Bahagian 4  Menyalahgunakan Nama Tuhan Harus  DiHukum Mati
| | | |

Bahagian 4 Menyalahgunakan Nama Tuhan Harus DiHukum Mati

Nas Kitab: Ulangan fasal 18 ayat 20-22

Prakata:

Tetapi seorang nabi, yang terlalu berani untuk mengucapkan demi namaKu perkataan yang tidak Kuperintahkan untuk dikatakan olehnya, atau yang berkata demi nama allah lain, nabi itu harus mati (Ul 18:20)

I.             Terhasilnya Nabi Palsu

1. Memuji berlebih-lebihan

Δ       Nabi-nabi itu sudah sepakat meramalkan yang baik bagi raja Ahab (I Raj 22:13)

2. Tamakkan kekayaan, kehormatan

Δ       Para nabi menenung kerana uang (Mi 3:11)

Δ       Nabi Bileam mencintai kehormatan / kemuliaan serta tamakkan wang (Ruj: Bil 22-24; Yud 11)

 II.          Membedakan Nabi Palsu

1. Menyalahgunakan nama Tuhan (Ul 18:20)

Δ       Sebab Aku tidak mengutus mereka, demikianlah firman Tuhan, tetapi mereka bernubuat palsu demi namaKu (Yer 27:15)

2. Perkataannya tidak terjadi (Ul 18:22)

Δ       Jika nubuat nabi digenapi, maka barulah ketahuan, bahwa nabi itu benar-benar diutus oleh Tuhan (Yer 28:7-9)

3. Membawa kecelakaan maut

Δ       Ahab, disebabkan mempercayai perkataan nabi palsu, maju berperang lalu mati (Ruj: I Raj 22:19-23, 33-36)

Δ       Nabi yang mengajarkan dusta …… orang-orang yang mengendalikan bangsa itu ialah penyesat dan orang-orang yang dikendalikan mereka menjadi kacau (Yes 9:14-15)

III.       Awasi Nabi Palsu

1. Jangan percayai dan jangan takut padanya (Ul 18:22)

Δ       Mesias-mesias palsu dan nabi-nabi palsu akan muncul …… janganlah kamu percaya (Mat 24:24-26)

2. Ia harus mati (Ul 18:20)

Δ       Elia membunuh 850 orang nabi palsu (I Raj 18:40)

Δ       Tuhan Allah membunuh nabi Hananya (Yer 28:12-17)

IV.       Kesimpulan

Δ       Sungguh, Tuhan Allah tidak berbuat sesuatu tanpa menyatakan keputusanNya kepada hamba-hambaNya para nabi (Am 3:7)

| | | |

Bahagian 3 Dengarkanlah Nabi Yang Dibangkitkan

Nas Kitab: Ulangan fasal 18 ayat 15-19

Prakata:

Seorang nabi dari tengah-tengahmu, dari antara saudara-saudaramu, sama seperti aku, akan dibangkitkan bagimu oleh Tuhan, Allahmu; dialah yang harus kamu dengarlah (Ul 18:15)

I.             Dialah Yang Harus Kamu Dengarkan (Ul 18:15)

Δ       Tetapi pegawai-pegawainya datang mendekat serta berkata kepadany: “Bapak, seandainya nabi itu menyuruh perkara yang sukar kepadamu, bukankah bapak akan melakukannya? …… (II Raj 5:13)

II.          Allah Tidak Berfirman Kepada Manusia (Ul 18:16)

Δ       Gunung Sinai ditutupi seluruhnya dengan asap, kerana Tuhan turun ke atasnya dalam api; asapnya membubung seperti asap dari dapar …… kemudian Tuhan berfirman kepada Musa: “Turunlah, peringatkan kepada bangsa itu, supaya mereka jangan menembus mendapatkan Tuhan hendak melihat-lihat; sebab tentulah banyak dari mereka akan binasa” (Kel 19:18-21).

III.       Ia Harus Menyampaikan Firman Tuhan (Ul 18:18)

Δ       Lalu Tuhan mengulurkan tanganNya menjemah mulutKu; Tuhan berfirman kepadaKu: “Sesungguhnya Aku menaruh perkataan-perkataanKu ke dalam mulutmu” (Yer 1:9).

Δ       Aku telah mengutus kepadamu segala hambaKu, yakni para nabi, terus-menerus, mengatakan: kembalilah kamu masing-masing dari tingkah-langkahmu yang jahat itu. Perbaikilah perbuatan-perbuatanmu, janganlah mengikuti allah lain untuk beribadah kepada mereka, maka kamu akan tetap diam di tanah yang telah Kuberikan kepadamu dan kepada nenek moyangmu …… (Yer 35:15).

Δ       Lalu datanglah firman Tuhan kepadamu: “…… oleh kerana itu katakanlah kepada mereka: Beginilah firman Tuhan Allah:  Tidak satupun dari firmanKu akan ditunda-tunda. Apa yang Kufirmankan akan terjadi, demikianlah firman Tuhan Allah” (Yeh 12:26-28).

IV.       Orang Yang Tidak Mendengar Akan Dituntut Pertanggungjawab (Ul 18:19)

Δ       Namun Tuhan, Allah nenek moyang mereka, berulang-ulang mengirim pesanan melalui utusan-utusanNya, kerana Ia sayang kepada umatNya dan tempat kediamanNya menghina segala firmanNya, dan mengejek nabi-nabiNya. Oleh sebab itu murka Tuhan bangkit terhadap umatNya, sehingga tidak mungkin lagi pemulihan (II Taw 36:15-16)

Δ       Disebabkan umat Israel tidak perdengarkan para nabi, maka mereka diselerakkan ke negara asing (Dan 9:4-7)

V.          Kesimpulan

Δ       Jangan mengusik orang-orang yang Kuurapi dan jangan berbuat jahat tehadap nabi-nabiKu” (I Taw 16:22)

Bahagian 2  Jangan Belajar Dan Berlaku Segala Kekejian
| | | |

Bahagian 2 Jangan Belajar Dan Berlaku Segala Kekejian

Nas Kitab: Ulangan fasal 18 ayat 9-14

Prakata:

Apabila engkau sudah masuk ke negeri yang diberikan kepadamu oleh Tuhan, Allahmu, maka janganlah engkau belajar berlaku sesuai dengan kekejian yang dilakukan bangsa-bangsa itu (Ul 18:9)

I.      Hal-hal dipandang keji Tuhan (Ul 18:9-11)

  1. Mempersembahkan anak-anak lelaki dan perempuan sebagai korban dalam api
  2. Petenung
  3. Peramal
  4. Penelaah
  5. Penyihir
  6. Pemantera
  7. Bertanya kepada arwah
  8. Bertanya kepada roh peramal
  9. Meminta petunjuk kepada orang mati

Δ       Manasye mempersembahkan anak-anaknya sebagai korban dalam api, melakukan banyak yang jahat di mata Tuhan, sehingga ia menimbulkan sakit hatiNya, mengakibatnya ditangkap raja Asyur dan dibawa ke Babel (II Taw 33:5-11)

Δ       Hosea mempersembahkan anak-anaknya sebagai korban dalam api, melakukan tenung dan telah dan memperbudak diri dengan melakukan yang jahat di mata Tuhan, sehingga menimbulkan sakit hatiNya. Sebab itu Tuhan sangat murka kepada Israel dan menjauhkan mereka dari hadapanNya (II Raj 17:16-18)

Δ       Demikianlah Saul mati kerana perbuatannya yang tidak setia terhadap Tuhan. Oleh kerana ia tidak berpegang pada firman Tuhan, dan juga kerana ia telah meminta petunjuk dari arwah, dan tidak meminta petunjuk Tuhan, maka Tuhan membunuh dia dan menyerahkan jabatan raja itu kepada Daud (I Taw 10:13-14)

II.          Jangan Belajar Berlaku Segala Kekejian (Ul 18:12-14)

  1. Kekejian bagi Tuhan (12)
  2. Akan dihalau (12)
  3. Tidak diizinkan melakukan yang demikian (14)

Δ       Beginilah firman Tuhan Allah …… sungguh, di sana Aku mulai membenci mereka. Oleh kerana jahatnya perbuatan-perbuatan mereka Aku akan menghalau mereka dari rumahKu. Aku tidak akan mengasihi mereka lagi, semua pemuka mereka adalah pemberontak (Hos 9:15)

III.       Kesimpulan

Haruslah engkau hidup dengan tidak bercela di hadapan Tuhan (Ul 18:13)

Bahagian 1  Milik Pusaka Orang Lewi Ialah Tuhan Allah
| | | |

Bahagian 1 Milik Pusaka Orang Lewi Ialah Tuhan Allah

Nas Kitab: Ulangan fasal 18 ayat 1-8

Prakata:

Janganlah ia mempunyai milik pusaka di tengah-tengah saudara-saudaranya; Tuhanlah milik pusakanya, seperti yang dijanjikanNya kepadanya (Ul 18:2)

I.             Orang Lewi Tiada Bahagian, Tiada Pusaka (Ul 18:1-2)

1. Imam-imam dan seluruh suku Lewi, janganlah mendapat bagian milik pusaka bersama-sama orang Israel (Ul 18:1)

2. Janganlah ia mempunyai milik pusaka di tengah-tengah saudara-saudaranya (Ul 18:2)

3. Dikuduskan bagi Allah

Δ       Kerana imam itu kudus bagi Allah (Im 21:7)

Δ       Aku mengambil orang Lewi dari antara orang Israel ganti semua anak sulung mereka …… Aku menguduskan bagiKu semua anak sulung yang ada pada Israel, baik dari manusia maupun dari hewan (Bil 3:11-13)

‚4. Melayani Tuhan dengan segenap hati

Δ       Musa mentahbiskan mereka untuk memegang jabatan imam (Bil 3:3)

Δ       Suruhlah suku Lewi mendekat dan menghadap imam Harun, supaya mereka melayani dia (Bil 3:6)

II.          Tuhanlah Milik Pusakan Mereka (Ul 18:1-2)

1. Dari korban api-apian kepada Tuhan dan apa yang menjadi milikNya harus mereka mendapat rezeki (Ul 18:1)

2. Tuhanlah milik pusaka mereka (Ul 18:2)

   Korban persembahan yang diperolehi imam (Ul 18:3-4)

  1. Paha depan
  2. Kedua rahang
  3. Perut besar
  4. Hasil pertama dari gandum
  5. Anggur
  6. Minyak
  7. Bulu guntingan pertama dari dombamu

‚   Bahagian orang-orang Lewi (Ul 18:6-8)

  1. Datang dari tempat tinggal
  2. Dengan sepenuh hati masuk ke tempat yang akan dipilih Tuhan
  3. Boleh menjual harta nenek moyang
  4. Mendapat rezeki yang sama dari binatang korban
  5. Meninggal imam-imam dan orang-orang Lewi adalah meninggalkan Allah (Neh 13:10-13)

III.       Dipilih Tuhan Untuk Melayani (Ul 18:5, 7)

  1. Sebab dialah yang dipilih oleh Tuhan, Allahmu, dari segala sukumu, supaya ia senantiasa melayani Tuhan dan menyelenggarakan kebaktian demi namaNya, ia dan anak-anaknya (Ul 18:5)
  2. Apabila orang Lewi dengan sepenuh hati masuk ke tempat yang dipilih Tuhan, maka mereka menyelenggarakan kebaktian demi nama Tuhan (Ul 18:6-7)

   Yang dipilih Allah adalah terhormat

‚   Yang dipilih Allah adalah termulia

Δ       Tetapi kamulah bangsa yang terpilih, imamat yang rajani …… (I Ptr 2:9)

IV.       Kesimpulan

Tuhanlah milik pusakanya, seperti yang dijanjikanNya kepadanya (Ul 18:2)

Δ       Adanya Tuhan sebagai milik pusaka, takkan kekurangan selama-lamanya (Mzm 23:1)

Δ       Adanya Tuhan sebagai milik pusaka, adalah terkaya (I Taw 29:12)