Hits: 18

3.1.1 Bahasa Babel

Istilah ‘hari Sabat’ yang terawal dalam sejarah muncul di Babel. Sebelum orang Babel memiliki kalendar, mereka sering mengira satu bulan sebagai empat Sabat dan menetapkan hari Sabat berdasarkan fasa bulan. Kemudiannya, barulah kedua-duanya dipisahkan. Selepas itu, wujud perkataan ‘Shabattum’ (atau ‘Shapattum’), bermaksud hari istirahat bagi fikiran/hati ataupun jiwa [um nuh libbi, day of rest of the heart, day of the appeasement of the mind, day when the heart [of the gods] is propitiated]. Ia adalah satu hari rehat/ cuti. Dalam Enuma Elish, suatu mazmur kuno Babel, ‘shabattum’ disebut sebagai bulan penuh. Kata kerjanya ‘shapatu’ bermaksud sempurna dan puas. Ia mempunyai maksud yang hampir sama dengan istirahat Tuhan selepas menyempurnakan kerja penciptaan-Nya pada hari Sabat dalam Kej 2:1-3.[1] Konsep ini telah menjadi umum di sekitar kawasan dalam empayar Babel pada ketika itu: Babel, Syria, Asyur, Palestin dan tempat-tempat lain.

3.1.2 Bahasa Ibrani

Bahasa Ibrani adalah daripada satu sistem bahasa yang sama dengan bahasa Kasdim dari Kasdim, Babel [tempat asal Abraham] dan bahasa Aram dari Padan-Aram [tempat Nahor, adik Abraham]. Perkataan ‘hari Sabat’ bahasa Ibrani adalah hampir serupa dengan bahasa Babel. Sila rujuk 3.2 untuk keterangan lanjut.

3.1.3 Bahasa Mesir

Terdapat juga perkataan dalam tulisan lambang (hiroglif) Mesir kuno yang hampir serupa dengan perkataan Ibrani: sabattu atau sabattum. Perkataan ini juga bermaksud istirahat, ataupun ‘hari istirahat/ketenangan bagi jiwa’. Setiap orang perlu berjaga-jaga dalam melakukan perkara pada hari itu dan tidak membangkitkan murka Tuhan. Melalui penerangan di atas, dapat dilihat bahawa banyak suku bangsa pada zaman dahulu kala mempunyai kebiasaan memegang hari Sabat dan istirahat bagi tubuh dan jiwa[2]. Daripada sini juga dapat dibuktikan bahawa keturunan Nuh memegang hari Sabat menurut kehendak Tuhan lebih awal daripada orang Ibrani.

3.1.4 Bahasa lain

Kita juga boleh mendapati perkataan yang menyerupai perkataan ‘Sabbath’ dalam bahasa pelbagai bangsa dalam dunia ini. Sebagai contoh:

  1. Orang Hawaii purbakala juga mempunyai ‘tabu day’ iaitu tidak boleh menyalakan api, memasang lampu, belayar dan sebagainya[3].
  2. Orang Armenia menyebut hari Sabtu dalam kalendar mereka sebagai ‘Sabath’.
  3. Orang Arab dalam negara Islam menyebut hari Sabtu sebagai ‘As-sabt’.
  4. Orang Yunani menggelar hari Sabtu dalam kalendar mereka sebagai ‘Sabbato’.
  5. Orang Sepanyol menggelar hari Sabtu dalam kalendar mereka sebagai ‘Sabado’.

Fakta-fakta sejarah ini dapat membuktikan bahawa hari Sabat adalah aset yang dimiliki bersama oleh segenap umat manusia dan ia bukanlah hak milik tunggal bagi orang Ibrani.

[1] Rujuk nota Bab 2.1.

[2] Sila rujuk nota kedua Bab 2.1 bagi maklumat tentang orang Mesir kuno dan orang Hawaii; atau kategori Sabbath-origin dalam Encyclopedia Britannica.

[3] 96 Rujuk Hutton Webster: Rest Day, 1911.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *