Hits: 13

Setelah benih Injil diberitakan ke kawasan pedalaman, ianya bertunas di Pekan Tenom. Pada mulanya seorang penduduk Tenom bernama Chong Liam, setelah berpenyakit sekian lama, telah disembuhkan, kemudian ia dibaptiskan. Berikutan itu, satu rumah doa diadakan di rumah Sdra Tham Kang di Kampung Tun. Kebaktian Sabat dipimpin oleh aSdra Wong Fon Thau (Dn Luke Wong). Kemudian, seorang kafir, Yong Kim Chiang (Dn John Yong), telah percaya kepada Injil Kebenaran. Untuk membalaskan anugerah Tuhan, ia telah dengan murah hati mempersembahkan sebidang tanah seluas 0.4 hektar (1 ekar) sebagai tapak bangunan gereja.Di samping itu, Sdra Chung Chao Lung telah mempersembahkan kayu-kayan manakala Dn Thomas Chew telah sendiri menyelia kerja pembinaannya. Pada penghujung tahun 1965, bangunan disiapkan untuk ditahbiskan kepada Tuhan. Kerja suci kian bertambah dan bilangan pemercaya telahpun meningkat.

Oleh kerana tapak bangunan gereja ini selalu dibanjiri oleh air pada musim hujan, maka penguasa gereja telah membeli sebidang tanah di km 3 di Jalan Sapong untuk mendirikan sebuah gereja baharu. Gereja simen tersebut yang baru telah disiapkan dan ditahbiskan pada Disember 1984. Semoga segala kemuliaan diberikan kepada Tuhan.

Pada 1986, bilangan pemercaya berjumlah 94. Ada 4 orang diaken. Selain daripada Kebaktian Sabat, kebaktian pada malam Ahad, Rabu dan Jumaat juga diadakan. Guru – guru Pendidikan Agama berjumlah 15 orang dengan 56 kanak-kanak dalam 6 kelas. Penguasanya ialah Dn James Wong. Ahli-ahli Jawatankuasa terdiri daripada berikut:
Hal Ehwal Agama: James Wong
Hal Ehwal Am : Thomas Chew
Bendahari: Barnabas Yong
Setiausaha: Fung Pui Chee

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *