Hits: 103

RUMAH DOA MIRI

Miri ialah sebuah pekan yang terletak di pantai dalam Bahagian ke-4 Sarawak dan ianya kaya dalam sumber minyak. Rumah doanya sedang dalam naungan Ibu Gereja Sabah dan belum lagi didaftarkan.

Dn Daniel Ho Wui En berpindah ke Miri selepas bersara 20 tahun yang lalu. Sungguhpun terdapat dua keluarga pemercaya di situ tetapi tidak ada kebaktian dijalankan kerana jemaat tidak dapat dihubungi. Kemudian dalam tahun 1979 Ibu Gereja Sabah telah menghantar Pdt Lai Yong En dan Pdt Thomas Kam untuk mencari jemaat melalui alamat yang diberikan oleh saudara-mara mereka di Sabah.

Dalam usaha mencari jemaat, amat anih sekali kerana sesudah dapat mencari “ Kedai Hien Fung “ menurut alamat yang telah diberikan, pendeta-pendeta bertemu pula dengan seorang anak perempuan Dn Ho yang berlalu di situ. Demikianlah rumah doa yang pertama diadakan di rumah Dn Ho dan jumlah yang hadir ialah 8 orang termasuk pendeta-pendeta. Semenjak itu, kebaktian doa diteruskan pada setiap Hari Sabat khas untuk keluarga ini.

Dalam pertengahan 1985, Sdra Vun Thau Kiong dan keluarganya dari Sabah telah berpindah sementara waktu ke situ disebabkan pekerjaannya. Ia membantu memimpin kebaktian Sabat secara bergilir dengan Dn Ho sehingga ia kembali ke Sabah pada 1986.

Pada masa sekarang terdapat 11 orang ahli. Dn Daniel Ho masih lagi Penguasa gereja dan Jawatankuasa Gereja belum ditubuhkan.

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *