Hits: 21

PEMEGANGAN FIRMAN DALAM KEMISKINAN DAN KEHINAAN

 

Mengapakah miskin dan hina ini dipaparkan bersama? Ini adalah kerana orang yang miskin kekurangan harta dan rancangan mereka pada sebelah pagi pula tidak dapat menanggung keperluan mereka pada sebelah malam. Mereka juga berdukacita mengenai soal pakaian dan makanan, mereka bahkan juga tidak berkemampuan membantu saudara mara dan sahabat handai mereka dengan wang dan benda (barang). Di samping itu orang ramai juga tidak suka mendekati mereka sebaliknya mereka dipandang rendah bahkan dianggap hina. Setiap orang yang hidup di dalam kemiskinan dan kehinaan selalunya kerana paksaan hidup menyebabkan mereka mengubah tekad awal mereka sehinggakan mereka tidak berpegang pada firman, menjauhkan diri dari seiman, berhenti mengikuti kebaktian, melanggar kebenaran dan meninggalkan Tuhan. Dalam Alkitab mengajar kita dengan mengatakan, “Condongkanlah hatiku kepada peringatan-peringatanMu dan jangan kepada laba. Lalukanlah mataku daripada melihat hal yang hampa, hidupkanlah aku dengan jalan-jalan yang Kautunjukkan!.” (Mzm 119:36-37)

Sekarang melalui Alkitab mengambil beberapa contoh untuk menjadikan larangan dan nasihat dalam pemegangan firman. Kini memohon gerakan Roh Kudus agar pembaca-pembaca mendapat bantuan dan faedah supaya dalam kehidupan kepercayaan mereka dapat berjaga-jaga sehingga mengalahkan segala suasana dan keadaan.

 

Yusuf yang tidak tergoda

Yusuf semasa ia berumur 17 tahun dia bersama-sama dengan abang-abangnya menggembala domba. Pada masa itu dia telah menerima pendidikan agama yang benar dari ayahnya. Oleh itu imannya teguh dan takut akan Tuhan serta menganggap kejahatan sebagai musuh. Dia memberitahu semua kejahatan yang dilakukan oleh abang-abangnya kepada ayahnya. Yusuf yang mendapat kasih saying yang istimewa daripada ayahnya itu telah menimbulkan kebencian abang-abangnya terhadapnya. Oleh itu abang-abangnya pun mencari peluang untuk menjualnya. Akibat itu Yusuf yang masih muda itu telah dijual ke Mesir. Di Mesir dia menjadi hamba seorang pegawai Firman yang bernama Potifar dan tinggal di situ. Pada masa itu, dia keseorangan dan sangat miskin bahkan dijadikan seperti barang untuk dijual beli. Dia bukan hanya miskin bahkan hina pula, namun dia disertai Tuhan sehingga semua perkara yang dilakukannya berjalan lancar. (Kej 37:1-28, 39:1-2)

Beberapa tahun kemudian Yusuf yang beribadah kepada Tuhan itu pun menjadi penguasa atas segala harta milik tuannya. Yusuf yang hanya berumur 20 tahun lebih mempunyai sikap dan paras yang elok. Isteri tuannya kerana mempuny ai fikiran yang jahat dalam hati terhadap Yusuf menyebabkan ia telah menggunakan berbagai-bagai cara untuk menggoda Yusuf. Pada mulanya ia memandang Yusuf dengan berahi dan kemudian menggunakan perkataannya untuk menggoda Yusuf bahkan setiap hari ia berusaha untuk mencuba Yusuf sehinggakan ia memegang baju. Yusuf dengan tidak mahu melepaskannya Pada masa itu Yusuf yang hina ini, jika dalam hatinya timbul keinginan nafsu dan ketamakan dengan taat pada kejahatan isteri tuannya ataupun tamak akan harta yang tidak benar untuk melepaskan diri daripada menjadi hamba. Tentu sekali mudah sahaja ia menjadi jutawan. Tetapi sebaliknya Yusuf berkata “bagaimankah mungkin aku melakukan kejahatan yang besar ini dan berbuat dosa terhadap Tuhan?” Semasa isteri tuannya memegang bajunya dengan tidak mahu melepaskannya dengan paksa, Yusuf kerana mahu mengelakkan diri dari terjerumus ke dalam kebahayaan dia pun meninggalkan bajunya di tangan isteri tuannya dan berlari keluar. (Kej 39:6-20)
Sebagai seorang belia yang meninggalkan kampong halaman dan tinggal di dalam negeri yang menyembah berhala selama sepuluh tahun dan menjadi hamba yang miskin serta hina masih lagi dapat mematuhi perintah Tuhan di dalam hati dengan tidak melanggarnya, ini memang sangat bernilai sekali. Kesemua ini adalah anugerah Tuhan yang ajaib yang menyebabkannya dapat berpegang pada firman dan tidak berubah. Keadaan ini secara langsung dapat memuliakan Tuhan bahkan dapat menjadi teladan pemercaya.

 

Gehazi yang tamak mendatangkan kecelakaan pada diri sendiri

Naaman panglima raja Aram, kerana mahu menyembuhkan penyakit kustanya ia telah mendengar dan percaya akan kata-kata gadis Israel yang kecil, lalu ia pun pergi berjumpa dengan abdi Tuhan Elisa, dan membawa persembahan dengan melalui perjalanan yang jauh. Di situ ia mendapat petunjuk daripada Tuhan dan dilakukannya kehendak Tuhan dengan memandikan dirinya sebanyak tujuh kali di sungai Yordan. Akibat itu seluruh badannya telah menjadi tahir. Setelah penyakitnya telah sembuh, sebanyak tiga kali ia memohon nabi Elisa menerima persembahannya, tetapi Elisa berturut-turut menolaknya.

Pada masa itu hamba nabi, Gehazi telah timbul perasaan tamak di dalam hatinya lalu ia pun secara sembunyi menyusuri belakang kereta Naaman dan membohongi Naaman dengan mengatakan “baru saja datang kepadaku dua orang muda dari Pergunungan Efraim dari antara rombongan nabi. Baiklah berikan kepada mereka setalenta perak dan dua potong pakaian.” Kemudian disambutnya pemberian Naaman itu dan disimpannya di rumah lalu pergi bertemu dengan tuannya dengan berpura-pura menganggap tiada apa-apa berlaku. Setiba sahaja di depan tuannya, Elisa pun bertanya ke mana ia pergi tadi. Sekali lagi Gehazi bercakap bohong dengan mengatakan “Hambamu tidak pergi ke mana-mana.” Akibat itu nabi mengutukinya dengan mengatakan “maka sekarang engkau telah menerima perak dan dengan itu dapat memperolehi kebun-kebun, kebun zaitun, kebun anggur, kambing domba, lembu sapi, budak laki-laki dan budak perempuan tetapi penyakit kusta Naaman akan melekat kepadamu dan anak cucumu untuk selama-lamanya.” (II Raj 5:20-27)

Sebenarnya Gehazi dapat menjadi hamba nabi memang telah sangat bernasib baik bahkan juga akan mewarisi jawatan yang suci untuk melakukan tanggungjawab yang penting dan memberitakan firman serta melakukan perintah Tuhan yang Mahabesar dan tinggi. Pekerjaan yang demikian bukanlah merupakan pekerjaan yang mulia. Tetapi malangnya kerana kecuaiannya yang seketika itu, telah membutakan hikmatnya. Dalam kemiskinan dan kehinaan dia kehilangan berjaga-jaga dan tidak berpegang pada firman sebaliknya tamak akan harta. Walaupun dia menjadi hamba orang , dia seharusnya tidak lupa akan kedudukannya yang hormat dalam pekerjaan suci. Dalam kemiskinan(hina & rendah) ia tidak dapat memegang firman dengan gembira dan berusaha menyempurnakan rohaninya sebaliknya tamak dengan berturut-turut melakukan kesalahan dan berdusta. Akibat itu ia dikutuk dan kehilangan jawatan suci serta juga menjejaskan kebahagiaan keturunannya hingga selama-lamanya. Cerita ini memang patut dan sesuai dijadikan sebagai amaran bagi pemercaya.

Alkitab ada mengatakan, “Kerana akar segala kejahatan ialah cinta wang sebab oleh memburu wanglah beberapa orang telah menyimpang dari iman dan menyiksa dirinya dengan berbagai-bagai duka. Tetapi engkau hai manusia Tuhan, jauhilah semuanya itu, kejarlah keadilan ibadah, kesetiaan, kasih, kesabaran dan kelembutan. Bertandinglah dalam pertandingan iman yang benar dan rebutlah hidup yang kekal.” (I Tim 6:10-12) Sebagai hamba sekerja dalam Tuhan harus menjaga diri seperti nilam dan berpegang pada firman dengan tidak bergoyah.

 

Lazarus yang memegang firman dengan gembira dalam kemiskinan.

Tuhan Yesus pernah menyampaikan sebuah cerita yang bersifat perlambangan di injil Lukas fasal 16; “Ada seorang kaya yang selalu berpakaian jubah ungu dan kain halus dan setiap hari ia bersukaria dalam kemewahan. Dan ada seorang pengemis bernama Lazarus, badannya penuh dengan borok, berbaring dekat pintu rumah orang kaya itu dan ingin menghilangkan laparnya dengan apa yang jatuh dari meja orang kaya itu. Malahan anjing-anjing datang menjilat boroknya. Kemudian matilah orang miskin itu, lalu dibawa oleh malaikat-malaikat ke pangkuan Abraham. Orang kaya itu juga mati, lalu dikuburkan. Dan sementara ia menderita sengsara di alam maut.”

Tentang miskin ini, Lazaruslah yang paling menderita; ia tidak dapat berjalan, tidak dapat bekerja, tidak dapat berniaga dan hidup sebagai pengemis yang dibenci. Mengenai hina pula ia tidak berharta, tidak berkuasa, dipandang rendah oleh setiap orang, seluruh badan penuh dengan borok, orang yang terlihat akan berasa takut, bersahabat dengan anjing dan memakan sisa-sisa makanan yang jatuh dari meja orang. Kesemua ini, bukankah sangat kasihan? Namun demikian ia dapat mencapai “Walaupun miskin tetapi tekadnya (azam) tidak miskin.” Setiap hari ia melihat orang kaya itu memakai jubah yang cantik, berpesta pora, mementingkan diri dan kedekut. Walaupun demikian hatinya sentiasa tenang, tidak bersungut-sungut, rela mengalami penderitaan kerana miskin dan hina serta giat memegang firman. Akibat itu setelah ia meninggal ia dibawa oleh malaikat ke pangkuan Abraham. Di situ ia menikmati peristirahan. Cubalah anda bayangkan bagaimana perasaan anda jika anda miskin dan hina seperti Lazarus? Dapatkah anda bersalih dalam kepercayaan dengan berpegang pada firman Tuhan dengan tidak berubah?

 

Ibadah (salih) yang disertai rasa cukup memberi keuntungan besar

Sebagai kesimpulannya, seorang umat kristian harus berpegang teguh pada firman benar akhir. Dalam keadaan yang miskin dan hina haruslah memegang firman dengan gembira. Walaupun dalam keadaan demikian haruslah menikmati berkat ketenangan dalam hati, mengejar firman kebenaran Kerajaan Syurga, mengharapkan kebahagiaan rohani dan tidak dapat digoda oleh kebendaan serta hawa nafsu dunia. Ini samalah seperti yang tercatat dalam Alkitab; “Memang ibadah itu kalau disertai rasa cukup, memberi keuntungan besar. Sebab kita tidak membawa apa ke dalam dunia dan kita pun tidak dapat membawa apa-apa keluar. Asalkan ada makanan dan pakaian, cukuplah.” (I Tim 6:6-8)

Jika pada suatu hari, kita terjatuh dalam kemiskinan dan kebinasaan, kita haruslah mencontohi Ayub. Dia dalam sehari sahaja telah berubah dari seorang jutawan menjadi seorang yang miskin, dari seorang yang berstatus tinggi dan dihormati telah menjadi orang biasa dan dari mempunyai ramai anak telah menjadi orang yang sangat dikasihani serta kehilangan kesemua anaknya. Namun demikian dia masih tetap bersujud menyembah Tuhan dengan mengatakan, “Dengan telanjang aku keluar dari kandungan ibuku, dengan telanjang juga aku akan kembali ke dalamnya. Tuhan yang memberi, Tuhan yang mengambil, terpujilah nama Tuhan!” Dalam kesemuanya itu Ayub tidak berbuat dosa. (Ayb 1:20-22) Oleh itu diharap kita menjadi seorang lelaki yang kuat dan teguh, selalu giat berkebaktian untuk mendengar firman, bukan hanya tidak berlaku curang semasa kaya tetapi juga tidak berubah dalam kemiskinan dan kehinaan bahkan harus bersinar untuk Tuhan dengan memuliakan Tuhan dan me manusia. Walaupun dalam suasana yang kompleks ini, iman kita menghadapi dugaan, namun haruslah kita teringat akan perkataan-perkataan bernilai yang diucapkan oleh Yusuf, “Tuhan telah mereka-reka rekakannya untuk kebaikan (kehendak Tuhan adalah yang baik).” Perkataan ini masih sesuai digunakan oleh setiap pemercaya pada hari ini. Perkataan ini mengajar kita harus tunduk pada pengaturan kehendak Tuhan yang baik kerana Tuhan turut bekerja dalam segala sesuatu untuk mendatangkan kebaikan bagi mereka yang mengasihi Dia.

“Dua hal aku mohon kepadaMu, jangan itu kau tolak sebelum aku mati, yakni : Jauhkanlah daripadaku kecurangan dan kebohongan. Jangan berikan kepadaku kemiskinan atau kekayaan. Biarkanlah aku menikmati makanan yang menjadi bahagianku, supaya kalau aku kenyang, aku tidak menyangkalMu dan berkata: Siapa Tuhan itu? Atau kalau aku miskin aku mencuri dan mencemarkan nama Tuhanku.” (Ams 30:7-9). Amsal daripada Agur ini patut direnungkan dengan mendalam-dalamnya.

 

Soalan-soalan renungan dan kajian:

1. Bagi anggapan anda orang miskin dan orang kaya siapakah yang lebih mudah memegang firman ? Mengapa anda berkata demikian?

2. Apakah punca asas menyebabkan Yusuf tidak berubah memegang firman dalam seumur hidupnya?

3. Cuba anda fikirkan mengapakah orang yang hidup dalam kekayaan masih merasa dirinya sangat miskin dan terus ingin menjadi kaya-raya?

4. Bagi pendapat anda, suasana yang bagaimanakah yang paling mudah memegang firman hingga akhir hayat?

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *