Hits: 105

Doa bagaikan pernafasan jiwa rohani umat kristen, yang merupakan perkara penting untuk memelihara dan memperkayakan jiwa rohani serta memperoleh kekuatan daripada Tuhan.

I.     Erti doa

1.   Memuji Allah

(1)   Dia mengurniakan segala sesuatu (Mzm 103:1, 2, 5; 1Taw 29:10-13)

(2)     Menyembuhkan penyakit kita (Mzm 103:3; Yes 38:9-20)

(3)     Mengampuni dosa kita (Mzm 103:3; Why 5:8-10)

(4)     Menjaga kita setiap hari (Mzm 121:7,8; Mzm 103:4)

Δ        Teruskan pujian terhadap Tuhan atas kasih kurniaNya yang berlimpahan (Mzm 103:1, 2; 1 Tes 5:18)

2.   Bersekutu dengan Tuhan dalam roh

(1)   Kerinduan umat kudus zaman dahulu kepada Allah, seperti rusa yang merindukan sungai yang berair (Mzm 42:2, 3)

(2)   Dipenuhi Roh Kudus merupakan keadaan pergaulan dengan Tuhan yang mendalam (I Kor 14:2, 4: Kis 10:9, 10: Yud 20)

(3)   Berhubung dengan Tuhan melalui renungan (Mzm 104:34)

Δ        Menyebut segala pekerjaan dan merenungkan perbuatan-perbuatan Tuhan (Mzm 77:13)

Δ        Merenungkan semarak kemuliaan Tuhan yang agung (Mzm 145:5)

Δ        Merenungkan titah-titah Tuhan (Mzm 119:15)

3.      Memohon  kepada Allah

(1)     Dikuduskanlah nama Tuhan oleh seluruh bangsa dunia (Mat 6:9; I Tim 2:1-6)

(2)     Memohon Tuhan memperkembangkan kerja Nya:

Δ        Meminta Tuhan supaya memilih lebih ramai pekerja (Mat 9:38)

Δ        Memohon Tuhan membuka pintu pemberitaan (Kol 4:3)

Δ        Memohon Tuhan  menambahkan bilangan bangsaNya (Yes 26:15)

(3)     Memohon demi jiwa rohani umat kudus dan diri sendiri:

Δ        Demi diri sendiri (Mzm 119:35-37; Mzm 19:13-15)

Δ        Demi anak-anak (I Taw 29:19; Luk 23:28)

Δ        Demi umat kudus (Ef 6:18, 19; I Sam 12:23)

(4)     Memohon untuk hal tubuh jasmani:

Δ        Meminta Tuhan memberikan kepada kita makanan harian yang secukupnya (Mat 6:11; Ams 30:8, 9)

Δ        Memohon Tuhan menyembuhkan penyakit (Yak 5:14-16; Rujuk: II Taw 16:12)

Δ        Memohon perlindungan dan kesejahteraan daripada Tuhan (Ezr 8:21-23; Kis 12:1-5)

Δ        Memohon kepada Tuhan dalam segala hal melalui doa (Flp 4:6)

4.      Mengakui kesalahan di hadapan Tuhan

(1)     Simon meminta Petrus untuk meminta pengampunan daripada Tuhan (Kis 8:20-24)

(2)     Hendaklah saling mengaku dosa dan saling mendoakan sebelum meminta Tuhan menyembuhkan penyakit (Yak 5:14-16)

(3)     Roh Kudus menegur jemaat supaya mengakui kesalahan dan bertaubat (Why 2:4, 5; 3:2, 3, 15-19)

(4)     Tanpa pengakuan kesalahan dan pertaubatan, doa tidak akan didengari oleh Tuhan (Yes 59:1-3; Mzm 66:18)

II.   Cara berdoa

1.   Sebutkan  ‘Dalam nama Tuhan Yesus’

(1)   “Apa juga yang kamu minta dalam namaKu, Aku akan melakukannya” (Yoh 14:13; Yoh 15:16)

(2)   “Ucaplah syukur sentiasa atas segala sesuatu dalam nama Tuhan kita Yesus Kristus kepada Allah dan Bapa kita” (Ef 5:20: Kol 3:1)

2.   Sasaran doa

(1)   Kepada Bapa di Sorga, Allah (Mat 6:9; Flp 4:6)

(2)   Kepada Juruselamat, Tuhan Yesus (Kis 7:59; II Kor 12:8, 9)

(3)   Kerana Tuhan Yesus dan Bapa adalah satu (Yoh 10:30; Yes 9:6)

Δ        maka berdoa kepada Tuhan Yesus sama seperti berdoa kepada Allah  (I Yoh 2:23)

3.   Bahasa yang digunakan ketika berdoa

(1)   Dengan akal budi – menggunakan bahasa yang difahami semasa berdoa (I Kor 14:15)

(2)   Dengan bahasa Roh – bahasa yang diucapkan oleh gerakan Roh Kudus untuk berdoa (I Kor 14:14, 15, 2, 4; Rm 8:26, 27)

(3)     Berdoa di dalam roh (Neh 2:4; Yoh 4:24)

4.      Cara berdoa

(1)     Bersujud (Kis 20:36; Luk 22:41)

(2)     Bersungkur (Why 4:9, 10; Bil 16:22)

(3)     Berdiri (Mzm 135:2: Mrk 11:25)

5.      Masa berdoa

(1)     Pada waktu fajar (Mrk 1:35; Mzm 5:4)

(2)     Pada waktu tengah hari (Mzm 55:18; Kis 10:9)

(3)     Pada waktu malam (Mzm 77:3; Luk 6:12)

(4)     Sebelum bekerja (Mat 4:1; Ams 3:5, 6)

(5)     Selepas bekerja (Mat 14:13, 23; Yoh 6:15)

(6)     Dalam  kesibukan (Luk 5:15, 16; Mrk 6:31)

(7)     Sebelum makan (Mat 14:19; Kis 27:35)

(8)     Pada  saat hampir meninggal dunia (Luk 23:46: Kis 7:59)

(9)     Bila-bila masa (Dan 6:11; 1 Tes 5:17; Mzm 71:8)

6.   Tempat berdoa

(1)   Bait Suci (Mat 21:13; Kis 3:1)

(2)   Dalam kamar (Mat 6:6; Kis 9:40)

(3)   Di atas gunung (Luk 9:28; 5:16)

(4)   Di mana-mana sahaja (I Tim 2:8; Yoh 4:21-23)

III.   Kuasa doa

1.   Kuasa dinyatakan melalui segala sesuatu

(1)   Tuhan mendengarkan doa Musa, dan membelahkan air Laut Teberau (Kel 14:15, 16)

(2)   Tuhan mendengarkan doa Yosua, dan menghentikan matahari dan bulan (Yos 10:12-14)

(3)   Tuhan mendengarkan doa Elia, dan menurunkan hujan yang tidak diturunkan selama tiga tahun dan enam bulan sebelum itu (I Raj 18:37-45; Yak 5:17, 18)

2.   Kuasa dinyatakan ke atas tubuh manusia

(1)   Menyembuhkan penyakit

Δ        Tuhan memperpanjangkan hidup Hizkia selama lima belas tahun setelah mendengar doanya (Yes 38:1-8)

Δ        Orang buta, Bartimeus yang memohon kepada Tuhan Yesus, mendapat penyembuhan (Mrk 10:46-52)

Δ        Paulus mendoakan ayah Publius yang jatuh sakit, lalu disembuhkan (Kis 28:7-9)

(2)   Mengusir syaitan

Δ        Perempuan Kanaan memohon kepada Tuhan Yesus, dan anak perempuannya yang kerasukan syaitan memperolehi kesejahteraan (Mat 15:21-29)

Δ        Seorang anak dibebaskan daripada kerasukan roh bisu oleh permohonan ayahnya kepada Tuhan Yesus (Mrk 9:17-29)

Δ        Demi nama Yesus Kristus, Paulus menyuruh roh tenung keluar dari seorang hamba perempuan (Kis 16:16-18)

(3)   Membangkitkan orang mati

Δ        Elia memohon kepada Allah membangkitkan anak lelaki janda Sarfat (I Raj 17:17-24)

Δ        Elisa memohon kepada Allah membangkitkan anak lelaki janda Sunem (II Raj 4:18-37).

3.   Kuasa dinyatakan dalam hal yang lain

(1)   Doa sambil berpuasa Ezra, bagi memohon perlindungan Tuhan dan keselamatan dalam perjalanan kembali ke negara asal telah dikabulkan (Ezr 8:21, 23; 7:8, 9)

(2)   Doa yang tekun oleh jemaat untuk Petrus menyelamatkannya dari penjara (Kis 12:1-10)

(3)   Petrus diselamatkan daripada kebinasaan oleh bantuan doa Tuhan Yesus (Luk 22:31-34, 60-62)

(4)   Memohon kepenuhan Roh Kudus dapat menguasai hawa nafsu, serta mengalahkan segala sesuatu (Rm 8:13; Flp 4:13)

IV.   Doa yang berkesan

1.   Beriman (Mat 21:22)

(1)   Percaya bahawa Allah ada, dan bahawa Allah memberi upah kepada orang yang sungguh-sungguh mencari Dia (Ibr 11:6)

(2)   Percaya Tuhan berkuasa, contohnya seorang perempuan menderita pendarahan selama dua belas tahun disembuhkan kerana imannya (Mrk 5:25-34)

(3)   Dengan penuh keyakinan, bahawa Allah berkuasa untuk melaksanakan apa yang telah Dia janjikan (Rm 4:20, 21)

(4)   Seorang lumpuh di Listra disembuhkan kerana imannya (Kis 14:8-10)

2.      Ada ketulusan (Yoh 4:24)

(1)     Iman yang tulus tidak lahir daripada kepura-puraan atau pencobaan (II Tim 1:3-5)

(2)     Jujur dalam doa, tetapi bukan untuk dilihat oleh orang lain, atau lahir daripada motif yang tidak baik (Mat 6:5, 6; Mrk 12:40)

(3)     Tidak memaklumkan kepada orang lain ketika berpuasa, dan berdoa dengan jujur kepada Tuhan dalam mengatasi penderitaan (Mat 6:16-18)

(4)     Tuhan menyatakan kuasaNya dan membantu orang yang bersikap jujur terhadapNya (II Taw 16:9; Mzm 145:18, 19)

3.      Merendahkan diri

(1)     Menganggap diri daif, tidak layak meminta apa-apa daripada Tuhan (Mzm 144:3; I Taw 29:13, 14)

(2)     Mengakui kelemahan sendiri, dan tidak memegahkan diri ketika berdoa (Luk 18:9-14)

(3)     Dalam keadaan terdesak, Manasye merendahkan diri dan berdoa, doanya didengari Tuhan dan kedudukannya sebagai raja dipulihkan (II Taw 33:10-13)

(4)     Allah menentang orang yang congkak, tetapi mengasihani orang yang rendah hati (I Ptr 5:5)

4.   Mempunyai kasih

(1)   Doa seseorang adalah berkuasa, jika tidak ada kebencian dalam hatinya, dan dapat hidup secara damai dengan orang lain (Mat 5:23, 24; Mat 18:35)

(2)   Prihatin kepada orang yang miskin, dan doanya pasti dikabulkan (Mzm 41:2, Ams 21:13)

(3)   Doa yang mempunyai kasih membangkitkan Dorkas dari kematian (Kis 9:36-41)

(4)   Saling mengasihi menunjukkan bersatu hati, maka doa yang bersatu hati pasti dikabulkan (Mat 18:19; Kis 1:14; Kel 17:8-13)

5.   Menempuhi jalan yang benar (Yak 5:16)

(1)   Doa orang jujur dikenanNya (Ams 15:8, 29)

(2)   Tuhan menjaga orang benar, dan mendengarkan seruan mereka (Mzm 34:16)

(3)   Tuhan tidak mendengarkan doa orang-orang berdosa (Yoh 9:31; Ams 28:9)

(4)   Tuhan mengabulkan permintaan bagi mereka yang menuruti firman Tuhan (Yoh 15:7; Za 7:13)

6.   Haruslah tekun (Rm 12:12)

(1)   Sikap tidak malu dan terus meminta (Luk 11:8; Rm 15:30-32)

(2)   Seperti Elia meminta penurunan hujan sekali demi sekali (1 Raj 18:42-45)

(3)   Permohonan tanpa putus asa, akhirnya pasti memperoleh apa yang diminta (Luk 18:1-8)

(4)   Dalam hidup Tuhan Yesus sebagai manusia, Dia telah mempersembahkan doa dengan ratap tangis dan keluhan, kerana itulah doaNya didengarkan (Ibr 5:7)

V.   Berdoa sambil berpuasa (Mat 9:14, 15)

1.   Untuk memohon kekuasaan Tuhan

(1)   Tuhan Yesus berpuasa selama 40 hari sebelum memberitakan Injil (Mat 4:1-2)

(2)   Rasul-rasul bersatu hati untuk berpuasa ketika mengutus pekerja (Kis 13:1-3)

(3)   Menyembuhkan penyakit dan mengusir syaitan memerlukan doa sambil berpuasa (Mat 17:19-21)

2.   Untuk memohon bantuan Tuhan

(1)   Ezra memaklumkan puasa bagi memohon perlindungan Tuhan (Ezr 8:21-23)

(2)   Ester berpuasa selama tiga hari, dan menghadap raja dengan nyawanya yang mungkin terancam (Est 4:16)

(3)   Nehemia berdoa dan berpuasa, memohon Tuhan mencurahkan rahmatNya (Neh 1:4-11)

3.   Memohon agar dapat memahami kebenaran

(1)     Daniel berpuasa, memohon pengertian mengenai perkara pada masa akan datang dengan sepenuh perhatian (Dan 10:2-12)

(2)     Musa berpuasa selama 40 hari siang dan malam di atas Gunung Sinai, untuk menerima hukum Tuhan (Kel 34:27, 28)

(3)     Para rasul berpuasa untuk mengetahui apa yang perlu dilaksanakan (Kis 13:1, 2)

4.   Untuk mengakui dosa dan bertaubat, dan memohon pengampunan daripada Tuhan

(1)     Orang Niniwe mengumumkan puasa, mengakui dosa dan bertaubat, akhirnya diampuni oleh Tuhan (Yun 3:5-10)

(2)     Orang Israel berpuasa dan mengakui dosa, serta kembali kepada Tuhan (1 Sam 7:3-6)

(3)     Umat pilihan berpuasa dan mengakui kesalahan, memohon Tuhan membelas kasihan (Neh 9:1-4)

5.   Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian ketika berpuasa

(1)     Janganlah anda sengaja memperlihatkan bahawa anda sedang berpuasa (Mat 6:16-18)

(2)     Tidak mencari keuntungan diri dan tidak melakukan kejahatan (Yes 58:3-5)

(3)     Melakukan kebaikan dan memberi sedekah kepada yang miskin (Yes 58:6-9)

(4)     Berpuasa bertujuan menumpukan sepenuh perhatian ketika berdoa, maka perlu banyak berdoa, dan mencurahkan isi hati di hadapan  Tuhan (Kis 13:3; Dan 10:12; Mzm 62:9)

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *