Hits: 203

Apakah itu Roh Kudus? Berdasarkan petunjuk Kitab, kewujudan-Nya seolah-olah amat nyata, tetapi juga kelihatan samar-samar sehingga manusia tidak dapat memahaminya (1 Kor. 13: 12). Berdasarkan pandangan teologi pula, sungguhpun terdapat jawapan mengenai-Nya tetapi masih tidak dapat memuaskan hati manusia.

1.1 Keperibadian Roh Kudus

Sesetengah pakar penafsir Alkitab beranggapan bahawa Roh Kudus ialah sejenis tenaga dan nafas hidup Tuhan. Menurut mereka, istilah “roh” dalam bahasa asal bermaksud udara atau angin. Oleh itu, mereka beranggapan unsur asal Roh Kudus ialah udara dan angin, malah menterjemahkan Roh Kudus sebagai “angin kudus”. Mereka telah melalaikan keperibadian yang ada pada Roh Kudus. Tuhan Yesus pernah berkata bahawa dosa menghujat Roh Kudus adalah lebih berat daripada dosa menghujat anak manusia (Mat. 12: 31-32). Jika Roh Kudus hanyalah tenaga dan nafas hidup Tuhan, maka ayat ini susah untuk difahami.

Tuhan Yesus telah menggunakan perkataan ‘Dia’ (He) yang menandakan wujudnya ‘seorang’ apabila menyampaikan sesuatu berkenaan Roh Kudus sebanyak 5 kali dalam Yohanes fasal 14 hingga 16. Ini membuktikan Roh Kudus memang mempunyai keperibadian. Paulus berkata, “Satu Roh. Semuanya ini dikerjakan oleh Roh yang satu dan yang sama.” (1 Kor. 12:4,11) Ayat ini membuktikan perkara ini.

​Selain itu, semasa kita meninjau Roh Kudus dari sifat , maka ini membuktikan-Nya mempunyai keperibadian. Pertama, dari segi hikmat, Ia dapat mencipta alam semesta dan segala makhluk (Kej. 10:1-2 ; Mzm. 104:30), dapat membedakan kebaikan dan kejahatan (Ef. 4:30), dapat bersaksi (Yoh. 15:26), dapat menyelidiki segala sesuatu, (1 Kor. 2:10), dapat mendidik orang (Neh. 9:20 ; Yoh. 14:26), dapat memimpin orang untuk memahami kebenaran (Yoh. 16:13), dapat mewahyukan orang untuk memahami rahsia Tuhan. Kedua, dari segi perasaan, Ia berkasih (Rm. 15:30), membelas kasihan (Ibr. 10:29), membimbang (Yes. 63:10, Ef. 4:30), menghiburkan orang (Kis. 9:31), memohon bagi pihak pemercaya (Rm. 8:27).
​Ketiga, dari segi hati, Ia berhasrat (Kis. 13:1-4), melarang murid-murid memberitakan Injil di sesuatu tempat (Kis. 16:6), mengasaskan jabatan kudus (Kis. 20:28), berhak mengagihkan pelbagai karunia (1 Kor. 12:11), memanggil (Why. 2:7,11,17,29; 3:6,13,22).

1.2 Siapakah Roh Kudus?

Roh Kudus ialah orang wujud yang mempunyai keperibadian. Jadi, siapakah Dia? Ini ialah konsep ketuhanan yang rahsia dan kes yang tergendala lebih daripada 1000 tahun dalam sejarah gereja. Walaupun “The Nicene Creed” yang diterbitkan pada tahun 325 S.M. telah mengenalpasti “Konsep Tri-tunggal” tetapi kita tidak boleh mengakuinya. Paulus berkata: “Siapa gerangan di antara manusia yang tahu apa yang terdapat di dalam diri manusia selain roh manusia sendiri yang ada di dalam dia? Demikian pulalah tidak ada orang yang tahu apa yang terdapat di dalam diri Tuhan selain Roh Tuhan.” (1 Kor. 2:11) Konsep ketuhanan ialah hal Tuhan. Sejak Abad ke-4, Agama Rom dan agama-agama baru yang lain mempunyai konsep yang salah terhadap Tuhan kerana mereka tidak disertai Roh Tuhan. Semoga Roh hikmat dan wahyu memimpin kita supaya kita tidak bersandarkan pengetahuan duniawi tetapi hanya bersandarkan pimpinan Roh Kudus untuk mengenal Dia dengan benar (Yoh. 14:26, 16:13, Ef. 1:17)

Dalam Buku “Kehidupan yang Dipenuhi Roh Kudus”, L.L. Legters berkata: “Roh Kudus ialah orang ketiga dalam Tri-tunggal.” Dalam Buku “Saya Percaya Roh Kudus” pula, F. Wisloff berkata: “Roh Kudus ialah Aku yang ketiga kudus dalam Tuhan yang bersifat tri-tunggal.” Dalam Buku “Apakah Roh Kudus?” pula, Zhuo Zhi Liang berkata: “Roh Kudus ialah orang yang wujud tetapi mempunyai keperibadian yang berbeza dengan Tuhan.” Jelaslah bahawa mereka memang mengakui kewujudan keperibadian Roh Kudus, cuma mereka masih berkonsep bahawa Tuhan adalah tri-tunggal. Terutamanya, Zhui Zhi Shi menganggap Roh Kudus sebagai orang yang wujud tetapi mempunyai keperibadian yang berbeza dengan Tuhan. Ini menyebabkan orang lain lebih meragui kepercayaannya. Istilah “Roh Kudus” banyak ditulis sebagai “Roh Tuhan” dalam Kitab. Ini menunjukkan bahawa Ia ialah roh Tuhan sendiri, bagaimana mungkin kita mengatakannya sebagai orang yang wujud tetapi mempunyai keperibadian yang berbeza dengan Tuhan?

A. Roh Kudus ialah Roh Bapa Syurga

​Dalam projek penciptaan langit dan bumi, (Kej. 1:1) tercatat bahawa Tuhan ialah pencipta. Ayat 2 tercatat Roh Tuhan (Roh Kudus) melayang-layang di atas permukaan air. Kemudian, segala makhluk diciptakan.
​Mengenai janji pencurahan Roh Kudus, banyak kali Tuhan menyatakan bahawa itu ialah Roh-Nya sendiri. (Yeh. 36:27, 37:14 ; Yol. 2:28-29); Semasa Roh Kudus dicurahkan pada Hari Pentakosta, Petrus berkata bahawa roh yang diterima mereka ialah Roh Tuhan, maka nubuat nabi-nabi tergenap. (Kis. 2:16-18).

Mengenai bukti Tuhan diam di dalam kita, (1 Yoh. 4:13) tercatat: “Demikianlah kita ketahui bahawa kita tetap berada di dalam Tuhan dan Dia di dalam kita: Ia telah mengaruniakan kita mendapat bahagian dalam Roh-Nya.” Manakala (1 Yoh. 3:24) tercatat: “Demikianlah kita ketahui bahawa Tuhan ada di dalam kita, iaitu Roh yang telah Ia karuniakan kepada kita.”

​Tuhan Yesus berkata: “Bapa di dalam Aku.” (Yoh. 10:38). Tuhan itu Roh (Yoh. 4:24). Bapa di dalam Yesus bermaksud bahawa Roh Bapa di dalam Yesus. Dengan kata lain, Roh Kudus yang diterima-Nya selepas dibaptis ialah Roh Bapa (Mat. 3:16 ; Luk. 4:18)

​Paulus berkata: “Tuhan adalah satu, yang mengerjakan semuanya dalam semua orang.” (1 Kor. 12:6) ; “Tuhanlah yang mengerjakan di dalam kamu baik kemahuan mahupun pekerjaan menurut kerelaan-Nya.” (Flp. 2:13) ; “satu Allah dan Bapa dari semua, Allah yang di atas semua dan oleh semua dan di dalam semua.” (Ef. 4:6). Namun, (1 Kor. 6:19) tercatat yang diam di dalam hati manusia ialah Roh Kudus.

Paulus berkata bahawa Roh Kudus memberikan karunia kepada tiap-tiap orang secara khusus seperti yang dikehendaki-Nya supaya orang lain mendapat manfaat (1 Kor. 12:11,7) ; Yakobus berkata: “Setiap pemberian yang baik dan setiap anugerah yang sempurna datang dari atas, diturunkan dari Bapa segala terang (Yak. 1:17)

​Menurut hujah-hujah di atas, ini membuktikan bahawa Roh Kudus ialah Roh Bapa Syurga sendiri, bukanlah Aku yang ketiga kudus, bukan juga orang yang wujud tetapi mempunyai keperibadian yang berbeza dengan Tuhan.

B. Roh Kudus ialah Roh Yesus

(Kis. 8:16-39) mencatatkan Filipus diutus untuk memberitakan Injil kepada sida-sida Tanah Etiopia dan proses pembaptisan. Semasa Lukas menceritakan peristiwa ini, pada permulaannya, dia berkata: “Lalu kata Roh kepada Filipus: “Pergilah ke situ dan dekatilah kereta itu!” (Kis. 8:29) manakala pada akhirnya, dia berkata: “Roh Tuhan tiba-tiba melarikan Filipus……” (Kis. 8:39) Menurut konsep ketuhanan Lukas, Roh Kudus ialah Roh Tuhan Yesus. Konsep yang sama dapat dilihat dalam (Kis. 16:6) bahawa “Roh Kudus mencegah mereka untuk memberitakan Injil di Asia……” “Mereka mencuba masuk ke daerah Bitinia, tetapi Roh Yesus tidak mengizinkan mereka.” (Kis. 16:7)

Ini sama dengan konsep Paulus yang tercatat dalam (Gal. 4:6) bahawa yang masuk ke dalam hati kita ialah Roh Tuhan Yesus ; (1 Kor. 6:19) tercatat bahawa yang diam di dalam diri kita ialah Roh yang berasal daripada Tuhan. (2 Kor. 3:17) tercatat bahawa yang membolehkan kita menikmati kebebasan ialah Roh Tuhan Yesus. (Rm. 8:2) tercatat bahawa yang membolehkan kita dibebaskan ialah hukum Roh Kudus yang memberi hidup.

Mengenai penciptaan langit, bumi dan segala isinya, (Kej. 1:2) tercatat bahawa Roh Kudus melayang-layang di atas permukaan air. Kemudian, segala makhluk dicipta. Namun, rasul-rasul bersaksi bagi Tuhan Yesus bahawa langit, bumi dan segala isinya adalah diciptakan Tuhan (Yoh. 1:1,3,14 ; 1 Kor. 8:6 ; Kol. 1:16-17 ; Ibr. 1:2)

“Di dalam diri kamu, tetap ada pengurapan yang telah kamu terima daripada-Nya. Karena itu, tidak perlu kamu diajar oleh orang lain, tetapi sebagaimana pengurapan-Nya mengajar kamu tentang segala sesuatu.” (1 Yoh. 2:27). Sini tercatat bahawa pengurapan dapat diam di dalam hati kita dan mengajar kita. Ini ditujukan kepada Roh Kudus. Ini disebabkan Tuhan Yesus pernah berkata bahawa apabila Roh Kebenaran datang, Ia akan memimpin kamu ke dalam seluruh kebenaran (Yoh. 16:13). Sila ambil perhatian, Yohanes menunjukkan di sini dengan khasnya bahawa pengurapan ini ialah pengurapan Tuhan. Dengan kata lain, Roh Kudus yang dilambangkan pengurapan ialah Roh Tuhan Yesus.

​Menurut sebab-musabab di atas, ini telah membuktikan Roh Kudus ialah Roh Tuhan Yesus. Roh Kudus bukan Aku yang ketiga kudus.

1.3 Menerokai Konsep Ketuhanan

Bagi persoalan konsep ketuhanan, sejak persidangan “Counncil of Nice”, kepercayaan bersama yang diterima oleh Roman Katolik dan aliran-aliran agama kristian yang lain ialah “Tri-tunggal” (Trinity). Bahkan Roman Katolik berkata bahawa sebarang konsep ketuhanan yang melanggar konsep ini ialah ajaran sesat dan patut ditolak.

Yang dimaksudkan tri-tunggal ialah tiga peribadi yang berdikari dan boleh wujud secara berasingan, iaitu Bapa, Anak dan Roh Kudus. Konsep ini berasal daripada pesanan Tuhan Yesus kepada murid-murid sebelum terangkat ke syurga bahawa “baptislah mereka dalam nama Bapa, Anak dan Roh Kudus.” (Mat. 28:19). Selain itu, mereka juga berdasarkan beberapa ayat suci berikut: Semasa Yesus dibaptis, Roh Kudus turun ke atas-Nya, lalu terdengarlah suara dari syurga yang mengatakan: “Inilah Anak-Ku yang Kukasihi, kepada-Nyalah Aku berkenan.” (Mat. 3:16-17). Semasa Yesus di dalam dunia, Dia selalu berdoa kepada Bapa Syurga (Mat. 11:25-26, 14:23, 26:39,42,44) dan selalu mendoakan murid-murid (Luk 22:32, Yoh. 17:9-11, 20-23). Yesus sendiri berkata: “Bapa lebih besar daripada Aku.” (Yoh. 14:28) Semasa Stefanus dianiaya, dia penuh dengan Roh Kudus, menatap ke langit, lalu melihat kemuliaan Tuhan dan Yesus berdiri di sebelah kanan Tuhan. (Kis. 7:55-56). Yesus ialah pengantara dari suatu perjanjian yang lebih kuat, Ia hidup senantiasa, duduk di sebelah kanan Tuhan, menjadi Pembela bagi kita. (Rm. 8:34 ; Ibr. 7:22-25 ; 1 Yoh. 2:1) Jadi, adakah Tuhan itu tiga? Sememangnya tidak. Pemegang konsep tri-tunggal tidak beranggapan bahawa ada tiga Tuhan, tetapi beranggapan bahawa Tuhan adalah yang tunggal, yang telah disatukan (Yoh. 10:30, 14:9-10, 17:21-22). Mereka memberi penjelasan lagi bahawa Konsep Tri-tunggal yang dipegangi mereka ialah “tiga orang di dalam satu Tuhan” (Three Persons In One God). Tiga orang ini ialah Bapa, Anak dan Roh Kudus. Namun, ketiga-tiga Bapa, Anak dan Roh Kudus ini mempunyai sifat ilahi, kedudukan, kemuliaan dan kekuasaan yang sama. Selain itu, mereka sama dari segi kewujudan yang kekal, tiada permulaan dan tiada kesudahan. Oleh itu, mereka ialah Tuhan yang satu.

Menurut alasan yang dihuraikan di atas, pemegang konsep tri-tunggal tidak beranggapan bahawa Tuhan terkandung tiga identiti. Mereka juga tidak menafikan bahwa banyak catatan dalam Kitab mengatakan Bapa, Anak dan Roh Kudus, iaitu tiga keperibadian yang wujud serentak. Justru itu, mereka menciptakan kata nama “tri-tunggal” untuk merangkumi keesaan dan tiga keperibadian Tuhan.

Yang menghiburkan ialah, sama ada “tri-tunggal” mahupun “tiga peribadi dalam satu Tuhan”, di dalam kedua-duanya masih ada konsep keesaan Tuhan, cuma “tri” dan “tiga peribadi” ini bermasalah dari segi bahasa dan mudah menyebabkan salah faham. Oleh itu, kami tidak boleh bersetuju.

Kami berpendapat bahawa kita harus memegang tiga prinsip untuk memahami konsep ketuhanan, iaitu tema Kitab, kesatuan dalam Roh dan Roh Kudus yang melampaui waktu dan ruang. Huraiannya adalah seperti berikut:

a. Tema Kitab

​Tema Kitab ialah “Anugerah keselamatan Tuhan”. Perjanjian lama adalah rancangan anugerah keselamatan manakala perjanjian baru adalah penggenapan anugerah keselamatan. Peganglah isi penting ini kerana isi ini memberi pertolongan yang besar kepada kita untuk memahami konsep ketuhanan.

Demi menggenapi rancangan anugerah keselamatan, Roh Kudus menyebabkan anak dara Maria mengandung lalu melahirkan Yesus. Dia adalah juruselamat bagi semua bangsa, Dia akan menyelamatkan umat-Nya dari dosa mereka (Mat. 1:18-25 ; Luk. 2:8-11). Roh Kudus ialah Roh Tuhan (1 Yoh. 3:24). Oleh itu, pada asalnya, Yesus ialah Tuhan yang Perkasa dan Bapa yang Kekal (Yes. 9:6 ; Rm. 9:5). Kelahiran-Nya ialah penyataan Tuhan dalam rupa manusia (1 Tim. 3:16 ; Yoh. 1:1,14).

Demi menggenapi anugerah keselamatan, Tuhan bukan sahaja dilahirkan dalam rupa manusia, tetapi juga mati disalibkan dan menanggung penderitaan yang kuat (Mzm. 129:3, 22:13-18 ; Mat. 27:26-50), malah bangkit dari kematian. Kristus diserahkan kepada manusia untuk dihukum adalah demi pelanggaran kita; Dia bangkit supaya kita dibenarkan (Rm. 4:25 ; 2 Kor. 5:21). Melalui kematian dan kebangkitan Kristus, Dia telah menggenapi keadilan dan kesetiaan Tuhan. Oleh itu, sesiapa yang dipilih Tuhan tidak boleh didakwa dan ditetapkan dosa (Rm 5:6-10, 8:33-34). Namun, sampai sekarang, anugerah keselamatan Tuhan belum selesai (Rm. 8:23 ; Ef. 1:14, 4:30). Menurut rancangan Tuhan, anugerah keselamatan hanya selesai apabila Kristus datang kembali, orang mati dibangkitkan, orang berdosa dihukum dan orang benar diangkat. (Yoh. 5:28-29 ; 1 Tes. 4:14-17). Oleh itu, Yesus yang diangkat ke syurga masih meneruskan kerja penyelamatan, masih berdiri di sebelah kanan Tuhan untuk menjadi pengantara bagi perjanjian yang lebih indah, malah menjadi pembela bagi umat pilihan. (Rm. 8:34 ; Ibr. 7:22-25, 12:22-24 ; 1 Yoh. 2:1). ​

​Pada Hari Pentakosta, murid-murid dipenuhi Roh Kudus, kira-kira 3000 orang dibaptis, mendirikan gereja (jemaat) (Kis. 2:1-4,41). Ini juga bertujuan untuk menyelesaikan kerja penyelamatan. Disebabkan pimpinan Roh Kudus, kita dapat memahami kebenaran (Yoh. 16:13) ; Disebabkan wahyu Roh Kudus, kita dapat mengenali Yesus sebagai Tuhan (Mat. 16:15-17 ; 1 Kor. 12:3) ; Disebabkan kesaksian Roh Kudus, pembaptisan membawa kesan pengampunan dosa, dibenarkan dan dilahirkan kembali (1 Yoh. 5:6-7 ; Kis. 22:16 ; 1 Kor. 6:11 ; Tit. 3:5) ; Disebabkan gerakan Roh Kudus, kita menjadi Kudus dan mencapai tahap keselamatan (2 Tes. 2:13). Jelaslah, Roh Kudus memainkan peranan yang penting dalam kerja penyelamatan!

​Kesimpulannya, Kristus dilahirkan, mengorbankan nyawa, dibangkitkan lalu terangkat ke syurga dan juga pencurahan Roh Kudus adalah demi anugerah keselamatan. Apabila anugerah keselamatan tergenap: dunia milik kebendaan dibinasakan, tidak lagi menggoda manusia; Iblis dihukum selama-lamanya, tidak lagi mencubai manusia; jemaat terangkat, pemercaya tidak lagi melakukan dosa. Pada masa itu, Kristus tidak perlu lagi menjadi pengantara yang mendoakan pemercaya, Roh Kudus juga tidak perlu berada di dunia untuk mendirikan gereja (jemaat). Daripada ini, kita boleh tahu bahawa sebelum Kristus dilahirkan dan sebelum kerja keselamatan bermula, Tuhan adalah yang esa; Selepas Kristus datang dan selepas kerja keselamatan selesai, Tuhan juga adalah yang esa. Dalam tempoh penyelamatan, demi menyelesaikan kerja keselamatan, Tuhan seakan-akan dibahagikan kepada tiga identiti. Sebenarnya, mereka adalah dari Tuhan yang sama. Tempoh penyelamatan adalah kira-kira 2000 tahun, iaitu bermula dari kelahiran Kristus sampai Kedatangan semula Kristus. Menurut waktu Tuhan yang berkekalan, 2000 tahun ini adalah amat singkat.

II. Kesatuan Roh

“Kesatuan Roh” ialah butir kedua yang harus dipegang untuk memahami konsep ketuhanan.

​Dalam Kitab, Roh Kudus mempunyai banyak nama. Contohnya, Roh TUHAN (Hak. 3:10), Roh Tuhan (Mat. 3:16), Roh Bapa (Mat. 10:20), Roh Tuhan (Luk. 4:18), Roh Kristus (Rm. 8:9), Roh Yesus (Kis. 16:7), Roh Anak Tuhan (Gal. 4:6) dan lain-lain. Walaupun banyak nama tetapi masih dari Roh yang sama. Inilah maksudnya “kesatuan dalam Roh.”

Tuhan Yesus pernah berkata: “Tidak ada seorangpun yang telah naik ke sorga, selain daripada Dia yang telah turun dari sorga, iaitu Anak Manusia.” (Yoh. 3:13). Ini menunjukkan Roh Yesus dan Roh Bapa ialah Roh yang sama. Oleh itu, Dia berkata kepada Filipus: “Barangsiapa telah melihat Aku, ia telah melihat Bapa; Tidak percayakah engkau, bahwa Aku di dalam Bapa dan Bapa di dalam Aku?” (Yoh. 14:9-10). Ini membuktikan kesatuan Roh.

​Walaupun Bapa, Anak dan Roh Kudus adalah dari Roh yang sama, tetapi bermula daripada kelahiran Tuhan Yesus sebagai anak manusia sehingga sebelum anugerah keselamatan selesai, Bapa dan Anak ada perbezaan yang besar dan kecil. Oleh itu, Tuhan Yesus berkata: “Bapa lebih besar daripada Aku.” (Yoh. 14:28). Dari segi apakah Bapa lebih besar daripada Anak?

1. Kedudukan Bapa lebih besar daripada Anak. Disebabkan Anak diutus oleh Bapa, Firman yang disampaikannya juga menurut pesanan Bapa (Yoh. 12:49-50) ; sehingga tindakan dan doa juga menurut kehendak Bapa (Yoh. 7:6,8 ; Mat. 26:39).

2. Kekuatan Bapa lebih besar daripada Anak. Demi kerja pemberitaan Injil selama 3 tahun, Anak perlu pergi ke padang gurun untuk berpuasa dan berdoa selama 40 hari, dipenuhi Roh Kudus dan mengalahkan pencubaan Setan (Luk. 4:1-15). Dalam kerja, juga perlu selalu berdoa (Mrk. 1:35 ; Luk. 5:15-16), memohon kuasa dari atas, menyelesaikan pesanan Bapa (Yoh. 17:4). Mengenai sumber kekuasaan Anak, Petrus pernah bersaksi: “Tentang Yesus dari Nazaret, bagaimana Tuhan mengurapi Dia dengan Roh Kudus dan kuat kuasa, Dia, yang berjalan berkeliling sambil berbuat baik dan menyembuhkan semua orang yang dikuasai Iblis, sebab Allah menyertai Dia.” (Kis. 10:38). Doa-Nya bukan sahaja memberi teladan yang baik kepada kita, tetapi yang paling penting adalah demi keperluan-Nya sendiri.

3. Kekuasaan Bapa lebih besar daripada Anak. Oleh itu, Anak berdoa bahawa kuasa yang diperolehi-Nya berasal daripada Bapa (Yoh. 17:2). Kekuasaan ini menopang segala yang ada (Ibr. 1:3), dan kekuasaan yang menyokong segala makhluk dalam alam semesta (Mrk. 4:37-41). Daripada penglihatan Daniel (Dan. 7:13-14), doa Tuhan Yesus(Yoh. 17:2),dan kata-kata yang difirmankan oleh-Nya kepada murid- murid sebelum terangkat ke syurga (Mat. 28:18-19), juga boleh dikatakan kekuasaan Raja yang memerintah segala umat. Apabila injil disebarkan ke seluruh dunia, kerajaan duniawi akan menjadi kerajaan Kristus (Mat. 24:14 ; Why. 11:15), segala umat menjadi murid-murid Tuhan dan dating melayani Dia, agar Kristus mendapatkan masa kekuasaan yang patut ada pada Raja Segala Raja (Why. 17:14,19:16), maka ternyatalah penglihatan Daniel and pengharapan Tuhan Yesus.

4. Kemuliaan Bapa lebih besar daripada Anak. Oleh yang demikian, ketika dalam doa perpisahan, Anak berkata kepada Bapa : “Aku telah mempermuliakan Engkau di bumi dengan jalan menyelesaikan pekerjaan yang Engkau berikan kepada-Ku untuk melakukannya (Yoh. 17:4). Anak merupakan cahaya kemuliaan Bapa (Ibr.1:3), segala hal yang dilakukan olehNya, sama ada mengubati orang dan menghalaukan si iblis, membangkitkan orang dari mati, dilantak di atas kayu salib, atau bangkit dari kematian, semuanya adalah demi memuliakan nama Bapa (Luk. 17:15-18;Yoh. 9:1-3,11:3-4&40,13:31-32,17:1;Efs. 1:20). Menurut perintah Bapa, Dia akan memakai mahkota duri, merasai rasa kematian demi semua manusia, bangkit and diangkat ke syurga, maka dengan sedemikian barulah dapat memakai mahkota kemuliaan dan mendapat kemuliaan yang tertinggi (Mat. 27:29;Luk. 24:26; Yoh 7:39;Fil. 2 :8-11).

5.Pengetahuan Bapa lebih besar daripada Anak. Apa saja yang difirmankan oleh Anak adalah yang menurut kehendak Bapa (Yoh 12:49-50); segala yang diketahui-Nya merupakan pengajaran daripada Bapa (Yoh 8:28). Oleh itu, sewaktu Dia mengungkitkan persoalan tentang hari kiamat, hanya dapat mengatakan jika melihat segala tanda-tanda ini berlaku, maka ketahuilah bahawa waktu Anak Manusia sudah dekat dan sudah di ambang pintu. Perihal hari kedatangan kembali-Nya, waktu itu, Dia menyatakan dengan jelas: tidak ada seorang pun yang tahu, malaikat- malaikat di sorga tidak, dan Anak pun tidak, hanya Bapa sendiri.” (Mat 24:33, 36). Rupa-rupanya hari Tuhan datang kembali merupakan rahsia yang sekian besar. Sebelum mendapat perintah Bapa, maka Anak pun tidak mengetahuinya terlebih dahulu. Bukan sekadar itu sahaja, masa dan tempat yang harus Anak pergi juga tidak diketahui-Nya sekiranya tidak ada perintah dari Bapa (Yoh 7:3-10). Dengan demikian, pengetahuan Bapa tidak terhad, tetapi adalah terhad dalam pengetahuan Anak; segala yang diketahui oleh Anak merupakan perintah Bapa.

Kesimpulannya, walaupun kedudukan, kekuatan, kekuasaan, kemuliaan dan pengetahuan Bapa lebih besar daripada Anak, tetapi Roh Bapa dan Roh Anak, adalah satu Roh yang sama, ini merupakan rahsia tentang kesatuan dalam Roh.

III. Roh Kudus melampaui masa dan ruang

‘Roh Kudus melampaui masa dan ruang’ – Roh kudus tidak dihadkan oleh masa and ruang, Ia merupakan butir penting yang ketiga untuk memahami konsep ketuhanan. Sekiranya berpegang pada butir ini dan melepaskan konsep milik kebendaan, maka boleh mempunyai pengenalan yang betul terhadap konsep ketuhanan.

Siapa pun mengetahui bahawa kebendaan dihadkan oleh masa dan ruang, satu benda yang sama tidak mungkin dapat menduduki lebih daripada dua ruang. Tetapi Roh Kudus dapat melampaui masa dan memenuhi alam semesta (Mzm 139:7-10; Yes 23:23-24), ‘alam’ bermaksud ruang yang tak terhad, dan ‘semesta’ merupakan masa yang tak terhad.

Ketika Yesus dilahirkan dalam daging, disebabkan Ia dibatasi oleh masa dan ruang, maka tidak ada buku-buku Injil yang mencatatkan tentang dua tempat dimana Yesus berada pada masa yang sama sebelum Dia mati. Tetapi setelah Dia bangkit dari mati, Yesus yang telah menjadi tubuh rohani tidak lagi dihadkan oleh masa dan ruang, boleh menampakkan diri lalu hilang secara tiba-tiba di depan murid-murid dengan ajaib (Luk 24:36,31); malah Dia juga dapat masuk ke dalam rumah murid-muridNya tanpa perlu mengetuk pintu (Yoh 20:19,26). Yesus yang dilahirkan dalam daging dan Yesus yang menjadi tubuh rohani, oleh kerana terdapat sekian perbezaan yang nyata disebab kebendaan dibatasi oleh masa dan ruang, tetapi Roh Tuhan ataupun tubuh rohaniNya dapat melampaui masa dan ruang.

Disebabkan Roh Kudus tidak sama dengan kebendaan, boleh melampaui masa dan ruang. Tetapi disebabkan Roh Bapa dan Anak serta Roh Kudus, maka mencapai kesatuan di dalam Roh. Oleh itu, Ia boleh mendekati Maria dan menjadikan Maria mengandung lalu dilahirkan menjadi tubuh daging (Mat 1:18;Luk 1:35; Yoh 1:14; 1Tim 3:16). Sewaktu Yesus dibaptis, Roh Kudus dicurahkan ke atasNya dan pada masa yang sama ada suara berkata kepada-Nya dari syurga (Mat 3:16-17). Dengan waktu yang sama, turun dari syurga dan menjadi Anak Manusia di bumi, tetapi masih juga yang berada di syurga seperti sediakala (Yoh 3:13) dan memerintah segala sesuatu (Mzm 103:19).

Pengalaman memberitahu kita, seratus orang pemercaya yang menerima Roh Kudus, sekiranya pada masa yang sama, dibahagikan untuk berdoa di seratus sudut, masih boleh juga dipenuhi dengan Roh Kudus dan berbahasa Roh. Namun, kita tidak boleh membuat kesimpulan bahwa ada seratus Roh Kudus; juga tidak boleh berkata apa yang diterima oleh mereka masing-masing hanyalah 1/100 Roh Kudus. Disebabkan Alkitab mengatakan, hanya terdapat satu Roh Kudus (1Kor 12:4; Efs.4:4); juga berkata, kita dibaptis dalam satu Roh, minum dari satu Roh (1Kor 12:13). Satu Roh yang sama, di dalam aku, dalam kamu, dan dalam dia. Kesimpulan daripada beberapa butir yang dihuraikan di atas, disebabkan Roh Kudus melampaui masa dan ruang, malah oleh kerana Bapa, Anak dan Roh Kudus adalah satu, maka dia dapat dilahirkan dalam tubuh daging, dan juga dapat memenuhi langit dan bumi pada masa yang sama. Memandangkan dapat diam di dalam kamu dan aku, pada masa yang sama juga dapat diam di dalam semua orang.

Konsep tri-tunggal adalah salah, ia mengambil konsep kebendaan untuk memahami konsep ketuhanan, menyebabkan sifat kesempurnaan Roh Kudus menjadi kecaian. Orang yang berpegang pada konsep satu Tuhan, sekiranya demi menjelaskan kesatuan Roh Bapa Anak dan Roh Kudus, mengatakan Yesus adalah yang dilahirkan melalui sebahagian daripada Roh Kudus, atau mengatakan apa yang diterima oleh setiap kita adalah sebahagian daripada Roh Kudus, padahal dia masih belum melepaskan konsep kebendaan pengulas tentang tri-tunggal, tidak akan mengerti konsep Tuhan yang esa buat selama-lamanya.

1.4 Beberapa Kemuskilan

Beberapa kemusyikilan yang berikut merupakan pandangan yang senantiasa digunakan oleh pengulas tri-tunggal untuk menyokong pandangan mereka. Namun, terhadap tiga butir penting yang dijelaskan di atas, sekiranya pembaca dapat mengerti, hanya memerlukan sedikit renungan, maka kemuskilan ini akan menjadi lenyap secara semula jadi.

i. Ungkapan Bapa, Anak dan Roh Kudus

‘Bapa’ menunjukkan Tuhan dengan manusia memiliki hubungan bapa dan anak ( Luk 3:38 ; Efs 4:6), Dia merupakan Bapa segala Roh, mempunyai perbezaan dengan bapa tubuh jasmani kita ( Ibr 12:9). Menurut urutan penyataan, Dia merupakan sumber Yesus Kristus (Yoh 3:2, 17, 7:29), boleh digelar sebagai BapaNya (Yoh 3:16; Mat 11:25-27; Yoh 17:1).

Rupa-rupanya ‘Anak’ adalah ‘Bapa’ (Yoh 14:9), Anak dan Bapa adalah satu (Yoh.10:30), menyatakan diri dalam tubuh jasmani demi menyelamatkan manusia (Yoh. 1:14; Mat. 1:18-21;1 Tim. 3:16). Oleh itu, melihat Dia, sudah melihat Bapa, tidak ada kewujudan Bapa yang lain dalam alam semesta ini (Yoh 1:18,12:45,14:9-11). Yesus Kristus dilahirkan dengan identiti sebagai ‘Anak’, maka tidak menganggap kesetaraan dengan Tuhan itu sebagai milik yang harus dipertahankan, melainkan telah mengosongkan diri-Nya sendiri, dan mengambil rupa seorang hamba, dan menjadi sama dengan manusia, taat sampai mati, bahkan sampai mati di kayu salib. Itulah sebabnya Tuhan sangat meninggikan Dia dan mengaruniakan kepada-Nya nama di atas segala nama, supaya dalam nama Yesus bertekuk lutut segala yang ada di langit dan yang ada di atas bumi dan yang di bawah bumi, dan segala lidah mengaku : “ Yesus Kristus adalah Tuhan, bagi kemuliaan, Allah , Bapa!” (Flp 2:6-10).

‘Roh Kudus’ merupakan Roh Tuhan, adalah satu dengan ‘Bapa’ dan ‘Anak’, dan bukanlah ‘kekudusan aku yang ketiga’ dalam tri-tunggal. Kerana berkenaan dengan Roh Kudus, walaupun adanya gelaran ‘Roh Tuhan’ dalam alkitab (Mat 3:16), ‘Roh Bapa’ ( Mat 10:20), ‘Roh Anak Tuhan’ (Gal 4:6) dan sebagainya, tetapi masih merupakan Tuhan yang sama.

ii. Tuhan menyebut diri-Nya “Kita”

“ Berfirmanlah Allah: “ Baiklah Kita menjadikan manusia menurut gambar dan rupa Kita ,……” ”(Kej 1:26)

Pengusul tri-tunggal berpegang bahwa Tuhan pencipta alam adalah Tuhan yang banyak berdasarkan ayat Alkitab ini, tetapi kita menafikan pandangan ini. Alasannya adalah seperti berikut :

i. ‘Kita’ merupakan gelaran diri bagi raja pada zaman purba, bermakna dia merupakan ‘Tuan negara’, mempunyai kekuasaan yang pasti. Titahnya adalah undang-undang, semua menteri dan umat seluruh negara harus menurutinya; kehendaknya adalah yang adil, tidak ada orang yang boleh bersikap menonjol diri. Contohnya, gelaran diri bagi paus Roman Katolik, secara tradisional ialah “Kita” (We), menunjukkan mereka mempunyai kuasa yang mutlak. Disebabkan agama Roman Katolik menganggap paus adalah ‘Kristus di bumi’, kedudukannya lebih tinggi daripada segala pemercaya Roman Katolik di seluruh dunia. Tetapi selepas paus Rowan yang ke -23 menduduki takhta, maka telah membuat inovasi ke atas beberapa konsep dan sistem dalam tradisi agama Roman Katolik. Salah satu perkara ialah paus tidak lagi menggelar diri sebagai “Kita”, melainkan mengelar dirinya sebagai “Aku”. (Tunggal). Beliau menukarkan gelaran diri kepada “Aku” adalah kerana tidak berani tinggal bersendirian dengan identiti sebagai ‘Kristus di bumi’, ini bermaksud dirinya tidak mempunyai kuasa, kuasa yang tertinggi adalah daripada pendapat orang ramai. Beliau merupakan paus yang paling bersikap optimistik dan mempunyai pemikiran demokratik yang dalam mendalam sejak permulaan sejarah. Tempoh jabatannya adalah pada 11hb Feb 1958 sehingga 4hb Jun 1963. Tuhan merupakan pemerintah langit dan bumi, Raja atas segala Raja, Tuan atas segala Tuan (Kis 17:24; 1 Tim 6:15; Why 19:16), yang di atas semua dan oleh semua dan di dalam semua (Efs 4:6). Oleh yang demikian, ketika Tuhan menggelar diriNya sebagai “Kita”, bukanlah bermaksud Dia adalah Tuhan yang berbilang banyak, melainkan bermaksud Dia mempunyai kuasa yang mutlak, segala yang diciptakan olehNya haruslah mentaati pemerintahanNya (Mzm 103:19-22).

ii. Perkara yang sama berkenaan dengan penciptaan manusia, dalam ayat ke-27 mencatatkan ‘Nya’, dan bukannya ‘mereka’. Sekiranya “Kita” dalam ayat ke-26 dijelaskan dengan fahaman banyak bilangan, bagi menyokong teori tri-tunggal, maka mengapakah dalam ayat ke-27 tidak mencatatkan perkataan ‘mereka’? Rupa-rupanya ayat ke-26 adalah yang difirmankan Tuhan dengan diri sendiri, dia boleh menggelar diriNya sebagai “Kita”, untuk menunjukkkan kuasaNya yang mutlak. Tetapi ayat ke-27 adalah yang diucapkan oleh Musa, maka dia tidak boleh mengatakan ‘mereka’ untuk mencegah fahaman yang salah tentang Tuhan adalah Tuhan yang berbilang banyak.

iii. Kosep ketuhanan orang Yahudi ialah ‘Tuhan Yang Esa’, dan bukanlah ‘tri-tunggal’. Sekiranya ‘Kita’ dalam ayat ke-26 adalah yang berbilang banyak, mengapakah orang Yahudi masih gigih terhadap ‘konsep ketuhanan yang esa’, dan tidak mengakui ‘tri-tunggal’? Dengan demikian, ‘Kita’ dalam ayat ke-26, orang Yahudi adalah memahaminya dengan bilangan tunggal.

iii. Bapa, Anak dan Roh Kudus menampakkan diri pada masa yang sama

‘Sesudah dibaptis, Yesus segera keluar dari air dan pada waktu itu juga langit terbuka dan Ia melihat Roh Allah seperti burung merpati turun ke atas-Nya. Lalu terdengarlah suara dari sorga yang mengatakan: “Inilah Anak-Ku yang Kukasihi, kepada-Nyalah Aku berkenan.”(Mat 3:16-17).

Dalam ayat suci ini, kita dapat melihat Bapa,Anak dan Roh Kudus menampakan diri pada masa yang sama, maka ada orang menganggap seolah-olah ada tiga tuhan. Sebenarnya, Bapa, Anak dan Roh Kudus adalah satu dalam Roh dan Tuhan merupakan Tuhan Esa yang selama-lamanya. Walaupun Roh Tuhan adalah satu, tetapi Ia boleh dilahirkan sebagai Anak dan dikaruniakan dengan Roh Kudus kepadaNya dari syurga, malah berkata-kata denganNya. Oleh kerana demikian, maka terhadap janji karunia Roh Kudus, “Bapa” yang mengaruniakan Roh Kudus, “Anak” yang memohon daripada “Bapa”, dan Roh Kudus yang diutus dan datang, boleh dikisahkan secara berasingan dalam waktu yang sama. Dia berfirman: “Aku akan minta kepada Bapa, dan Ia akan memberikan kepadamu seorang Penolong yang lain, supaya Ia menyertai kamu selama-lamanya.” (Yoh. 14:16).

Ketika Tuhan Yesus mengisah tentang diriNya, Dia pernah berkata sepatah kata yang sangat rahasia; Dia berfirman: “Tidak ada seorang pun yang telah naik ke sorga, selain dari pada Dia yang telah turun dari sorga, yaitu Anak Manusia.” (Yoh 3:13).

iv. Ucapan berkat Paulus

“Kasih karunia Tuhan Yesus Kristus, dan kasih Allah, dan persekutuan Roh Kudus menyertai kamu sekalian.” (2 Kor 13:13). Berkat ini, menjelaskan hubungan dan pekerjaan Tuhan dan manusia dengan sesuai sekali. Tuhan adalah kasih (1 Yoh. 4:8), Dia mengutus anak-Nya yang tunggal dan berkorban demi manusia, maka ternyatalah kasih ini (Yoh 3:16, Rom 5:8). Firman itu telah menjadi manusia, Yesus Kristus datang dengan membawa kasih karunia yang berkelimpahan (Yoh 1:14), disebabkan Dia memikul segala dosa manusia (1 Ptr 2:24), menyelamatkan mereka dengan cuma-cuma (Tit 3:5). Ciri keistimewaan pekerjaan Roh Kudus adalah mendorong, Dia bukan sekadar mendorong manusia untuk mengaku Yesus Kristus sebagai Tuhan (1 Kor 12:3), lebih-lebih lagi mendorong manusia menjadi kudus agar dapat diselamatkan (2 Tes 2 :13). Oleh itu, pengajaran tentang berkat merupakan ciri keistimewaan pekerjaan Bapa, Anak dan Roh Kudus, tidak boleh menjadi bukti ulasan tri-tunggal.

v. Yesus berada di sebelah kanan Tuhan
“Sesudah Tuhan Yesus berbicara demikian kepada mereka, terangkatlah Ia ke sorga, lalu duduk di sebelah kanan Allah.” (Mrk 16:19).

“Tetapi Stefanus, yang penuh dengan Roh Kudus, menatap ke langit, lalu melihat kemuliaan Allah dan Yesus berdiri di sebelah kanan Allah. Lalu katanya: “Sungguh, aku melihat langit terbuka dan Anak Manusia berdiri di sebelah kanan Allah.” (Kis 7:55-56).

“Kristus Yesus, yang telah mati? Bahkan lebih lagi: yang telah bangkit, yang juga duduk di sebelah kanan Allah, yang menjadi Pembela bagi kita?” (Rm 8:34).

Ayat suci di atas mencatatkan, Yesus Kristus bangkit ke syurga dan ‘duduk di sebelah kanan Allah’, ‘berdiri di sebelah kanan Allah’ atau ‘di sebelah kanan Allah’, adalah sama dengan catatan dalam ayat suci yang berikut: (Efs 1:20; Kol 3:1; Ibr 10:12; 1 Ptr 3:22). Pengulas tri-tunggal beranggapan bahwa inilah bukti bagi kewujudan bersama “Bapa” dan “Anak” pada masa yang sama; malah dalam keadaan yang sedemikian di bumi masih ada “Roh Kudus” yang memerintah jemaat. Walaupun demikian, ini tidak dapat menjadi bukti bagi tri-tunggal. Oleh sebab anugerah keselamatan belum lagi disempurnakan, jawatan Yesus Kristus sebagai Imam Besar tetap berterusan (Ibr. 8:1; 7:22-25). Kerja Roh Kudus yang memerintah jemaat perlu diteruskan sehingga umat pilihan memperoleh penebusan (Rm 8:23; Efs 1:14, 4:30).

1.5 Konsep Ketuhanan yang menurut Alkitab

Setelah Roh Kudus diturunkan pada hari Pentakosta, para rasul mendapat pimpinan Roh yang penuh hikmat dan wahyu, mereka amat jelas akan persoalan tentang konsep ketuhanan, pandangan antara satu dengan yang lain adalah sama, oleh itu tidak ada pandangan yang kabur dan yang tidak faham, dan tidak pernah ada saling pertentangan. Tetapi pada 325 selepas masihi, demi meneguhkan konsep ketuhanan selepas menetapkan ‘usul tri-tunggal’ ini, sebaliknya telah membawa konsep yang seolah-olah betul masuk ke dalam jemaat. Berikut merupakan huraian konsep ketuhanan yang sesuai dengan Alkitab :

a. Dibaptis dalam nama Yesus
Sebelum terangkat ke syurga, Tuhan Yesus memerintah murid-murid-Nya dan berkata: “Karena itu pergilah, jadikanlah semua bangsa murid-Ku dan baptis mereka dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus” (Mat 28:19). Tetapi di kemudian hari sewaktu rasul-rasul memberi baptis kepada jemaat, adalah di dalam nama Yesus Kristus (Kis 2:38, 10:48), ataupun di dalam nama Tuhan Yesus (Kis 8:16,19:5), bukannya di dalam nama Bapa, Anak dan Roh Kudus.

Oleh sebab mereka mengerti bahawa Bapa, Anak dan Roh Kudus bukanlah nama, hanyalah gelaran. Bapa itu sendiri mempunyai nama Bapa, Anak itu sendiri mempunyai nama Anak, Roh Kudus itu sendiri juga mempunyai nama Roh Kudus. Berdasarkan perkataan ‘nama’, dalam bahasa asal adalah suatu kata tunggal, begitu juga dalam kitab terjemahan Bahasa Inggeris. Hal ini menyatakan, Bapa, Anak dan Roh Kudus adalah Tuhan yang Esa, namaNya adalah yang Esa, iaitu ‘Yesus’.

Perihal nama Bapa, “Selama Aku bersama mereka, Aku memelihara mereka dalam nama-Mu, yaitu nama-Mu yang telah Engkau berikan kepada-Ku” (Yoh 17:12), dalam kitab terjemahan bahasa Jepun menulis “dalam nama yang dikaruniakan kepadaKu, peliharalah mereka”, dalam kitab terjemahan standard Bahasa Inggeris “Aku memelihara mereka dalam nama Engkau yang diberikan oleh Engkau.” Nampaknya nama Tuhan ialah ‘Yesus’. Perihal nama Anak, Dia merupakan Juruselamat yang menjadi manusia melalui firman; firman adalah Tuhan (Yoh 1:14, 1), kelahiran Yesus merupakan Tuhan yang menyatakan diri dalam rupa manusia (1 Tim 3:16). Anak dan Bapa adalah satu pada asalnya (Yoh 10:30), melihat Anak adalah sama dengan melihat Bapa, Roh Bapa ada di dalam Anak (Yoh 14:8-9). Oleh itu, nama Anak ialah ‘Yesus’. Perihal nama Roh Kudus, Roh Kudus merupakan Roh Bapa (Mat 10:20), Roh Tuhan (Mat 3:16), Roh anak Tuhan (Gal 4:6), nama Kristus (Rm 8:9), juga Roh Yesus (Kis 16:7), oleh itu nama Roh Kudus ialah ‘Yesus’. Para rasul mengerti maksud sebenar yang difirmankan oleh Tuhan Yesus tentang ‘nama Bapa, Anak dan Roh Kudus’, walaupun memberi baptis di dalam nama Yesus Kristus atau nama Tuhan Yesus, bukan saja tidak mengingkari perintahNya, sebaliknya menuruti perintahNya dengan lebih jelas dan betul.

b. Dusta Ananias

Jemaat asal pada zaman awal telah menjalankan kehidupan yang hidup bersama tidak kira kaya atau miskin. Setiap orang meletakkan wang perak daripada penjualan tanah dan rumah itu di depan kaki para rasul, lalu para rasul mengagihkannya kepada semua orang berdasarkan keperluan mereka. Segala sesuatu adalah kepunyaan bersama, tidak ada orang yang berkata kepunyaannya adalah miliknya sendiri (Kis 4:32-35), semua jemaat bagaikan anggota-anggota sekeluarga. Pada masa itu, Ananias juga tidak jauh ketinggalan, dia menjualkan tanahnya, meletakkan hasil penjualannya di depan kaki rasul-rasul; tetapi hatinya tidak baik, menahan sebahagian daripada hasil penjualan itu bagi dirinya sendiri (Kis 5:1-2). Petrus mendapat wahyu daripada Roh Kudus, melihat tembus isi hatinya, maka menegurnya: “Ananias, mengapakah hatimu dikuasai Iblis, sehingga engkau mendustai Roh Kudus dan menahan sebahagian dari hasil penjualan tanah itu?… Engkau bukan mendustai manusia, tetapi mendustai Allah.” Tiga jam kemudian, masuklah isteri Ananias, Petrus menegurnya: “Mengapa kamu berdua bersepakat untuk mencobai Roh Tuhan?” (Kis. 5: 3-11). Pekara yang sama, dalam ayat ke-3 mengatakan mendustai ‘Roh Kudus’, dan ayat ke-4 mengatakan mendustai ‘Tuhan’, dalam ayat ke-9 mengatakan mencobai ‘Roh Tuhan’. Sangat jelas, Petrus memahami bahwa Bapa, Anak dan Roh Kudus tidak ada perbezaan dari segi kedudukan, oleh itu dia telah menggunakan gelaran yang berlainan.

c. Pencurahan Roh Kudus

“Tetapi kamu tidak hidup dalam daging, melainkan dalam Roh, jika memang Roh Allah diam di dalam kamu. Tetapi jika orang tidak memiliki Roh Kristus, ia bukan milik Kristus.” (Rm 8:9). Dalam huraian rangkap ini, berserta dengan pendiaman Roh Kudus di dalam, Paulus pula menggunakan tiga jenis gelaran yang berlainan yakni: ‘Roh Tuhan’, ‘Roh Kudus’, ‘Roh Kristus’. Walaupun terkandung gelaran yang tidak sama, tetapi merupakan maksud Roh yang sama, tidak boleh menganggap ada tiga roh yang tinggal di dalam diri kita. Oleh yang demikian, dalam ayat ke-10, Paulus tidak mencampurkan penggunaan gelaran ‘Roh Tuhan’ atau ‘Roh Kudus’ dan sebagainya, dan hanya mengatakan Kristus diam di dalam hati manusia. Ini bermaksud, Roh Kudus merupakan Roh Kristus, juga merupakan Roh Tuhan. Jika membandingkan huraian Paulus dengan huraian Petrus, sesungguhnya mempunyai perlaksanaan pekerjaan bersama yang ajaib.

d. Pembela yang berkuasa 

Tuhan Yesus terlebih dahulu memberitahu murid-muridNya bahawa Dia akan diserahkan kepada penguasa dan raja pada hari kelak, dan menyuruh mereka jangan khuatir bagaimana harus bercakap. Tujuan Tuhan Yesus berpesan sedemikian ada tercatat di dalam (Mat 10:20); “Karena bukan kamu yang berkata-kata, melainkan Roh Bapamu; Dia yang akan berkata-kata di dalam kamu.” Tetapi dalam tiga ayat suci yang lain mencatatkan: “sebab bukan kamu yang berkata-kata, melainkan Roh Kudus.” (Mrk 13:11); “Sebab pada saat itu juga Roh Kudus akan mengajar kamu apa yang harus kamu katakan.” ( Luk 12:12); “Sebab Aku sendiri akan memberikan kepadamu kata-kata hikmat, sehingga kamu tidak dapat ditentang atau dibantah lawan-lawanmu.” (Luk 21:15). Pekara yang sama, atau mengatakan ‘Roh Bapa’, ‘Roh Kudus’, atau ‘Aku’ (Kristus), hanya mengelirukan orang. Sebenarnya, pembela yang berkuasa itu hanya ada satu, iaitu ‘Roh Kudus’. Demikianlah catatan Alkitab kerana Roh Kudus adalah Roh Bapa dan juga Roh Yesus Kristus.

e. Tuhan yang menciptakan langit dan bumi 

Dalam projek mencipta langit, bumi dan segala isinya, (Kej 1:1) mengatakan Tuhan adalah Tuhan pencipta. Dalam ayat ke-2 mengatakan Roh Tuhan (Roh Kudus) melayang-layang di atas permukaan air, lalu diciptakan-Nya segala mahluk. Tetapi ada banyak tempat dalam Kitab Perjanjian Baru yang mencatatkan Yesus Kristus adalah Tuhan Pencipta, Dia sudah ada sebelum segala sesuatu terjadi, segala sesuatu dijadikan olehNya. (Yoh 1:1,3,14; 1 Kor 8:6; Kol 1:15-17; Ibr 1:2). Berkenaan dengan bukti Yesus Kristus adalah Tuhan Pencipta alam semesta, bukan sekadar tercatat dalam Kitab Perjanjian Baru sahaja, tetapi juga ada tercatat dalam (Ams 8:22-30). Dalam ayat tersebut, Solomon menggunakan penulisan secara personifikasi, melalui sumber hikmat untuk menghuraikan kewujudan Kristus yang terdahulu. Dia mengatakan hikmat itu bersaksi dengan sendirinya: “Tuhan telah menciptakan aku sebagai permulaan pekerjaanNya, sebagai perbuatanNya yang pertama-tama dahulu kala. Sudah pada zaman purbakala aku dibentuk, pada mula pertama, sebelum bumi ada…. aku ada sertaNya sebagai anak kesayangan, setiap hari aku menjadi kesenanganNya, ….”. Melihat dari projek penciptaan ini, kita boleh memahami bahawa Bapa, Anak dan Roh Kudus sesungguhnya adalah Tuhan yang sama, dan bukan tiga Tuhan. Berkaitan dengan kewujudan Tuhan, Tuhan Yesus berfirman bahawa Dia adalah ‘Allah yang Esa’ (Yoh 5:44), atau ‘satu-satunya Allah yang benar’ (Yoh 17:3), murid-murid Tuhan juga memanggilNya ‘Allah yang Esa’ (1 Tim 1:17), atau ‘satu-satunya Allah yang penuh hikmat’(Rm 16:27), ataupun ‘Allah yang esa’, ‘Juruselamat kita’ (Yud 25), atau ‘tidak ada Allah lain dari pada Allah yang esa’ (1 Kor 8:4) dan sebagainya, terlalu banyak untuk disebut. Berkaitan dengan ‘perbincangan tentang tri-tunggal’, ia bukanlah nama khas dalam Alkitab, melainkan ia ditetapkan oleh manusia menurut hikmat duniawi. Kiranya Roh yang penuh dengan hikmat dan wahyu mempimpin kita, agar kita memahami konsep ketuhanan yang bersesuaian dengan Alkitab.

 

Similar Posts