Hits: 92

1. Dunia Zaman Kristus

Seperti yang dikatakan pakar arkeologi : Penubuhan empayar Roma merupakan satu bidang politik yang terbesar, yang belum pernah ada di kalangan umat manusia. Dari ini, kita tahu bahawa Empayar Roma sememangnya sangat besar dan agung. Selain dari Itali, Sepanyol, Perancis, Austria, Yunani, Turki, Arab, Egypt, negara-negara sekitaran Laut Tengah Libya, ianya juga merangkumi negara England, Yugoslavia, Swiss dan sebahagian besar dari negara German. Tanah Suci di mana Tuhan Yesus dilahirkan, dibesar dan disalibkan juga merupakan sebahagian dari empayar yang besar ini, iaitu penjuru kecil di antara benua Asia dan Afrika.

Bentuk geografi empayar Roma ialah : dari sebelah timurnya sampai ke sungai Euphrates, manakala sebelah selatannya sampai ke padang gurun Sahara. Tanah jajahannya pada masa itu termasuk masyarakat-masyarakat yang bertamadun, seperti London, Paris, Carthage, Athens, Alexandria, Yerusalem, Smyrna, Damsyik, dan lain-lain. Kesemua kota yang besar dan bertamadun ini dirangkumkan dalam tanah jajahan yang besar ini.

Empayar yang luas ini ditubuhkan oleh Kaesar Augustus pada tahun 31 sebelum masihi. Ianya merupakan seorang penakluk/penjajah yang agung, seorang yang memerintah secara sivil dan militer dan melantik diri sendiri sebagai Imam Besar agama Roma. Dia dipanggil Kaisar Augustus. Sebaik saja disebut [Kaisar] (bermakna emperor/raja), secara terus ianya ditujukan kepada Augustus. Pada zaman tersebut, ianya adalah sangat terkenal sehinggakan orang-orang Yahudi yang sangat benci akannya turut berkata: ‘Kami tidak mempunyai raja selain dari pada Kaisar!” (Yoh 19 : 15). Ternyata bahawa dia adalah seorang pemimpin yang agung.

2.Raja-raja Dalam Alkitab Perjanjian Baru

Tokoh-tokoh yang utama dan terkenal dalam empayar Roma yang dicatatkan dalam Alkitab Perjanjian Baru ialah Kaisar Augustus. Ianya merupakan raja yang pertama dan pemimpin pada masa Yesus dilahirkan. Ia mati pada tahun 14 selepas masihi. Dia mempunyai seorang anak angkat bernama Tiberius yang memerintah pada masa Yesus mati. Pada masa Petrus, Yohanes dan Paulus mendirikan gereja, takhta raja digantikan oleh Klaudius dan Nero. Catatan-catatan Alkitab berkenaan raja tersebut adalah berikut :

“Pada tahun kelima belas dari pemerintahan Kaisar Tiberius……datanglah firman Allah kepada Yohanes di padang gurun” ( Luk 3 : 1-2 ). “……Seluruh dunia akan ditimpa bahaya kelaparan yang besar. Hal itu terjadi juga pada zaman Klaudius” ( Kis 11 : 28 ). “Kerana Kaisar Klaudius telah memerintahkan, supaya semua orang Yahudi meninggalkan Roma” ( Kis 18 : 2 ). “Aku berdiri di sini di hadapan pengadilan Kaisar (di hadapan pengadilan Raja Nero)” (Kis 25 : 10). “ Salam kepadamu dari segala orang kudus, khususnya dari mereka yang di istana Kaisar”.  Flp 4 : 22).

3.Penduduk Empayar

Pada zaman Augustus, jumlah menduduknya ialah kira-kira 85,000,000 orang, manakala jumlah penduduk pada zaman pemerintahan Klaudius ialah kira-kira 120,000,000 orang. Setelah tamatnya peperangan yang berlaku berterusan, keadaan menjadi aman dan makmur semula sehingga kota-kota yang dimusnahkan dibina semula dan menjadi mewah dalam kadar yang cepat. Justru itu, penduduknya bertambah lipat ganda.

4.Cara Pemerintahan

Kaisar Augustus menggunakan cara militer (ketenteraan) untuk memerintah wilayahnya yang luas dan besar. Dia menghantar pasukan tenteranya untuk memerintah ke beberapa negara dan tanah-tanah jajahan. Dia mengamalkan pemerintahan militer sehingga selalu mengenakan perintah berkurung. Bagi negara purba, seperti Yudea yang mengamal agama. Yunani telah mengamal seni dan telah memberi sumbangan yang banyak kepada dunia ini. Tetapi Roma pula, boleh dikatakan berbakat dalam politik. Walaupun terdapat perkara yang tidak moral, tetapi sistem pentadbiran dan pemerintahannya memang begitu rumit sekali. Maka, walau di kawasan yang luas, masih terdapat “Roma yang aman sentosa” dan keadaan yang makmur ini dapat diteruskan selama beratus-ratus tahun. Rakyat yang berdiam di empayar beloh dikatakan tidak bersungut-sungut terhadapnya. Walaupun terdapat banyak kekurangan, tetapi ini tidak boleh menafikan keagungannya.

5. Pegawai-pegawai (“Officer”)

Ketua-ketua bagi setiap negara yang dijajah dan ketua setiap provinsi dipanggil pegawai tertinggi; Kadang-kadang ianya juga dipanggil wali. Mereka ditempatkan di merata tempat sebagai wali kerajaan untuk menguruskan hal-hal rakyat dan tentera: mereka memungut cukai, menjalankan penghakiman, meredakan keributan yang berlaku di kalangan rakyat, melindungi tanah jajahan negara, menguruskan segala urusan kewangan dan kerja-kerja orang awam. Justru itu, mereka mempunyai kuasa mutlak atas rakyat tempatan samada dibenarkan terus hidup atau dibunuh. Pegawai-pegawai tersebut adalah secara terus tertakluk pada raja (ada yang terus tertakluk pada majlis negarawan – Senior Statesmen ) dan tidak perlu bertanggungjawab terhadap sesiapapun selain dari pada raja sendiri. Pegawai-pegawai yang lain pula berada di bawah pentadbiran wali provinsi tersebut.

Wali yang bertugas pada masa Tuhan Yesus memberitakan Injil ialah Pontius Pilatus yang berada di bawah perintah Raja Tiberius, ianya bertanggungjawab atas Yudea, Samaria dan wilayah Edom di mana kesemua ini termasuk dalam provinsi Syria yang besar.

Kadang-kadang orang yang terkenal dan terhormat akan diperintahkan untuk memerintah wilayah tersebut. Rakyat akan mengelarnya sebagai  [pelindung negara] atau [raja tempatan]. Walaupun adalah raja, namun ianya adalah tertakluk pada Raja Roma. Raja Herodes yang muncul dalam Alkitab adalah orang yang demikian. Walaupun dilantik menjadi raja, namun, kiranya tiada kebenaran wali, ianya tidak boleh membuat keputusan atas sebarang perkara besar. Kuasa militer juga di bawah wali, pengadilan perkara-perkara yang penting harus diadakan di dewan pengadilan wali. Misalnya, apabila Amerika menyerang negara Jepun, walaupun pada masa itu ada persetujuan raja Jepun dan mesyuarat Kabinet, namun segala keputusan bagi politik peringkat tinggi tetap ditentukan oleh bahagian tentera yang menang.

Wali Tanah Yudea ditempatkan di Kaisarea dan ianya perlu berjalan mengunjungi kota-kota dalam seluruh wilayahnya. Hanya pergi ke Yerusalem pada musim sejuk atau pada perayaan memberi persembahan. Maka, istana Raja Herodes adalah seperti hotel penginapannya.

Catatan Alkitab berkenaan orang-orang demikian adalah seperti berikut. “Sewaktu Kirenius menjadi wali negeri di Siria” ( Luk 2 : 2 ). “Pilatus wali negeri Yudea itu” ( Mat 27 : 2 ). “Kepada wali negeri Felixs” ( Kis 23 : 24 ). “Wali negeri itu menanyakan Paulus dari provinsi manakah asalnya?” ( Kis 23: 34 ). “ Herodes raja wilayah Galilea” ( Luk 3 : 1 ). “Filipus, saudaranya, raja wilayah Iturea dan Trakhonitis” ( Luk 3 : 1 ). “Lisanias raja wilayah Abilene” ( Luk 3 : 1 ). “Herodes, Raja Yudea” ( Luk 1 : 5 ). “Herodes mengenakan pakaian kerajaan, lalu duduk di atas takhta” ( Kis 12 : 21 ). “Datanglah raja Agripa dengan Bernike ke Kaisarea untuk mengadakan kunjungan kehormatan kepada Festus” ( Kis 25 : 13 ).

6. Kerajaan Daerah

Terdapat kota-kota yang merupakan kota yang bebas, di mana rakyat sendiri memilih penguasanya dan takhta di bawah sistem pentadbirannya. Daerah-daerah yang mengamalkan sistem pentadbiran demikian, tidak perlu kawalan militer Roma. Tambahannya, orang-orang yang dilahirkan dalam daerah tersebut boleh menikmati hak warganegara Roma. Paulus yang lahir di Tarsis sebuah kota yang bebas, berkata : “Aku dilahirkan warganegara sini (mempunyai kerakyatan bebas)”.

Kota-kota bebas yang dicatatkan dalam Alkitab ialah Tarsus, Antiokhia Siria, Atena, Efesus, Tesalonika dan lain-lain.

Tesalonika – Ketika orang banyak dan pembesar-pembesar kota mendengar semuanya, mereka menjadi gelisah. Tetapi setelah mereka mendapat jaminan dari Yason dan dari saudara-saudara lain, merekapun dilepaskan ( Kis 17 : 8-9 ).

Efesus – “Panitera kota menenangkan orang banyak…[…baiklah kehendakmu itu diselesaikan dalam siding rakyat yang sah…]Dan dengan kata-kata itu, ia membubarkan kumpulan rakyat itu” ( Kis 19 : 35,39).

Yang lebih menghairankan ialah, kadangkala, kota-kota bebas tidak perlu menanggung kewajipan membayar cukai.

Kota-kota lain seperti Korintus, Troas, Antiokhia Pisidia, Filipi dan lain-lain adalah kota-kota perantauan.

7. Kota Perantauan

“Dari situ kami ke Filipi, kota pertama di Makedonia ini, suatu kota perantauan orang Roma” (Kis 16 : 12 ).

Kota perantauan ialah, askar-askar yang ditempatkan oleh kerajan Roma ke situ lalu mereka tinggal tetap di tempat tersebut sehingga menjadi sebahagian dari rakyat kota itu. Rakyat tempatan yang utama ialah orang-orang Roma, mereka mempunyai [penguasa] (Kis 16 : 19), [pembesar] (Kis 16 : 20) dan [pejabat-pejabat] (Kis 16 : 35).

8. Tentera Roma

Sebenarnya kota-kota wilayah seperti Yerusalem, Kapernaum, Yope – Kesemua ini adalah di bawah pemerintahan tentera. Setiap wilayah dalam seluruh empayar ini mempunyai satu kumpulan askar yang ditempatkan di situ dan keadaan ini sangat biasa kelihatan. Tambahannya kita akan mendapati banyak catatan Alkitab berkenaan tentera ini. Yesus selalu bertemu dengan kumpulan prajurit, Paulus juga, kadang-kadang akan menghadapi kumpulan prajurit. Yohanes Pembaptis memberitahu prajurit-prajurit: Jangan merampas dan jangan memeras dan cukupkanlah dirimu dengan gajimu (Luk 3 : 14).

Kerajaan Roma mempunyai 47 kumpulan prajurit untuk mengawal empayarnya besar dengan berbilang bangsa. Zaman Augustus dan Tiberius mempunyai 27 kumpulan prajurit dengan jumlah sebanyak 170,000 orang; Kemungkinan telah ditambahkan dengan bilangan orang yang berlainan bangsa untuk dijadikan unit membantu tetapi sama jumlahnya. Catatan yang lain: “Atau kau sangka, bahawa Aku tidak dapat berseru kepada BapaKu, supaya Ia segera mengirim lebih dari dua belas pasukan malaikat membantu Aku?” (Mat 26 : 53). “Namaku Legion, Kerana kami banyak” (Mrk 5 : 9). Setiap kumpulan askar mempunyai 10 pasukan dan dari pasukan ini, ianya dibahagikan lagi kepada 6 skuadron kecil yang dipanggil “Maniples”.

Ketua pasukan dipanggil [ Ketua Perwira] bertugas di tempat kubu pertahanan Yerusalem untuk mengarahkan pasukan pertahanan. Klaudius Lisias yang menyelamatkan Paulus dari keributan orang-orang Yahudi, merupakan seorang ketua perwira ( Kis 23 : 26 ). Perwira yang menjaga keselamatan Raja Roma adalah pengarah tentera yang paling tinggi di dalam pasukan tentera. Ia juga dinamakan ini “Ketua pasukan tentera Raja”. Paulus adalah ditahan oleh pengarah tentera ini semasa ia berada di Roma.

Terdapat juga pasukan-pasukan prajurit yang tidak tertakluk pada mana-mana kumpulan tentera. Misalnya pasukan Italia yang hanya tertakluk pada wali Roma yang tinggal di Kaisarea (Kis 10 : 1). Dan yang lain. Yulius dari pasukan Kaisar (Kis 27 : 1).

Komandar skuadron-skuadron kecil (maniples) dipanggil perwira pasukan. Nampaknya, perwira-perwira pasukan yang dicatatkan dalam Alkitab adalah tokoh-tokoh yang disambut baik oleh orang ramai. Berkenaan perwira pasukan Kapernaum, orang-orang Yahudi berkata : Sebab ia mengasihi bangsa kita dan dialah yang menanggung pembangunan rumah ibadat kami” ( Luk 7 : 5 ). Tuhan Yesus juga berkata : “ Imam sebesar ini tidak pernah Aku jumpai pada seorangpun di antara orang Israel” (Mat 8 : 10). Ketua pasukan yang menjaga Tuhan Yesus yang di atas kayu salib di luar kota Yerusalem berkata bahawa Tuhan Yesus “sungguhnya adalah Anak Allah” ( Mat 27 : 54 ). Kornelius, perwira pasukan yang tinggal di Kaiserea tidak menyembah berhala, ia serta seisi rumahnya takut akan Allah dan ia memberi banyak sedekah kepada umat Yahudi dan sentiasa berdoa kepada Allah (Kis 10 : 2). Petrus diutus untuk membaptiskannya, lalu ia menjadi permercaya agama lain yang pertama mempercayai Kristus. Yulius merupakan komandan pasukan tentera yang membawa Paulus sebagai orang tawanan pada masa tersebut. Yulius merupakan seorang perwira model yang mempunyai tubuh fizikal yang baik, boleh dipercayai dan bergaul mesra dengan orang lain.

9. Cukai Pendapatan

Untuk mentadbir sebuah empayar yang besar memerlukan belanjawan yang sangat besar. Selain daripada upah untuk para prajurit, Augustus terpaksa juga memelihara kehidupan lebih dari 200,000 rakyat di dalam kota yang hanya makan, namun tidak kerja. Belanjawan yang lain ialah seperti gaji bagi pegawai-pegawai kerajaan, memperbaiki jalan-jalan pengangkutan, membina jambatan-jambatan, membina taman-taman yang indah, membina rumah-rumah besar sebagai tempat kediaman para pegawai – kesemua ini memakan perbelanjaan yang besar.

Semua perbelanjaan ini hanya diperolehi daripada hadiah wang dan cukai pendapatan. Peladang harus membayar peratusan cukai yang tinggi dibandingkan dengan pendapat mereka. Sistem cukai mereka adalah secara paksaan dan dijalankan dengan tegas, “Pemungut cukai” sentiasa dikutuki dan dipandang hina sebagai pengkhianat negara.

Pada masa itu, orang-orang Yahudi ingin mencelakakan Tuhan Yesus dengan mengajukan pertanyaan kepadaNya berkenaan membayar cukai untuk mengujiNya. Kiranya Tuhan Yesus berkata, perlu membayar cukai, maka akan menberi satu peluang (bukti) kepada khalayak Yahudi untuk membencikanNya. Sebaliknya, kiranya berkata tidak perlu membayar cukai, maka mereka akan serta–merta melapor kepada wali negeri dan Dia akan ditangkap. Tuhan Yesus mengetahui jerat orang-orang Yahudi yang licik lalu berkata: “Tunjukanlah kepadaKu suatu dinar.” Dia berkata lagi: “Gambar dan tulisan siapakah ada padanya?” Jawab mereka: “Gambar dan tulisan Kaisar.” Lalu Yesus berkata: “Kalau begitu berikanlah kepada Kaiser apa yang wajib kamu berikan kepada Kaisar dan kepada Allah apa yang wajib kamu berikan kepada Allah.” (Luk 20 : 19-26).

Selain dari cukai pendapatan, raja juga memikirkan cara-cara lain untuk mendapatkan lebih banyak wang dari rakyatnya. Misalnya, cukai tanah, cukai perseorangan, cukai harta benda, cukai kastam, cukai jalan dan lain-lain. Peniaga-peniaga yang berangkat dari Damsyik ke pantai melalui jalan besar terpaksa membayar cukai dengan jumlah yang tertentu. Jalan ini berhubung terus ke Kapernaum dan di situ pula, cukai akan dikenakan pada bahan-bahan perniagaan yang dibawa bersama. Cukai dibayar kepada pemungut cukai yang ditugaskan di situ. Matius yang sedang duduk di rumah cukai dan memungut wang, dipanggil oleh Tuhan Yesus: Ikutlah Aku ( Mrk 2 : 14 ).

Peristiwa yang lain berlaku di Kapernaum ialah, Tuhan Yesus juga perlu membayar bea. Pemungut bea datang kepada Petrus dan berkata: “Apakah gurumu tidak membayar bea dua dirham itu? ”. Tuhan Yesus telahpun menyediakan wang tersebut di mulut ikan dan menyuruh Petrus pergi mengambilnya (Mat 17 : 24-27). Rasul Paulus juga menasihati pemercaya di Roma supaya membayar cukai (Rm 13 : 7).

10. Banci Penduduk

Seorang raja harus kenal pasti akan populasi rakyat yang diam di dalam empayarnya dengan tepat. Tambahan pula, dia harus memperhitungkan harta-bendanya dengan tepat supaya ia dapat menguruskan sistem percukaian untuk membiayai askar dan pekerja buruh. Banci penduduk yang tepat merupakan dasar pemerintahan. Cara ini ialah mendaftarkan bilangan penduduk dalam sesebuah wilayah kemudian dikumpulkan nama-nama tersebut untuk dicatatkan dalam satu buku pendaftaran secara tersusun dan teliti. Dengan demikian, amat senang mendapatkan maklumat-maklumat yang perlu; misalnya dari wilayah mana boleh mendapatkan cukai yang tinggi? Atau wilayah mana mempunyai lebih ramai orang yang boleh dipanggil untuk pergi berperang; berapa ramai orang yang boleh ditugaskan untuk membina projek-projek awam? Kesemua bahan-bahan ini dijadikan rujukan dan ini amat memudahkan kerja-kerja pengurusan.

Ketika Kaisar Augustus memerintah, beliau pernah mengeluarkan perintah, menyuruh mendaftarkan semua orang di seluruh dunia, “Maka pergilah semua orang mendaftarkan diri, masing-masing di kotanya sendiri” (Luk 2 : 3). [Kota sendiri] bukan ditujukan kepada tempat asal keseluruhan keluarganya. Yusuf dan Maria tinggal di Nazaret tetapi Yesus dilahirkan di Betlehem. Ini disebabkan ketika itu, atas perintah raja, harus mendaftar untuk membayar cukai, Yusuf dan Maria terpaksa meninggalkan Nazaret dan kembali ke Betlehem iaitu tempat asal nenek moyang mereka untuk mendaftarkan nama.

Cara mendaftar ialah mengikut kaum kemudian menurut keluarganya. Setiap keluarga diwakili oleh ketua rumah. Dia akan melaporkan nama sendiri kemudian memberikan nama ibu bapa sendiri, nama isteri, bilangan anak, nama dan umur mereka. Akhir sekali, mesti melaporkan harta benda yang ada serta nilainya. Segala ini telah dinilai dengan cukai lalu senarai nama itu akan dibawa ke Raja Roma.

11. Pemungut Cukai

Semua pemungutan cukai adalah diuruskan oleh organisasi swasta. Mereka hanya bertanggungjawab untuk membayar jumlah yang tertentu kepada perbendaharaan negara. Jumlah cukai tambahan adalah terpulang kepada mereka. Mereka boleh memungut cukai di daerah yang tertentu dengan cara paksaan. Jika terdapat orang yang tidak ingin membayar cukai, bolehlah mereka mengadu ke wali. Wali akan menghantar tenteranya untuk menjaga mereka. Orang yang memungut cukai di kalangan orang Yahudi yang bercorak warna-warni itu telah diberi satu gelaran yang tidak harum iaitu “Pemungut cukai”. Tuhan Yesus sering kali diserang sebagai musuh sebab Dia sentiasa bersama dengan “Pemungut cukai dan orang berdosa”. Mereka selalu dianggap sebagai pengkhianat negara, orang yang tidak berperikemanusiaan dan selalu ditolak dan tidak diterima oleh masyarakat. Ada pepatah berkata pada masa itu “orang itu merupakan orang asing dan pemungut cukai”, mereka selalu dibencikan.

Seorang pemungut cukai datang berjumpa dengan Yohanes Pembaptis dan bertanya bagaimana dia harus perbuat untuk mengelakkan hukuman Tuhan. Yohanes berkata, selain dari jumlah yang ditetapkan tidak dibenarkan memungut jumlah yang selebihnya (Luk 3 : 13).

Seorang pemungut cukai yang terkenal dalam kitab-kitab Injil ialah kepala pemungut cukai, Zakheus. Dia tinggal di kota yang maju dan makmur dan merupakan seorang yang sangat kaya. Ketika orang ramai di Yerikho mendengar bahawa Tuhan Yesus pergi ke rumah Zakheus, mereka merasa putus asa dan tercengang. Mereka tidak faham mengapakah Tuhan Yesus mahu menjadi tetamu orang yang berdosa itu. Namun, Tuhan Yesus telah menyebabkan Zakheus berubah, bahkan ia memberikan setengah dari miliknya kepada orang miskin dan mengembalikan empat kali lipat kepada orang-orang yang diperas (Luk 19 : 8).

12. Keadaan Kehidupan Dalam Empayar Roma

Dalam catatan sejarah, pada masa Tuhan Yesus berada di dunia, empayar Roma berada dalam zaman yang paling teguh dan gemilang; banyak provinsi-provinsi jajahannya adalah sangat kaya dan mewah. Walaupun dari segi politik, ianya tidak berapa adil, namun rakyatnya hidup dalam keadaan aman. Justru itu, bahasa yang paling umum bagi mereka ialah bahasa Yunani. Di setiap penjuru seluruh empayar, orang-orang boleh secara bebas bertukar-tukar fikiran dan berkomunikasi tanpa memerlukan penterjemah. Boleh dikatakan seluruh tanah jajahannya penuh dengan kedamaian dan kepuasan.

Tetapi, agama asing telah terjatuh dalam satu keadaan yang berjerih-payah dan terdapat banyak kritikan yang buruk (rujuk Buku Roma kalimat akhir fasal satu). Lebih-lebih lagi, sistem hamba abdi menjadikan masyarakat Roma tidak sihat. Dalam satu aspek yang tertentu, Empayar Roma didirikan atas sistem hamba-abdi. Ini merupakan satu krisis yang tersembunyi yang menyebabkan keruntuhan empayar Roma pada hari kelak.

Di antara kesemua penduduk Roma, nisbah bagi orang bebas dan hamba abdi adalah 2 : 1. Ada orang mengatakan selepas Kasdim (Chaldean) ditawan, nisbah hamba abdi dengan orang bebas adalah 3 : 1. Ini tidak menghairankan jika ada seorang Roma memakai beberapa ratus orang hamba abdi. Sebagian besar pekerja-pekerja buruh merupakan orang-orang tawanan atau orang-orang yang terpaksa menjual diri sendiri sebagai seorang hamba disebabkan kehidupan adalah terlalu susah dan miskin. Pertanian di Yunani dan Roma adalah diusahakan oleh pekerja buruh. Begitu juga tenaga pengajar di sekolah, ahli-ahli penyalin, pujangga-pujangga -sebilangan besar termasuk dalam pekerja buruh.

Dalam masyarakat Roma, hanya sebilangan kecil yang dari kelas bernama mempunyai tanah yang besar dan harta-benda yang begitu banyak sekali. Namun, ada kelas yang malas dan menganggur. Maka, terdapat ramai pengemis di jalan-jalan kecil berhala.

Di setiap penjuru empayar ini, nyawa manusia merupakan sesuatu yang sungguh murah dan tidak berharga. Mereka yang kaya akan berpesta pora setiap hari, bersenam, sukan, lakonan dan orang di kelas rendah pun bertumpuan di “amusement” yang berkelas rendah. Di coloseum, mereka hanya asyik menyaksikan pertandingan prajurit yang dashyat. Petunjuk “pertarungan darah” yang dashyat dan tidak berperikemanusiaan ini terkenal di Kaisarea, Yerikho, negara-negara di sebelah timur sungai Yordan dan Asia Minor (Turki hari ini).

Pada masa itu, tiada hospital umum atau pusat-pusat kebajikan untuk menolong orang-orang miskin, tua dan lemah. Cuma kadang-kadang, sebagai tanda kebajikan terhadap orang-orang miskin, mereka dibenarkan menyaksikan sukan secara percuma. Tiada cara dan peluang bagi orang di kelas rendah untuk memanjat ke atas. Keadaan kasihan bagi hamba dan abdi tidak akan diubah buat selamanya. Pada masa itu, apa yang diagung-agungkan ialah keberanian dan keadilan. Sifat akhlak seperti belas kasihan dan kasih sayang langsung tidak dipentingkan. Dalam erti kata yang lain, mereka langsung tidak terfikir apakah itu kewajipan sesama manusia.

13. Agama-agama Dalam Masyarakat Roma

Agama Roma ditetapkan sebagai agama kebangsaan. Bagi orang yang rasional, cara itu adalah yang tidak bijak. Namun, untuk memerintah hati rakyat, agama digunakan sebagai alat untuk mencapai matlamat politik.

Kuil bagi dewa-dewi terdapat berjenis-jenis patung berhala untuk disembahkan. Apabila mereka menghapuskan satu negara, tuhan atau patung bagi negara itu akan diletakkan di kuil ini untuk dipersembahkan bersama-sama dengan tuhan Roma. Seorang tokoh terkenal boleh disembahkan juga. Patung Julia-Ceaser yang diperbuat daripada gading gajah telah disembahkan di kuil semasa dia masih hidup. Raja Augustus telah membina kuil di merata-rata tempat supaya orang menyembahnya sebelum dia mangkat. Patungnya telah dipindah dari Goel ke Samaria dan disembah semasa adanya persembahan orangramai. Jika orang Yahudi bersetuju, patungnya memang akan diletakkan di Bait Suci di Yerusalem.

Tetapi, apabila Raja Herodes bercadang mengukir Burung Roma (lambang empayar Roma dan terletak di tempat masuk bait menyembah Raja) di balai Bait Suci (tempat Yesus selalu menyampaikan khotbah), cadangan ini telah membangkitkan kemarahan orang Yahudi yang beriman kukuh. Akhirnya, ia tidak dapat melaksanakan cita-citanya.

Raja Nero, raja ke-4 selepas Augustus, telah membunuh isterinya sendiri. Sungguhpun begitu, dia telah memerintah seluruh rakyatnya menyembah isterinya sebagai dewi. Kepercayaan yang begitu seperti yang dikatakan oleh ahli sejarah Roma, “Begitu buruk sekali, segala pertentangan dinyatakan di merata tempat, semua hanya ingin mendapat keuntungan demi politik sahaja.”

14. Menyediakan Jalan Bagi Kristus

Alkitab berkata : “Setelah genap waktunya” maka Allah mengutus anakNya datang ke dunia (Gal 4 : 4). Jadi, marilah kita lihat bagaimana empayar Roma menyediakan jalan bagi Kristus.

Kemunculan empayar telah menghancur dan merebahkan hati orang-orang Yahudi yang sekian lama di bawah pemerintahan sendiri. Walau bagaimanapun, ini telah memimpin hati manusia untuk mempercayai bahawa dunia dicipta oleh Tuhan yang Esa. Kesudahan dan kebinasaan agama-agama lain yang menyesatkan telah menyebabkan hati manusia mengharapkan kemunculan agama baru sebagai terang kehidupan mereka.

Kedamaian dan kemakmuran yang dibawa oleh Empayar Roma telah membolehkan Injil diberitakan meluas baik melalui darat maupun lautan. Ini disebabkan, jalan-jalan di darat telah dibuka bagi kumpulan-kumpulan tentera untuk pergi ke tempat yang jauh (pengutus damai sejahtera telah melalui jalan-jalan ini dengan begitu cepat sekali), manakala telah disediakan jalan-jalan yang selamat merentasi lautan sebagai kegunaan tentera. Ini menyebabkan Injil disebarkan dengan cepat ke setiap penjuru dunia.

Orang-orang Yahudi yang berselerak di merata tempat tetap mengekalkan agama keturunan mereka dan ini merupakan titik permulaan untuk membuka jalan bagi pemberitaan agama Kristian. Empayar mempunyai undang-undang yang ketat, walaupun ia sedang merosot dan terus jatuh, tetapi masih susah untuk mencerobohi peraturan-peraturan yang terwujud ini. Di seluruh dunia, terdapat sistem mata wang yang sama, sistem pengukuran yang sama, sistem pengiraan masa yang sama, sistem pengiraan jarak yang sama, sistem penghakiman yang sama dan bahasa yang sama. Maka, walaupun orang Yahudi berdegil menentang injil, namun ia masih mampu membuka pintu besar yang memasuki dunia.

Injil disebar dan meneroka dengan pantas. Ia telah sampai ke bahagian utara dan timur Syria dan mengelilingi laut Mediternanean dan kawasan Yunani. Ia dapat diumpamakan “disebar di laut Mediternanean seperti Oasis yang terdapat di padang gurun”. Injil telah disampaikan ke banyak pulau-pulau melalui perjalanan air. Ini telah mengenap janji “Masa sudah penuh”. Pada masa itulah Tuhan Yesus dilahirkan serta wujudnya rasul-rasul agung seperti Petrus dan Paulus.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *