Hits: 84

Raja Yoas

[Hua Jia Hua]

Prakata

Yoas adalah raja atas Yehuda pada 835-796 sebelum masihi. Ia adalah anak Ahazia dan ibunya ialah Zibya dari Bersyeba (II Raj 11:1; II Taw 24:1). Sewaktu neneknya, Atalya bangkit membinasakan semua keturunan raja, saudara perempuan Ahazia iaitu Yoseba telah meculik Yoas dari tengah-tengah anak-anak raja yang hendak dibunuh itu, memasukkan dia dengan inang penyusunya ke dalam gudang tempat tidur dan menyembunyikannya terhadap Atalya, sehingga dia tidak dibunuh. Maka Yoas bersama inang penyusunya bersembunyi di rumah Tuhan selama 6 tahun (II Raj 11:1-3; II Taw 22:10-12)

[1]      Kehidupan Dan Suasana Peringkat Kanak-Kanak Yoas

  1. Tidak lama setelah ia lahir, neneknya Atalya apabila melihat anak sendiri dibunuh oleh Yehu, terus bangkit membinasakan semua keturunan raja (II Raj 11:1; II Taw 22:10)
  2. Makciknya, Yoseba telah memasukkan dia di dalam gudang tempat tidur, menyembunyikannya terhadap pembunuhan Atalya (II Raj 11:2; II Taw 22:11)
  3. Seterusnya ia menyembunyikan Yoas bersama inang penyusunya di dalam rumah Tuhan selama 6 tahun (II Raj 11:3; II Taw 22:12)
  4. Sewaktu Yoas berumur tujuh tahun, imam Yoyada telah mengurapinya menjadi raja atas Yehuda (II Raj 11:12, 21; II Taw 23:11; 24:1)
  5. Dalam tahun yang ketujuh, imam Yoyada telah mengarahkan para kepala pasukan dan pasukan bentera penunggu untuk mengawal istana dan menyertai Yoas setiap kali ia keluar atau masuk (II Raj 11:4-8; II Taw 23:6-7)

[2]      Dosa Pelanggaran Yoas

  1. Bukit-bukit pengorbanan tidak dijauhkan, bangsa itu masih mempersembahkan dan membakar korban di bukit-bukit itu (II Raj 12:3)
  2. Sesudah Yoyada mati, ia mendengar pula perkataan pemimpin-pemimpin lalu beribadah kepada patung-patung berhala asing (II Taw 24:17-19)
  3. Tidak mendengar nasihat amaran nabi (II Taw 24:19)
  4. Tidak mengenang budi (II Taw 24:20-22)

[3]     Pengajaran

  1. Pupuk dan bekalkan pendidikan agama semenjak kecil lagi (Ul 6:6-7; II Tim 1:5)
  2. Taatilah bimbingan dan nasihat para pemimpin (Ibr 13:17)
  3. Lakukanlah segala pekerjaan di dalam kasih (I Kor 16:14)
  4. Jangan menjadi seorang yang tidak tahu mengenang budi (Flp 4:8-9; Mzm 1:1)

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *