Hits: 902

[6]  Apakah Kegunaan Hukum Taurat? (Gal 3:19-29)

 Prakata

  1. Paulus membantah:
  2. Diselamatkan kerana perbuatan.
  3. Dibenarkan selain kerana iman, harus ditambah dengan perbuatan melakukan Hukum Taurat.
  4. Kalau Hukum Taurat tidak mengubah janji Allah kepada Abraham, dan tidak menambahkan apa-apa pada janji iman, apakah gunanya Hukum Taurat?
  5. (Gal 3:19-29) menjawab pertanyaan ini.

[1]      Hukum Taurat Memantulkan Pelanggaran Manusia (Gal 3:19-22)

i. Kegunaan Hukum Taurat hanya sementara (19a).

  1. Untuk menyatakan pelanggaran manusia: Sama seperti sebuah cermin, orang dapat melihat dirinya sendiri dengan jelas (Rm 3:20; 5:20).
  2. Untuk menyatakan bahwa manusia memerlukan Juruselamat: Menantikan Anak yang dijanjikan itu datang.
  3. Kristus datang, kegunaan Hukum Taurat yang sementara itu berakhir.

ii. Hukum Taurat adalah nombor dua dalam janji (19b-22)

  1. Perlu ada Pengantara: Menuntutkan kedua belah pihak harus memegang janji (19b).

Δ Allah tidak secara langsung memberikan Hukum Taurat kepada manusia: Diberikan melalui malaikat dan perantara (Musa) (Im 26:46; Ul 5:5, 22-26; 33:2; Kis 7:53)

  1. Janji diberikan Allah secara langsung kepada manusia (20; Ibr 2:1-3; Kis 7:52-53)
  2. Hukum Taurat tidak dapat membantu manusia menerima janji Allah (21-22)
    1. Hukum Taurat sama sekali tidak bertentangan dengan janji Allah
    2. Kegunaan Hukum Taurat dan janji tidak sama:

-Kegunaan Hukum Taurat: Mengurung orang di dalam dosa, membuat orang mati (21b-22a).

-‚Kegunaan janji: Manusia hidup kerana iman (22b).

 

[2]      Tujuan Hukum Taurat Yang Sebenarnya (Gal 3:23-24)

Δ Dilihat dari sudut sejarah: Paulus menjadikan sejarah seperti manusia dengan ungkapan kata ‘kita’. ‘Kita’ di sini mengungkapkan pengalaman orang Yahudi, juga mengungkapkan pengalaman orang dunia.

i. Hukum Taurat membuat orang melihat secara jelas bahwa dirinya adalah hamba dosa.

    1. Bagi orang Yahudi: Hukum Taurat menunjukkan perintah pada loh batu.
    2. Bagi orang bukan Yahudi: Menunjukkan hati nurani.

ii. Hukum Taurat seperti penjara: Manusia dijaga, kehilangan kemerdekaan (23).

iii. Hukum Taurat seperti guru (penuntun) (24).

  1. Mengajar kita hidup tertib.
  2. Menuntun orang mengenal Allah: Berbagai lambang dari Hukum Taurat membuat kita mengenal Kristus dan cara diselamatkan.

[3]     Hukum Taurat Mendesak Orang Supaya Mengutamakan Iman (Gal 3:25-29)

  1. Menjadi dewasa kerana iman (25): Tidak berada di bawah pengawasan penuntun, telah dapat bersandar keapda Allah Bapa.
  2. Menjadi anak-anak Allah kerana iman (26): Percaya Kristus Yesus.
  3. Mengenakan Kristus kerana dibaptis (27): Menjadi satu dengan apa yang sama dengan kematianNya dan kebangkitanNya (Rm 6:1-10; I Kor 6:17), menunjukkan sudah menjadi dewasa, mempunyai rupa Allah.
  4. Kerana iman menjadi satu di dalam Kristus (28; Kis 13:1; 16:1; Yak 2:1-9; Ef 5:21-33); Menjadi satu keluarga.
  5. Menerima milik pusaka kerana iman (29).
    1. Menjadi keturunan Abraham kerana milik Kristus.
    2. Dan berhak menerima janji Allah.

Kata Penutup

Hukum Taurat dan keselamatan saling melengkapi, hanya dengan bersandar kepada keselamatan Kristus manusia dapat menggenapkan Hukum Taurat, hidup menyatakan rupa Allah.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *