Makna Kebaktian
| |

Makna Kebaktian

Konsep nilai manusia menjadi berbeza ekoran daripada peralihan zaman. Mereka merasakan bahawa tidak ada apa-apa yang dapat diperoleh dalam kebaktian, bukankah baik jika mereka membaca alkitab dan berdoa sendiri di rumah. Ditambah pula ‘sibuk’ dan ‘tekanan’, bilangan yang menghadiri kebaktian semakin berkurangan. Kedinginan dalam kebaktian menimbulkan perasaan sangsi pemercaya terhadap kebaktian. Apakah makna sebenar datang menghadiri kebaktian?

 

1. Renungan daripada sebuah kesaksian

Golongan senior gereja selalu menasihati pemimpin kebaktian agar berusaha untuk mempertahankan pembangunan rohani dalam kebaktian, dan mengekalkan sifat gereja bersama. Antaranya senior mengemukakan satu kesaksian dan menggelarnya sebagai ‘kebaktian yang paling berjaya’. Ringkasannya seperti berikut:
.
Pemimpin kebaktian sebuah gereja selalu tidak hadir. Seorang saudara berasa sungguh risau atas perkara ini dan mengeluh, ‘Aku tidak dapat memimpin kebaktian kerana gagap, namun kenapa pemimpin kebaktian yang diatur itu selalu tidak hadir?’ Suatu kali, pemimpin kebaktian tidak datang-datang juga dan semua orang lama menunggu. Hatinya sungguh cemas lalu pergi memimpin kebaktian. Dia berdiri di atas pentas khutbah dan tidak dapat berkata apa-apa, kemudiannya dia menangis. Tidak lama kemudian, semua orang menangis bersama-sama dengannya, dan selepas itu, mereka berdoa untuk mengakhiri kebaktian pada hari itu. Sejak hari itu, semua orang menjadi giat. Kebaktian kali itu digelar sebagai ‘kebaktian yang paling berjaya’, satu kebaktian yang dipimpin oleh seorang yang gagap.

Renungan kita:

Gerakan daripada kebaktian merupakan kekuatan ajaib yang dapat membangunkan seseorang. Seseorang pasti akan menerima ‘gerakan dalam kebaktian’ jika rela membukakan hati (Mat 11:14-19).

Dahulunya, nyanyian kidung sungguh teratur dan keharmonian itu menggerakkan manusia, doa pula dipenuhi Roh Kudus dan suara bahasa roh sama seperti saling mendorong dan juga menggerakkan manusia. Sewaktu membaca Alkitab dalam kebaktian, disebabkan adanya semangat dan hati yang mengejar, nas kitab tersebut bagaikan terang yang memimpin, dengan itu hati menjadi terharu dan dengan mudah mendapat gerakan dari kebaktian. Tuhan tidak berubah buat selama-lamanya (Ibr 13:8) dan tangan Tuhan tidak kurang panjang (Yes 59:1), maka dulu Dia boleh, sekarang lebih-lebih lagi boleh.

 

2. Mendirikan konsep kebaktian

Kebaktian bukanlah mendengarkan ceramah. Seseorang dibangunkan bukannya melalui kata- kata hikmat yang meyakinkan, melainkan dengan kekuatan roh dan Tuhan (I Kor 2:4-5). Kita akan membincangkan konsep kebaktian daripada dua perkara dalam Alkitab.

a. Berkebaktian adalah untuk beribadah kepada Tuhan

Sama seperti nyanyian ziarah dalam perjanjian lama, para umat memegang perayaan bersama-sama di bait suci, di situ mereka beribadah dan memuji Tuhan. Oleh itu, kita menyatakan segala perasaan di hadirat Tuhan melalui nyanyian kidung, berdoa demi mencari ajaran Tuhan dan berkhutbah.

Beribadah kepada Tuhan merupakan makna kebaktian. Setiap orang ada perasaan yang berbeza di hadirat Tuhan, begitu juga Tuhan ada kehendak-Nya yang berlainan atas setiap orang, inilah persoalan yang rahsia. Bagaimanakah mencapai tahap ini dalam satu kebaktian dengan semua orang mendengarkan firman yang sama? Kesaksian kita berbunyi, ‘‘Roh Kudus bagaikan pedang bermata dua dan Tuhanlah yang Maha Tahu. Melalui pendengaran khutbah, kita menjadi berkekuatan untuk menyanyi kidung dan berdoa. Demikianlah pekerjaan Roh Kudus menyatakan rahsia ini.

Satu objek simbolik yang digunakan pada zaman perjanjian lama untuk menyatakan ibadah terhadap Tuhan ialah ‘mezbah’. Para umat yang memegang perayaan di bait suci perlulah mempersembahkan korban di atas mezbah untuk menyatakan ibadah mereka terhadap Tuhan. Bagi kita, menghadiri kebaktian sama seperti sampai ke atas mezbah, mezbah perlu dinyalakan api agar tidak kehilangan fungsinya, dan kesemua bahan korban perlulah habis dibakar dengan api agar ia tidak mengotorkan mezbah. Apakah semangat yang ditunjukkan?

Kebaktian perlulah ada semangat mezbah, barulah ada pengalaman dan mendapat bukti dalam hal beribadah kepada Tuhan.

b. Kebaktian adalah untuk Melayani Tuhan

Perjanjian baru terus-menerus menitikberatkan ‘pelayanan’. Sama seperti Tuhan Yesus dilahirkan untuk melayani (Luk 2:28-33, Mat 20:28). Disebabkan adanya penebusan Tuhan, barulah kita ada peluang datang menghadiri kebaktian di gereja dan mendapat pelayanan-Nya, iaitu rahsia penebusan kerana Tuhan menyatakan janji-Nya melalui jemaat (Ef 3:8-11).

Kebaktian bertujuan untuk melayani Tuhan. Perjanjian baru menggunakan ‘kayu salib’ untuk menjelaskan maksud pelayanan. Penyempurnaan rohani dan pelayanan peribadi Paulus merangkumi semangat kayu salib (Gal 2:20, 5:24; Kis 20:23-24). Oleh itu, Tuhan telah menyatakan kekuasaan-Nya di merata tempat melalui Paulus untuk membangunkan manusia. Perlulah kita mendapat pelayanan Tuhan terlebih dahulu supaya hati kita tergerak lalu mendapat kekuatan untuk melayani Tuhan dan manusia (kayu salib).

Menyanyi kidung, berdoa dan membaca Alkitab merupakan tiga kerja utama dalam kebaktian dan melalui kebaktian kita melayani Tuhan. Oleh itu, kita haruslah menghormati tiga perkara ini dan menerima pelayanan Tuhan melalui nyanyian kidung, doa dan pembacaan alkitab. Dengan itu, sudah pasti kita akan tergerak untuk mencontohi Kristus dan melayani semua orang.

Apakah sikap kita dalam menghadiri kebaktian pada hari ini?

 

3. Beberapa Konsep Kebaktian

Pembelian bangunan gereja bertujuan untuk menjaga jiwa rohani para pemercaya. Kebaktian merupakan caranya, jika tidak berkebaktian, maka tidak bergunalah bangunan gereja itu.

Pada kebiasaan adanya kebaktian malam, kebaktian Hari Sabat, Kebaktian Kebangunan Rohani, Kebaktian Kebangunan Murid-murid, kebaktian khas dan sebagainya. Kita patut menjadikan beberapa jenis kebaktian ini sebagai ‘Kata Nama Khas’ dalam budaya gereja dan mengekalkannya bersama-sama supaya mendirikan imej kita dalam masyarakat. Huraian ringkas tentang konsep beberapa jenis kebaktian ini seperti berikut:

a. Kebaktian Malam

Kebaktian malam pada masa sekarang merangkumi kebaktian membaca alkitab, kebaktian nyanyi kidung dan berdoa, kebaktian berkhutbah. Pengaturan sedemikian timbul seiring dengan keperluan zaman. Semangat inisiatif memainkan peranan yang amat penting dalam kedua-dua kebaktian membaca alkitab serta kebaktian nyanyi kidung dan doa, yakni inisiatif untuk belajar menerima ajaran Tuhan dari Alkitab dan belajar menyelidiki diri melalui nyanyian kidung dan berdoa untuk meluahkan berbagai-bagai perasaan di hadirat Tuhan.

Pada zaman awal kebaktian digelar sebagai ‘latihan’. Pada waktu itu, ‘pertaubatan’ dan ‘kesyukuran’ merupakan dua permintaan penting dalam latihan. Namun, cara kebaktian hari ini telah berubah dan ditambahkan dengan pembelajaran untuk ‘menerima secara inisiatif’.

Kebaktian dalam gereja pada zaman awal dilihat dengan serius, sama seperti memasuki khemah pertemuan, mereka juga memimpin kidung sebelum kebaktian untuk menyediakan hati demikian. Pemercaya tidak berani lewat dan semuanya begitu teratur sehinggakan kebaktian menjadi mantap, dengan itu secara spontannya timbullah kesukacitaan. Demikianlah dalam keadaan yang biasa para pemercaya dibangunkan.

b. Kebaktian Hari Sabat

Demikianlah diselesaikan langit dan bumi dan segala isinya. Ketika Allah telah menyelesaikan pekerjaan yang dibuat-Nya itu pada hari ketujuh, berhentilah Ia pada hari ketujuh dari segala pekerjaan yang telah dibuat-Nya itu. Lalu Allah memberkati hari ketujuh itu dan menguduskannya (Kej 2:1-3). Tuhan telah menetapkannya sebagai firman yang keempat (Kel 20:8-11).

Hari Sabat terkandung dalam kehendak Tuhan, ia merupakan kebaktian pada hari kudus dan tanda kehidupan umat Kristian. Terdapat kira-kira empat peringkat perkembangan bagi kehendak yang dinyatakan oleh Hari Sabat dari zaman asli dalam Kejadian sampai zaman hukum taurat, zaman anugerah dan zaman kedatangan semula Yesus Kristus. Pengkajian cara dan peralihan yang terkandung di dalamnya pasti akan menjadikan kita lebih kukuh dalam Hari Sabat pada hari ini. Sekiranya semangat Hari Sabat bergoyah, maka sejarah Alkitab akan menggelarnya sebagai jemaat telah berubah/ merosak.

Hari Sabat mengandungi rahsia penebusan. Ringkasnya, dengan memegang Hari Sabat pada hari ini, kita dapat memahami anugerah istirahat kelak yang dijanjikan Tuhan. Malah kita perlu masuk ke dalam perhentian pada Hari Sabat sama seperti Allah berhenti dari pekerjaan-Nya (Ibr 4:10-11). Pihak gereja telah menetapkannya sebagai salah satu doktrin agama, di sini ternyatalah ketegasannya.

c. Kebaktian Kebangunan Rohani

Mengapakah wujud nama ‘Kebaktian Kebangunan Rohani’ ini? Terdapat begitu banyak denominasi agama Kristian, namun hanya Gereja Yesus Benar yang ada.

Ada beberapa ayat sedemikian pada zaman awal, ‘Kebaktian Kebangunan Rohani telah diasaskan berdasarkan semangat Gereja Pembetul Segala Bangsa dan amanat untuk memulihkan jemaat pada zaman rasul. Melalui penjelasan kebenaran, karunia roh dinyatakan sehingga menarik ramai orang berbalik kepada Tuhan dan membangunkan pemercaya di dalam Tuhan.’ Berdasarkan pengalaman golongan senior, Kebaktian Kebangunan Rohani merupakan masa yang paling sensitif dalam pemulihan jemaat, dan dianggap sebagai perayaan Tuhan yang serius. Pengalaman dari segi perang rohani juga paling banyak dialami semasa Kebaktian Kebangunan Rohani.

Kesaksian dalam Kebaktian Kebangunan Rohani tentang permohonan karunia roh supaya berkekuatan untuk mengalahkan kesusahan sangat banyak. Oleh itu, setiap pemercaya amat mengharapkan ketibaan Kebaktian Kebangunan Rohani ini. Kenapa ia menjadi lemah pada hari ini? Sebab telah kehilangan makna dalam sejarah! Generasi ini perlulah menanggung masalah ini dan menghalang kelemahan ini daripada berterusan.

Telahpun Kebaktian Kebangunan Rohani digelarkan sebagai perayaan Tuhan, maka perlulah memusatkan Tuhan dan tidak boleh mengubah cara dalam segala kerja disebabkan menuruti kelemahan manusia.

d. Kebaktian Kebangunan Rohani Murid-murid

Diadakan bertujuan untuk membangunkan penyempurnaan rohani generasi akan datang. Sekiranya murid-murid tidak menerima kesukacitaan daripada penyempurnaan rohani, maka besarlah krisis dalam perkembangan gereja. Melalui Kebaktian Kebangunan Rohani, murid- murid dipimpin untuk mengalami kesukacitaan dalam nyanyian kidung, doa dan pembacaan alkitab supaya para murid mendapat pembangunan.

Pada mulanya ia digelar ‘Kebaktian Kebangunan Rohani Belia’, setiap orang mendapat kesukacitaan daripada nyanyian kidung, doa dan pembacaan alkitab. Kebaktian Kebangunan Rohani Belia ini juga merupakan masa latihan yang amat penting bagi para belia untuk melibatkan diri dalam kerja suci gereja. Setiap mereka mendapat pembangunan dalam kerohanian serta sedar akan amanat masing-masing. Dengan cara itulah para belia dipimpin untuk membantu kerja suci di gereja tempatan masing-masing, demikianlah pemulihan dalam kerja pendidikan agama.

Setelah aktiviti diselitkan dalam Kebaktian Kebangunan Rohani murid-murid, pimpinan dalam penyempurnaan rohani seakan-akan telah dikurangkan. Perubahan dalam dasar pendidikan sekolah telah mempengaruhi Kebaktian Kebangunan Rohani murid-murid secara langsung dan menyebabkan bilangan peserta semakin berkurangan. Pihak penganjur tidak berani memperkukuh penyempurnaan rohani kerana takut akan bilangan peserta yang semakin sedikit, keadaan ini telah menjadikan Kebaktian Kebangunan Rohani hanyalah satu aktiviti murid pada masa cuti.

Sekarang asalkan ada suasana yang bersifat emosional maka akan dikatakan sukacita rohani dan membangun, ia sama sekali berbeza dengan keadaan pada masa dulu. Semoga Tuhan memimpin dan menambahkan kekuatan hati kita agar motivasi atas kerohanian kita dapat dipertingkat.

e. Kebaktian Khas

Dalam gereja kita adanya kursus latihan, seminar, kebaktian khas akhir tahun pendidikan agama, upacara pembukaan, persahabatan bagi kumpulan lawatan, persekutuan, upacara pernikahan, upacara pengebumian dan sebagainya, kesemua ini merupakan kebaktian khas. Pengaturan tugas adalah berdasarkan tema dan sifat setiap kerja tersebut dan dirancang oleh AJK eksekutif gereja.

Gereja melakukan kerja yang patut dilakukannya. Sifat yang sama bagi semua kerja dalam gereja ialah kesolehan. Terdapatnya sifat dan keadaan yang berlainan pada setiap kebaktian khas ini, maka dengan cara inilah kita melatih kesolehan kita supaya kelakuan soleh itu tidak hanya wujud di satu keadaan sahaja.

 

4. Renungan Buat Masa Kini

Kebaktian biasa pada masa sekarang semakin longgar dan pemercaya selalu datang lambat, dengan itu hati yang soleh tidak mudah terpelihara pada hari-hari biasa bahkan mempengaruhi kebaktian yang lain. Konsep penyempurnaan rohani semakin berubah dan hati yang menghauskan Roh Kudus juga kian lemah. Disebabkan keadaan longgar dalam kebaktian malam biasa, keadaan ini telah mempengaruhi seluruh gereja.

Satu-satunya matlamat dalam kerja penggembalaan ialah pembangunan jiwa rohani. Ia merupakan projek kehidupan, dan pembangunan kehidupan ini bukannya secara kebetulan, melainkan usaha pada hari biasa merupakan faktor terpenting. Jiwa rohani pasti merosot jika kurangnya kebaktian biasa, dan sudah pasti tiada pengalaman akan pembaharuan hidup, dan juga tidak berdaya untuk menentang kejutan arus. Dengan demikian, gambar dan rupa umat Kristian akan diseret oleh arus dunia dengan cepatnya.

Zaman semakin kompleks dan pukulan dasar masyarakat terhadap gereja semakin besar. Oleh itu, kita mestilah memiliki penyempurnaan rohani yang lebih baik dan memahami ajaran tentang kebenaran supaya budaya unik gereja dapat terpelihara. Diharapkan generasi kita ini dapat menghargai kebaktian untuk membangunkan jiwa rohani.

 

5. Kesimpulan

Harus kuatkan hati yang menerima didikan pada hari ini serta belajar semangat memungut manna dan jelai, supaya penyempurnaan rohani kita sekali lagi dapat dikobarkan.

Setiap kebaktian akan mengandungi sekurang-kurangnya satu perang rohani, jika kurangnya konsep tentang perang rohani, kita akan mudah dilukai kerana masalah gereja.

Alkitab mengatakan, janganlah kita menjauhkan diri dari pertemuan-pertemuan ibadah kita, seperti dibiasakan oleh beberapa orang, tetapi marilah kita saling menasihati, dan semakin giat melakukannya menjelang hari Tuhan yang mendekat.

Perkara-perkara Komunikasi:

1. Kemukakan satu perkara atau satu ayat yang memberi gambaran yang paling dalam kepada kamu dalam kebaktian untuk dikongsi bersama.
2. Bagaimana untuk berhadapan dengan kehidupan kepercayaan sendiri?

Hari Sabat
| |

Hari Sabat

Sebilangan besar umat kristian pergi ke gereja beribadah kepada Tuhan pada hari Ahad, manakala ada sebahagian orang pula berehat pada hari Sabtu (Hari Sabat) untuk beribadah kepada Tuhan. Namun, mengapakah gereja kita tidak mengikuti kebanyakkan gereja memperingati hari Sabat pada hari Ahad? Marilah kita menyelidikinya:

A. Asal-usul dan tujuan hari Sabat:

1. Asal-usul hari Sabat dan penubuhannya.

a. Asal-usul hari Sabat:
i. Tuhan mencipta alam semesta dalam masa 6 hari, lalu berhentilah Ia pada hari ketujuh dari segala pekerjaan yang telah dibuatNya itu. Tuhan memberkati hari ketujuh itu dan menguduskannya. Ini adalah asal usul hari Sabat dan juga makna yang diberi Tuhan terhadap hari Sabat, serta mengingatkan manusia supaya memperingati dan menurutinya (Kej 12:1-3).

b. Proses penetapannya:
i. Semasa penciptaan, Tuhan memberkati hari ketujuh dan menguduskannya (Kej 2:3; Kel 20:8-11). Oleh yang demikian, hari Sabat telah ditetapkan oleh Tuhan sebelum hukum Taurat.
ii. Dinyatakan semula di padang gurun Sin: Manna adalah makanan utama bagi umat. Mereka memungutnya mengikut keperluan tiap-tiap orang pada setiap pagi. Apabila matahari terik, maka manna akan menjadi cair. Pada hari yang keenam pula, mereka akan memungut roti itu dua kali lipat banyaknya, dua gomer untuk tiap-tiap orang, sebab Musa berkata kepada mereka : Inilah yang dimaksudkan Tuhan, “besok adalah hari perhentian penuh, Sabat yang kudus bagi Tuhan.” Dengan itu umat berehat pada hari yang ketujuh (Kej 16:21-30).
iii. Kesepuluh firman adalah hukum yang ditulis oleh jari Tuhan ke atas loh batu dan tetap tidak akan berubah buat selama-lamanya. Tuhan telah menyenaraikan hal memperingati hari Sabat sebagai hukum yang keempat di atas gunung Sinai. Oleh itu, kita harus memperingati hari Sabat dan menguduskannya (Kel 20:8-11).

 

2. Tujuan Tuhan mengadakan hari Sabat:

Tuhan Yesus berkata : “Hari Sabat diadakan untuk manusia,” (Mrk 2:27). Tujuannya adalah supaya manusia mendapat kebaikan. Berdasarkan kajian Alkitab, kita dapat mengetahui ada beberapa tujuan Tuhan mengadakan hari Sabat:

a. Agar manusia memperingati penciptaan Tuhan (Kel 20:8-11):

Apabila langit dan bumi dan segala isinya siap dicipta-Nya, maka selesailah kerja penciptaan Tuhan, dan berhentilah Dia pada hari ketujuh dari segala pekerjaan yang telah dibuatNya itu. Lalu Tuhan memberkati hari ketujuh dan menguduskannya. Tuhan juga menyelitkan hal ini dalam kesepuluh firman, agar manusia memperingati kerja penciptaanNya.

b. Membolehkan seseorang menikmati kelegaan jasmani dan batin (Kel 23:12) :

Manusia tidak sama dengan Tuhan. Tuhan tidak lelah, lesu, dan juga tidak perlu rehat, tetapi manusia yang hidup dalam daging dan darah masih mempunyai kekurangan dan kelemahan jasmani. Tuhan mengasihi manusia. Oleh sebab itu, Dia bertimbang rasa atas kelemahan dan batasan kita, lalu menetapkan hari Sabat agar manusia mendapat kelegaan. Dalam Perjanjian Lama, ternakan-ternakan juga perlu beristirehat, hamba- hamba mendapat kelegaan supaya dapat berehat dengan sepenuhnya demi menempuh jalan yang lebih jauh. Jadi, begitu besarnya kasih Tuhan kepada kita yang dapat kita lihat dari penjagaan-Nya yang rapi ke atas diri kita dalam hal ini.

c. Agar manusia memperingati anugerah keselamatan Tuhan (Ul 5:15):

Di atas gunung kudus, Tuhan khususnya menghendaki umatNya memperingati bagaiamana Dia membawa mereka keluar dari rumah perbudakan, iaitu Mesir dengan tangan yang kuat dan lengan yang teracung. Dengan itu, Tuhan memerintah supaya merayakan hari Sabat, agar mereka memperingati anugerah penyelamatan Tuhan. Bagi pemercaya- pemercaya dalam Perjanjian Baru pula, mereka lebih-lebih lagi harus memperingati kasih karunia Tuhan Yesus yang menumpahkan darah-Nya untuk menebus dosa pada hari kudus ini (2 Kor 5:14-15).

d. Agar manusia mengetahui bahawa Tuhan yang menguduskan manusia (Yeh 20:12):

Menguduskan hari Sabat adalah suatu bukti di antara umat pilihan dengan Tuhan kerana Dia adalah Tuhan yang kudus. Kehendak Tuhan adalah supaya kita menjadi kudus, menjauhi percabulan, sentiasa mengejar kekudusan dalam kerohanian (I Tes 4:3; Ibr 12:14).

e. Supaya seseorang menaruh pengharapan terhadap perhentian di Syurga (Ibr 4:9-10):

Kerana seluruh makhluk telah ditaklukkan kepada kesia-siaan, bukan menurut kehendaknya sendiri, tetapi dikehendaki Tuhan. Oleh itu, makhluk itu sendiri juga berpengharapan agar dimerdekakan dari perbudakan kebinasaan dan masuk ke dalam kemerdekaan kemuliaan anak-anak Tuhan (Rm 8:20-23). Kita telah memiliki janji ini. Oleh itu, kita harus memegang hari kudus, menantikan kedatangan Tuhan untuk membawa kita ke dalam perhentian yang kekal.

 

B. Umat kristian harus memperingati hari Sabat

Perlukah umat Kristian zaman Perjanjian Baru memperingati hari Sabat? Hal ini hangat dibincangkan oleh ramai orang. Berdasarkan pengajaran Kitab, kita akan mengkaji mengapa umat Kristian harus memperingati hari Sabat:

1. Kesilapan tidak memperingati hari Sabat bagi kebanyakan gereja.

Kini ada satu golongan orang memperingatinya pada hari Ahad. Mereka menganggap adalah tidak perlu memperingati hari Sabat seperti orang-orang Yahudi. Berikut disenaraikan suatu perbandingan di antara alasan-alasan yang dikemukakan dengan pandangan dari sudut Alkitab:

a. Bagi mereka, hari Sabat adalah yang diberikan untuk orang-orang Yahudi dan tidak berkait langsung dengan umat Kristian, namun Alkitab memberitahu kita:

i. Yesus berkata: ”Hari Sabat diadakan untuk manusia.” (Mrk 2:27). Sudahpun adalah untuk manusia, apakah hanya untuk orang Yahudi saja?
ii. Orang kafir juga berhak menikmati anugerah hari Sabat (Yes 56:2-9).
iii. Tuhan juga adalah Tuhan bagi orang kafir, bagaimana boleh dikatakan orang kafir tidak perlu memperingati Tuhan? (Rm 3:29).
iv. Tuhan mengulangi wahyu tentang hari Sabat kepada orang Yahudi, bertujuan agar disampaikan titah Tuhan melalui mereka (Rm 3:1-2).

b. Mereka beranggapan bahawa sudahpun umat Kristian diselamatkan oleh anugerah, maka tidak perlu lagi memegang hukum taurat. Tambahannya, hari Sabat adalah hukum Taurat dan ianya adalah bayangan (gambaran) untuk hal-hal yang akan datang. Jadi, umat Kristian tidak perlu memegang hari Sabat, namun Alkitab memberitahu kita:

i. Diselamatkan dalam darahNya kerana iman (Rm 3:25).
ii. Umat Kristian yang hidup dalam anugerah tidak boleh membatalkan hukum Taurat, sebaliknya harus meneguhkannya (Rm 3:31; 6:15).
iii. Yesus berkata: “Tetapi jikalau engkau ingin masuk ke dalam hidup, turutilah segala perintah Tuhan.” (Mat 19:17). Perintah Tuhan tidak akan batal selama-lamanya.

Orang-orang yang hidup dalam anugerah lebih-lebih lagi harus memegangnya dengan lebih sempurna (Mat 5:17-19, 21-28; I Kor 7:19).

c. Mereka menganggap tidak adanya perbezaan di antara hari Sabat dalam hukum Taurat dan hari Sabat dalam anugerah. Mereka menyangka tindakan Tuhan Yesus menyembuhkan penyakit pada hari Sabat itu telah membatalkan hari Sabat (Yoh 9:13-16). Namun, Alkitab memberitahu kita:

i. Hari Sabat dalam hukum Taurat yang diumumkan oleh Musa pada zaman hukum Taurat telah pun tamat berikutan dengan kedatangan Kristus (Luk 16:16; Rm 10:4). Disebabkan Kristus adalah penggenapan hukum taurat, maka orang-orang yang ditebus oleh Kristus tidak lagi hidup dalam hukum Taurat melainkan dalam anugerah. Oleh itu, Hari Sabat yang dirayakan dalam Kristus adalah hari Sabat dalam anugerah.
ii. Walaupun masa bagi hari Sabat dalam hukum Taurat dan hari Sabat dalam anugerah adalah sama, namun makna dan cara memegangnya adalah berlainan. Terdapat banyak sekali larangan bagi Hari Sabat dalam hukum Taurat. Contohnya: Jangan melakukan pekerjaan pada hari Sabat (Kel 20:10). Tidak boleh memasang api di tempat kediaman (Kel 31:12-13). Bahkan telah ditetapkan jarak perjalanan mengikut ketetapan yang telah ditentukan (kira-kira 1 km) (Kis 1:12). Hari Sabat dalam anugerah pula berada di bawah anugerah. Jadi, cara minum dan makan serta cara memegang hari Sabat tidak lagi dikekang oleh hukum Taurat. Makna Hari Sabat dalam anugerah adalah untuk menikmati anugerah, bahkan hati penuh dengan kebebasan, kesukacitaan dan damai sejahtera (Mat 12:1-8).
iii. Orang-orang yang menikmati hari Sabat dalam anugerah ini sama seperti keadaan di dalam Taman Eden, tidak ada ketakutan melainkan menikmati anugerah Tuhan dengan penuh keriangan. Oleh itu, kita boleh mengurus kerja-kerja suci, melakukan kebajikan memberitakan Injil dan menyembuhkan penyakit pada hari Sabat agar manusia benar-benar menikmati kelegaan jasmani, batin dan jiwa. Oleh yang demikian, umat Kristian harus memperingati hari Sabat kerana Yesus Kristus juga memperingati hari Sabat (Luk 4:16). Begitu juga rasul-rasul, mereka juga memperingati hari Sabat (Kis 13:14, 44).

 

C. Bagaimana memegang hari Sabat?

Sudahpun diketahui bahawa memegang hari Sabat adalah perbuatan yang tepat dan diberkati Tuhan, dan ia juga adalah perintah yang ditetapkan oleh Tuhan. Oleh yang demikian, bagaimana pula memegang hari Sabat?

1. Mengetepikan hal-hal duniawi (Yes 58:13)

Pada masa lalu, disebabkan umat Yahudi tidak memegang hari Sabat, maka akhirnya negara mereka ditumpaskan dan dibinasakan bahkan ditawan ke negara asing. Nabi Yesaya telah menyampaikan amaran, menegaskan bahawa Tuhan amat mengutamakan hal memperingati hari Sabat oleh umatNya, bahkan berpesan kepada mereka agar mengetepikan segala urusan duniawi: “Apabila engkau tidak menginjak-injak hukum Sabat dan tidak melakukan urusanmu pada hari kudusKu, apabila engkau menyebutnya hari Sabat hari kenikmatan dan hari kudus Tuhan hari yang mulia, apabila engkau menghormatinya dengan tidak menjalankan segala acaramu dan dengan tidak mengurus urusanmu atau berkata omong kosong, maka engkau akan bersenang-senang kerana Tuhan, dan Aku akan membuat engkau melintasi puncak bukit-bukit di bumi dengan kenderaan kemenangan, Aku akan memberi makan engkau dari milik pusaka Yakub, bapa leluhurmu, sebab mulut Tuhanlah yang mengatakannya.” Pada hari ini, sungguhoun kita mungkin tidak dapat mengetepikan hal-hal duniawi dengan sepenuhnya atas sebab batasan jasmani dan pekerjaan, misalnya menjalankan tugas seharian atau pergi ke sekolah, namun cubalah sedaya upaya meluangkan masa menghadiri kebaktian. Jika bekerja sendiri, hendaklah kita mengagihkan masa kita untuk menghadiri kebaktian. Sekiranya tidak dapat mengetepikan urusan duniawi, hati kita juga harus bersyukur kepada Tuhan dan menghormati-Nya serta menguduskan hari Sabat dalam batin kita.

2. Menghadiri pertemuan kudus (Im 23:3; Luk 4:16; Kis 13:44)

Alkitab memberitahu kita: “Enam hari lamanya boleh melakukan pekerjaan , tetapi pada hari yang ketujuh ada Sabat, hari perhentian penuh, yakni hari pertemuan kudus (Im 23:3). Pada hari kudus ini, pemercaya harus menghadiri kebaktian, mendengar firman Tuhan dengan hati yang tenang, berdoa dan beribadah kepada Tuhan (Kis 13:44; 16:13). Pada hari kudus ini, kita harus memperingati Tuhan sebagai pencipta dan memperingati anugerah penebusan Tuhan Yesus yang agung ini, serta saling mendorong dengan kasih Tuhan. Kita juga harus hidup dalam kasih Tuhan, membangunkan diri sendiri dalam kebenaran yang kudus, mengejar kekudusan agar dapat melihat Tuhan serta menaruh pengharapan terhadap hari perhentian yang kekal di Syurga. Di samping itu, kita tidak putus-putus menyedarkan diri sendiri agar tidak melupakan anugerah Tuhan dengan menghadiri kebaktian, sama seperti kata dorongan pengarang Ibrani “Kerana itu marilah kita menghadap Tuhan dengan hati yang tulus ikhlas dan keyakinan iman yang teguh, dan teguh berpegang pada pengakuan tentang pengharapan kita, sebab Ia, yang menjanjikannya, setia. Dan marilah kita saling memperhatikan supaya kita saling mendorong dalam kasih dari pertemuan-prtemuan ibadah kita, seperti dibiasakan oleh beberapa orang, tetapi marilah kita saling menasihati, dan semakin giat melakukannya menjelang hari Tuhan yang mendekat.” (Ibr 10:22-25).

3. Memberitakan injil dan melakukan kebajikan (Mrk 1:21; 3:4-5; Kis 18:4; 16:13).

Hari Sabat dipegang dengan begitu ketat dalam hukum Taurat. Umat pilihan pada Perjanjian Lama tidak memperingati hari Sabat, akhirnya menyebabkan mereka ditawan oleh bangsa asing sehinggalah Tuhan mengembalikan mereka ke tanah kudus, barulah mereka memegang hari Sabat dengan penuh serius. Menjelang Perjanjian Baru, Tuhan Yesus menjelaskan: “Hari Sabat diadakan untuk manusia supaya manusia menikmati kelegaan jasmani dan batiniah.” Dengan itu, hari Sabat dipegang bukan menuruti ketetapan dan peraturan yang lama dengan ketat sehingga merupakan inti atau makna sebenarnya. Oleh itu, Tuhan Yesus telah menerangkan bahawa adalah diperbolehkan untuk memberitakan injil dan menyelamatkan manusia pada hari Sabat. Kita patut mengikuti teladan yang diberikan Tuhan, iaitu memberitakan Injil, membantu/ menyembuhkan yang sakit dan tetap setia terhadap Tuhan.

Rumusan:

Kita selaku seorang pelajar, sibuk dalam pelajaran kita pada hari-hari biasa. Walaupun telah meluangkan masa menghadiri kebaktian malam dengan sedaya-upaya, namun kemungkinan tidak sering. Oleh itu, kita lebih-lebih lagi patut mempergunakan masa rehat selepas belajar di sekolah pada hari Sabtu untuk menghadiri kebaktian dan mendengar firman Tuhan demi memantapkan lagi intelek rohani dan makanan rohani. Di samping itu, kita juga dapat menyertai pelbagai kerja suci dan mungkin berpeluang memimpin kawan-kawan sekolah menghadiri kebaktian di gereja agar mereka juga berpeluang mendengar injil. Jadi, bolehlah kita menjalankan kewajiban kita sebagai seorang penginjil muda. Kita juga terasa bahawa berehat adalah untuk perjalanan yang lebih jauh. Melalui hari Sabat, jasmani dan rohani kita juga beroleh istirehat, dan membolehkan kita bersukacita dalam rohani dan menikmati hari Sabat.

Kesedaran Diri dalam Perang Rohani
| |

Kesedaran Diri dalam Perang Rohani

Kesedaran Diri dalam Perang Rohani

Setelah corak kehidupan berubah, banyak pemikiran dan konsep penilaian manusia juga turut berubah. Dalam keadaan yang dimabuk oleh kehidupan materialistik ini, manusia semakin mementingkan perasaan ego. Lambat-laun, mereka semakin tidak ada kekuatan untuk mengalahkan diri sendiri dan kerohanian manusia juga semakin lenyap.

Perang rohani adalah perkara yang dihadapi bersama oleh setiap orang dalam perjalanan hidup. Bagi golongan bukan umat Kristian, dalam hal dari segi ini, mereka akan menguruskannya dengan terus menggunakan cara adat-istiadat tradisional dan memandang hal ini dengan berdasarkan rahsia cerita kuasa ghaib. Namun dari segi ini, umat Kristian boleh mendapat cara yang tepat dan jelas melalui pimpinan Alkitab untuk menghadapi perang rohani, malahan juga dapat merangsangkan hikmat yang lebih mendalam dari batin untuk mendirikan hubungan yang lebih intim dengan Tuhan melalui pimpinan alkitab tersebut.

Haruslah ingat bahawa perang rohani wujud di setiap sudut. Sekiranya tidak berjaga-jaga, akan membazirkan banyak masa, tenaga dan semangat. Jika kurang kesedaran diri dalam perang rohani, ia akan menjadikan kelakuan kita terpesong apabila berhadapan dengan masalah gereja; namun sekiranya boleh ingat, sama seperti apa yang dikatakan Paulus: Allah turut bekerja dalam segala sesuatu, kita akan mendapat kebaikannya tidak kira apa saja tahap kita berada.

1. Membincang akan Kesedaran Diri

Manusia paling takut akan kekurangan daya untuk menyelidiki diri dalam kehidupan seharian. Dalam kesedaran diri akan perang rohani, haruslah memahami hubungan di antara nyawa dengan Tuhan, perkara ini sungguh mendalam, namun ia dapat dilihat dalam kehidupan yang biasa, contohnya: Mengapakah dalam hati berasa tidak bebas, tidak gembira? Mengapa senantiasa merasakan tidak berdaya untuk mengubah diri? … Kesemua ini adalah masalah ’kehidupan’, ia merupakan hubungan di antara manusia dengan Tuhan.

Iblis adalah musuh segala kebaikan dan roh pendusta. Ia selalu menyamar sebagai malaikat terang untuk merosakkan hubungan di antara manusia dengan Tuhan. Oleh itu, ada tiga perkara yang perlu dibincangkan dari segi kesedaran diri.

a. Melawan roh-roh jahat di udara

Perang rohani bukan saja melawan nafsu diri sendiri, malahan melawan roh-roh jahat di udara (Ef 6:12). Perjuangan kita bukanlah melawan darah dan daging, haruslah bersandar kepada kekuatan kuasa-Nya untuk menjadi seorang yang kuat dan kenakan seluruh perlengkapan senjata Allah supaya dapat melawan Iblis pada hari yang jahat itu.

Janganlah bersandar kepada kebijaksanaan dan kepandaian diri sendiri, melainkan bersandar pada kekuasaan Tuhan. Oleh itu, kita tidak boleh memegahkan diri. Dalam perang rohani, kita tidak boleh menyembunyikan kelemahan diri sendiri, sebaliknya kita harus mengakui dan berdepan dengan kelemahan diri sendiri. Melalui ’pengakuan’, ia membolehkan kita berbalik kepada Tuhan dengan lebih positif dan merasakan kekuatan- Nya yang agung. Cuba lihat Paulus, mengapa dia suka bermegah atas kelemahannya? Ini adalah kerana kuasa besar Tuhan menjadi lebih sempurna di dalam kelemahan manusia.

b. Ia berjalan keliling untuk mencari orang yang dapat ditelannya

Iblis adalah roh, tidak berbentuk dan tidak bertubuh, tidak dibatasi oleh masa dan ruang. Serangannya ke atas kita adalah yang proaktif, ia bukanlah menanti kita secara negatif dan pasif, Ia berjalan keliling untuk mencari sasaran yang dapat ditelannya (I Ptr 5:8).

Contohnya Ayub, Tuhan memuji dia sebagai seorang yang sempurna, jujur, takut akan Allah dan menjauhi kejahatan. Iblis juga berjalan kian ke mari di situ, mencari peluang untuk mendakwa dan menfitnahnya dengan berkata: ”Apakah dengan tidak mendapat apa-apa

Ayub takut akan Allah? Engkau menghulurkan tangan dan menjamah segala yang dipunyainya, ia pasti mengutuki Engkau di hadapan-Mu.” (Ayb1:6-12) Dari sini menunjukkan bahawa si iblis akan mereka peluang untuk menyerang kita. Nampaknya susah untuk mencegah keadaan tersebut buat masa ini.

c. Manusia adalah milik kepada daging

Banyak sekali kelemahan tubuh. Di antara kejayaan adanya kelemahan di dalam kejayaan, di antara kegagalan adanya kelemahan dalam kegagalan. Pada hari-hari biasa juga ada kelemahan dari segi tabiat, ini juga adalah persoalan yang perlu kita sedarkan diri.

Manusia adalah milik kepada daging, telah dijual di bawah kuasa dosa (Rm7:14). Oleh itu, kelemahan daging pada hari ini telah menjadi kuasa si Iblis. Oleh kerana hal ini, Paulus berasa sungguh menderita sehingga putus harapan dan mengeluh: Mengapa kehendak ada di dalamnya, tetapi bukan hal berbuat apa yang baik? Aku, manusia celaka! Siapakah yang akan melepaskan aku dari tubuh maut ini?

Sekiranya kehilangan kasih karunia milik rohani, bukan sahaja bakat kita menjadi kurang bermakna, malahan ia sering kali menjadi alat untuk dipergunakan si iblis. Adakah kamu rela membiarkan bakat kamu terjerumus ke dalam tahap yang sedemikian?

2. Senjata dalam Perang Rohani

Manusia tidak mungkin dapat luput daripada perang rohani kerana sejak dilahirkan manusia sudah pun berada di atas medan peperangan ini. Oleh yang demikian, kita perlu ada senjata. Sekiranya tidak, kita hanya menunggu untuk ditembak mati di situ sahaja.

Seluruh perlengkapan senjata merupakan senjata dalam peperangan (Ef 6:13-17). Kita cuba menggunakan pengalaman hidup untuk memahami perlengkapan senjata ini, kebenaran (tali pinggang), keadilan (baju zirah), injil damai sejahtera (kasut), iman (perisai), keselamatan (ketopong), roh (pedang), apakah kelakuan yang ditunjukkan di sini? Kesemua ini merupakan latihan rohani untuk memuaskan keperluan kehidupan daging dalam hidup yang realistik ini. Pengalaman yang sedemikian, adalah yang khasnya dimiliki oleh umat kristian, malahan juga dalam kesusahan realistik yang sama ini, menghasilkan nilai yang berlainan sepenuhnya dengan sebilangan orang. Sekiranya kurang akan penerimaan ini, seseorang itu akan menjadi umat kristian atas nama sahaja.

Dalam hal keperimanusiaan masa kini, perihal tentang kesedaran diri dari segi peralatan senjata ini, ada tiga perkara yang harus dititikberatkan dengan khas.

a. Hati yang Berjaga-jaga

Adalah sukar bagi manusia untuk mencegah pekerjaan si iblis. Tetapi kita mendapat satu pengalaman di dalam penyempurnaan rohani, iaitu melalui kewaspadaan ini dapat mengisi kekurangan dalam penyempurnaan rohani dan memperoleh pemeliharaan yang ajaib daripada Tuhan.

Mengapakah Tuhan Yesus ingin membawa Petrus, Yakobus dan Yohanes pergi berdoa di Taman Getsemani? Namun mereka tertidur di situ pula, telah mensia-siakan kepercayaan dan harapan Tuhan Yesus terhadap mereka. Pada ketika itu, Tuhan Yesus berkata: ”berjaga-jagalah dan berdoalah, supaya kamu jangan jatuh ke dalam pencobaan: roh memang penurut, tetapi daging lemah.” (Mat 26:41)

Dosa yang tersembunyi selalu beragi dalam hati manusia (Maz19:12-13, 90:8), ini adalah cabaran yang besar dalam hal kewaspadaan. Kita haruslah mempelajari pujangga, senantiasa mempunyai hati yang berhadapan dengan Tuhan. Walaupun tidak diketahui, tetapi mengakui kejahatan yang tersembunyi ini di hadirat Tuhan agar ia tidak beragi.

b. Hati yang Taat

Walaupun hidup dalam darah daging dan bertindak menurut darah daging, namun senjata kami bukanlah milik kepada darah daging, melainkan senjata yang diperlengkapi dengan kuasa Allah, barulah boleh meruntuhkan benteng-benteng si iblis dan merampas balik orang yang membiarkan dirinya ditawan oleh si iblis. Tuhan akan menunjukkan keadilan-Nya pada waktu ketaatan kita telah menjadi sempurna (II Kor 10:3-6). Sewaktu kita mentaati dengan sepenuhnya, itulah waktu di mana Tuhan akan berperang bagi pihak kita.

Dalam kehidupan kita mendapat satu pengalaman. Latihan dalam ketaatan membantu diri kita untuk menembusi tabiat yang lama dan memasuki ke dalam tahap pembaharuan yang menyeluruh. Oleh kerana terdapat banyak hal yang tidak dapat difahami dan diterima dalam hari-hari yang telah dilalui itu, hanyalah dengan bersandar pada ketaatan yang berterusan itu, setelah melalui suatu tempoh waktu lalu mengimbas kembali, barulah mendapati jejak langkah yang dipimpin oleh Tuhan, walaupun proses itu sungguh menderita, namun kesudahannya adalah begitu indah yang melampaui jangkaan manusia.

Melihat daripada (II Kor 10: 3-6), ketaatan merupakan senjata untuk berperang. Oleh itu, ketaatan bukanlah tunduk kepada nasib secara negatif, tetapi ia merupakan suatu tanggungan dalam perjuangan.

c. Hati yang Tenang

Dalam zaman yang berubah-ubah, ditambah pula dengan kematangan budaya, menyebabkan manusia tidak mampu untuk menjadi tenang. Maka banyak sekali hal tentang perlaksanaan sesuatu perkara, sering kali menjadi tidak bersungguh-sungguh, hanyalah berjuang secara darah daging sahaja.

Tinggal tenang dan percaya terletak kekuatanmu (Yes 30:15). Sekiranya tidak ada kekuatan, bagaimana dapat berperang? Untuk belajar menjadi tenang dapat dilihat daripada perempuan Sunem dalam hal mengurus kematian anaknya:
• Latihan yang tersembunyi- menempatkan anaknya di dalam bilik nabi.
• Perpaling kepada Tuhan dengan sepenuh hati – Walaupun suaminya curiga, dia tetap bergegas ke Gunung Karmel dengan sepenuh hati sampailah dia berjumpa dengan abdi Allah (II Raj 4:18-25).

Jadi tenang bukanlah bermaksud duduk mendiamkan diri tanpa berkata-kata, melainkan memiliki sifat yang ingin belajar pada ketika itu. Hati yang tenang menyegarkan tubuh (Ams
14:30). Ini adalah pengambilberatan Tuhan terhadap manusia, dari segi kelemahan tubuh jasmani manusia, tubuh jasmnai yang tidak tenteram akan menyebabkan kesukaran untuk memiliki kehidupan iman kepercayaan yang stabil. Melalui ’ketenangan’ untuk memenuhi hidup dalam tubuh jasmani, ini juga merupakan contoh yang menunjukkan latihan yang milik rohani bagi memenuhi keperluan tubuh jasmani yang realistik. Kelemahan tubuh jasmani bagi seorang yang dapat ’tenang’ tidak akan menjadi peralatan si iblis.

Dalam kehidupan materialistik yang berkelimpahan ini, hati manusia telah menjadi kebas; jejak langkah manusia juga dikacau-bilaukan di bawah perubahan aliran pemikiran, keadaan ini menyebabkan banyak perkara penyempurnaan rohani telah menjadi bentuk formaliti. Contohnya, latihan tentang berjaga-jaga, mentaati dan menenangkan diri cuma adalah beberapa peraturan tentang kesedaran yang bersifat keagamaan sahaja. Penyempurnaan rohani yang sedemikian adalah tidak bernyawa, bagaimanakah dapat melawan si iblis?

3. Kesimpulan

Janganlah terlalu cemas, putus asa dan memarahi diri oleh kerana terdapat banyak sekali kelemahan manusia dalam tubuh jasmani. Seseorang yang telah menjadi milik kepada Tuhan, kelemahan tidak akan menjadi raja di dalam hatinya, sebaliknya ia akan menjadi suatu peluang

untuk mengalami penebusan Tuhan. Yesus memberitahu kita supaya kuatkanlah hati kerana Dia telah mengalahkan dunia (Yoh 16:33), Dia telah meniadakan surat hutang yang mengancam kita agar kita dapat bermegah atas kemenangan melalui salib-Nya.

Bangunlah, hai jiwaku, bangunlah, hai gambus dan kecapi (hati yang memuji), aku mau membangunkan fajar! (Maz 57:8). Hari sudah jauh malam, telah hampir siang, sebab itu janganlah tertidur lagi, bangunlah cepat-cepat! Mengapa masih tidak berdiri walaupun sudah berada di medan peperangan?

 

Perkara-perkara komunikasi:

1. Perbincangan tentang pengalaman kehidupan iman kepercayaan
a. Apakah perkara yang meninggalkan imej yang paling mendalam?
b. Bagaimanakah untuk mengharunginya?
c. Adakah pengalaman iman kepercayaan?

2. Bagaimana untuk mengembangkan kehidupan penyempurnaan rohani?
a. Perbuatan yang bersifat dosa ada pada diriku, apakah perkara yang dapat digunakan untuk menjelaskannya?
b. Adakah pengalaman doa seorang diri? Berapa lama? Apakah perasaan?
c. Apakah pengalaman anda terhadap alasan disebabkan ’susah’ maka ’malas’?

Dunia Percintaan Remaja
| |

Dunia Percintaan Remaja

Dunia Percintaan Remaja

Allah mencipta manusia menurut gambar rupa-Nya, dicipta-Nyalah laki-laki dan perempuan, malah diberi-Nya juga “perasaan” pada manusia, membolehkan manusia menikmati segala kegembiraan. Kehendak Allah adalah baik sebenarnya, namun si jahat memanipulasi kelemahan sifat manusia, merosakkan kehendak Tuhan yang baik. Sejak dosa campur tangan dalam percintaan, hati manusia menjadi rosak, maka percintaan itu selalunya tidak seperti yang dihendaki. Perkembangan yang murni sebenarnya merupakan suatu perkara indah yang diberikan Tuhan kepada manusia untuk dinikmati dalam hidupnya. Tetapi banyak kala, ia pula menjadi suatu penderitaan, suatu kegelapan. Kita benar-benar berharap kuasa si jahat dihalau secepat mungkin, supaya orang-orang yang bercinta dapat bersama-sama dengan murni, naturel dan gembira. Moga-moga Tuhan membantu, supaya melalui pelajaran ini, kita dapat merenung kembali.

A. Situasi percintaan remaja dewasa ini

1. Jatuh ke dalamnya tanpa disedari

Pada mulanya cuma bersapa saja, atau pegang tangan dalam aktiviti permainan berkumpulan, atau tanpa disedari duduk di sampingnya. Tanpa disedari pula, di dalam hati asyik memikirkannya.

”Keinginan” remaja. Pada mulanya kendiri tidak rasa apa-apa! Tidak mungkin ! Kiranya ada perasan apa-apa, aku boleh begini, begitu! Siapalah tahu apabila 2 pasang mata bertembung, 2 tangan berjabat… maka lahirlah suatu perasaan yang susah diluahkan, membuat dirinya serba salah, mengapa terjadi begini? Tapi masa ini, tanpa disedari dia sudah jatuh ke dalamnya. Oleh itu, Alkitab mengajar kita elakkan nafsu remaja (II Tim 2:22).

2. Dipengaruhi oleh informasi dan media massa

Pada zaman datuk dan nenek, ternampak paha atau pinggang sudahlah haram. Kini, nampak dada, nampak punggung dianggap sesuatu yang sangat biasa. Papan tanda iklan, di dalam TV, di mana-mana sahaja, penuh dengan imej-imej yang seksi. Wah ! perempuan zaman ini telah menjadi alat komersial. Makin menjolok mata, mana seksi, di situlah bisnesnya lebih baik, dan pelanggannya pun banyak.

Disebabkan mana-mana pun banyak gambaran yang lucah, membuat orang terfikir bahawa semua orang pun sama sahaja. Manusia sebenarnya mempunyai sifat ini. Dalam persekitaran ini, perasaan itu senang dibangkitkan,Yeremia berkata, …..(Rat 3:53-54). Kita sepatutnya mempunyai justifikasi yang matang dan berdikari, tidak wajar terikut-ikut dengan arus dunia secara membuta tuli.

3. Dirangsang oleh ”Mabuk dalam keinginan

Pernah terdengar beberapa orang remaja yang dilamun cinta, dengan mencucurkan air mata meluahkan penderitaan mereka. Kata mereka, ”tak boleh, aku tak dapat meninggalkan dia…” Setelah mendengar perkataan mereka, ingat ada sesuatu yang serius berlaku atas mereka, rupa-rupanya mereka terbelenggu oleh perasaan mereka, seperti lembu yang terheret ke tempat pembantaian, seperti juga orang bodoh diikat dan dibawa untuk menerima hukuman (Ams 7:22-23).

Apabila keinginan seseorang dibangkitkan, itulah masalah ”perasaan”, seperti kereta yang terjun ke dalam curam, sudah tahu akan mati, tapi tak ada daya untuk mengelaknya. Beginilah manusia, justeru para belia harus melatih diri dalam hal penguasaan diri.

(Ayb 31:1). Inilah teladan menangkis godaan. Belia yang tidak ada latihan ini akan menjadi hamba perasaan, terasa tidak bebas dalam kehidupannya.

4. Menerokai perasaan tumbesaran

Zaman ini makanannya sangat lazat, disebabkan khasiat terlalu mencukupi, maka tumbesaran organ-organ pada tubuh manusia juga sangat cepat. Ini menyebabkan pertumbuhan fisiologi kebanyakan orang lebih cepat berbanding pertumbuhan psikologi. Ini bukan matang lebih awal, melainkan merupakan perkembangan “penyakit” masyarakat.

Remaja merupakan peringkat tumbesaran yang paling pesat. Masa ini juga mempunyai banyak faktor emosi, membuat seseorang remaja begitu memberontak. Demi memenuhi kepuasan, berlagak seperti orang dewasa, kadang-kala tangan memegang sepuntung rokok, adakalanya menonton wayang yang dilarang. Kiranya ketika ini, ada seorang kawan, lain jantina, berdiri di samping, nah.. kini aku seorang dewasa. Beginilah caranya remaja berkhayal dan beranggapan, tapi adakah ia percintaan? Namun remaja setuju dengannya.

5. Didominasi oleh perempuan

Pada peringkat remaja, pertumbuhan perempuan lebih cepat. Kedatangan ”haid” akan merangsangkan sifat kewanitaan dalam perempuan. Masa itu, mereka suka gelaran ”ibu muda”. Disebabkan pertumbuhan lelaki lebih lambat, maka kehidupan lelaki pada peringkat ini lebih pasif. Dalam soal percintaan selalunya didominasi oleh perempuan.

Ini hanyalah satu proses, selang beberapa tahun lagi, peranan ini akan terbalik, untuk memenuhi peranan yang diberikan dalam penciptaan Tuhan. Lelaki adalah ”kepala”, perempuan adalah ”tubuh”. Personaliti naturel, stabiliti, menyatakan tujuan Tuhan mencipta manusia. Jadi, peringkat ini, bagaimana perempuan mendapat kepuasan yang relevan (penguasaan diri adalah prinsip yang penting). Bagaimana lelaki mengekalkan ruang untuk pertumbuhannya, menjadi asas perkembangan percintaan.

B. Konsep Alkitab terhadap Percintaan

Masyarakat selalu menggunakan konsep ”lain jantina saling memikat” (konsep magnet) untuk melihat bahawa percintaan adalah sesuatu fenomena yang normal. Pandangan sedemikian dalam perubahan arus pemikiran juga akan melihat perbuatan sumbang sebagai sesuatu yang normal. Kristian harus memahami soal percintaan dari sudut Alkitab, untuk memperbetul nilai konsep percintaan manusia. Berikut dibangkitkan beberapa poin penting merujuk kepada perkara yang harus difahami oleh para remaja:

1. Datangnya dari ciptaanTuhan, tentu ada kehendak Tuhan

Konsep kitab Kejadian merupakan konsep yang harus difahami oleh remaja. Selepas Tuhan mencipta segala-galanya dalam alam semesta ini, lalu mencipta manusia menurut gambar rupa-Nya, dicipta-Nya laki-laki dan perempuan, memberikan tanggungjawab menguruskan segala sesuatu di atas bumi ini kepada manusia (Kej 1:26-28). Demi keperluan ini, Allah berfirman kepada mereka (manusia),” beranak cuculah dan bertambah banyak, penuhi seluruh bumi, kuasai bumi, dan kuasailah segala hidupan di atas muka bumi ini”. ”Beranakcucu dan bertambah banyak” adalah diucapkan Tuhan semasa memberkati manusia. Disebabkan juga Tuhan mahu manusia beranakcucu dan bertambah banyak, maka wujudnya lelaki dan perempuan. Maka di antara lelaki dan perempuan, wujudnya percintaan, supaya lelaki dan perempuan bersatu di dalam percintaan, dan beranakcucu dan bertambah banyak, memenuhi bumi, memerintah ke atas bumi, untuk menyelesaikan misi yang diserahkan oleh Tuhan. Maka, ”percintaan” berasal daripada ciptaan Tuhan, manusia menurut pengaturan Tuhan ini, menyelesaikan misi yang diamanatkan oleh Tuhan, inilah maksudnya warisan nyawa.

Dari sudut Alkitab, betapa sucinya percintaan, kita tidak boleh menjadikan percintaan sebagai alat untuk melampiaskan keinginan nafsu daging. Pertahankan misi yang diberikan Tuhan, maka barulah kewujudan percintaan ada aspek yang positif.

2. Mengecap kehidupan kasih karunia hidup

Petrus berkata, suami isteri adalah teman pewaris dari kasih karunia yaitu kehidupan” (I Ptr 3:7). Kenapa percintaan adalah kasih karunia yaitu kehidupan? Penjelasan yang asas ialah ”makhluk yang hidup”. Menurut ciptaan Tuhan, manusia menjadi makhluk yang hidup (Kej 2:7) . Kewujudan sifat rohani ini, membuat manusia menikmati kasih karunia hidup dalam percintaan. Seperti Ishak menurut kehendak Tuhan , setelah memperisteri Ribka, kedua mereka mendapat penghiburan jiwa dari percintaan (Kej 24:67), sifat rohani yang diberikan Tuhan ada di antaranya, sehingga manusia dapat menikmati kepuasan hidup menerusi percintaan, kegembiraan ini tiada tolok bandingnya.

Jika manusia kehilangan sifat rohani ini, maka ia akan menjadi binatang (2 Ptr 2:12), maka masa itu percintaan akan dijadikan sebagai alat untuk melampiaskan hawa nafsu. Manusia hari ini semakin tidak setanding binatang. Banyak binatang berhempas puras menggadai nyawa mereka untuk melindungi generasi muda mereka. Manusia yang bersifat rohani? Sikit –sikit penat sudahlah melepaskan geramnya. Cuba renungkan apa akan jadi kalau tiada sifat rohani? Kita betul-betul harus mencari suatu kehidupan percintaan yang bersesuaian dengan kehendak Tuhan.

3. Kedahsyatan setelah percintaan telah dicampuri dosa

Kitab Kejadian fasal ke-3 mencatatkan manusia berbuat dosa. Setelah dosa memasuki hati manusia, ia merosakkan janji bahagia percintaan. Tidak semestinya manusia berasa baik maka diberkati. Contohnya perasaan Adam dan Hawa melihat buah itu. Alangkah baiknya ! elok dipandang, sedap dijadikan makanan, setelah makan, berhikmat pula. Baik sekali ! Tetapi selepas memakannya, Aduh ! kenapa jadi begini? Menyesal pun dah terlewat.

Setelah dosa memasuki hati manusia, percintaan menjadi kegelapan sifat manusia. Telah kehilangan hubungan erat ”tulang dari tulang, daging dari daging”, melainkan telah mejadi orang yang tinggal bersama (Kej 3:12). Semasa disoal akibat melakukan kesalahan, menolak semua kesalahan kepada pihak lain (perempuan itu, ular itu), maka sejak itu, di antara lelaki dan perempuan telah kehilangan ”keseimbangan Tuhan”, dan berubah menjadi ”berkuasa ke atas” (Kej 3:16), menjadi pula hidup yang dikutuki (Kej 3:17). Percintaan sudah menjadi suatu laknat, seperti zaman Nuh, manusia mengikut kehendak sendiri, mendapat jodoh yang disukainya, sebenarnya adalah bahagia, tapi siapa tahu, akibatnya adalah dunia dimusnahkan.

C. Pembelajaran yang harus dipunyai oleh Remaja

Perkembangan percintaan memang perlu. Jika terbantut, maka remaja akan tidak tahan diuji oleh masa dan persekitaran. Dalam aspek ini, remaja haruslah dapat melihat beberapa persoalan:

1. Memelihara Kekudusan

Sejak dulu sampai sekarang, keperluan manusia tidak pernah berubah. Lelaki dan perempuan mesti ada suatu jarak larangan. Waktu mendengar ”Aku mencintai mu, jadilah teman lelaki / perempuan saya? Kita akan gugup, pipi menjadi merah. Walaupun kini minda terbuka, sebaik saja timbulnya cinta di dalam hati dua orang, maka masa itu seolah-olahnya di mana-mana dan bila-bila boleh saling berpelukan. Tetapi sekali saja menyimpang dari landasan dalam soal percintaan, maka ibarat sebilah pisau tertusuk pada hati. Seperti Adam dan Hawa sebaik saja memakan buah larangan, mereka sedari perasaan itu tidak sebaik yang dijangka mereka. Hati mulai takut. Pada ketika ini, ramai orang akan cuba menghiburkan diri, tetapi sebaliknya telah menambahkan dilema dalam hatinya, dan sifat hatinya pula beransur-ansur mati.

Dalam percintaan, bukanlah I Love You, You Love Me, apa-apa pun boleh buat. Percintaan adalah hadiah yang diaturkan oleh Tuhan untuk manusia, jadi tentu ada tersirat peraturan Tuhan. Jika mematuhi peraturan Tuhan, satu segi boleh menghadapi Tuhan tanpa takut dan gentar, segi lain pula boleh menjadi jaminan hubungan kedua-dua orang tersebut. Pemeliharaan kesucian mungkin semakin lenyap dalam arus zaman, tetapi manusia masih mengakui kepentingan kesucian, berharap dapat kembali ke titik permulaan.

Dalam Alkitab, jika tidak kudus, maka ia akan mendukakan Tuhan, membangkitkan murka Tuhan (Kej 6:5-7). Dan ”perjanjian” adalah kekudusan yang disukai oleh Tuhan (Mal 2:11- 12). Jika perjanjian dirosakkan, banyak berkat akan menjadi kutukan. Maka pada masa tersebut apalah gunanya kiranya hanya kamu saja yang beranggapan baik dalam percintaan?

Peraturan Tuhan adalah satu ketertiban. Dalam pertumbuhan personaliti manusia, harus ada satu ketertiban, tidak boleh hanya ada pandangan sendiri. Ini kerana manusia tidak sempurna, kekuatan manusia terlalu terhad. Letakkanlah ketertiban Tuhan pada diri sendiri maka kelemahan diri telah dilindungi Tuhan. Dengan cara perkembangan sedemikian dalam percintaan, pasti adanya pimpinan Tuhan, kelemahan tidak akan beragi di dalamnya. Maka ternyatalah kepentingan kekudusan.

2. Sasaran tidak sama, sifat pun tak sama

Manusia adalah binatang yang ada perasaan.” Perasaan” juga telah menjadi daya penggerak dalam hubungan manusia. Tapi kita harus pertimbangkan hakikatnya, bila menyatakan perasaan kita kepada sasaran yang berlainan, sifatnya pun tidak sama. Menyentuh hal kasih/percintaan, tidak harus terbatas pada pasangan kekasih. Contoh ”kasih”, Kasih Tuhan terhadap manusia disebut ”Agape”(kasih kudus), kasih ayah terhadap anak-2 di sebut ”kasih bapa/ayah”, kasih ibu terhadap anak-2 = kasih ibu, kasih antara adik beradik = kasih saudara, kasih antara suami isteri disebut ”cinta”. Haruslah kita tahu bezanya.

Manusia perlu adanya cinta, dalam percintaan itu harus ada ketertiban, tak boleh bertindak sembarangan. Adakah kita matang dalam soal percintaan, fikirlah sejenak. Dalam sasaran yang berlainan, berapa jenis sifat perasaan yang boleh kita kuasai? Apakah dia cinta? Dengan pemahaman demikian, kita boleh buat pertimbangan dengan lebih rasional.

3. Sedar dari menganggap yang palsu adalah kenyataan

Pepatah mengatakan, ” satu orang heboh, itu mungkin palsu, tapi 10 orang heboh, itu benar. Inilah kelemahan manusia. Banyak orang sedang bercakap, maka hati kita terus rasakan itu betul. Cara setiap zaman mungkin tidak sama. Masa ini jangan lagi kita anggap zaman dah tak sama, maka caranya pun akan berubah. Sepatutnya kita harus sedar dan berasional, jangan menganggap sesuatu yang beria-ia adalah kenyataan. Demikian kita tidak akan kehilangan kesedaran yang patut ada dalam kepercayaan, malah lebih memahami perangkap arus dunia. Seperti perceraian, homoseksual, sebenarnya kesemua ini adalah perkara yang dibenci semua. Tapi kini, oleh sebab orang yang menyetujuinya semakin ramai, soal hak asasi manusia, maka manusia pun mulai berkompromi. Dari segi moral : perceraian, homoseksual adalah masalah yang sangat serius. Tapi kini, pandangan sedemikian sudah ubah, apa lagi yang tidak boleh diubah?

Pengajaran Alkitab, (I Yoh 5:19). Si jahat memanipulasi kelemahan sifat manusia, tidak henti-henti memutarbalikkan standard baik dan jahat. Pada mulanya Allah berfirman kepada Adam dan Hawa, ”pada hari engkau memakannya, engkau pasti mati” (Kej 2:17), tapi iblis pula berkata, ” tidak semestinya mati” (Kej 3:4). Dengan mengubah sedikit, bangkitkan rasa ”ingin tahu” manusia, maka lahirlah perasaan yang baik untuk ”memakannya”. (Kej 3:5-6). Kalau buat undi masa ini, mungkin majoriti akan setuju makan. Manusia selangkah demi selangkah jatuh ke dalam perangkap. Kemudian perkara yang salah pun dijadikannya betul. Perkara yang beria-ia / palsu menjadi kenyataan/ terhasil dalam keadaan sebegini. Sifat manusia sepanjang proses ini, lebih condong kepada perasaan manusia, ia kemudian jadi satu kebiasaan, maka lahirlah bentuknya. Justru sifat kejahatan manusia pun timbul masa itu, kemudiannya menjadi semakin jahat, semakin gatal, dan kesemua ini dirasionalkan.

D. Kesimpulan

Percintaan yang mempunyai ketertibannya, menjadi stabil dan ia membentuk sifat postif dalam manusia. Manusia hari ini, sangat jelas menunjukkan: manusia masa kini lebih perlu perolehi kepuasan dalam soal percintaan. Maka, kita harus memperhatikan perubahan zaman, ada hati untuk belajar. Dalam perjalanan hidup ini, bangunkan diri, tingkatkan percintaan.

Dalam soal percintaan, tidak ada formalitinya. Setiap orang mempunyai keperluan, perasaan dan respon yang tidak sama dalam hal yang sama. Inilah soal hidup yang biasanya wujud dalam percintaan. Justru, perkembangan percintaan mesti mendapat pertolongan Tuhan. Oleh itu, kita semua harus menitikberatkan kepercayaan, pentingkan penyempurnaan rohani, supaya diri sendiri mempunyai kerohanian yang baik untuk berdiri teguh dalam percintaan.

Soalan Diskusi
1. Ceritakan situasi “puteri idaman” berjumpa “putera idamannya”
2. Apakah perkara yang paling ingin dilakukan dalam percintaan kendiri?

Kehidupan Kepercayaan
| |

Kehidupan Kepercayaan

Kehidupan Kepercayaan

Tuhan mempunyai kehendakNya yang tersendiri atas setiap orang. Pada setiap orang ada pelan yang berlainan, asalkan pelan ini telah disiapkan, ia merupakan keindahan bagiNya. Kita boleh ketepikan kesemua perbandingan duniawi, hanya tumpu pada memperkembangkan keindahan yang unggul dan unik ini, itulah keajaiban di dalam Tuhan. Mengejar kehidupan kepercayaan adalah menonjolkan semua keindahan yang tersembunyi dalam pelan-pelan yang berlainan ini.

Apatah lagi, kepercayaan sememangnya merupakan sejenis corak kehidupan. Kepercayaan yang berlainan sudah tentu mempunyai corak hidup yang berbeza. Prinsip yang sangat penting dalam mengalami kepercayaan dan mengasaskan kepercayaan ialah membangunkan corak hidup yang sepatutnya. Berikut, akan dibincangkan kehidupan yang sepatutnya ada dalam kepercayaan kita.

Haruslah ingat bahawa perang rohani wujud di setiap sudut. Sekiranya tidak berjaga-jaga, ia akan membazirkan banyak masa, semangat dan tenaga. Ketidaksedaran terhadap perang rohani, masalah dalam gereja, akan menyebabkan perbuatan kita menyimpang. Tetapi jika kita sedar, maka sama seperti yang dikatakan Paulus: Allah turut bekerja dalam segala sesuatu untuk mendatangkan kebaikan kepada kita (Rm 8:28).

1. Tiga Butir Penting dalam kehidupan kepercayaan

Demikianlah tinggal ketiga hal ini, yaitu iman, pengharapan dan kasih, dan yang paling besar di antaranya ialah kasih (I Kor 13:13). Paulus telah menunjukan tiga perkara dalam kehidupan kepercayaan, iaitu iman, pengharapan dan kasih kepada jemaat di Korintus, inilah tiga butir penting dalam kehidupan kepercayaan. Kombinasi tiga butir penting ini juga memberitahu kita bahawa ‘iman’ merupakan suatu permulaan; ‘kasih’ merupakan pengakhiran. Pada masa yang sama, ia juga memberitahu kita bahawa ‘kasih’ berasal daripada mendirikan ‘iman’ dan bertahan dalam ‘pengharapan’.

a. Iman
Tuhan Yesus berkata: Burung-burung di langit tidak menabur dan tidak menuai, namun diberi makan oleh Bapa di syurga. Bukankah kamu jauh melebihi burung-burung itu (Mt
6:26)? Mengapakah kita perlu khuatir akan perkara tentang pakaian, makanan, tempat tinggal dan pengangkutan? Inilah yang diinginkan orang bangsa kafir. Tetapi carilah dahulu kerajaan Allah dan kebenaranNya, maka semuanya itu akan ditambahkan kepadamu. Perkataan ini menasihati kita supaya berhadapan hidup kita dengan ‘iman’.

Umat Kristian haruslah belajar berhadapan dengan Tuhan dalam kehidupan, inilah kehidupan yang beriman. Tanpa iman tidak mungkin orang berkenan kepada Allah (Ibr 11:6), sebab barangsiapa berpaling kepada Allah, ia harus percaya bahawa Allah ada, dan bahawa Allah memberi upah kepada mereka yang sungguh-sungguh mencari Dia. Kita akan menjadi puas jika merasai Tuhan dalam kehidupan (Mzm 17:15) dan pertolongan yang kita peroleh tiada tolok bandingannya (Mzm 56:11).

Abraham berhadapan dengan janji Tuhan dengan iman (Kej 15:4-6). Dia sama sekali tidak kehilangan iman terhadap Tuhan memandangkan dirinya sudah mencecah seratus tahun dan rahim isterinya telah tertutup; imannya tidak menjadi lemah, malah dia menjadi kuat kerana imannya (Rm 4:17-22). Bagaimana pandangan kita terhadap iman jika kita jatuh dalam kehampaan dan rintangan pada hari ini?

Kerana iman Abraham, dia dipanggil Tuhan, dia taat, untuk berangkat ke negeri yang akan diterimanya menjadi milik pusaka, tanpa mengetahui tempat yang ditujui (Ibr 11:8). Ini menjelaskan kepercayaan kita dalam Tuhan membolehkan kita menghadapi masa depan yang ‘tidak dapat diketahui’ dan tindakan ini sangat penting dalam hidup kita. Hari ini amat popular dengan ‘ membuat perancangan’, sehinggakan mereka tidak berani mara ke depan, malah tidak mampu mara ke depan tanpa perancangan yang rapi. Terdapat terlalu banyak perkara yang di luar jangkaan dalam kehidupan manusia, apa yang patut kita lakukan pada

ketika ini? Cuba fikirkan bagaimana cara anda menguruskan masalah apabila berhadapan dengan kehampaan dan dilema.

Kerana iman, tatkala Abraham, dicobai, mempersembahkan Ishak, inilah penampilan seseorang yang rela menerima janji (Ibr 11:17). Iman kita haruslah diuji dan diselidiki (II Kor
13:5), sekiranya kami bukan orang yang ditolak, Kristus Yesus akan berada dalam diri kita.

Terdapat satu pengejaran yang sangat penting dalam kehidupan ‘iman’ pada zaman ini, iaitu mendapat kesaksian tentang ”dibenarkan”. Yang dimaksudkan dengan dibenarkan ialah kesalahannya tidak diperhitungkan Tuhan kepadanya (Rm 4:7-8), dengan demikian, kita haruslah jelas akan jenis kelemahan atas diri kita yang dibawa oleh dosa dan bagaimana mendapat kemenangan dengan bersandarkan Roh Kudus dan kebenaran.

b. Pengharapan
Iman adalah dasar segala sesuatu yang kita harapkan dan bukti dari segala sesuatu yang tidak kita lihat (Ibr 11:1). Pengharapan berasal dari iman. Oleh itu, pengharapan boleh diumpamakan sebagai tahap kedua dalam kehidupan kepercayaan.

Kita diselamatkan (penerimaan injil keselamatan yang sempurna) kerana pengharapan. Tetapi pengharapan yang dilihat bukan pengharapan, kerana yang kelihatan adalah sementara, sedangkan yang tak kelihatan adalah kekal. Jika kita mengharapkan apa yang tidak kita lihat, kita menantikannya dengan tekun. (Rm 8:24-25; II Kor 4:17-18).

Hal pengharapan ini merupakan suatu ujian secara langsung kepada pemuda-pemudi – kesabaran. Cuba renungkan: Tuhan pernah berjanji kepada Abraham bahawa semua kaum di muka bumi akan mendapat berkat olehnya. Pada masa itu Abraham telah berumur 75 tahun (Kej 12:3-4). Perjanjian kelahiran Ishak hanya diberikan kepadanya pada umur 99 tahun (Kej 17:1-2, 19-21). Dia hanya mendapat anak yang telah dijanjikan pada umur 100 tahun selepas 25 tahun kemudian. Jika anda dalam keadaan ini, dapatkah anda menunggu dengan penuh kesabaran?

Kehidupan yang ada “pengharapan” secara langsung menguji kesabaran para belia dalam menunggu. Apakah perasaan anda apabila melihat kata-kata ini? Khasnya apabila membincangkan era “pantas”. Kerja-kerja dapat diselesaikan dengan pantas melalui komputer. Tanpa disedari budaya “penyelesaian pantas” terhasil. Pada masa ini, cara pekerjaan yang dilakukan dengan perlahan-lahan dan sambil lewa dianggap ketinggalan zaman dan harus disingkirkan. “Kebolehan” dan “pembawaan diri” dalam kehidupan tidak dapat dicapai dalam sekelip mata. Hal ini tidak boleh cemas. Ini merupakan sesuatu yang tidak boleh kurang dalam kehidupan kita. Apakah yang harus kita lakukan sekarang? Adakah kita hendak melakukan secara terburu-buru sehingga menjejaskan hasilnya? Sepatah nasihat yang praktikal: masih perlu secara perlahan-lahan.

Sebuah laporan dari kaunselor menyatakan bahawa: “Penyelesaian pantas merupakan kata nama lain bagi ringkasan dan ketidaktelitian buat selama-lamanya ianya kekurangan ketelitian yang hidup di dalamnya.” Laporan ini menyatakan hasil yang dicapai dalam budaya “penyelesaian pantas” selalu kekurangan “daya kehidupan”. Sememangnya kekurangan daya hidup dalam banyak hasil dan kemajuan pada masa kini. Tidak hairanlah “kemajuan” yang indah pada luaran sahaja mendatangkan “kerosakan” kepada manusia. Adakah kita rela hasil usaha kita menjadi sedemikian?

Oleh itu, haruslah kita berlatih dalam “pengharapan”. Renungkanlah adakah kita pernah melepasi kesusahan berdasarkan keteguhan dalam pengharapan? Abraham merupakan contoh yang baik. Tuhan inginkan Abraham mempersembahkan anak tunggalnya yang diperoleh pada umur seratus tahun. Hal ini amat menyukarkan seorang bapa. Tetapi Abraham percaya sedalam-dalamnya pengharapan yang dijanjikan Tuhan dan taat kepadaNya. Dia telah berjaya mengharungi ujian dalam hal mempersembahkan Ishak (Kej
22:1-18).

Manusia hidup dalam dunia amat memerlukan pembangunan dalam kehidupan . Pengharapan yang dijanjikan oleh Tuhan telah memperkayakan hidup kita. Oleh itu, kita haruslah belajar mengalahkan arus dunia ini dengan bersandarkan hikmat Tuhan supaya pengharapan dari Tuhan dapat diteguhkan.

c. Kasih
Tujuan nasihat itu adalah kasih (1Tim 1:5). Ayat ini bermaksud: Dalam kehidupan seorang Kristian, kasih merupakan pencapaian muktamad kita. Kasih ini merupakan apa yang diminta oleh Tuhan.

Hari ini, kebanyakan orang hidup dalam kasih yang berbentuk kebendaan atau terjerumus dalam kasih. Akibatnya, kasih jenis ini menyusahkannya apabila semakin dewasa. Kenyataan ini dengan tegasnya mengingatkan generasi muda agar mendirikan konsep yang betul dalam hal tentang kasih.

Sebuah kata-kata yang amat popular pada zaman 80-an: Asalkan saya suka, ada apa yang tidak boleh. Bererti, sekiranya kamu mengasihiku, haruslah menuruti kehendakku dalam segala hal. Kemudiannya kata-kata ini tidak lagi dinyatakan, mengapa? Ini disebabkan dalam kata-kata ini, manusia semakin kehilangan kebebasan dan tidak dapat membesar. Kata-kata ini masih boleh digunakan ketika dalam tadika. Tetapi, sesampai belasan, puluhan tahun, masihkah berkesan? Oleh itu, kata-kata ini tidak lagi diperkatakan lagi pada masa sekarang. Manusia dapat melihat dengan sebaik-baiknya akan konsep-konsep di dunia ini yang tidak dapat tahan kepada pengujian masa dari perubahan kata-kata tersebut. Wahai sahabat, dapatkah anda melihatnya?

Kasih haruslah selalu diperbaharui seiring dengan peredaran masa. Seperti yang dinyatakan dalam Alkitab: Perintah yang baru, pada hakikatnya adalah perintah lama yang pernah diperkatakan (1 Yoh 2:7-8). Dalam perintah Tuhan, kasih itu akan bergabung dengan kehidupan. Apabila kasih dipenuhi dengan berkat kehidupan, ini akan memberikan “pembaharuan” kepada manusia tanpa mengira berapa tahun atau zaman telah berlalu. Oleh itu, kasih dikatakan selalu diperbaharui seiring dengan peredaran masa. Sebaliknya, kasih akan kekurangan berkat kehidupan seandainya menjauhkan diri daripada perintah Tuhan. Pada masa ini, kasih hanya setakat memuaskan keinginan perasaan daging manusia sahaja. Ia tidak mampu tahan kepada ujian peredaran masa dan harus seringkali berubah mengikut arus zaman. Akhirnya, kita tidak akan tahu lagi apa yang dikatakan sebagai kasih. Mungkin anda pernah dengar, janganlah pedulikanku kiranya engkau mengasihiku. Pada hakikatnya hati akan terasa tidak tenteram dan bergelora. Ini sememangnya bukan kasih.

Dari dulu hingga kini, manusia tetap manusia dan tidak pernah berubah. Keinginan manusia tidak pernah berubah. Kita seharusnya bersikap tenteram dan ingat semula pengalaman dari orang yang lebih tua, seterusnya belajar menuruti pangajaran dari Alkitab. Hanya Alkitab yang dapat mengajar, untuk menyatakan kesalahan, untuk memperbaiki kelakuan dan untuk mendidik orang dalam kebenaran (2Tim 3:16-17). Nilai yang benar dan berkekalan akan dibangunkan berdasarkan kasih.

Kasih bukannya “jamuan buffet”. Kasih tidak seharusnya hanya merupakan perasaan seseorang. Terdapat tanggungjawab yang kukuh dalam kasih, seperti hubungan antara Boas dan Rut. Kasih adalah menuruti kebenaran (Yoh 14:21). Pada pendapat anda, apa itu kasih? Sila menyatakan dengan proaktif supaya kita dapat saling berinteraksi pada masa ini. Ini membolehkan kita belajar secara spontan.

2. Kepentingan Membangunkan Kehidupan Kepercayaan

Kepercayaan pada dasarnya harus dibuktikan melalui cara kehidupan untuk menunjukkan nilainya. Iman, pengharapan dan kasih merupakan 3 aspek yang penting dalam kehidupan kepercayaan. Oleh itu, kita harus mendirikannya melalui pengajaran Alkitab. Apakah kepentingannya?

a. Luput daripada murka Tuhan
Siapakah kamu ini? Kamu seperti umatku, tetapi tidak begitu serupa. Jika kamu ini umat Tuhan, mengapakah kamu tidak berasa malu selepas melakukan kesalahan! Tidak menerima pengajaran dan tidak ada yang menyesal kerana kejahatannya dengan mengatakan: Apakah yang telah kulakukan ini! Sambil berlari semua mereka berpaling, seperti kuda yang menceburkan diri ke dalam pertempuran,. Bahkan burung ranggung di udara mengetahui musimnya, burung tekukur, burung layang-layang dan burung bangau berpegang pada waktu kembalinya, tetapi umat-Ku tidak mengetahui hukum Tuhan (Yer 8:6-
7). Tuhan mengawal kita menerusi kebenaran, menambahkan kekuatan kita menerusi doa… Akan tetapi kita sering merungut, mengapa begitu banyak peraturan? Mengapa perlu berdoa? Mengapa kawan-kawan boleh melakukannya tetapi saya tidak? Nabi Yesaya berkata: orang yang mencariku…Sepanjang hari Aku telah mengulurkan tangan-Ku kepada suku bangsa yang memberontak..Suku bangsa yang menyakitkan hati-Ku senantiasa di depan mata-Ku… (Yes 65:1-3)

Ya! Hari ini berapakah orang yang dapat menyatakan tentang pengalaman kehidupan kepercayaan? Apakah reaksi terhadap kepercayaan apabila tidak dapat menyatakannya? Apakah yang sedang kita cari apabila kita datang menghadiri kebaktian dan melakukan kerja suci? Pengalaman penyempurnaan kerohanian semakin berkurangan, hanya bersukacita dan berpuas hati secara lahiriah saja. Tanpa disedari kita telah membangkitkan murka Tuhan. Haruslah kita mendirikan kehidupan kepercayaan supaya kita memenuhi sifat-sifat sebagai pemercaya Kristian. Dengan ini dapat membantu diri untuk memahami kehendak Tuhan.

b. Merasai kesukacitaan dipimpin
Tuhan Yesus berkata: Dengan apakah akan Kuumpamakan angkatan ini? Kami meniup seruling bagimu, tetapi kamu tidak menari, kami menyanyikan kidung duka, tetapi kamu tidak berkabung. Kerana Yohanes datang, ia tidak makan dan tidak minum, dan mereka berkata: Ia kerasukan setan. Kemudian Anak Manusia datang, Ia makan dan minum, dan mereka berkatanya seorang pelahap (Mat 11: 16-19). Semuanya adalah sikap dan pendapat diri. Kenapa tidak memikirkan sebab Yohanes dan Tuhan Yesus bersikap sedemikian? Kerana terlampau banyak “ego”, dan menjadi tidak mudah dipimpin. Sekiranya kita telah mendirikan cara hidup kita, kita akan mudah merasai pimpinan Tuhan ekoran daripada perlakuan yang beriman.

Pujanga menyatakan: Dengan pakaian bersulam berwarna-warna ia dibawa kepada raja…, dengan sukacita dan sorak-sorai mereka dibawa, mereka masuk ke dalam istana raja (Mzm
45: 15-16). Memakai pakaian bersulam, berwarna-warna bermaksud dipenuhi kemuliaan adalah mendapat kemenangan. Dengan inilah ia menjelaskan keadaan dipimpin.

Jalan yang dilalui semakin terang dengan adanya pimpinan Tuhan kerana Tuhan selalu menjadi jaminan kita. Kesukacitaan ini tiada tolok bandingannya (Mzm 23: 1-6).

3. Kesimpulan
Haruslah kita membangunkan corak kehidupan berdasarkan kepercayaan kita. Inilah yang harus diusahakan bersama oleh semua jemaat, khasnya banyak perubahan pada masa ini dan arus dunia ini banyak memberi tamparan kepada kita. Kita akan mampu mengatasinya setelah mengukuhkan kehidupan kepercayaan kita. Semoga generasi muda akan mempunyai kesedaran terhadap “kehidupan”.

Kesedaran Era tentang Kekudusan
| |

Kesedaran Era tentang Kekudusan

Kesedaran Era tentang Kekudusan

Kekudusan ialah jaminan hidup. Jika tidak kudus, hidup yang dijanjikan Tuhan tidak akan ada pada kita. Kekudusan ialah daya penyucian hubungan sesama manusia. Jika tidak kudus, maka hubungan manusia cumalah alat untuk memuaskan keinginan individu.

Tidak ada sesuatu yang baru di bawah matahari. Kejahatan sekarang pernah terjadi sejak dahulu. Pada zaman dahulu, sifat manusia adalah lebih murni. Mereka lebih sensitif terhadap hal-hal kekudusan dan berasa tertekan jika membincangkan ketidakkudusan. Kini, sifat manusia rumit. Bukan sahaja mempunyai reaksi yang lembap terhadap kekudusan, tetapi telah menyongsangkan etika. Orang yang tidak mempunyai teman lelaki atau teman perempuan pada zaman persekolahan akan ditertawa sebagai orang homoseksual atau kurang berkemampuan. Ejekan ini seakan-akan bermaksud bergaul dengan jantina lain adalah untuk “hal itu”. Begitu rosak sekali.

Hati manusia menjadi jahat di bawah hentaman arus dunia. Apakah yang harus dilihat oleh para belia dalam masalah kekudusan?

A. Masalah Kekudusan dalam Perubahan Zaman

Perubahan arus pemikiran ialah faktor utama yang menyebabkan perubahan zaman dan kekudusan diserang. Perbezaan corak kehidupan telah menghalang komunikasi antara dua generasi tentang pengalaman. Faktor ini turut menyebabkan fenomena ini menjadi semakin teruk. Tepat seperti catatan kitab suci: Semua itu akan binasa, semua itu akan menjadi usang seperti pakaian, seperti jubah akan Engkau gulungkan mereka (Ibr. 1:10-12). Disebabkan tidak kudus, zaman ini sedang membinasakan diri secara beransur-ansur. Berikut dibincangkan dua hal:

1. Pengajaran Sejarah

Pada zaman Nuh, hati manusia tidak kudus lalu membangkitkan amarah Tuhan. Tuhan membinasakan zaman itu dengan air bah (Kej. 6:5-8 ; 7:17-24). Marilah kita merenungkan pengajaran sejarah daripada peristiwa ini.

Dalam sejarah, zaman Nuh juga digelar sebagai “zaman air bah”. Disebabkan manusia tidak mendengarkan kebenaran (II Kor. 2:5 ; Rm. 10:16), tamak akan keinginan daging serta tidak kudus lalu dihukum Tuhan. Demikian juga manusia kini. Mereka disesatkan oleh arus dunia, semakin kurang berhikmat, tidak mendengarkan nasihat (II Tim. 4:3-4), tidak tahu dan tidak mengakui kesalahan sendiri (II Tes. 2:11). Dalam situasi ini, belajarlah untuk menyayangi diri sendiri dan tidak bercampur aduk dengan mereka adalah latihan yang penting bagi umat Kristian. Walaupun kita dianggap aneh jika berbuat demikian, namun tidak mengapa, asal “aneh” kita itu menyerupai Kristus.

Kita harus sedar bahawa zaman ini akan semakin tidak kudus. Semasa mempelajari kekudusan, pemuda-pemudi mungkin terfikir ayat ini: “Asalkan saya suka, apa lagi yang tidak boleh?” Kita terdengar ayat ini di mana-mana sahaja. Berdasarkan ayat ini, pelbagai kelakuan yang “melampau” terjadi-jadi. Contohnya, berlawan, merampas, berdosa seks dan sebagainya. Fokus kita adalah mengapakah kita jarang terdengar ayat ini pada masa kini, iaitu selepas kira-kira sepuluh tahun?

Asalkan saya suka, apa lagi yang tidak boleh? Di bawah konsep ini, pemuda-pemudi bertindak sesuka hati. Kemudian, mereka mendapati lebih banyak konflik timbul dalam kumpulan manusia, lebih banyak “?” dalam hati, semakin tidak bebas dan tidak gembira. Rupa-rupanya, ketidaklancaran dalam kehidupan manusia terlalu banyak. “Lancar dalam segala hal” cuma impian yang romantik tetapi bukan realiti dalam kehidupan. Oleh itu, mereka tidak mengucapnya lagi sekarang.

Justeru, kita harus tahu bahawa kekudusan bertempat dalam arus pemikiran manusia. Melainkan Kasih karunia yang kudus adalah bertempat dalam kebenaran dan janji Tuhan.

2. Bercorak Organisasi dan Sistem

Organisasi dan sistem merupakan benda kesayangan yang moden pada zaman kini. Dengan kewujudannya, ia memberikan “keselesaan” dalam pelaksanaan kerja dan tanggungan tanggungjawab. Ini juga merupakan faktor yang menyebabkan kekudusan diserang.

Pada zaman pertanian, setiap orang tanam-menanam. Manusia saling tolong-menolong tanpa memerlukan organisasi; Pada masa itu, manusia perlukan cara pelaksanaan dan tidak perlukan sistem. Petani membajak, menyembur racun serangga, menyiram dan mencabut rumput tepat pada waktunya. Hasil tanaman mereka tidak semestinya sebaik orang lain. Semasa melihat hasil tanaman lebih baik selepas mencabut lalang dan menghapuskan serangga perosak, Perasaan itu menyebabkan manusia terfikir bahawa selepas menghapuskan kekotoran, manusia boleh hidup dengan lebih baik. Pengalaman kehidupan ini telah menerapkan kepentingan kekudusan.

Kini ialah zaman perdagangan dan teknologi. Demi persaingan dan prestasi kerja, maka organisasi dan sistem adalah diperlukan. Nyata sekali, organisasi bertujuan untuk menghadapi persaingan masyarakat. Fenomena ini menyebabkan manusia menjadi sangat sibuk dan senang menjadikan manusia sebagai “robot”. Syarikat mempunyai organisasi dan sistem masing-masing kerana penghasilan produk yang berlainan. Satu jenis organisasi dan sistem sahaja tidak mungkin diaplikasikan dalam semua produk. Corak kehidupan ini bukannya mudah dihubungjalinkan dalam sifat hidup setiap orang yang berlainan. Senang saja menimbulkan fenomena kaku.

Organisasi dan sistem menyebabkan kelakuan manusia cenderung kepada kenyataan. Ia menimbulkan banyak tekanan dalam persaingan dan prestasi kerja sehingga menyebabkan manusia tidak mudah tenangkan diri untuk menghayati perasaan “hidup”. Manusia telah menjadi mesin. Fenomena kaku semakin timbul akibat daripada keletihan. Sama ada kudus atau tidak adalah kurang penting. Yang penting ialah saya dapat bersaing dengan orang lain dan menjalinkan perasaan “hidup” dalam organisasi dan sistem. Sebelum “reaksi” ini wujud, manusa pastinya ditekan oleh realiti. Manalah akan merenungkan akhlak dalam kehidupan? Semoga belia seiman pada zaman peralihan ini dapat melihat kedua-dua masalah ini dalam serangan terhadap kekudusan supaya diri sendiri dapat menghadapi arus masyarakat dan lebih banyak merenungkan pengaruh kekudusan.

B. Kekudusan selepas “Dibenarkan”

Demi dosa manusia, Yesus disalibkan lalu mengenapi penebusan. Manusia dibenarkan oleh darah- Nya (Rm. 5:9). Pada masa itu, ia telah menjadi kasih karunia yang kudus dan dibantu Roh Kudus. Ini berbeza dengan kekudusan yang disebabkan pegangan hukum taurat. Kekudusan pada zaman perjanjian lama lebih mengutamakan kelakuan manusia manakala kekudusan pada perjanjian baru adalah melalui penebusan Yesus, manusia disucikan oleh Roh Kudus (Rm 15:16). Kekudusan ini menyukacitakan manusia (Kol. 3:12, 16-17), dapat melihat Tuhan (Ibr. 12:14), menikmati janji hidup (II Ptr. 3:11-14). Bagaimana pula dengan kekudusan yang disebabkan “dibenarkan”?

1. Kesaksian Paulus

Paulus pernah berkata tentang Daud semasa membincangkan “dibenarkan oleh iman”. Katanya: “Berbahagia orang yang dibenarkan Allah bukan berdasarkan perbuatannya: Berbahagialah orang yang diampuni pelanggaran-pelanggarannya, dan yang ditutupi dosa- dosanya. Berbahagialah manusia yang kesalahannya tidak diperhitungkan Tuhan kepadanya.” (Rm. 4:6-8). Kata-kata ini ialah hal pertama yang “dibenarkan”.

Apakah yang dimaksudkan “dibenarkan”? Daripada ayat-ayat di atas, kita boleh melihat satu perkara: iaitu Kesaksian tentang pengalaman sebenar semasa dosa dihapuskan. Memahami realiti kewujudan dosa melalui kelemahan diri dan seterusnya menerima

pengampunan daripada Tuhan. Proses ini mendatangkan suatu perasaan yang mendalam, iaitu pahitnya penderitaan dosa dan perasaan semasa dibenarkan. Pada masa itu, Tuhan menjadi jaminannya. Siapakah yang dapat mendakwa orang pilihan Tuhan? Siapakah yang boleh menetapkan dosa ke atasnya? Kristus Yesus telah mati untuknya (Rm. 8:32-34). Darah Tuhan Yesus tidak dialirkan dengan sia-sia.

Kekudusan disebabkan dibenarkan ialah kasih karunia yang besar bagi manusia. Pada zaman yang jahat ini, hal-hal kekudusan juga menunjukkan hala tuju kita kerana Tuhan ada janji ini. Oleh itu, kita boleh tidak putus asa selama-lamanya. Dari segi penyempurnaan rohani, bagaimanakah kita harus berusaha?

a. Membangunkan Pembaharuan Roh Kudus

Kita akan menerima kuasa kalau Roh Kudus turun ke atas kita (Kis. 1:8). Roh Kudus akan mengajarkan segala sesuatu (Yoh. 14:26), menyelidiki hal-hal yang tersembunyi dalam Tuhan (I Kor. 2:10). Selepas pembaharuan yang dikerjakan Roh Kudus, kita boleh dibenarkan oleh kasih karunianya (Tit. 3:5-7)

Roh Kudus ialah janji yang besar dalam penebusan Tuhan. Dalam perjalanan kepercayaan, harus dipenuhi Roh Kudus dan mempunyai pengalaman yang diperbaharui. Dengan demikian, barulah tidak akan mempunyai kepercayaan yang kosong. Kita harus mentaati Roh Kudus untuk dibaharui Roh Kudus. Ini disebabkan Roh sendiri berdoa untuk kita kepada Tuhan dengan keluhan-keluhan yang tidak terucapkan (Rm. 8:26-27).

b. Mengenakan Kristus (Gal. 3:27)

Hanya terdapat seorang yang benar, iaitu Kristus. “Dibenarkan” bermaksud mengenakan yang benar. Yesus mengajar kita supaya cari dahulu Kerajaan Tuhan dan kebenarannya, maka keperluan kehidupan seharian akan ditambahkan kepada kita (Mat. 6:33). Rupa- rupanya, orang yang dibenarkan akan ditambahi keperluan kehidupan seharian oleh Tuhan. Kehidupan seharian boleh membuktikan sama ada kita betul-betul dibenarkan atau tidak. Orang yang dibaptis dalam Kristus berpeluang mengenakan Kristus. Semoga kita maju ke depan tanpa berhenti dalam kepercayaan untuk mengalami jalan yang disediakan Tuhan.

2. Meninjau dari Segi Sakramen Kudus

Ayat terakhir dalam Kitab Roma fasal 4 tercatat: Yesus diserahkan kerana pelanggaran kita. Fasal 5 tercatat: Karunia tidak sama dengan pelanggaran (Rm. 5:15). Penganugerahan karunia atas banyak pelanggaran itu mengakibatkan pembenaran (Rm. 5:16). Disebabkan penebusan Yesus, pelanggaran telah menjadi peluang untuk dibenarkan. Oleh itu, kita harus menghargai penebusan Yesus.

(Rm. 4:25) tercatat: Dibangkitkan kerana pembenaran kita. Apakah “bangkit”? Ialah kerja Roh Kudus (Rm. 8:10-11). Jika dinyatakan pada tubuh manusia, ini bermakna “baptisan”. Dibaptis dalam Kristus ialah dibaptis dalam kematian-Nya, dikubur dan dibangkitkan bersama-sama dengan-Nya, hidup dalam hidup yang baru (Rm. 6:3-5). Justeru, kita tahu bahawa kita telah memperoleh janji “dibenarkan Tuhan” melalui baptisan. Jika kita dapat berusaha lagi untuk menyempurnakan rohani dari segi dibaptis dalam kematian-Nya, dikubur dan dibangkitkan bersama-sama dengan Kristus, maka kesaksian dibenarkan dapat dimanfaatkan pada tubuh sendiri. Ini akan menjadi sesuatu yang ajaib. Pada masa itu, kita akan mempunyai hati yang tenang untuk berhadapan dengan Tuhan. Dipimpin Roh Kudus untuk merasai rahsia di dalamnya.

Semasa Sakramen Pembasuhan Kaki, terdapat satu kenyataan dalam tema kekudusan: Kamu sudah bersih, hanya tidak semua (Yoh. 13:10-11). Kekudusan Tuhan tidak akan hilang oleh sebab manusia tidak kudus. Ini disebabkan penebusan dan dibenarkan.

Penebusan Tuhan memang demi menguduskan dan menyelamatkan orang dosa. Dalam pembasuhan kaki, “dibenarkan” telah dinyatakan dalam rahsia kekudusan secara perlahan- lahan.

Semasa Sakramen Perjamuan Kudus, kita memberitakan kematian Tuhan (I Kor. 11:26). Paulus mempunyai semangat untuk menyatakan rahsia Tuhan (Kis. 20:23-24). Akhirnya, dia mengerti rahsia Tuhan (Ef. 3:2-4). Di mana-mana sahaja, Paulus memberitakan kepentingan dibenarkan dari segi iman. Dengan demikian, dia berkenan kepada Tuhan dan menjadi saksi Tuhan pada zaman yang berbeza.

Kekudusan bukan setakat kelakuan dari segi pengajaran agama, tetapi harus mempunyai makna rohaninya. Penerimaan “dibenarkan” ialah penyempurnaan rohani yang sangat penting. Golongan belia harus menyedari perkara ini.

C. Teladan Kekudusan

Teladan ialah sesuatu yang pasti diperlukan dalam pembelajaran. Adalah sukar untuk mendapatkan teladan pembelajaran dalam masyarakat kini. Nampaknya, Tuhan sedang memimpin kita secara perlahan-lahan dengan teladan tokoh-tokoh dalam Kitab Suci. Semoga kalian dapat memerhatikan suara Tuhan. Di sini, Yusuf, Daniel dan Yosua dijadikan titik fokus sebagai rujukan kalian dari segi kekudusan:

1. Yusuf

Dia dijual ke Mesir dan menjadi hamba di rumah Potifar. Namun, Tuhan memberkatinya sehingga dia lancar dalam segala hal. Isteri Potifar memandang Yusuf dengan berahi dan berkata: “Marilah, tidur dengan aku.” Yusuf menolak dan berkata: “Bagaimanakah mungkin aku melakukan kejahatan yang besar ini dan berbuat dosa terhadap Tuhan?” (Kej. 39:9). Kemudian, isteri Potifar ingin tidur dengannya secara paksa. Namun, Yusuf melarikan diri.

Di bawah hentaman arus dunia, semakin banyak perempuan jatuh ke pangkuan lelaki secara sukarela. Jika anda menghadapi keadaan ini, apa yang harus dilakukan? Adakah ini berkat atau celaka? Jangan lupa, ini ialah hal yang berdosa kepada Tuhan, iaitu dosa yang dibenci Tuhan.

2. Daniel

Setelah Daniel ditawan ke Babel, dia dapat bekerja di dalam istana kerana dia berperawakan baik, memahami berbagai-bagai hikmat, berpengetahuan banyak dan mempunyai pengertian tentang ilmu. Raja melayaninya dengan santapan dan anggur raja. Namun, Daniel bertekad tidak menajiskan diri dengan santapan dan anggur raja lalu meminta pemimpin pegawai istana memberi sayur dan air kepadanya (Dan. 1:8, 12). Dia menguduskan diri dalam hal pemakanan.

“Memikirkan keinginan seks selepas makan kenyang” ialah kelemahan umum bagi manusia. Dalam hal pemakanan, umat ditetapkan tidak boleh makan makanan yang haram (Im. 1:45-
46). Menurut tabib tradisional, kebanyakan binatang yang haram berkhasiat untuk menguatkan tubuh. Demi memelihara kekudusan dalam perjalanan padang gurun, umat dilarang makan binatang ini. Nampaknya, pemakanan juga ialah cara untuk memelihara kekudusan. Kini, apakah pendapat anda? Apabila dihidangkan makanan yang enak, apakah tindakan anda?

3. Yosua

Imam besar Yosua mengenakan pakaian yang kotor (tidak kudus) sewaktu dia berdiri di hadapan Tuhan. Iblis juga berdiri di depan Tuhan untuk melawan-Nya. Tuhan mengherdik Iblis tetapi ia tidak takut dan tidak meninggalkan-Nya (Za. 3:1-5). Jika kita tidak kudus, Iblis akan maju selangkah ke depan Tuhan untuk melawan kita. Bukan sahaja tidak takut kepada

Tuhan, tetapi tidak meninggalkan tempat itu walaupun diherdik Tuhan. Jika asyik sedemikian, apakah yang akan terjadi pada kita? Apabila manusia jatuh ke dalam jerat Iblis, manusia pasti ditelannya. Oleh itu, kita tidak boleh tidak berjaga-jaga.

Para belia pada zaman kini harus merenung secara tenang tentang pandangan Yusuf terhadap persoalan jantina dan pandangan Daniel terhadap pemakanan. Semua ini berkaitan dengan kekudusan. Kita harus ingat bahawa titik fokus kekudusan ialah kehidupan seharian. Kita telah meninjau Yusua yang tidak kudus menyebabkan Iblis lebih berani berdiri di depan Tuhan. Kita harus mengambil iktibar daripadanya.

D. Kata-kata Nasihat

Demi mendapat jaminan yang sempurna pada masa kini dan tempat kediaman bagi jiwa rohani pada masa kelak, para belia harus belajar untuk menguduskan diri dan berdiri teguh pada zaman yang kucar-kacir supaya diri sendiri mempunyai bahagian dalam kekudusan Tuhan (II Ptr. 1:3-4).

Diskusi:

1. Dalam masyarakat kini, apakah jenis “jerat” dari segi kekudusan?
2. Apakah yang paling anda takutkan dalam hal kekudusan?