Dalam zaman Alkitab, Palestine merupakan satu tempat yang lebih sihat. Pada zaman ini, keadaan adalah sama juga. Biasanya ia dapat mencegah penyakit tempatan, sebab tiada pelabuhan. Ia boleh menghadkan jangkitan penyakit-penyakit umum. Tambahan adanya had daripada hukum-hukum, jika mereka memegang hukum-hukum, mereka dapat mencegah jangkitan penyakit dan ini memang menyumbang banyak kepada pencegahan penyakit.
1. PENYAKIT DAN AGAMA
Orang Yahudi percaya kesihatan berkaitan jelas dengan sifat akhlak ( Yes 58 : 8 ; Yer 8 : 15 ). Biasanya, mereka menganggap penyakit itu merupakan hukuman dari Allah ( Yoh 9 : 2 ). Secara langsung atau tidak, telah diberikan oleh Tuhan ( Kel 4 : 11 ; Ul 32 : 39 ; Ayub 2 : 7 ; Mrk 9 : 17 ; 2 : 5 ). Penyakit mungkin dari rasa iri hati ( Ayub 5 : 2 ) atau tidak menjaga kesihatan badan dan semua ini pun mempunyai kehendak Tuhan.
Oleh itu, pengubatan juga daripada Tuhan ( Kel 15 : 26 ). Maka, dari segi penyakit, imam sama seperti doktor mengubati. Secara umum, umat yang tersebut di dalam Alkitab kekurangan pengetahuan pengubatan. Begitu juga, tidak ada tanda adanya pengajaran dalam bidang perubatan di Palestine. Tetapi, sudah wujudnya doktor di Tanah Mesir, di mana Yusuf mengarahkan tabibnya mengasapkan mayat bapanya dengan rempah ( Kej 50 :2 ). Mungkin ada orang Ibrani serupa dengan doktor, semasa Buku Keluaran dikarang ( Kel 21 : 19 ). “Tabib” di Yer 8 : 22 , hanya membalut luka pesakit sahaja.
Pengarang Tawarikh menganggap berdosa jika bersandar kepada tabib. Ini adalah pandangan yang paling negatif ( 2 Taw 16 : 12 ). Buku hikmat Silas berkata “kekuasaan tabib mengubati orang adalah dari yang Mahatinggi”. Pada zaman dulu, imam mungkin harus menjalankan tugas tabib, sebab penyakit kusta itu adalah yang paling khas. Nabi membantu dari segi perubatan juga ( 1 Raj 14 : 3 ; 17 : 18 ; 2 Raj 4 : 33 ; 20 : 7 ) .
Buku hikmat Silas berpendapat doktor harus menjalankan tugas imam, berdoa kepada Tuhan “memohon kuasa menyelamat dan mengubati orang untuk memanjangkan nyawa manusia”. Fasal yang sama menyentuh menyesal dan persembahan roma “terpulang kepada doctor”.
Catatan dalam Perjanjian Baru, Lukas adalah seorang doctor ( Kol 4 : 14 ), tetapi penghargaan tentang doctor tidaklah begitu bagus ( Luk 8 : 43 ; Mrk 5 : 26 ).
Sehingga akhirnya, pengubatan adalah salah satu tugas imam. Pengetahuan imam dalam segi ini, hamper semuanya adalah dari tradisi dan pengalaman. Sebabnya imam mempersembahkan haiwan, memanglah mempunyai serba sedikit pengetahuan tentang struktur haiwan. Tetapi tidak pernah mempunyai apa-apa pengetahuan tentang pembedahan tubuh badan manusia. Sebabnya tahun 100 Sebelum Masihi adalah dilarang menyentuh atau membedahkan mayat. Maka, dalam Alkitab pun jarang menyentuh pembedahan dan pertumbuhan badan.
Orang Ibrani melarang makan daging haiwan berdarah ( Kej 9 : 4 ; Im 17 : 11 ). Sebab mereka percaya darah akan membawa bakteria dan parasit. Ini boleh dikatakan satu pencegahan di segi kesihatan. Teori pembiakan yang awal boleh didapati di Ayub 10 : 8-12 dan Mzm 139 : 15-16. Tetapi kebanyakan pengetahuan tentang pertumbuhan badan telah diberitahu dengan cara tersembunyi atau melalui mazmur.
Umumnya, orang Yahudi seperti orang zaman purba yang lain. Mereka percaya jantung adalah tempat pergerakan hati dan moral ( Dan 2 : 28 ; 4 : 5 ; 7 : 1 dll ). Organ-organ dalam tempat beremosi dan percintaan, usus tempat berasa kesengsaraan ( Ayub 30 : 27 ). Pesakit memerlukan doktor (Mat 9 : 12 ), “Tabib sembuhkan diri sendirimu” ( Luk 4 : 23 ); “Hormatkan tabib, sebab ia diciptakan Tuhan” (Buku Hikmat Silas 38 : 1 ) dan lain-lain. Semua ayat ini adalah sebahagian penghargaan untuk doktor. Apabila adanya penyakit khas dan ada peraturan khas juga. Hukum taurat ada memesan orang melawat pesakit, maka Yesus ada menegaskan lagi pelayanan ini juga ( Mat 25 : 36 ).
Kusta adalah penyakit yang tidak kudus, pesakit kusta tidak dibenarkan tinggal di dalam kota. Namun, penyakit biasa boleh diubati di rumah, tetapi tidak jelaslah cara apa yang digunakan. Kemungkinan hanya diubati semasa penyakit itu serius sehingga keluar darah, sebab pada penggal awal mereka tidak dibenarkan mendekati darah. Maka, tiada apa-apa langkah diambil. Dalam buku Amsal ada memberitahu serba sedikit pengetahuan tentang penggunaan perubatan (Ams 31 : 6-7).
2.JENIS PENYAKIT
Jenis penyakit tidak jelas dicatat dalam Alkitab. Namun, masih ada yang khas diterangkan, tetapi tidak dapat pastikan jenis penyakit yang betul. Sebab utamanya simptom-simptomnya tidak jelas diceritakan. Dalam Ulangan ada menceritakan “batuk kering, deman, deman kepialu dan sakit radang” ( Ul 28 : 22 ).
i. Batuk Kering : Ditujukan kepada “TB”. Lemah dan kekurangan darah sepanjang masa. Maka semua demam pun telah termasuk dalam penyakit ini. Penyakit ini seringkali berlaku di sekeliling Laut Mediterianean dan Pulau Malta. Ada juga catatan dalam Im 26 : 16.
ii. Demam : Selalu diikuti dengan dingin hebat. Di kawasan Palestine mereka anggap ia sebagai Malaria. Kadangkala terdapat penyakit kuning-kuning juga. Ibu mertua Petrus terdapat sakit demam ( Mat 8 : 14 ).
iii.Demam Kepialu : Mungkin ditujukan kepada sakit selsema di Palestine.
iv. Malaria : Sesuatu penyakit kuat atau seperti “demam campak”. Tidak jelas tentang penyakit ini, tetapi tiada kes penyakit “demam campak”. Mungkin terdapat “cacar ( small pox )” yang berbarah dan terus bersebar. Penyakit “cacar” adalah senantiasa dapat dilihat pada zaman purba. Mungkin tulah yang keenam “barah” adalah seperti ini ( Kel 9 ).
v. Penyakit Sampar : Penyakit ini banyak tercatat dalam Alkitab. Penyakit sampar berlaku 4 kali semasa umat Isreal berada dalam perjalanan di padang gurun ( Bil 11 :33 ; 14 : 37 ; 16 : 46 ; 25 : 9 ), ada tercatat di tempat lain juga ( 2 Sam 24 : 15 ; 2 Taw 21 : 14 ; Mzm 91 : 3 , 6 ; Yer 21 : 9 ; 42 : 17 ). Kemungkinan penyakit inilah yang menyerang angkatan tentera Asyur ( 2 Raj 19 : 35 ).
Ia merupakan satu penyakit yang serius, biasanya dianggap sebagai hukuman Tuhan. Sebenarnya hanya beberapa hari dan cepatnya ia berkembang sehingga menjadi serius. Biasanya, ia akan mati dalam masa 3 hari. Hukum Taurat tidak memberi petunjuk bagaimana mencegahnya. Dalam kata lain, ini adalah hukuman khas dari Tuhan. Penyakit sampar bukanlah penyakit tempatan Palestine tetapi telah dibawa masuk oleh orang Yahudi dan negara jiran.
vi. Barah ( I Sam 5 : 6 ) : Biasanya, mempunyai rupa yang tetap dan berwarna kuning, dan tumbuh di bahagian bawah abdomen. Ada orang menganggap itu adalah borok-borok, tetapi ia disyaki juga. Ia harus bersama dengan penyakit tercatat dalam Ulangan 28 : 27.
Yoram mati sebab penyakit organ dalam ( 2 Taw 21 : 19 ). Ini merupakan satu penyakit disenteri yang serius dan tercatit dalam Kisah Para Rasul 28 : 8 juga. Penyakit ini sangat mudah dijumpai di Pulau Malta, selalu adalah pengaliran darah dan merupakan satu penyakit “ular” yang sangat merbahaya. Akibat orang yang makan dan minum tanpa berkawal ada tercatat dalam Amsal 23 : 29 dan Yesaya 19 : 14.
vii. Penyakit Hati : Kebanyakan doctor Ibrani menganggap badan yang kurang sihat adalah disebabkan oleh perubahan dalam cecair hati ( Ibr 16 : 13 ; Ams 7 : 23 ; Rat 2 : 1 ). Kelemahan badan Timotius adalah disebabkan perut dan boleh dikurangkan dengan meminum anggur ( I Tim 5 : 23 ). Mazmur 69 : 3 ada menceritakan kesengsaraan hati dan kekeringan kerongkong.
viii. Penyakit Jantung : Tidak tercatit di dalam Alkitab. “ Hati yang tenang menyegarkan tubuh, tetapi ini hati memburukkan tulang” ( Ams 14 : 30 ) adalah satu catatan. Tekanan darah turun dengan cepat adalah sebab menyebabkan pengsan ( Kej 45 : 26 ; I Sam 4 : 18 ; 28 : 20 ; Dan 8 : 27 ).
ix. Strok ; Adalah penyakit timbul di saraf tunjang. Biasanya, ia bermula dengan cepat dan lambat sembuh. Matius 4 : 24 dan Lukas 5 : 18 ada tercatat juga. Hamba perwira (Mat 8 : 6 ) telah menghidap penyakit tumor yang serius di bahagian otaknya atau strok yang membawa sakit. Adanya “kekeringan tangan” tercatat ( Mat 12 : 10 ; Mrk 3 : 1 ; Luk 6 : 6 ). Kekeringan tangan mungkin disebabkan pengecutan tulang atau saraf-sarafnya. Seorang lelaki yang lumpuh kaki di depan pintu Gerbang Indah ( Kis 3 : 2 ), mungkin adalah rupa yang sama. Orang yang menunggu pengubatan di kolam Betesda ( Yon 5 : 7 ) mengharapkan dia dapat berjalan dengan sendiri. Ia telah sakit selama 38 tahun dan merupakan sakit saraf pengerakkan sehingga kaki dan tangannya telah mengecut. Seperti Yerobeam yang berada di depan mezbah “tangan yang dikeluarkan telah kering dan tidak mampu diperbengkokkan lagi” ( I Taw 13 : 4 ). Penyakit kecemasan ini disebabkan keluar darah di suatu bahagian otaknya. Ada kalanya merupakan fenomena sementara sahaja.
x. Mati Tiba-tiba : Otak keluar darah disebabkan perangsangan yang lampau. Kematian Nabal adalah contohnya ( I Sam 25 : 37 ). Dia telah mati ( Mati hati ) selepas sedar dari kemabukkan dan telah mati benar-benar selepas 10 hari. Uza ( 2 Sam 6 : 7 ) dan Ananias ( Kis 5 : 5 ) adalah mati tiba-tiba. Semangat yang ditekan akan membawa sakit juga.
xi. Tidur Nyenyak : Seperti tercatit di Kej 2 : 21 dan 15 : 12. Tetapi, yang tercatit dalam 1 Sam 26 : 12; Hak 4 : 21 ; Mat 8 : 24 adalah terlalu penat barulah tertidur dan adalah berlainan juga. Tuhan telah merebahkan hati orang ( Bil 24 : 4; 2 Raj 9 : 11 ). Raja Saul adalah satu tokoh yang bagus dikaji tentang jiwanya. Bagus dikatakan dia adalah sakit jiwa ( tidak waras ) dan seringkali berlaku daripada mengatakan dia sakit pemikiran negetif secara perlahan-lahan. Ini telah melemahkan daya penghakimannya dan tidak adalah seorang yang lebih agresif.
Dalam Perjanjian Baru, semua sakit jiwa adalah dirasuki iblis ( Luk 11 : 14; Mat 12 : 22 ). Zakharia yang berada di Bait Suci ( Luk 1 : 22 ) dan perkara ajaib yang ditemui oleh Paulus dan temannya adalah pergerakkan tiba-tiba dan bercakap silap sementara.
xi. Pekak dan Bisu : Bisu yang terdapat di Perjanjian Baru adalah dirasuki iblis, adalah orang jiwa yang tidak waras ( Mat 9 : 32; Mrk 9 : 25 ). Orang yang tinggal di tepi laut Dekapolis tidak mampu bercakap dan dengar ( Mrk 7 : 32 ). “Orang gagap” ( Yes 32 : 4 ) dan “bibir kafir” ( Yes 28 : 11 ) bukanlah kecacatan berbicara, tetapi kekurangan daya pemahaman. “ Berat mulut” dan “berat lidah” dikatakan Musa ( Kel 4 : 10 ) hanya menunjukkan dia tidak berkemampuan bercakap dengan pintar. Hukum Taurat telah menetap harus berbaik-baik terhadap pekak ( Im 19 : 14 ).
xiii. Sakit Ayan : Semua “simptom” yang tercatat dalam Mat 17 : 15 ; Mrk 9 : 18 dan Luk 9 : 39 adalah simptom sakit ayan. Semua sakit ayan akan bermula dari masa kecil. Ia sungguh meletihkan, jika selalu berlaku.
xiv. Sakit Sinaran Matahari : Penyakit ini tercatat dalam Mzm 121 : 6 dan Yes 49 : 10 serta 2 Raj 4 : 19. Tiba-tiba ia berasa sakit, suhu meningkat cepat dan akan tidur mati serta akan mati dalam masa pendek. Anak janda Sunem diubati ( 2 Raj 4 : 18 kalimat 2 ) adalah suatu tanda mujizat. Keadaan Yunus ( Yun 4 : 8 ) adalah lebih sesuai dikatakan sakit musim panas daripada sakit sinaran matahari. Dia pengsan disebabkan keganasan yang melampau dan menyebabkan sakit kepala. Maka ada perasaan kelemahan yang kuat.
xv. Sakit Busung Air : Ada banyak kes yang sama berlaku di Yerusalem. Buku Lukas ada mencatit pengubatan sakit ini ( Luk 14 : 2 ).
xvi. Sakit Angin : Jarang orang Palestine mempunyai sakit ini dan sakit ini tidak membawa kematian juga. Asa berasa sakit di kakinya ( 1 Raj 15 : 23; @ Taw 16 : 12 ). Saya percaya ia adalah sakit angin. Tetapi, ada pengkaji menganggapkan ini hanya penyakit kusta yang khas atau ia disebabkan oleh usia yang meningkat. Di sini bukan membincangkan sifat penyakit tetapi hanya menunjuk sebab-sebab kematian sahaja. Dalam Perjanjian Lama hanya mencatitkan ia sengsara kerana sakit kakinya dan dia telah tua. Wanita yang tercatit dalam Lukas 13 : 11, berbonggol ke bait, dan tidak dapat luruskan belakangnya. Ini mungkin disebabkan oleh bengkok tulang belakang bila usia telah meningkat. Kebanyakan wanita tua yang bekerja di ladang dan kebun mempunyai sakit bengkok tulang belakang.
xvii. Sakit Kerdil ( Im 21 : 20 ) : Orang yang berpenyakit ini tidak boleh menjadi Imam. Ini merupakan penyakit senang dihidapi waktu muda, tulang belakang telah disakiti. Penyakit ini banyak didapati di Tanah Mesir.
xviii. Patah Tulang : Ada catatan bahawa tengkorak dipecahkan di Hakim-hakim 9 : 53. Pada masa ini, pesakit tidak akan terus pengsan. Maka, tidak boleh memukul kepala dengan kuat ( Kis 20 : 9 ). Sebab kemalangan telah mematahkan lehernya, tetapi yang serius adalah di bahagian kepalanya. Ahazia terjatuh dari kisi-kisi kamarnya menyebabkan dia mati ( 2 Raj 1 : 2 ).
xix. Timpang : Kecacatan kaki Mefiboset berlaku semasa ia masih muda ( 2 Sam 4 : 4 ; 19 : 24 ). Biasanya ia bermula dari sejenis penyakit tulang. Orang yang cacat kakinya tidak layak menjadi imam ( Im 21 : 18 ). Yesus pernah mengubati ramai yang cacat kaki di bait dan di tempat lain juga.
Kecacatan Sejak lahir : Mempunyai 6 batang jari kaki atau tangan ( 2 Sam 21 : 20 ; 1 Taw 20 : 6 ). Orang yang berlebihan di tubuh badannya seperti orang bercacat juga, tidak layak menjadi Imam ( Im 21 : 20 ). “Bercacat di muka” ( Im 21 : 18 ), mungkin ditunjukkan kepada orang bercacat di bibir.
xxi. Penyakit Kulit : Banyak terdapat di negara-negara Timur. Yang paling serius sekali adalah kusta dan dianggap adalah hukuman dari Tuhan. Sebab ia telah melakukan dosa. Biasanya adalah berdosa di lidahnya. Kakak Musa Miryam berdengki dan mengatai ( Bil 12 : 10 ), Gehazi, hamba Elisa berdusta dan tamak ( 2 Raj 5 : 27 ). Uzia yang congkak dan bermarah ( 2 Taw 26 : 20 ). Mereka semua telah menghidapi kusta. Ini merupakan satu penyakit yang boleh berjangkit dan simptomnya terpendam untuk jangka masa yang panjang. Kadangkala ia boleh tahan 10 lebih tahun dan tidak akan kelihatan. Apabila mula simptomnya, ia akan bermula dari muka, mata, tangan dan sehingga seluruh badan. Kemudian, ia akan memasuki bahagian dalam, sehingga saraf, pergelangan dan tulang. Akhirnya ia akan sampai ke lidah, mata dan telinga. Kening mata, dan rambut akan jatuh dan kulit mula busuk. Rupa wajahnya amat menakutkan orang. Terdapat cara memastikan dan berbagai-bagai peraturan telah dicatatkan dengan jelas dalam Imamat fasal 13 dan 14, mereka dianggap sebagai orang najis dan tidak dibenarkan tinggal di dalam kota atau kampung halamannya. Mereka dibenarkan bersembahyang di bait dan tinggal dengan isi keluarganya. Sebabnya udara hembusan mereka adalah najis juga. Maka, mereka harus menutupi muka mereka, dan menjauhkan diri daripada orang lain di pertengahan jalan. Mereka harus memahami mereka adalah yang najis dan tidak dibenarkan berada di tempat yang lebih tinggi daripada orang. Orang biasa tidak dibenarkan mendekati mereka. Telur yang dihasil oleh kampung pesakit kusta tidak dimakan oleh orang biasa juga. Apabila berjumpa dengan pesakit, harus membaling batu kepada mereka dan menetapkan sempadan. Boleh kita menggambarkan betapa agungnya belas kasihan dan menyentuh mereka serta mengubati mereka. Memastikan simptom kusta adalah kewajiban imam. Keterangan tentang penyakit kulit ada tercatit dalam Alkitab juga.
xxii. Botak : Fenomena botak banyak terdapat, tetapi bukan satu najis dalam kepercayaan agama ( Im 13 :40-43 ). Ia bukan lambang usia meningkat, tetapi hanya akibat disinari matahari dan terlalu berusaha. Maka, ia hanya lambang orang tawanan dan dibencikan orang ( Yes 3 : 24 ).
xxiii. Kudis ( Ul 28 : 27 ) : Ia bermula dengan adanya kutu yang berada di kulit. Jika tidak dipedulikan, ia akan bersebar dan senang berjangkit. Penyakit ini tidak heran jika didapati pada zaman moden. Orang yang berpenyakit ini akan hilang kelayakan menjadi imam.
xxiv. Kedal ( Ul 28 : 27 ; Im 21 : 20 ) : Ia merupakan satu penyakit jarang. Biasanya terdapat di kepala dan ada juga bersebar ke seluruh badan. Sungguh susah diubati. Ia merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh parasit kulit.
xxv. Barah ( Ul 28 : 27,35 ; Ayb 2 : 7 ; Kel 9 : 9 ; 2 Raj 20 : 7 ; Yes 38 : 21 ) : Adalah bengkak di kulit. Gelembung bernanah ( Kel 9 : 10 ), dari bawah tapak kaki hingga kepala adalah yang serius ( Bil 28 : 35 ). Ayub mendapat barah kulit dan tersebar ke seluruh badan sehingga menjadi hodoh mukanya ( Ayb 2 : 12 ), berasa terbakar dan sakit ( Ayb 6 : 4 ). Sehingga hembusannya pun berbau busuk ( Ayb 19 : 17 ). Luka yang bernanah akan bertumbuh urat ( Ayb 7 : 5 ). Penyakit jenis ini mempunyai banyak nama seperti penyakit kulit gajah, kusta, cacar dan lain-lain, tetapi pengkaji menamakannya “barah ALEPPO (Kota Bahagian Barat-daya Syria )” atau “Barah Bagdad”, dan “Barah Biscara” ( Kota di gurun Sahara yang di bahagian Timur-laut Algeria ). Semua ini adalah barah bagi kawasan Timur. Ia bermula dari bintik dan terus berbarah lalu bertumbuh kedal dan menjadi bintik kasar. Kebanyakan kesakitan ini adalah bergumpulan dan susah tahan sakitnya. Ia mungkin terjadi oleh parasit. Kecacatan ( Im 21 : 17 ), biasanya ditujukan kepada penyakit kulit.
xxvi. Luka Tergigit : Terdapat banyak cerita tantang ular bisa ( Ul 32 : 33 ; Ayb 20 : 16 ; Yes 11 : 8 ; 14 : 29 ; 59 : 5 ; Yer 8 : 17 ), begitu juga diceritakan di dalam perumpamaan ( Mat 3 : 7 ). Beberapa jenis ular bisa disentuh di dalam kitab Keluaran di padang gurun di mana tidak dapat diselamatkan jika dipatuk.
Ular api yang di Ulangan 21 : 6, sebenarnya kenal sebagai “ular madinah” dan terdapat banyak di padang gurun. Kala jengking adalah serangga yang menakutkan, ramai kanak-kanak mati sebabnya, tetapi tiada yang mati di Palestine. Kisah Para Rasul ada mencatat orang digigit oleh ulat sehingga mati ( Kis 12 : 23 ). Kematian Herodes adalah disebabkan ulat itu juga. Adanya orang menceritakan kematian Herodes adalah disebabkan “radang abdomen” di mana cacing pita menembusi ususnya. Yusuf beranggapan ia mati beberapa hari selepas sakit perut yang serius.
xxvii. Bahan Lelehan : Imamat fasal 15 ada mencatat banyak kenajisan dari segi kepercayaan agama. Terutamanya bahan yang mengalir keluar dari organ pembiakan. Misalnya, mani lelaki dan darah aurat perempuan adalah najis. Maka tubuh badan ini atau barang yang disentuhkan olehnya adalah bernajis juga. Jika lelaki tidur dnegan perempuan yang berlelehan darah aurat, tubuh lelaki itu telah dinajiskan juga. Walaupun najis, namun ada cara menguduskannya. Bahan lelehan itu membawa penyakit seperti “mimpi malam” yang semulajadi (Ul 23 : 10 ). Tetapi, orang pada zaman dahulu menganggapkan kebanyakan penyakit adalah berasal dari barang najis ( mzm 107 :17 ; Ams 2 : 18 ; 5 : 11 -22 ; 7 : 23,26 ).
xxviii. Buta : Kebanyakannya bumiputra Palestine adalah buta. Dalam Alkitab ada mencatatkan sengsara seorang buta yang sebenar dan dari segi perumpamaan juga. Terdapat 2 jenis buta, satu adalah fenomena radang yang umum,ia mempunyai peratusan perjangkitan yang tinggi, pasir, sinaran matahari dan habuk juga telah menambahkan keburukannya. Ia telah menyebabkan sakitnya organ dan sehingga ia kehilangan fungsinya. Kedua, ia adalah disebabkan usia yang meningkat. Seperti Eli ( I Sam 3 : 2 ), Ahia ( I Raj 14 : 4 ), Ishak ( Kej 27 : 1 ).
Buta mata dianggapkan sebagai hukuman Tuhan ( Kel 4 : 11 ). Maka si buta telah kehilangan kelayakan menjadi imam ( Im 21 : 18 ). Tetapi belas kasihan kepada si buta adalah begitu penting ( Im 19 : 14 ). Dilarang membuat kelakuan melanggar peraturan terhadap orang buta ( Ul 27 : 18 ).
Mata Lea tidak “berseri”, mungkin adalah tularan (jangkitan) yang ringan ( Kej 29 : 17 ). Mata rosak di Imamat 26 : 16 adalah disebabkan oleh Malaria. Elimas, seorang silat sihir ( Kis 13 : 11 ) dan tentera Aram ( 2 Raj 6 : 18 ) telah buta adalah di dalam keadaan ditidurkan oleh ilmu sihir.
Yesus mengubati buta dengan tanpa menjelaskan kesakitan itu. Yang menarik ialah ada yang buta sejak dilahir ( Yoh 9 : 1 ) dan orang dapat melihat dengan perlahan-lahan ( Mrk 8 : 22 ). Orang yang dapat melihat dengan perlahan-lahan, adakah mereka itu buta sejak lahir, kami tidak begitu jelas tentangnya,sebab adanya “nampak orang berjalan seperti pohon kayu”. Sebenarnya, ia belum mampu mengenal barang-barang di sekelilingnya, tetapi dia dapat mengenal apa yang dapat dilihat.
Paulus menjadi buta di Damsyik ( Kis 9 : 8 ). Mungkin ia memandang ke cahaya mulia itu dengan secara langsung dan menyebabkan dia menjadi buta sementara. Menanggal “sisik” ( Kis 9 : 18 ) lalu bukalah matanya. Sebenarnya ia bukanlah sisik yang benar tetapi hanya satu perumpamaan. “Suatu duri” pada diri Paulus ( 2 Kor 12 : 7 ) , ada yang mengatakan kelemahan di penglihatannya. Ada juga perkataan yang menyebabkan orang percaya begitu dalam surat kepada orang Galatia ( Gal 4 :15 ). Namun, memang ada cerita yang lain juga. Ubat mata dalam Wahyu ( Why 3 : 18 ) hanya satu misteri tersembunyi sahaja.
xxix. Tua : Tercatat dalam Pengkhotbah fasal 12. Menurut peningkatan usia, tubuh jasmani makin lemah dan telah digambarkan dengan mazmur-mazmur.
xxx. Bersalin : Tercatat kesengsaraan bersalin. Selepas Hawa berdosa, Tuhan berfirman kepadanya “susah payahmu mengandung,…..” ( Kej 3 : 16 ). Dari situ telah menceritakan sifat dan nasib sebagai seorang wanita. Ada contohnya terdapat anak kembar Esau dan Yakub ( Kej 25 :22 ), Peres dan Zerah ( Kej 38 : 27 ). Memanglah sistem pembiakan wanita akan luka dan adalah bahaya bagi seorang ibu. Rabel mati kerana susah bersalin ( Kej 35 : 18 ) sebab ia memang lemah badannya ( Kej 31 : 35 ).
Isteri Pinehas mengalami bahaya sebab bersalin awal ( 1 Sam 4 : 19 ). Sara ( Kej 21 : 2 ), Isteri Manoah ( Hak 13 : 24 ), Hana ( 1 Sam 1 : 20 ), janda di Sunem ( 2 Raj 4 : 17 ) dan Elisabet ( Luk 1 : 57 ) bersalin bila usia meningkat. Sesiapa yang tidak mengandung dianggap hukuman Tuhan ( Kej 20 : 18 ; 30 : 2 ). Akar buah dudaim berkesan untuk mencegah mereka yang mandul ( Kej 30 : 14 ). Maka, mendapat ramai anak melambangkan Tuhan menjaga ( I Sam 2 : 5 ; Mzm 113 : 9 ). Mandul kandungan sungguh menyedihkan hati Tuhan ( Hos 9 : 14 ).
Mesti adanya bidan untuk menolong persalinan ( Kel 1 : 16, ibu yang mengandung bersandar ke lutut seseorang ( Kej 30 : 3 ) atau duduk di atas kerusi khas untuk melahirkan anak ( Kel 1 : 16 ). Selepas melahirkan anak, ibu akan melalui hari najis iaitu 7 hari untuk anak lelaki dan 14 hari untuk anak perempuan. Najis menjadi ringan selepas melahirkan anak lelaki selama 33 hari dan 66 hari bagi anak perempuan, tetapi masih dilarang masuk ke bait. Perbezaan hari di antara anak lelaki dan perempuan disebabkan mereka percaya hari untuk mengeluarkan najis itu adalah lebih penjang bagi seorang anak perempuan.
Biasanya kanak-kanak di antara 2-3 tahun adalah diberikan susu ibu maka tercatat dalam 1 Raj 11 : 20 tentang penyapihan. Contoh bahawa pusat tidak potong, tidak dicuci, tidak dibasuh dengan garam dan tidak dibaluti kain adalah contoh yang lebih khas dan dicatitkan dalam buku Yehezkiel ( Yeh 16 :4 ). Mereka percaya kulit bayi harus digosok dengan garam, barulah sihat bayi itu.
Penyakit wanita yang akan keluar darah itu sangat sukar diubati ( Mat 9 : 20 ; Mrk 5 : 25 ; Luk 8 : 43 ) dan selalu dipermainkan oleh orang yang bersihir.
xxxi. Penyakit Kanak-kanak : Begitu biasa sekali terdapat di dalam Alkitab. Terdapat banyak penyakit kanak-kanak tercatit di dalam Perjanjian Lama ( 2 Sam 12 : 15 ; 1 Raj 17 : 17 ) Yesus selalu mengubati penyakit kanak-kanak juga.
3.CARA-CARA MENGUBATI
Jarang diceritakan di Alkitab, tetapi hanya membasuh ( 2 Raj 5 : 10 ) , makanan (Luk 8 : 55 ), ludah ( Yoh 9 : 6 ), mengoles dengan minyak ( Yak 5 : 14 ), membalut luka dengan krim yang halus ( Yes 1 : 6 ), melekat dengan ubat yang dimasak ( Yes 38 :21 ) serta menjaga suhu badan dengan bersentuhan ( 1 Raj 1 : 2 ; 2 Raj 4 : 34 ).
Balsam adalah yang paling terkenal di antara ubat ( Kej 37 :25 ; 43 : 11 ; Yer 8 : 22 ; 46 : 11 ; 51 : 8 ; Yeh 27 : 17 ) ia adalah ubat memperhentikan kesakitan, biasanya terdapat dari jenis ubat yang berbau wangi. Buah dudaim membantu dalam perhamilan ( Kej 30 : 14 ). Banyak buah-buahan dapat diguna sebagai ubat, seperti peppermint, crysenthenum, adalah mengeluarkan gas buangan dari perut dan usus. Garam akan memperkuatkan daya pertahanan kulit. Alkali dan air abu membersihkan kulit ( Yer 2 : 22 ). Mur adalah bahan rempah yang didapati dari pokok susu getah dan disimpan di katil atau almari baju ( Mzm 45 : 9 ; Ams 7 : 17 ; Kid 3 : 6 ). Minyak mur adalah bahan solekan wanita ( Ezr 2 : 12 ). Orang-orang Majus dari Timur telah membawa mur untuk menyembah Yesus. Prajurit-prajurit telah memberi anggur bercampur dengan empedu kepada Yesus (Mat 27 : 34 ; mrk 15 : 23 ,36 ; Luk 23 : 36 ; Yoh 19 : 29 ), mempunyai bahan meringankan sakit.
Pengubatan makanan telah diguna selepas pulih, biasanya minum susu, anggur, air, almond, buah ara, buah anggur kering, jambu batu dan madu. Ahli perubatan (Farmasi ) wujud di beberapa tempat ( Kel 30 :22-35 ; 37 : 29 ; Pkh 10 : 1 ; 2 Taw 16 : 14 ; Neh 3 : 8 ), tetapi tugas mereka bukanlah membuat ubat tetapi membuat rempah. Biasanya ubat adalah dibuat dari rempah tersebut di atas. Begitu juga, ia boleh menjadi “beg wangi” dan terkenal oleh orang ramai ( Yes 3 : 20 ).
Dari segi kesihatan, mereka mempunyai peraturan tradisi. Semua orang mesti mematuhi peraturan makanan, kesihatan dan mencegah jangkitan penyakit. Binatang yang memanah biak boleh dimakan. Selain daripada yang berkeriapan dan berbadan lembut, semua ikan pun boleh dimakan. Hanya dilarang memakan burung jenis karnivar dan belalang yang lain daripada binatang inverterbrata. Tidak dibenarkan memakan lemak dan darah binatang. Ada cara untuk memeriksa cara menyembelih binatang. Semua peraturan yang rumit adalah berasal dari pantang-larang dari dulu.
Tidak boleh makan buah dari pohon pokok yang belum penuh 4 tahun ( Im 19 : 23-25 ). Pada suatu ketika, dilarang memakan roti yang beragi ( kel 12 : 19 ; 13 : 7 ; Ul 16 : 3 ).
Soal kesihatan dari bidang pertanian pula, iaitu tidak boleh mencampurkan jenis-jenis pokok bersama-sama. Tidak bolehlah menyemai biji benih di satu bidang kebun yang sama. Tidak boleh mengacuk buah yang berlainan species di satu pohon juga. Haiwan ternakan juga dilarang berkacuk untuk melahirkan species yang berlainan. Pada masa itu juga, haiwan ternakan harus mempunyai masa beristirehat sama dengan manusia juga. Dilarang memakai pakaian yang diperbuat daripada kain rami dan bulu domba ( Im 19 :19 ; Ul 22 : 11 ). Maka pakaian bukan sehelai sahaja, dan harus dijahit dengan bahan yang tunggal sahaja. Oleh yang demikian, barulah pakaian itu senang dicucikan.
Peraturan kesihatan di rumah pun banyak juga. Misalnya, najis, kencing serta darah harus ditanamkan dengan tanah. Api yang terdapat di lembah “Sinren” mungkinnya diguna untuk membakar najis yang dibuang oleh penghuni-penghuni kota. Untuk mencegah kemalangan, haruslah memagari sotoh rumah sendiri ( Ul 22 : 8 ). Jika disyaki terdapat penyakit yang senang berjangkit haruslah dikuarantinkannya ( Im 13 : 4 ). Harus mencuci badan dan pakaian apabila menyentuh sesuatu yang najis ( Bil 19 ; 19 ).
Alat-alat yang diguna oleh ilmu bedah seperti pisau yang untuk menyalakan api-api dan berbagai-bagai jenis pisau yang diperbuat daripada besi. Alat untuk menembus lubang di telinga. Bersunat adalah yang paling penting di pembedahan. Selepas 8 hari anak lelaki dilahirkan, ia akan disunat ( Im 12 : 3 ). Tujuan ini untuknya adalah menanggung tanda kaumnya dan ia dianggap adalah pembedahan untuk menyucikannya. Begitu heran sekali, kaum wanita Yahudi hampir-hampir tiada seorang yang mengidapi barah rahim. Ada orang menyatakan ini adalah sebab kaum lelaki telah disunat ( kulit sistem pembiakan lelaki tersimpan kotoran dan akan menyebabkan barah di bahagian rahim bagi seorang wanita). Tetapi adanya kaum lain yang menjalankan sunat adalah berlainan daripada orang Yahudi. Maka, teori ini tidak dapat diterima dengan sepenuhnya.
Orang yang hancur buah pelirnya atau yang terpotong kemaluannya tidak dibenarkan masuk jemaah Tuhan ( Ul 23 : 1 ). Ini adalah untuk mencegah tradisi kafir ini termasuk ke jemaah Tuhan. Pada masa kerajaan, raja-raja dari bahagian Timur telah memberi kuasa kepada sida-sida dan ramai orang yang begini terdapat di istana Herodes juga ( Kis 8 : 27 ).
Memang, kegunaan umat, peraturan kesihatan, peraturan makanan, dan ketidaksucian ada bernilai kepada kita. Tidak boleh dinafikan, ia telah bercampur dengan pantang-larang purba dan peraturan lisan, tilikan dan takhyul. Tetapi ramai orang tetap ingin mengikat peraturan dan tabiat ini dan tidak ingin mengubahnya. Malangnya di antara yang berpelajaran dan tahu ada kesalahan tentang peraturan ini. Dari segi lain, ia adalah bernilai khususnya terhadap penyakit dan pencegahan, maka ia terus dikekalkan.
Tetapi, banyak peraturan ini tidak diakui oleh sains dan hanya diwarisi dari peraturan keagamaan. Namun, ia memang ada tujuannya. Sebenarnya, Alkitab terdapat bukti untuk perubatan yang tidak boleh dinafikan.