Hits: 29

Bab 6 

Haruskah Kita Memegang Hari Tuhan?  

Perkataan “Hari Tuhan” merupakan istilah yang sering digunakan oleh kebanyakan Kristian. Tetapi apakah sebenarnya hari Tuhan? Lazimnya, hari Tuhan ditujukan kepada “hari kepunyaan Tuhan”; manakala ‘Tuhan’ ditujukan kepada ‘Tuhan Yesus Kristus’. Dengan itu, hari Tuhan merupakan hari yang dipimpin dan dikendalikan oleh Yesus Kristus. Hari manakah yang dipimpin oleh Tuhan? Berkenaan dengan hal ini, Kristian yang taat setia kepada Yesus Kristus haruslah mencari jawapan dari Alkitab.

Jelas sekali terdapat catatan di dalam Alkitab yang mengatakan bahawa Tuhan Yesus merupakan Tuhan atas hari Sabat: Kerana Anak Manusia adalah Tuhan atas hari Sabat (Mat12:8). Sekiranya tafsiran dibuat menurut Alkitab, maka “hari Tuhan” sepatutnya merupakan “hari Sabat”, dan bukannya “hari Ahad” atau “hari minggu”. Akan tetapi terdapat ramai yang mengatakan bahawa hari Tuhan yang dicatatkan di dalam Alkitab adalah hari Ahad, oleh itu Kristian patut memegang hari Ahad. Mengapakah mereka berkata demikian? Apakah ayat-ayat Alkitab ini mengajar kita untuk memegang hari Ahad? Marilah kita menyelidiki perkara ini satu persatu:

6.1    Why 1:10 Yohanes menyebut tentang hari Tuhan?

Pada hari Tuhan aku dikuasai oleh Roh dan aku mendengar dari belakangku suatu suara yang nyaring, seperti bunyi sangkakala, katanya: (Why 1:10)

Maksud asal ayat ini memperkatakan bahawa Yohanes mendapati dirinya berada pada hari Tuhan dalam penglihatan alam rohaniah (untuk maklumat lanjut, sila rujuk 3.4). Dari sini didapati bahawa:

 

  1. Yohanes sedang menggambarkan apa yang dilihat dan didengar dalam “penglihatannya di dalam alam rohaniah” (εγενομην). Dan bukannya peristiwa yang terjadi pada hari praktik, lebih-lebih lagi bukannya peristiwa yang berlaku di pulau Patmos pada hari Ahad. Seterusnya di dalam ayat ketujuh mencatatkan bahawa Tuhan datang dengan awan-awan, oleh itu catatan ini sepatutnya mencatatkan tentang peristiwa pada hari Kiamat. Di samping itu, konteks awal dan akhirnya ayat ini juga menunjukkan bahawa hari tersebut adalah hari Kiamat dan bukannya hari Ahad.
  2. Bahasa asal “hari Tuhan” ayat ini terdiri daripada κυριακη ημερα dua perkataan, manakala hari Tuhan yang biasa digunakan adalah menggunakan kuriakh satu perkataan, oleh itu kedua-duanya adalah berbeza.

            Dengan kata yang lain, “hari Tuhan” yang digunakan sekarang (κυριακη) tidak pernah ditemui di dalam Alkitab. Tuhan Yesus dan murid-murid-Nya tidak pernah menggunakan perkataan ini. Ia bukanlah berasal dari Alkitab ataupun dari zaman rasul-rasul, tetapi merupakan hasil daripada gereja yang telah berubah kualiti. Daripada karya agama Kristian pada zaman permulaan juga boleh didapati bahawa perkataan ini hanya digunakan pada abad kedua Masihi, iaitu perkara yang berlaku kira-kira 100 tahun selepas rasul-rasul meninggal dunia. Nampaknya hari Tuhan yang dikatakan ayat ini bukanlah hari Ahad. Oleh itu, kita juga tidak boleh berkata bahawa kita harus memegang hari Ahad menurut ayat ini.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *