Hits: 10

1. Celakalah nabi-nabi palsu (1-16)
2. Celakalah nabiah-nabiah palsu (17-23).

1.1 Bernubuat dengan sesuka hati, pada hal Tuhan tidak memberi wahyu mahupun penglihatan untuk mereka. Jelas sekali penyesatan dan kekeliruan alam roh telah terjadi di Yerusalem dan dalam kalangan orang buangan di negeri Kasdim sehingga ada yang melihat penglihatan yang bukan daripada Tuhan, suatu mesej yang bertentangan dengan penglihatan Yehezkiel dalam fasal 8-11 (2,3,6,7,8,9).

1.2 Tidak mempertahankan kebocoran iman umat Yahudi (4-5). Hari Tuhan ditujukan kepada mesej Yehezkiel dalam fasal 7, iaitu hari Tuhan yang hebat dan dahsyat (22:30).

Nabi palsu dikecam kerana tidak mempertahankan (tidak menutup) lubang-lubang di tembok dan tidak membina tembok di sekeliling rumah mereka ( 3-5; 22:30; Maz 106:23).

1.3 Memberitakan damai sejahtera yang palsu dan tidak menjamin keselamatan (13:10,16). Akibatnya menyesatkan umat, mendukakan orang benar dan bersubahat dengan orang jahat. (20-22).

Kesudahan nabi-nabi palsu:
– Tuhan akan meruntuhkan tembok kapur dan nabi-nabi palsu akan binasa (9-16).
– (9) Tidak tercatat dalam daftar kaum Israel – tidak tersenarai dalam salasilah Israel atau senarai nama orang buangan yang kembali ke Yerusalem 70 tahun kemudian.

1.4 Kaum wanita berlagak sebagai nabiah dan mengamalkan ilmu sihir (13:18-21).

(18-19) Nabiah demi tamak akan keuntungan, sanggup membuatkan kepalsuan, membengkokkan keadilan dengan membunuh orang benar dan sebaliknya menyelamatkan orang fasik.

(18) tali-tali azimat? (ITB & ISV) – alat kegunaan agama kafir atau penyembah berhala untuk menenung atau menjamin keselamtan.

Terjemahan lain Sew pillows to all armholes (KJV & CUV).

Bagaimana kesudahan dukun-dukun perempuan atau nabiah palsu (20-23). Allah akan mengoyakkan tali-tali azimat dan selubung sihir mereka. Umat Tuhan akan dilepaskan daripada tangan nabiah palsu.

Motif dan sebab nabi-nabi palsu mengucapkan nubuat palsu?
1. Mengampu atau mengambil hati orang ramai (flattering divination) (12:24).
2. Tamak akan keuntungan (13:19)
3. Sendiri tersesat oleh roh penyesat dan menyesatkan orang lain, akhirnya mereka dibiarkan terus tersesat (13:6,8,14:9).

FASAL 14 EMPAT HUKUMAN MENIMPA DISEBABKAN DOSA MENYEMBAH BERHALA
1. Seruan berpaling daripada berhala (dalam hati) (1-11).
2. Orang benar hanya dapat menyelamatkan sendiri dan tidak dapat menjamin keselamatan orang lain (12-20).
3. Empat malapetaka digunakan Tuhan untuk menghukum (21-23).
3.1 Kelaparan (13:21).
3.2 Binatang buas (15,21)
3.3 Pedang (17,21)
3.4 Penyakit sampar (19,21)

(1-11) Mengecam kejahatan para tua-tua yang menjunjung berhala – berhala dalam hati (3,4,7).

a. Menempatkan batu sandungan di hadapan mereka (4,7) -satu frasa yang khususnya muncul dalam Kitab Yehezkiel.

– Emas dan perak (7:19);
– Berhala dalam hati (14:3,4,7;44:12). Memandangkan para pemimpin, iaitu para tua-tua dan orang Lewi menjunjung berhala dalam hati mereka, maka menjadi batu sandungan kerana mempengaruhi dan menyesatkan orang lain.

b. Berhala dalam hati menjadi penghalang doa mereka (3).
Amat nyata bahawa Tuhan menuntut taubat mereka dari segi hati yang murni iaitu bebas daripada segala berhala kerana punca penyelewengan mereka ialah hati yang berzina (6:9).

(9-10) Nabi tersesat kerana Tuhan membiarkan mereka disesatkan (2 Tes 2:10-12).

(12-20) Apabila Tuhan bertindak menghakimi (14,16,18,20);

a. Orang benar seperti Nuh yang tidak bercela di depan Allah, Ayub yang tidak bercela di depan Iblis, dan Daniel tidak bercela di depan orang, persamaan mereka ialah teruji sebagai orang yang hidup tidak bercela. Namun mereka hanya dapat menyelamatkan sendiri (14,20; Kej 6:9; Ayb 1:1,8;2:3; Dan 6:4,22).

b. Orang benar tidak dapat menjamin anak-anak sendiri (16,18,20; Why 22:10-11).

(22-23) Impak Tuhan menghukum Kota Yerusalem dengan empat bencana iaitu pedang, kebuluran, sampar dan binatang buas seperti yang termaktub dalam Hukum Tuarat Musa (Ima 26:22-29).

Rujuk Wahyu 6:8 menunjukkan fenomena yang sama akan berulang dalam zaman akhir.

a. Orang fasik dengan ternakan dibinasakan (21).
b. Orang benar ( yang diberi tanda pada dahi) akan dipelihara dan ditawan ke Babel dengan anak-anak mereka (22).

Impak penghakiman Tuhan ke atas Kota Yerusalem mewujudkan kesudahan yang kontras bagi orang fasik dan sisa-sisa Yahudi yang dipelihara.

Pedang
– Sisa Yahudi yang benar terpelihara.

Sampar
– Yahudi yang fasik dimusnahkan

Kebuluran
– Anak lelaki & anak perempuan sisa-sisa Yahudi diselamatakan bersama-sama

Binatang Buas
– Binatang atau ternakan mereka turut dibinasakan bersama.

c. Orang tawanan di Babel terhibur melihat perbuatan Tuhan menghakimi Yerusalem dengan adil dan munasabah (23).





Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *