Views: 236
Aman dalam tangan Tuhan (Mazmur 31:1-25)
1 Untuk pemimpin biduan. Mazmur Daud.
2 Pada-Mu, TUHAN, aku berlindung,
janganlah sekali-kali aku mendapat malu.
Luputkanlah aku oleh karena keadilan-Mu,
3 sendengkanlah telinga-Mu kepadaku,
bersegeralah melepaskan aku!
Jadilah bagiku gunung batu tempat perlindungan,
kubu pertahanan untuk menyelamatkan aku!
4 Sebab Engkau bukit batuku dan pertahananku,
dan oleh karena nama-Mu Engkau akan menuntun dan
membimbing aku.
5 Engkau akan mengeluarkan aku dari jaring
yang dipasang orang terhadap aku,
sebab Engkaulah tempat perlindunganku.
6 Ke dalam tangan-Mulah kuserahkan nyawaku;
Engkau membebaskan aku, ya TUHAN, Allah yang setia.
7 Engkau benci kepada orang-orang yang memuja berhala
yang sia-sia,
tetapi aku percaya kepada TUHAN.
8 Aku akan bersorak-sorak dan bersukacita karena kasih setia-Mu,
sebab Engkau telah menilik sengsaraku,
telah memperhatikan kesesakan jiwaku,
9 dan tidak menyerahkan aku ke tangan musuh,
tetapi menegakkan kakiku di tempat yang lapang.
10 Kasihanilah aku, ya TUHAN, sebab aku merasa sesak;
karena sakit hati mengidaplah mataku, meranalah jiwa dan tubuhku.
11 Sebab hidupku habis dalam duka
dan tahun-tahun umurku dalam keluh kesah;
kekuatanku merosot karena sengsaraku,
dan tulang-tulangku menjadi lemah.
12 Di hadapan semua lawanku aku tercela,
menakutkan bagi tetangga-tetanggaku,
dan menjadi kekejutan bagi kenalan-kenalanku;
mereka yang melihat aku di jalan lari dari padaku.
13 Aku telah hilang dari ingatan seperti orang mati,
telah menjadi seperti barang yang pecah.
14 Sebab aku mendengar banyak orang berbisik-bisik,
-ada kegentaran dari segala pihak! –
mereka bersama-sama bermufakat mencelakakan aku,
mereka bermaksud mencabut nyawaku.
15 Tetapi aku, kepada-Mu aku percaya, ya TUHAN,
aku berkata: “Engkaulah Allahku!”
16 Masa hidupku ada dalam tangan-Mu, lepaskanlah aku
dari tangan musuh-musuhku dan orang-orang yang
mengejar aku!
17 Buatlah wajah-Mu bercahaya atas hamba-Mu,
selamatkanlah aku oleh kasih setia-Mu!
18 TUHAN, janganlah membiarkan aku mendapat malu,
sebab aku berseru kepada-Mu;
biarlah orang-orang fasik mendapat malu
dan turun ke dunia orang mati dan bungkam.
19 Biarlah bibir dusta menjadi kelu,
yang mencaci maki orang benar
dengan kecongkakan dan penghinaan!
20 Alangkah limpahnya kebaikan-Mu
yang telah Kausimpan bagi orang yang takut akan Engkau,
yang telah Kaulakukan bagi orang yang berlindung pada-Mu,
di hadapan manusia!
21 Engkau menyembunyikan mereka dalam naungan wajah-Mu
terhadap persekongkolan orang-orang;
Engkau melindungi mereka dalam pondok
terhadap perbantahan lidah.
22 Terpujilah TUHAN, sebab kasih setia-Nya
ditunjukkan-Nya kepadaku dengan ajaib
pada waktu kesesakan!
23 Aku menyangka dalam kebingunganku:
“Aku telah terbuang dari hadapan mata-Mu.”
Tetapi sesungguhnya Engkau mendengarkan suara
permohonanku,
ketika aku berteriak kepada-Mu minta tolong.
24 Kasihilah TUHAN,
hai semua orang yang dikasihi-Nya!
TUHAN menjaga orang-orang yang setiawan,
tetapi orang-orang yang berbuat congkak
diganjar-Nya dengan tidak tanggung-tanggung.
25 Kuatkanlah dan teguhkanlah hatimu,
hai semua orang yang berharap kepada TUHAN!
Tajuk:
Anugerah Keselamatan Yang Ajaib
Tema:
Walaupun jatuh ke dalam keadaan yang kelihatan seolah-olah langsung tiada kebangkitan semula, namun akhirnya berjaya juga diselamatkan kerana mengharapkan kasih setia Tuhan.
Latar belakang:
1. Fasal ini ditulis Daud samada sewaktu dianiayai Saul (I Sam 23, di Kehila), ataupun sewaktu pemberontakan Absalom (II Sam 15)
2. Ada sesetengah cendekiawan Alkitab berpendapat ayat 2-9 adalah ditulis Daud dan ayat 10-25 adalah ditulis Yeremia, sebabnya seperti berikut:
a. Citarasa / nada penyampaian ayat 2-4 fasal ini adalah bersamaan dengan kata pembuka fasal 71. Tambahannya, kitab Perjanjian Lama Septuagint bahasa Yunani jelas menyatakan itu ditulis oleh Daud. Justeru itu, ayat 2-9 fasal ini adalah merupakan hasil karangan Daud.
b. Ayat 14 fasal ini kalau dibandingkan dengan Yer 20:1-3, 10 yang mencatat tentang keadaan Yeremia dianiaya oleh Pasyhur, kepala rumah Tuhan waktu itu, kedua-dua catatannya sama sekali tiada perbezaan.
c. Nada penyampaian ayat 18 fasal ini sama juga seperti yang dicatatkan di Yer 20:11, 18
d. Ayat 21 yang dicatatkan dalam fasal ini sama juga dengan catatan Yer 36:26 berkenaan Yeremia dan Barukh disembunyikan Allah beberapa tahun lamanya
e. Catatan ayat 22 fasal ini sama dengan Yer 1:18
Kategori:
Nyanyian pujian peribadi (8, 9, 20-25)
Garis kasar:
I. Yang berlindung kepadaNya tidak akan kecewa (2-9)
(1) Allah ialah tempat perlindungan yang kukuh (2-5)
a. Selama-lamanya tidak mendapat malu
b. Penuh keadilan
c. Menuntun dan membimbing
d. Mengeluarkan dari jaring
(2) Kepada Tuhan aku serahkan jiwaku (6-9)
a. Kerana Allah setia, Dia membebaskan aku
b. Kerana Allah boleh dipercayai, Dia mengalahkan berhala yang sia-sia
c. Kerana Allah penyayang, Dia menilik sengsaraku
d. Kerana Allah menyelamatkan, aku tidak diserahkan ke dalam tangan musuh
II. Yang berlindung padaNya akan dikasihani (10-14)
(1) Sewaktu di dalam kesesakan (10-11)
a. Mengidaplah mataku
b. Merana jiwa dan tubuhku
c. Hidup habis dalam duka
d. Tahun-tahun umurku habis dalam keluh-kesah
e. Kekuatan merosot
f. Tulang-tulang menjadi lemah
(2) Sewaktu ditindas orang (12-13)
a. Lawanku mencela aku
b. Dicaci-maki tetangga-tetangga
c. Kenalan-kenalan meninggalkan aku
d. Hilang dari ingatan orang
(3) Sewaktu nyawa terancam (14)
a. banyak orang berbisik-bisik
b. Kegentaran dari segala pihak
c. Musuh bermufakat mencelakakan aku
d. Bermaksud mencabut nyawaku
(4) Tetapi aku, aku percaya kepada Tuhan (15)
III. Yang berlindung padaNya akan dipelihara (16-19)
~ Hal seumur hidup harus diserah ke dalam tanganNya
a. Hal seumur hidup harus diserah ke dalam tanganNya
b. Sinarilah dan selamatkan aku
c. Jangan membiarkan aku mendapat malu
d. Hentikan perkataan congkak musuh
IV. Yang berlindung padaNya memuji Dia (20-25)
(1) Alangkah limpahnya kebaikan Tuhan (20-21)
~ Allah ialah tempat naungan tersembunyi
(2) Kasih setia yang ajaib (22-23)
~ Allah ialah kota yang kuat
(3) Menjaga orang-orang setiawan (24-25)
a. Allah ada pembalasan yang adil
b. Allah menguat dan meneguhkan orang yang berharap kepadaNya
