteri seharusnya menjadi kepala dalam keluarga. Jika suami silap, isteri berhak menegur atau menasihati dan ini bukanlah memerintah tetapi membetulkan yang salah.
Firman Tuhan menggalakkan kita saling menasihati maka sudah tentu amat perlu bagi sepasang suami isteri.
2.1.4 Kehidupan sebagai suami isteri
Kadang – kadang berlaku dalam kalangan isteri yang masih muda iaitu tidak mengerti akan keperluan seks suaminya. Apabila berlaku sedikit pertelingkahan maka ia menjadikannya sebagai senjata iaitu menolak permintaan suami untuk melakukan hubungan seks sebagai hukuman terhadap suami. Perbuatan ini adalah tidak wajar kerana tindakan sedemikian hanya merosakkan hubungan suami isteri dan bukan saja tidak membantu malah akan lebih merumitkan keadaan ( 1 Kor 7:3-5).
Beberapa butir yang dibincangkan di atas adalah merupakan perkara yang harus diperhatikan sebagai suami isteri dalam keluarga kristian. Jika sekiranya dipatuhi dan meletakkan Yesus sebagai Ketua dalam keluarga, pastilah akan terbina sebuah keluarga yang bahagia.
2.2 Melahirkan Generasi yang beriman
2.2.1 Mewarisi Iman yang tulus ikhlas
Sungguh alangkah baiknya jika semua ibu bapa yang beriman berjaya mewariskan iman kepercayaan mereka kepada anak cucu mereka. Lois berjaya mewariskan iman kepada anaknya Eunike dan Eunike pula mewariskan iman itu kepada anaknya Timotius ( 2 Tim 1:5). Allah menghendaki keluarga kita melahirkan keturunan yang ilahi (Mal 2:15), harus ada tekad seperti Yosua menetapkan seisi keluarganya beribadah kepada Allah (Yos 2$:15).
2.2.2 Seisi Rumah Beribadah kepada Allah
i. Seisi keluarga telah dibaptis dalam Gereja Yesus Benar
– Seperti Keluarga Lidia (Kis 16:14-15).
– Seperti Keluarga kepada penjara (Kis 16:33).
ii. Seisi keluarga takut akan Tuhan dan menurut jalan yang ditunjukkan-Nya (Maz 128:1).
– Seperti keluarga Kornelius (Kis 10:1-2).
iii. Seisi keluarga melayani Tuhan
– Sebuah keluarga yang sangat agung tercatat dalam Alkitab iaitu dari ibu bapa sehingga anak-anak melayani Tuhan (BIl 26:59).
– Amran dan Yokhebed
* Harun – Menjadi Imam Allah (Kel 31:10).
* Musa – Menjadi nabi agung perjanjian lama (U;l 34:10).
* Miryam – Seorang nabiah (Kel 15:20).
(Urutan kelahiran anak-anak Amran: Harun adalah Putera sulung, tiga tahun lebih tua daripada Musa ; (Kel 7:7), Miryam adalah kakak kepada Harun dan Musa, ia memelihara Musa selagi bayi (Kel 2:4).
2.3 Krisis Keluarga dan Cara menanganinya
Dalam dunia ini tidak ada yang sempurna, perselisihan tidak dapat dielakkan dan ini akan menimbulkan krisis dalam rumah tanga. Itulah sebabnya dalam dunia ini sering berlaku perpecahan keluarga. Akibat krisis dalam rumah tangga maka anak-anak menjadi mangsa ketandusan kasih sayang. JIka perpecahan keluarga berlaku dalam kalangan seiman, kesannya bukan sahaja menyebabkan pelajaran anak-anak di sekolah terjejas, malah lebih malang lagi ialah anak-anak akan menyimpang dari jalan Tuhan.
2.3.1 Bagaimana mengelakkan / mengurangkan krisis dalam keluarga?
i. Menjadikan Kristus sebagai ketua keluarga: Memegang Firman Tuhan, menasihati ahli keluarga berlandaskan kasih.
ii. Menetapkan mezbah keluarga: menyanyi, membaca Alkitab, perkongsian dan berdoa bersama.
iii. Saling mendoakan: Tidak mengkritik, tidak menyimpan dendam, saling mengampuni, sentiasa mendoakan kelemahan pasangan hidup dengan penuh kasih.
iv. Belajar teknik berkomunikasi: Perkataan harus lemah lembut, mendengar dengan tenang.
v. Jangan beri kesempatan kepada Iblis, berdoa dan selidiki sesuatu tuduhan sebelum bertindak.
vi. Menjalinkan hubungan baik dengan semua orang, menerima dengan baik keluarga dan saudara-mara pasangan hidup.
Walaupun kita cukup berhati-hati, pasti berlaku juga krisis dalam keluarga dan jika kita tidak tahu menanganinya, maka kesempatan itu akan digunakan oleh iblis untuk menghancurkan keluarga kita. Maka itu, umat Tuhan harus tahu bagaimana menghadapi krisis.
2.3.2 Menghadapi Krisis
Utamakan doa apabila berlaku tanda-tanda krisis (1 Pet 5:7) Sama sekali tidak ada niat untuk bercerai. Apa yang dipersatukan tidak boleh diceraikan manusia (Mat 19:6) Mencari pertolongan dari kaunseling pernikahan dan para Penatua/ Pendeta/ Diaken.
Kursus Pernikahan (Bab 1)
“Hendaklah kamu semua penuh hormat terhadap perkahwinan dan janganlah mencemarkan tempat tidur, sebab orang-orang sundal dan perzinahan akan dihakimi Allah (Ibr 13:4).
Pendahuluan
Kesejahteraan dan keharmonian dalam keluarga tidak datang dengan sendiri. Kerjasama daripada anggota keluarga amat diperlukan. Ibu bapa terutamanya perlu bersikap penyayang. Pemaaf, bersimpati, bertimbang rasa, sanggup berkorban dan bersedia menerima cadangan anggota keluarga yang lain. Didikan akan menjadi ikutan anak-anak dan seterusnya melahirkan sebuah keluarga yang bahagia dan yang lebih penting lagi ialah keluarga yang diberkati Tuhan. Oleh itu, bakal ibu bapa haruslah mempunyai pengetahuan kefahaman dan kesedaran yang cukup lengkap dan mendalami berhubung dengan ilmu mendidik anak lebih-lebih lagi dari aspek pendidikan rohani. Ibu bapa harus sedar bahawa sebuah keluarga adalah seperti sebuah kapal. Yang mana, Ibu bapa adalah nakhodanya dan anak-anak adalah kelasinya. Bagi menjamin kapal tersebut bergerak menuju lautan mengharungi cabaran ombak dan angin di lautan, maka nakhoda dan kelasi harus mampu memahami antara satu sama lain dan perlu bekerjasama. Kesemuanya sama penting. Kesemua harus faham pelabuhan mana yang akan sampai ke pelabuhan yang didiamkan. Begitulah pentingnya peranan ibu bapa dalam membentuk sebuah keluarga rohani yang mampu bersinar bagi Tuhan.
Tujuan mengadakan seminar Pra-pernikahan ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada bakal-bakal ibu bapa supaya lebih bersedia untuk menjadi nakhoda dalam sebuah kapal agar mereka mampu mengharungi menjadi nakhoda dalam sebuah kapal agar mereka mampu mengharungi taufan dan ombak besar. Pelabuhan yang kita tuju tiada lain selain Sorga yang indah. Kejayaan di dunia memang amat penting namun bagi kita sebagai pemercaya Gereja Yesus Benar ini, kecemerlangan dan kegemilangan lebih tertuju kepada mahkota yang kekal. Perjuangan kita ialah seisi keluarga akan berjaya mencapai garis akhir seperti rasul Paulus.
Selamat mengikuti seminar Pra-Pernikahan, Tuhan memberkati setiap usaha kita.
Jabatan Kesusasteraan,
Ibu Gereja Sabah.
Bahagian 1 : Kebenaran Tentang Pernikahan
1.1 Pendahuluan
Hati manusia di akhir zaman ini sangat jahat dan manusia kehilangan nilai moral sehingga pandangan mereka terhadap pernikahan sudah berubah. Mereka tidak lagi menghormati pernikahan. Pernikahan dan perceraian terjadi di mana-mana. Sebagai anggota Gereja Yesus Benar, kita haruslah melaksanakan ajaran Alkitab iaitu menghormati pernikahan. Pandangan dan sikap kita terhadap pernikahan haruslah berbeza dengan orang – orang duniawi, sebab kita adalah umat Allah. Kita harus melakukan sistem pernikahan yang ditetapkan Allah sejak dunia dijadikan.
1.2 Pandangan yang salah terhadap pernikahan
Berikut adalah perkara yang harus ditolak oleh pemercaya Gereja Yesus Benar:
1. Hidup sebumbung sebelum bernikah.
2. Bertukar-tukar pasangan.
3. Menikah tetapi tidak melahirkan anak (disengajakan).
4. Menikah dengan sama jantina.
5. Menukar / menambah isteri.
1.3 Pernikahan berdasarkan Alkitab
Pernikahan yang didirikan oleh Tuhan mempunyai makan yang agung dan kudus.
1.3.1 Asal – Usul Pernikahan
1. Pernikahan dimulakan di Taman Eden (Kej 2: 8; 18-25)
2. Pernikahan diadakan oleh Allah (Mrk 10:6-9).
1.3.2 Makna Pernikahan
1. Dua orang menjadi satu daging (Kej 2:24).
a. saling membantu, saling memperhatikan, dan memenuhi keperluan seksual (1 Kor 7:3-9).
b. Dari aspek rohani, saling mendorong dan memberi penghiburan dan persekutuan yang erat dalam Roh.
2. Belajar menguasai kasih yang tidak berkesudahan
3. Sebagai teman pewaris dari kasih karunia (1 Ptr 3:7).
4. Mengerti rahsia hubungan Kristus dan jemaat (Efe 5:22-23) – Suami mengasihi isteri dan isteri tunduk kepada suami).
1.3.3 Tujuan Pernikahan
1. Saling membantu, saling memperhatikan dan memenuhi keperluan seksual (Kej 2:18,20; Pkh 4:9-11; 1 Kor 7:3-9).
2. Supaya manusia beranak- cucu dan bertambah banyak (Kej 1:27-28, Mal 2:15).
3. Supaya tidak terjadi perzinahan (1 Kor 7:2,8,-9).
4. Melahirkan dan mendidik anak – anak yang saleh (Ul 6:4-9).
1.4 Pergaulan dan pernikahan
1.4.1 Bagaimana membangun perhubungan yang kudus?
a. Dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan jangan melampaui batas kesopanan.
b. Mengutamakan persekutuan membaca Alkitab, doa dan pelayanan.
c. Harus berhati-hati dalam pergaulan sama ada dalam kalangan sejenis ataupun berlainan jantina.
1.4.2 Jangan Sembarangan Bergaul
a. Perbuatan dan tingkah laku harus sepadan dengan kehidupan orang Kristian.
b. Pergaulan bermula sejak peringkat kanak-kanak tetapi pernikahan adalah urusan orang dewasa sahaja.
1.4.3 Orang Dewasa Seeloknya bernikah
1. Prinsip memilih pasangan hidup jangan serupa dengan orang duniawi (Rm 12:2).
– Jangan mementingkan kekayaan.
– Jangan menginginkan keelokan rupa.
– Jangan terpengaruh dengan kepercayaan “Fungsui”.
a. Semasa mengatur pertunangan, haruslah melalui badan telangkai dan menurut aturcara yang ditetapkan oleh pusat.
b. Serahkan kepada Tuhan dan bukan menurut pandangan sendiri.
2. Pernikahan adalah untuk orang dewasa yang sudah matang dari segi fikiran dan pemikiran
– Memahami ajaran tentang kebenaran.
– Mampu membezakan perkara yang baik dan jahat (Ibr 5:13-14).
– Matang dan boleh berdikari iaitu tidak bersandar kepada orang tua dan saudaranya.
– Mempunyai sumber ekonomi yang halal.
Sekiranya sudah ada sumber pendapatan, bolehlah menetapkan masa yang sesuai untuk bernikah dengan seiman. Pernikahan yang membawa kepada kebahagiaan bukan hanya mencari orang yang sesuai melainkan diri sendiri haruslah tahu masyarakat dan keluarga. Berusaha untuk mewujudkan hubungan yang baik dengan semua orang.
1.4.4 Menghormati Pernikahan
Setelah layak untuk bernikah, maka amatlah penting untuk menghormati pernikahan. Menghormati pernikahan ini merangkumi 3 peringkat iaitu sebelum, semasa dan selepas pernikahan.
1. Sebelum bernikah, tidak boleh menajiskan tempat tidur (Ibr 13:4).
2. Perjanjian pernikahan adalah untuk selama-lamanya (Rm 7:2; Mal 2:16).
3. Setelah melangsungkan pernikahan, menghormati Kristus sebagai kepala keluarga. Ini bermakna harus mengakui suami sebagai kepala dan isteri adalah tubuh. Maka haruslah saling mengasihi.
4. Satu suami, satu isteri, menjauhi percabulan dan pencobaan – pencobaan (1 Kor 6:15-20).
Pada zaman sekarang, nampaknya manusia semakin kehilangan rasa takut akan Tuhan. Sebaik sahaja bertunang, tidak segan lagi untuk tinggal bersekedudukan seperti suami isteri. Mereka gagal membezakan antara hubungan bertunang dengan hubungan sebagai suami isteri.
Kenapakah perlu bertunang sebelum bernikah?
Tujuan pertunangan:
Supaya kedua belah pihak mempunyai masa yang cukup untuk mengadakan persiapan yang cukup dari segi mental dan material sebelum pernikahan.
Hubungan semasa bertunang:
Kedua belah pihak haruslah menjaga kekudusan (2 Kor 11:2).
1.4.5 Bagaimana cara menjaga kekudusan?
1. Membatasi percintaan
– Terlalu banyak bukti yang dapat dikemukakan tentang kegagalan dalam menjaga kekudusan oleh kerana semasa dalam percintaan tidak ada batasan (Mat 5:28).
2. Sebelum bernikah tidak dibenarkan bersedudukan
– Lot dan dua orang anak perempuannya tinggal bersama sehingga melakukan perbuatan sumbang (Kej 19:30-38).
3. Harus takut akan Tuhan
– Orang yang takut akan Tuhan membenci kejahatan (Ams 8:13).
Kursus Pernikahan (Bab 3) – Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa
3.1 Harus berbakti kepada ayah dan ibu
3.1.1 Suatu perintah penting daripada Allah (Kel 20:12).
Tuhan Yesus adalah Allah sendiri yang datang ke dunia menjadi manusia. Maria hanyalah ibu kandung yang dipinjam sahaja dan Yusuf ayahnya ayah angkat-Nya sahaja, namun Tuhan Yesus menghormati mereka. Ini disebabkan Yesus amat mementingkan bakti. Yesus telah memberikan satu teladan yang sangat baik buat kita pada masa sekarang (Luk 2:41-45; Yoh 19:26-27).
3.1.2 Sesiapa yang menurutinya akan berbahagia (Efe 6:2-3)
Tercatat dalam kitab bahawa anak yang berbakti kepada orang tua beroleh berkat:
a. Yusuf dan Yehuda anak Yakub (Kej 37-49,44).
b. Ester anak angkat Mordekhai (Est 2-8).
Juga tercatat contoh anak derhaka atau tidak menghormati orang tua menerima kutuk:
a. Hofni dan Peinehas anak Imam Eli (1 Sam 1-4).
b. Ham anak Nuh (Kej 9:20-27).
c. Absalom anak Daud (2 Sam 14-18).
3.2 Harus menghormati Mertua
Setelah bernikah, ibu bapa kita telah bertambah kerana mertua kini menjadi ibu bapa kita juga. Kita harus menunjukkan hormat kita kepada mertua sama seperti kita menghormati ibu bapa kandung. Kita bukan sahaja sekadar memanggil mereka emak, atau bapa tetapi juga kebajikan dan tanggungjawab terhadap mereka perlu kita tunjukkan.
Berikut adalah tokoh contoh dalam Alkitab tentang menantu yang sangat menghormati mertua:
a. Rut terhadap mertuanya Naomi (Rut 1-4).
b. Petrus terhadap ibu mertuanya (Mrk 1:29-31).
c. Musa terhadap mertuanya (Kel 18:5-7).
3.2.1 Bagaimana cara menghormati ibu bapa dan mertua ?
a. Mentaati (Kol 3:20, Ams 6:20-22).
b. Menerima ajaran (Ams 13:24; 23:13-14; Ibr 12:11).
c. Tidak memandang rendah (Ams 15:17,27; 1 Tim 6:6-10).
d. Tidak menghina (Ams 23:22).
e. Tidak mengutuk dan menyiksa (Im 20:9; AMs 19:26).
f. Harus memelihara mereka (Mat 15:3-9; Yoh 16:22-23).
g. Sentiasa mendoakan (Mat 6:25; Yoh 16:22-23).
Walau bagaimanapun, prinsip dan cara menghormati ibu bapa dan mertua, haruslah ‘mentaati orang tua di dalam Tuhan (Efe 6:1)’. Ini bukanlah membabi buta, sebaliknya kita harus menghormati ibu bapa dan mertua di dalam kebenaran. Jika arahan yang tidak sesuai dengan Alkitab, janganlah kita taati (Kis 5:29). Misalnya, tidak dapat datang berkebaktian kerana dilarang oleh ibu bapa atau mertua yang bukan seiman.
Dalam dunia hari ini bahkan terdapat juga pemercaya gereja kita yang tidak hormat kepada mertuanya, bukan sahaja tidak mendengar nasihat, malah ada juga yang begitu berani melawan mertuanya. Kita perlu mencontohi tokoh yang menghormati mertua sebagaimana contoh di atas. Kita perlulah berhati-hati kerana setiap perbuatan ada pembalasannya, apa yang kita tanam maka itulah yang akan kita tuai (Gal 6:7).
Perbincangan dan renungan
Apakah pandangan anda terhadap ibu bapa atau mertua yang dihantar ke rumah orang tua? Bincangkan.
Kursus Pernikahan (Bab 4) Suami Berdasarkan Konsep Alkitab
4.1 Suami Hanya ada Satu Isteri Sahaja
Adalah baik setiap laki-laki mempunyai isterinya sendiri (1 Kor 7:2). Perkataan isterinya bermaksud tunggal.
– Pada mulanya Allah hanya mencipta satu perempuan dari salah satu tulang rusuk Adam (Kej 2:21).
– Apabila Allah mendirikan pernikahan di Taman Eden, Adam dan Hawa menjadi satu daging (Mrk 10:6-8).
– Hanya dua sebab suami boleh bernikah semula iaitu:
i. Isteri meninggal dunia.
ii. Isteri telah berzinah dan sudah bernikah dengan lelaki lain. Sekiranya menceraikan isteri dengan apa sahaja alasan tetapi tidak berzina, dan suami bernikah dengan orang lain, maka dia juga telah berzinah (Mat 19:9).
4.2 Berkuasa Terhadap Isteri
Tidak ada alasan yang dapat diterima bahawa isteri menjadi kepala dalam keluarga. Jelas dalam Alkitab bahawa Allah telah menetapkan suami sebagai kepala dalam keluarga. Namun, jika isteri membetulkan kesilapan suami atau memberi pendapat, ini tidak bermakna bahawa dia memerintah suami.
i. Firman Tuhan kepada Hawa “ia akan berkuasa atasmu” (Kej 3:16).
ii. Kepala dari perempuan ialah lelaki (1 Kor 11:3).
iii. Kerana suami adalah kepala isteri (Efe 5:23).
Walaupun suami adalah kepala bagi isteri tetapi ini tidak bermakna suami boleh memperlakukan isteri sesuka hati contohnya, menjadikan isteri seperti seorang hamba. Suami harus melihat isteri sebagai penolong di dalam membentuk sebuah keluarga bahagia.
4.3 Kewajipan Suami Terhadap Isteri
Suami yang baik berusaha untuk memenuhi kewajipannya terhadap isteri dan isteri yang merasakan dirinya dihargai oleh suami sudah pasti menikmati kebahagiaan keluarganya.
4.3.1 Hidup Bijaksana Dengan Isteri (1 Pet 3:7)
Bermaksud harus belajar memahami isteri:
– Perasaan isteri
– Keperluan isteri
Seorang suami yang berjaya memahami isteri dapat membahagiakan isteri dan terhindar daripada menyakitkan hati diselaraskan dengan firman Tuhan (Efe 4:15).
4.3.2 Menghormati Isteri ( 1 Pet 3:7)
“Menghormati” bermakna suami haruslah menghargai perasaan, fikiran, keinginan dan pendapat isterinya.
4.3.2 Harus mengasihi Isteri (Efe 5:25-29)
Bagaimanakah cara mengasihi isteri?
a. Sebagaimana Kristus telah mengasihi jemaat (25) – bermaksud sanggup berkorban bagi isteri.
– Mengasihi isteri sama seperti tubuh sendiri (28) – seperti setiap orang mementingkan diri sendiri, bermaksud harus mementingkan atau mengutamakan isteri dalam hidup.
4.3.4 Jangan berlaku kasar terhadap isteri (Kol 3:19)
Walaupun isteri bersalah namun harus menguasai diri agar tidak mengucapkan kata-kata yang tidak wajar diucapkan (Efe 4:29).
i. Tidak sedikit suami yang sanggup mengeluarkan kata-kata yang kasar terhadap isteri misalnya mengucapkan perkataan: ‘bodoh, gila, tiada guna dan sebagainya’ ketika menengking isteri. Hal ini sama sekali tidak boleh berlaku dalam keluarga Kristian.
ii. Ada pula yang tidak banyak bercakap namun memperhatikan bahasa badan yang kasar terhadap isteri.
iii. Sama sekali tidak boleh mendera isteri seperti menampar atau memukul.
4.3.5 Memenuhi keperluan nafkah batin (1 Kor 7:3)
Jangan saling menjauhi kecuali dengan persetujuan bersama (1 Kor 7:5).
4.3.6 Membantu isteri mendidik anak-anak
– Mendidik anak harus dari kecil (Ams 22:6).
– Mendidik anak berulang-ulang (Ul 6:6-7).
– Anak yang bersalah harus dirotan dengan tujuan untuk mengajar (Ams 2#:14).
– Contohilah tokoh suami isteri teladan iaitu Amran dan Yokhebed yang berjaya mendidik anak sehingga menjadi alat Tuhan (Bil 26:59).
Kursus Pernikahan (Bahagian Praktikal) – Memahami Erti Pernikahan
1. Saling menjaga
i. Aspek mental – Tidak baik hidup sendiri saja, ada teman barulah mempunyai kehangatan (Kej 2:18; Kej 24:70).
ii. Aspek kehidupan – Bersama-sama mengusahakan dan memelihara (Kej 2:15-20).
iii. Aspek kepercayaan – sebagai teman pewaris dari kasih karunia (1 Pet 3:7).
2. Melahirkan keturunan yang ilahi (Mal 2:15; Kej 1:27-28).
3. Mengelakkan percabulan ( 1 Kor 7:8-10).
4, Mengenali rahsia Kristus dan Jemaat (Ef 5:31)
i. Isteri tunduk kepada suami, sebagaimana jemaat tunduk kepada Kristus; suami harus mengasihi isteri, sebagaimana Kristus mengasihi jemaat.
ii. Menghayati menerusi perhubungan suami isteri dalam kehidupan pernikahan.
5. Akhir kata: Agar pernikahan mempunyai nilai seperti yang ditetapkan oleh Tuhan.
Soalan renungan:
1. Apakah tujuan pernikahan:
a. Teman hidup: bersama-sama melayani Tuhan (Kej 2:18)
b. Mendapat zuriat: melahirkan keturunan yang ilahi (Mal 2:15)
c. Mendirikan rumah tangga: menikmati kegembiraan kehidupan keluarga.
2. Bagaimana menghormati pernikahan? (Ibr 13:4)
Mementingkan pekerjaan dan ekonomi (Pengurusan Kewangan)
I. Dalam pekerjaan
i. Melakukan kerja yang baik (pekerjaan).
ii. Jangan bersikap oportunis, kerana mudah terjerat, lakukanlah dengan cara yang halal.
a. Rajin (1 Tes 4:11-12)
b. Merancang (Ams 21:5)
c. Memohon (Fil 4:6)
iii. Harus pertimbangkan kehidupan keluarga: Pekerjaan kita perlu mempertimbangkan masa untuk menguruskan keluarga dan bergaul dengan ahli keluarga.
iv. Mementingkan kehidupan kepercayaan: Harus mencapai keseimbangan pekerjaan dan kepercayaan, menguasai pembahagian masa.
2. Dalam ekonomi (pengurusan kewangan):
i. Prinsip berbelanja berdasarkan pendapatan.
ii. Ibadah disertai rasa cukup, jangan tamak.
iii. Mementingkan kehidupan kepercayaan: Harus mencapai keseimbang pekerjaan dan kepercayaan, menguasai pembahagian masa.
2. Dalam ekonomi (Pengurusan Kewangan)
i. Prinsip berbelanja berdasarkan pendapatan.
ii. Ibadah disertai rasa cukup, jangan tamak.
iii. Pergunakan kemudahan pelaburan dan pengurusan kewangan dengan baik: menganalisa kelebihan dan kelemahan untuk memilih kemudahan yang paling sesuai dengan diri sendiri.
a. Bantuan bersama bukan kerajaan.
b. Deposit tetap: Deposit tetap secara bayaran ansuran, secara annuiti, secara pengambilan faedah dan lain-lain.
c. Saham, bon.
d. Hartanah.
e. Insurans.
f. Dana bersama.
iv. Menambah pendapatan dan mengurangkan kos.
a. Menambah pendapatan – seperti: Membahagikan bilik untuk disewa, menjaga anak orang lain, menjadi tukang pembersih, menceburi pekerjaan yang mempunyai latar belakang profesional.
b. Mengurangkan kos – seperti: Kurangkan melancong atau makan di luar. semasa membelih – belah harus pertimbangkan keperluan atau beli semasa promosi potongan harga; sendiri membaiki alat-alat elektrik dan mengecat dinding.
3. Perancangan bajet dan penyelarasan perbelanjaan
i. Perbelanjaan rutin
a. Persembahan
b. Pakaian
c. Makanan
d. Penginapan: sewa rumah, atau bayaran bulanan pinjaman, di mana pokok dan faedah menjadi bahagian terbesar perbelanjaan.
e. Pengangkutan: Kos lalu lintas
f. Pendidikan : Yuran sekolah, seni, tusyen.
g. Hiburan: Pelancongan dalam luar negara, mendengar konsert.
h. Cukai : Rumah, tanah, lesen kenderaan, bahan api.
i. Bayaran insurans
j. Simpanan
k. Kos sara hidup ibu bapa
ii. Perbelanjaan bukan rutin
a. Kos bersosial (pembayaran takziah, ang pau dan sebagainya).
b. Kos perubatan
c. Kos pembaikan dan pengubahsuaian
4. Akhir kata:
i. Mengelakkan penambahan tekanan kehidupan realiti, sehingga mendatangkan impak kepada hubungan suami isteri.
*Soalan Renungan
1. Bagaimana menangani situasi apabila masa bekerja berkonflik dengan masa kebaktian?
2. Yang manakah lebih penting antara rumah tangga (ahli keluarga), dan pekerjaan (kerjaya)? Mengapa?
3. Bolehkah umat Kristian bermain duit kutu? Apakah pandangan anda?
4. Apabila seorang umat Kristian meminjam wang kepada orang lain, bolehkah dia mengambil faedah?
(Rujuk: Kel 22:25, Im 25:35-38, Ul 15:7-8, Mat 5:42, Luk 6:35)
5. Sila jelaskan, apakah cara pengurusan kewangan anda buat masa ini?
