Hits: 29

Orang kuno berkata : “Harimau mati meninggalkan kulit, manusia mati meninggalkan nama”, sehingga dapat dimengerti, bahawa betapa pentingnya “Nama” itu.

Peribahasa Barat juga mengatakan : “Nama adalah merupakan kedua dari kehidupan manusia”, dengan yang difirmankan dalam Alkitab : “Janganlah gila hormat”.  (Gal 5 : 26) tidaklah bertentangan, sebab maknanya tidak sama.

Orang yang gila hormat, berdaya upaya untuk memperoleh kedudukan dan nama, iaitu sengaja membelinya, dengan mengharap agar berada di paling atas/tinggi, sambil membanggakan/menyombongkan dirinya.  Nama yang demikian, akhirnya pasti meninggalkannya, yakni yang dimaksud “Nama palsu”, tamak dan tak berfaedah.

I.       HENDAKLAH MENINGGALKAN NAMA YANG BAIK

1.      Nama baik melebihi dari harta.

a.      Harta yang banyak tidak tinggal lama (Pkh 5 : 14).

b.      Nama baik dapat ditinggalkan berabad-abad, sehingga orang menyiarkan kebaikannya.

  • Kekayaan besar iaitu demikian adanya (Ams 22 : 1).

2.      Nama yang harum lebih baik dari minyak yang mahal.

a.      Keharuman minyak tidak seberapa jauh.

b.      Keharuman nama dapat menyebar kemana-mana.

  • Maka itu, nama yang harum melebihi dari minyak yang mahal (Pkh 7 : 1).
  • Setelah manusia mati meninggalkan keharuman nama barulah bererti dan berharga.

II.     JANGAN MENINGGALKAN NAMA KERANA EGOIS

1.      Manusia setelah air bah (Kej 11 : 1-9).

2.      Raja Saul (1 Sam 15 : 12, 23).

3.      Absalom (2 Sam 18 : 18).

  • Manusia-manusia yang demikian berhati tidak baik, egois, serta keras, meninggalkan nama bagi diri pribadi, yakni tidak terdapat makna yang baik, juga tidak berharga untuk diperingatinya.

III.    BAGAIMANAKAH HARUS MENINGGALKAN NAMA BAIK

1.      Maria yang mengasihi Tuhan (Mrk 14 : 3-9).

2.      Kornelius yang berbakti kepada Allah dan mengasihi kepada manusia (Kis 10 : 1-2, 22).

3.      Rut yang berbakti (Rut 4 : 14-15).

  • Kehidupan manusia satu abad, kehidupan rumput satu musim, akan lenyap dalam sekejap, meskipun Yoram sebagai raja yang terhormat, namun setelah mati tidak ada orang yang merindukannya (2 Taw 21 : 20).

Maka betapa pentingnya meninggalkan nama yang baik itu (Flp 4 : 8).

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *