Hujan Musim Semi 46: Arus Sodom Melanda Dunia

Hujan Musim Semi 46: Arus Sodom Melanda Dunia


[dflip id="7858" ][/dflip]

Manusia dalam dunia berhadapan dengan penularan budaya negatif seperti LGBT ataupun ‘Arus Sodom”. Apakah itu LGBT? Akronim merujuk kepada Golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT). Lesbian ialah perempuan yang mempunyai tarikan seksuan terhadap sesama perempuan. Gay pula ialah istilah bagi lelaki yang mempunyai tarikan seksual terhadap sesama lelaki. Manakala, biseksual ialah merujuk kepada kecendurungan seksual individu kepada kedua-dua jantina iaitu lelaki dan perempuan. Transeksual ialah istilah yang digunakan untuk merujuk individu yang mungkin bertindak, berfikir, mempunyai perasaan atau keterampilan yang berbeza daripada jantina lahir atau biologi mereka.

Hujan Musim Semi 44: Hidup Oleh Iman

Hujan Musim Semi 44: Hidup Oleh Iman


[dflip id="7849" ][/dflip]

Apakah itu Iman? Pengarang Ibrani telah memberi definisi “Iman” sebagai dasar dari segala sesuatu yang kita harapkan dan bukti dari segala sesuatu yang tidak kita lihat (Ibr 11:1). Iman membuat kita mengerti bahawa alam semesta telah dijadikan oleh firman Tuhan, sehingga apa yang kita lihat telah terjadi dari apa yang tidak dapat kita lihat (Ibr 11:3). Rasul Paulus dalam suratnya kepada jemaat di Roma menyatakan “… orang benar akan hidup oleh iman.” (Roma 1:7) Iman yang sedemikian ialah iman yang yakin akan Injil iaitu Injil yang menyatakan kebenaran Tuhan.

Hujan Musim Semi 45: Mezbah Keluarga

Hujan Musim Semi 45: Mezbah Keluarga


[dflip id="7839" ][/dflip]

Mezbah Keluarga merupakan tema Majalah Hujan Musim Semi terbitan kali ini. Tema ini memberi gambaran dan pengetahuan kepada pembaca tentang apakah maksud “Mezbah Keluarga”. Tuhan yang kita kita sembah merupakan Bapa Syurga yang penuh kasih. Pada tahun sebelum masihi, Tuhan telah memilih umat pilihannya dan memimpin umat-Nya. Hamba Tuhan seperti Abraham, Ishak, Yakub dan lain-lain mendirikan mezbah serta mempersembahkan korban bakaran untuk memanggil nama Tuhan dan memohon keampunan daripada Tuhan.

Hujan Musim Semi 43 : Kebaktian Kebangunan Rohani

Hujan Musim Semi 43 : Kebaktian Kebangunan Rohani


[dflip id="7832" ][/dflip]

Seorang Kristian yang sejati pastinya amat mementingkan aspek kerohanian. Dia akan memastikan rohaninya sentiasa dibangunkan dan diteguhkan. Sebagaimana pentingnya menjaga tubuh fizikal, demikian juga, bahkan lebih penting lagi menjaga rohani agar tidak jatuh ke dalam perangkap Si Iblis. Bagaimanakah seseorang dapat mengekalkan kerohaniannya sentiasa teguh? Salah satu cara adalah dengan menghadiri Kebaktian Kebangunan Rohani.

HUJAN MUSIM SEMI 42: KASIH YANG SEMULA

HUJAN MUSIM SEMI 42: KASIH YANG SEMULA


[dflip id="7820" ][/dflip]

Apa itu kasih?
Dalam Kitab 1 Korintus fasal 13 ayat 4 hingga 8 menjelaskan inti pati utama kasih seperti sabar, murah hati,tidak cemburu, tidak memegahkan diri dan tidak sombong. Manusia dianugerahkan hati nurani dan dapat mengasihi sesama sendiri. Manusia mengasihi ibu bapa, pasangan hidup, anak, cucu, saudara-mara, malah semua yang mereka kenali. Namun semua itu tidak setanding dengan kasih Tuhan kepada manusia. Tuhan Yesus sanggup mati di kayu salib demi menanggung dan menebus dosa seluruh umat manusia. Cubalah kita tepuk dada tanya selera, siapalah yang sanggup melakukan pengorbanan sebegitu besar demi mereka yang berdosa dan langsung tidak dikenali? Maka dengan itu, kita sebagai umat Kristian haruslah giat melayani Tuhan atas kesedaran untuk membalas kasih Tuhan yang dicurahkan kepada kita.

Teks Pencari Injil


[dflip id="7811" ][/dflip]

BAB 1 : YESUS
1.1 Benarkah Tuhan wujud?
1.2 Siapakah Yesus?
1.3 Bagaimana dapat membuktikan bahawa Dia adalah Tuhan yang benar?
1.4 Apakah kasih karunia yang dianugerahkan oleh Yesus kepada kita?
Soal Jawab

BAB 2 : ALKITAB
2.1 Asal-usul Alkitab
2.2 Kegunaan-kegunaan Alkitab
2.3 lsi kandungan Alkitab
2.4 Kaedah membaca dan mengkaji Alkitab
2.5 Kepentingan Membaca Alkitab
2.6 Semangat membaca Alkitab
Soal Jawab

BAB 3 : JEMAAT ( GEREJA )
3.1 Makna Jemaat
3.2 Asal-usul dan pengasasan Jemaat
3.3 Kehormatan Jemaat
3.4 Jemaat dan keselamatan
3.5 Organisasi Gereja
3.6 Sistem Pemerintahan Gereja
3.7 Syarat-syarat Gereja Benar yang membawa keselamatan
Soal Jawab

BAB 4 : SAKRAMEN PEMBAPTISAN
4.1 Makna Pembaptisan
4.2 Asal-usul Sakramen Pembaptisan
4.3 Kesan Sakramen Pembaptisan
4.4 Kaedah Sakramen Pembaptisan
4.5 Bilakah waktu yang sesuai bagi simbaptisan untuk menerima pembaptisan? Apakah syarat-syarat yang perlu ada padanya?
4.6 Perkara-perkara yang harus diambil perhatian sebelum dan selepas menerima pembaptisan.
Soal Jawab

BAB 5 : ROH KUDUS
5.1 Apakah sebenarnya Roh Kudus?
5.2 Pengalaman dan nas-nas Alkitab mengenai Roh Kudus tinggal di dalam diri seseorang.
5.3 Hubungan Roh Kudus dengan manusia:
5.4 Hubungan Roh Kudus dengan Keselamatan
5.5 Syarat-syarat menerima Roh Kudus
5.6 Cara Berdoa
Soal Jawab

BAB 6 : SAKRAMEN PEMBASUHAN KAKI
6.1 Asal-usul Sakramen Pembasuhan Kaki
6.2 Perbuatan Tuhan Yesus membasuh kaki murid-murid-Nya ini telah melampaui batas adat istiadat orang Yahudi. Oleh itu, ia adalah Sakramen yang kudus.
6.3 Khasiat rohani bagi Sakramen Pembasuhan Kaki
6.4 Cara-cara menjalankan Sakramen Pembasuhan Kaki
6.5 Pengajaran-pengajaran Sakramen Pembasuhan Kaki

BAB 7 : SAKRAMEN PERJAMUAN KUDUS
7.1 Pengasasan Sakramen Perjamuan Kudus
7.2 Asal-usuI Sakramen Perjamuan Kudus
7.3 Kesan menerima Perjamuan Kudus
7.4 Makna menerima Perjamuan Kudus
7.5 Bagaimana menerima Perjamuan Kudus
7.6 Bahan-bahan Sakramen Perjamuan Kudus
Soal Jawab

BAB 8 : HARI SABAT
8.1 Bahan-bahan Sakramen Perjamuan Kudus
8.2 Makna Hari Sabat
8.3 Bagaimana memegang Hari Sabat?
Soal Jawab

BAB 9 : IMAN DAN KESELAMATAN
9.1 Apakah itu iman?
9.2 Percaya apa?
9.3 Alkitab mencatatkan teladan baik yang ditunjukkan oleh tokoh-tokoh beriman
9.4 Sumber iman.
9.5 Kebahayaan bagi yang tidak percaya.
9.6 Apakah itu anugerah keselamatan?
9.7 Apakah isi kandungan anugerah keselamatan?
9.8 Cara-cara anugerah keselamatan.
9.9 Hubungan antara iman dan keselamatan
Soal Jawab

BAB 10 : HARI KIAMAT DAN PENGHAKIMAN
10.1 Hari Kiamat Dunia
10.2 Tanda-tanda Sebelum Hari Kiamat
10.3 Penghakiman
Soal Jawab