Hits: 26

Bab 5 Pandangan Para Rasul

Ramai Kristian beranggapan bahawa para rasul sudahpun memegang hari Ahad sebagai hari Tuhan. Namun jika dikaji Alkitab dengan teliti, maka didapati bahawa tiada catatan yang mengatakan mereka memegang hari Ahad; perkara ini adalah seperti yang dibincangkan sebelumnya. Sebaliknya dalam Kisah Para Rasul, didapati bahawa terdapat banyak catatan tentang mereka memegang hari Sabat. Analisisnya adalah seperti berikut:

5.1     Memegang hari Sabat di Antiokhia untuk beberapa minggu yang berturutan

1. Ayat Alkitab yang berkaitan: Kis 13:14-52

14 Dari Perga mereka melanjutkan perjalanan mereka, lalu tiba di Antiokhia di Pisidia. Pada hari Sabat mereka pergi ke rumah ibadat, lalu duduk di situ. 15 Setelah selesai pembacaan dari hukum Taurat dan kitab nabi-nabi, pejabat-pejabat rumah ibadat menyuruh bertanya kepada mereka: “Saudara-saudara, jikalau saudara-saudara ada pesan untuk membangun dan menghibur umat ini, silakanlah!” 16 Maka bangkitlah Paulus. Ia memberi isyarat dengan tangannya, lalu berkata: “Hai orang-orang Israel dan kamu yang takut akan Allah, dengarkanlah! 17 Allah umat Israel ini….

2. Tarikh Kejadian: Kira-kira pada 46 Masihi, dalam tempoh permulaan sewaktu Paulus keluar menginjil buat kali pertama.

3. Lokasi Kejadian: Antiokhia di Pisidia, bahagian tengah Turki pada hari ini.(14)

4. Proses Kejadian:

(A) Paulus dan Barnabas tiba di Antiokhia dan pergi ke rumah ibadat untuk memegang hari Sabat (14)

(B) Menerima jemputan untuk berkhutbah (16-42)

(C) Setelah itu, mereka diminta untuk berbicara pada hari Sabat berikutnya (42)

(D) Setelah selesai ibadah, terdapat ramai orang Yahudi dan penganut-penganut agama Yahudi mengikuti mereka, maka Paulus mengajar mereka sekali lagi (43)

(E) Pada hari Sabat berikutnya, datanglah hampir seluruh kota itu berkumpul untuk mendengar firman (44)

(F) Orang Yahudi iri hati, menghujat dan membantah (45)

(G) Kedua-duanya memberitakan firman pertama-tama kepada orang Yahudi dan kemudiannya kepada bangsa-bangsa lain (46-47)

(H) Bangsa lain bergembira kerana percaya kepada Tuhan (48-49)

(I) Orang-orang Yahudi menghasut, menimbulkan penganiayaan dan mengusir mereka berdua (50-51).

5. Renungan:

(A) Semenjak Stefanus mati syahid, jemaat dianiaya secara besar-besaran di kawasan orang Yahudi, maka para pemercaya terserak ke merata-rata tempat, dan mula berusaha memberitakan Injil kepada bangsa-bangsa lain (Kis11:20); maka sejumlah besar orang menjadi percaya dan berbalik kepada Tuhan (21).

20 Akan tetapi di antara mereka ada beberapa orang Siprus dan orang Kirene yang tiba di Antiokhia dan berkata-kata juga kepada orang–orang Yunani dan memberitakan Injil, bahawa Yesus adalah Tuhan (terdapat golongan tua: juga memberitakan Injil kepada orang-orang Yahudi yang berbahasa Yunani).21 Dan tangan Tuhan menyertai mereka dan sejumlah besar orang menjadi percaya dan berbalik kepada Tuhan.

(B) Paulus dan Barnabas menggembala mereka untuk kira-kira setahun di tempat bangsa lain-Antiokhia. Dalam tempoh ini, hanya dicatatkan tentang ibadah dan khutbah pada hari Sabat, belum lagi terdapat catatan mengenai penganut-penganut Kristian dari bangsa lain memegang hari Ahad. Kelihatannya pada masa itu belum lagi wujud manusia yang menukarkan hari Sabat kepada hari Ahad atau mengasaskan satu hari lagi untuk dijadikan sebagai hari kudus.

(C) Seterusnya adalah catatan dalam bahagian ini. Peristiwa ini terjadi di tempat bangsa lain-Turki, semasa dalam perjalanan kali pertama Paulus keluar memberitakan Injil kepada bangsa lain. Pada waktu itu, untuk berturut-turut dua kali hari Sabat, bukan sahaja mereka berbicara di dalam rumah ibadat orang Yahudi, malah juga memberitakan Injil di luar rumah ibadat. Bilangan orang Yahudi adalah sedikit di kalangan orang yang mendengar, hampir semua penduduk di tempat tersebut (kebanyakannya adalah orang-orang bukan Yahudi) turut hadir; juga ramai orang dari bangsa lain yang percaya kepada Tuhan walaupun dibantah oleh orang-orang Yahudi.

(D) Nampaknya sampai pada saat itu, para rasul tetap memegang hari Sabat di tempat bangsa-bangsa lain dan tidak pernahpun berubah.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *