Views: 137

A. Mengapakah kadar penceraian masyarakat kini meningkat dengan cepatnya? Adakah umat kristian boleh bercerai?

1.Tuhan Yesus berkata: “Apa yang telah dipersatukan Allah, tidak boleh diceraikan manusia.” (Mat 19:3-9)

2.“Isteri tidak boleh menceraikan suaminya, dan suami juga tidak boleh menceraikan isterinya.” (1 Kor 7:10-13)

3.Umat kristian tidak boleh selalunya berkata-kata tentang “bercerai”, ini adalah perkara yang tidak dikenankan oleh Tuhan.

B. Lima Prinsip Utama Pengurusan Kehidupan Perkahwinan Yang Bahagia

1.Haruslah berusaha untuk menyelesaikan masalah/kesukaran yang dihadapi: Perang dingin dan bercerai bukannya cara yang sesuai.

2.Menjalin hubungan suami isteri yang baik hendaklah diutamakan.

3.Membuat perancangan kewangan keluarga yang baik secara berdikari: Membuat perancangan kewangan yang berdikari.

      • Merancang sumber kewangan:
      • Keperluan isteri? Pendapatan yang tetap? Pendapatan yang lain?
      • Berbelanja mengikut pendapatan :
      • Prinsip kehidupan yang ringkas dan berjimat-cermat:
      • Perancangan keperluan asas harian yang sistematik dan teliti.
      • Penguasaan diri (2 Ptr 1:4-6), berjimat-cermat dan tidak membazir (Mrk 6:41-43).

4.Elakkan menjadikan “Patut difahami” sebagai mod komunikasi yang tetap.

Sebelum berkahwin, betapanya bertimbang rasa dan taat, mendengar dengan sabarnya dan bertoleransi. Setelah berkahwin, seolah-olah semuanya sudah diselesaikan. Pemikiran “Patut difahami” dijadikan sebagai mod komunikasi yang tetap, lama-kelamaan akan menjadi “harapan dalam hati”, dan akhirnya akan menjadi perkara yang seharusnya berlaku.

5.Berusaha mengendalikan keseronokan dalam kehidupan(Pkh 9:9)

      • Bersama-sama melakukan perkara yang sama: Berkebaktian, pelayanan di dalam gereja, dan kerja suci yang lain.
      • Adanya humor. Menambahkan “kelucuan”.
      • Tiada kemarahan bagi laki-laki (1 Ptr 2:8).
      • Perempuan haruslah lemah lembut (Ef 4:1-2), dan berpakaian sesuai, terutamanya ketika di dalam rumah.
      • Mewujudkan suatu keadaan tempat tinggal yang bersih dan kemas, dan ditambahkan sedikit perhiasannya.
      • Mengekalkan hati yang bersukacita (Flp 4:4).
      • Janganlah khuatir (Mat 6:25, 27-29).
      • Berfikiran optimistik.
      • Janganlah memperbesarkan perkara yang kecil.
      • Saling mengasihi: Mengasihi sampai kepada kesudahannya. Mengasihinya dengan hati yang tulus ikhlas (1 Ptr 4:8).
      • Dapat bersabar tanpa sebarang syarat.
      • Dapat mengampuni tanpa hadnya (Mat 18:21-22).
      • Saling menghormati: Jangan lupa untuk mengucapkan “Minta Maaf, Terima Kasih, Sila” dan sebagainya.
      • Jangan lupa untuk memujinya (Ams 31:28).

C. Kesimpulan

1. Kehidupan perkahwinan umat kristian seharusnya bahagia (Ams 31:10-31).

2. Pasangan suami isteri Kristian haruslah dapat memuliakan Tuhan dalam kehidupan perkahwinan mereka.

3. Harus berusaha menjalani kehidupan perkahwinan yang bahagia.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *