Pengajaran daripada Kegagalan Eli
|

Pengajaran daripada Kegagalan Eli

1. Kegagalan Eli

1.1 Firman Tuhan jarang, tidak sering adanya penglihatan (I Sam 3: 1)

① Dalam hati tiadanya firman Tuhan, bagaimana hendak menjadi imam? (Mal 2: 7; Hos 4: 6)

② Tiadanya penglihatan, rakyat menjadi liar (Ams 29: 18).

③ Pendeta masa kini perlu membaca alkitab setiap hari, sentiasa berdoa.

1.2 Rabun mata, tidak dapat melihat dengan jelas (1 Sam 1: 12-14, 3: 2)

① Melihat Hana yang tekun berdoa mencucurkan air mata sebagai yang mabuk (I Sam 1: 12-14).

② Mementingkan anak lelaki melebihi Tuhan, walaupun jelas mengetahui anak berbuat jahat, tetapi tidak memberi pengajaran.

③ Jikalau pendeta rabun mata, adalah seorang buta menuntun jalan, mencelakakan orang dan diri sendiri (Mat 15:14).

1.3 Belum melaksanakan tanggungjawab mengajar anak.

① Anak adalah orang jahat, tidak mengenal Tuhan (I Sam 2:12)

② Berdepan dengan perbuatan jahat anak, tidak mengajar dengan lebih tegas (1 Sam 2: 23-25, 3: 13)

③ Mengajar anak-anak adalah tanggungjawab ibu bapa (Ul 4: 9-10; 6: 4-9).

④ Pekerja Tuhan tidak tahu mengepalai keluarga, bagaimana ia dapat mengurus jemaat Tuhan? (1 Tim 3: 5)

2. Apakah kesudahannya?

2.1 Menjatuhkan umat dalam dosa (I Sam 2: 17, 25).

2.2 Jawatan suci dikutuki (1 Sam 2: 35-36; rujuk 1 Raj 2: 26-27).

2.3 Pecah rumah, negara berbahaya.

① Peperangan gagal, tabut perjanjian dirampas (1 Sam 4: 11).

② Dua orang anak meninggal dunia pada hari yang sama (1 Sam 4: 11).

③ Eli mendengar berita buruk, terjatuh dan meninggal dunia (1 Sam 4: 18).

④ Isteri Pinehas mati akibat daripada sakit beranak (I Sam 4: 19-20).

3. Sebagai amaran

3.1 Haruslah menghormati kerja yang mulia, menjadi hamba yang setia dan berpengetahuan (Ef 4: 1; Luk 12: 42-44).

3.2 Jangan menjadi orang bodoh, tetapi usahakanlah supaya kamu mengerti kehendak Tuhan (Ef 5: 17).

3.3 Didiklah anak di dalam ajaran dan nasihat Tuhan (Ef 6: 4; Ams 22: 6).

|

Buku Samuel

I. PERBINCANGAN MENGENAI

1. Sejarah orang Israel menyambungi dari Buku Hakim-Hakim.

  • Pada masa itu Agama dan Politik adalah dalam keadaan kacau bilau ( Hakim 21 : 25 ).
  • Buku Samuel ialah permulaan satu zaman (era) baru “zaman Raja-Raja” (dalam Perjanjian Lama, sejarah orang Israel dibahagikan kepada 4 masa).

2. I Samuel boleh dibahagikan kepada 3 bahagian besar.

  • Bibliografi Samuel ( Fasal 1 – 8 ).
  • Bibliografi Saul ( Fasal 9 – 15 ).
  • Bibliografi Daud ( Fasal 16 – 31 ).

3. II Samuel boleh dibahagikan kepada 4 bahagian besar.

  • Daud menjadi Raja Yehuda ( Fasal 1 – 4 ).
  • Daud menjadi Raja atas seluruh Israel ( Fasal 5 – 10 ).
  • Daud berdosa dan didenda serta dibangunkan semula ( Fasal 11 – 20 ).
  • Perbuatan Daud pada masa usia lanjutnya ( Fasal 21 – 24 ).

II.  I SAMUEL FASAL 1

1. Ibu Samuel

  • Silsilah keluarga Samuel ( 1 : 1 ; I Taw 6 : 16-27 ).
  • Doa Hana ( 1 : 10-15 ; Bil 6 : 1-5 ).
  • Kelahiran Samuel ( 1 : 19-20 ).
  • Nazar Hana ( 1 : 21-28 )

III. I SAMUEL FASAL 2 – FASAL 4

1. Hana dan Eli

Hana Eli
i) Seorang wanita yang rendah hati. i) Seorang imam yang terkenal.
ii) Taat sembah kepada Tuhan, pandai mendidik anaknya. ii) Sungguhpun seorang imam, tetapi tidak pandai mendidik anaknya.
iii) Merasa sangat gembira melihat anaknya digunakan oleh Tuhan. iii) Merasa sedih melihat kejahatan anak-anaknya.
iv)Bersyukur berdoa, mempersembahkan yang sangat bernilai. iv) Memarahi anak-anaknya yang jahat dengan hati yang ringan.
v) Diberkati Allah dan mendapat anak yang ramai. v) Dimarahi oleh Tuhan, kedua-dua anaknya dipukul mati oleh Tuhan.

2. Pengajaran

  • Hana takut akan Allah, mengutamakan kerja dan kemuliaan Tuhan.
  • Eli menghormati anak-anaknya lebih daripada Tuhan ( 2 : 29-30 ).
  • Eli tidak menghalang kejahatan anak-anaknya ( 3 : 13 ; 2 : 17-24 ; Ulangan 21 : 18-20 ).
    •  Harus mengawal anak ( Amsal 22 : 6 ; 23 : 13 ; 29 : 15 ; 19 : 18 ).

3. Doa Hana yang bersifat nubuat ( 2 : 1-10 ).

  • Kuasa dan perbuatan Allah ( Luk 1 : 46 -53 ).

4. Keluarga Hana ( 2 : 18 -21 ).

5. Samuel dipanggil ( Fasal 3 ).

  • Mendengar panggilan Tuhan ( 3 : 1 – 10 ).
  • Taat menyampaikan kata-kata Allah ( 3 : 11 – 18 ).
  • Dipercayakan sebagai nabi Tuhan ( 3 : 20 – 21 ).

6. Tabut Ara Tuhan dirampas ( Fasal 4 ).

  • Dikalahkan oleh orang Filistin ( 4 : 2 ; Ulangan 28 : 15 – 25 ).
  • Datanglah Imam jahat dan tabut Tuhan ( 4 : 3 – 4 ).
  • Tabut Tuhan dirampas ( 4 : 5 – 11 ).
  • Ikabod ( 4 : 12 – 22 ).

IV. I SAMUEL FASAL 5 – 8

1. Tabut Tuhan dan patung berhala ( Fasal 5 ).

  • Melatih orang Israel.
  • Membuktikan kedudukan Allah lebih tinggi daripada yang lain ( Kol  1 : 18 ; 5 : 2 ).
    • Patung dipermainkan ( 5 : 3 – 4 ).
    • Orang Filistin berpenyakit borok-borok ( 5 : 6 – 12 ).
    • Tikus merosakkan hasil tananam ( 6 : 4 – 11 ).

2. Tabut Tuhan dikembalikan ( Fasal 6 ).

  • Orang Filistin membayar upah untuk menebus kesalahan ( 6 : 1 – 8 ).
  • Lembu-lembu melalui satu jalan raya mengembalikan Tabut Tuhan ( 6 : 12 ).
  • Orang-orang Bet – Semes mempersembahkan korban kebakaran ( 6 : 14 – 15 ).
  • Orang-orang Bet – Semes dibunuh ( 6 : 19 ; Bil 4 : 5 – 6 , 15 , 19 – 20 ).

3. Kebangkitan semula mizpa ( Fasal 7 ).

  • Kerana seluruh kaum Israel mengeluh kepada Tuhan ( 7 : 2 ).
  • Menyingkir patung berhala ( 7 : 3 – 4 ).
  • Mereka rela hati mengaku salah, bertaubat dan bersungguh-sungguh memohon ( 7 : 5 – 6 ).
  • Mendapat keselamatan ajaib dari Allah ( 7  : 10 – 12 ).

4. Tugas-tugas Samuel ( 7 : 15 – 17 ).

  • Nabi
  • Imam
  • Hakim

5. Orang Israel menghendaki seorang raja ( Fasal 8 ).

  • Kerana kejahatan anak-anak Samuel ( 8 : 1 – 5 ).
  • Tujuan mereka diri sendiri – mencontohi negara-negara yang lain ( 8 : 5 – 7 , 19 – 20 ).
  • Amaran Tuhan berkenan permintaan perlantikan raja ( 8 : 11 – 18 ).

V. I SAMUEL FASAL 9 – 11

1. Saul diurapi menjadi raja ( Fasal 9 – 10 ).

  • Sesuai dengan kehendak rakyat ( 9 : 1 – 2 ; 10 : 23 – 24 ).
  • Samuel naik ke bukit ( 9 : 11 – 13 ).
    • Mengajak Saul menduduki tempat utama ( 9 : 22 ).
    • Saul memakan paha binatang korban ( 9 : 23 – 24 ).
    • Saul diurapi menjadi raja ( 10 : 1 – 7 ).
    • Roh Tuhan menggerakkan Saul ( 10 : 6 – 10 ).
    • Saul menjadi raja dengan undian ( 10 : 17 – 24 ).
    • Samuel menguraikan hak-hak kerajaan ( 10 : 25 ; Ulangan 17 : 14 – 20 ).

2. Kemenangan Saul ( Fasal 11 ).

  • Orang Amon menakutkan orang Yabesy ( 11 : 1 – 5 ).
  • Saul menggalahkan orang Amon ( 11 : 6 – 13 ). ( Saul membuat persediaan untuk berperang tanpa memohon kepada Tuhan ) ( 12 : 12 ).

VI. I SAMUEL FASAL 12 – 15.

1. Mengisytiharkan kerajaan raja ( Fasal 12 ).

  • Menjadi raja di Gilgal ( 11 : 14 – 15 ; Hos 9 : 15 ).
  • Samuel minta diri dari bangsa itu ( 12 : 1 – 15 ).
  • Raja harus mengikuti Tuhan ( 12 : 14 ).
  • Kerana namaNya yang besar ( 12 ; 22 ).

2. Pemulihan dan pembuangan Saul ( Fasal 13 ).

  • Saul mempersembahkan korban bakaran sendiri ( 13 : 8 – 9 ).
  • Saul cuba menyembunyikan dosanya ( 13 ; 11 ).
  • Saul dibuang ( 13 : 13 – 14 ).
    • Orang Israel menggalahkan orang Filistin.

3. Kemenangan besar Yonatan ( Fasal 14 ).

  • Jonatan mempunyai iman dan keberanian ( 14 : 6 – 7 ).
  • Tuhan menolong Yonatan menggalahkan orang Filistin ( 14 : 8 – 23 ; Hakim 7 : 4 – 7 ; II Taw ).

4. Arahan untuk berpuasa dari Saul yang tidak sesuai ( 14 : 24 – 34 ).

  • Yonatan tersilap tidak mengikut arahan ( 14 : 27 ).
  • Rakyat membela Yonatan untuk menyelamatkannya ( 14 : 27 – 45 ).

5. Saul ditolak sebagai raja ( Fasal 15 ).

  • Tuhan mengarah orang Amalek dibunuh ( 15 ; 13 ; Kel 17 : 14 ).
  • Saul tidak ikut arahan ( 15 : 7 – 9 ).
  • Saul dipersalahkan ( 15 : 15 , 20 – 21 ).
  • Ingin mendapatkan hormat di depan manusia ( 15 ; 30 ).Tuhan.
    • Syarat-syarat Tuhan terhadap kita ( 15 : 22 – 23 ).

VII. I SAMUEL 16 – 17

1. Daud diurapi menjadi raja ( Fasal 16 ) adalah sesuai dengan kehendak Tuhan.

  • Samuel berjumpa Isai ( 16 : 1 – 5 ).
  • Samuel mengurapi Daud ( 15 : 6 – 13 ).
  • Saul meminta Daud memainkan kecapi untuk mengundurkan roh jahat daripadanya ( 15 : 14 – 23 ).

2. Daud melambangkan Kristus.

  • Orang Betlehem ( 16 : 1 , 18 ; Mat 2 : 4 – 6 ).
  • Anak kesayangan bapa – Daud bererti orang yang disayangi.
  • Seorang pengembala  yang baik ( 16 : 11 ; 17 : 34 ; Yoh 10 : 11 ).
  • Menerima Roh Kudus, Allah berada sama dengannya ( 16 : 13-18 ; Mat 3 : 16 ; Rasul 10 : 38 ).
  • Menggalahkan musuhnya, menyelamatkan saudara-saudaranya ( 17 : 1 – 54 ; Ibr 2 : 14 ).
  • Hamba kepada Saul ( 16 : 21 ; Filipi 2 : 6 ).
  • Sebelum menjadi raja, menghadapi siksaan.

3. Daud dan Goliat ( Fasal 17 ).

  • Kedua-dua tentera berkumpul di atas 2 buah gunung ( 17 : 1 – 3 ).
  • Daud disuruh oleh ayahnya untuk melihat saudara-saudaranya ( 7 : 12 – 30 ).
  • Iman Daud ( 17 : 22 – 40 , 45 , 47 ).
  • Daud memuji Allah ( 17 : 46 ).
  • Daud membunuh Goliat ( 17 : 48 – 51 ).
  • Kegagalan orang-orang Filistin ( 17 : 52 – 54 ).

VIII. I SAMUEL ( FASAL 18 – 20 )

1. Kasih sayang Yonatan dan kejahatan Saul.

  • Perasaan orang ramai setelah Daud menggalakan Goliat.
    • Ada orang yang merasa hairan.
    • Ada orang yang tidak ambil peduli.
    • Ada orang yang  cemburu terhadap Daud.
    • Ada orang yang gembira kerana musuh dikalahkan.
    • Ada orang meningkatkan iman kerana perkara ini.
    • Ada orang yang menyanjung Daud.
  • Yonatan sangat kasihi Daud ( 18 : 1 – 4 ).
    • Berpadulah jiwa Yonatan dengan jiwa Daud ( 18 : 1 ).
    • Mengasihi dia seperti jiwanya sendiri ( 18 : 1 ).
    • Tidak membenarkannya pulang ke rumahnya ( 18 : 2 ).
    • Yonatan mengikat perjanjian dengan Daud ( 18 : 3 ; 23 : 17 – 19 ).
    • Memberikan semua yang ada padanya kepada Daud ( 18 : 4 ).
  • Saul benci kepada Daud.
    • Menggunakan tombak ( 18 : 11 ).
    • Menggunakan helah ( 18 : 20 – 25 ).
    • Menyuruh pegawai-pegawai kerajaan melawan Yonatan ( 19 : 20 – 21 ).
    • Perjanjian antara Daud dan Yonatan ( Fasal 20 ).

IX. I SAMUEL ( FASAL 21 – 24 )

1. Daud, Abimelekh dan Akhis ( Fasal 21 – 22 ).

  • Daud dapat bantuan dari Abimelekh ( 21 : 1 – 9 ).
    • Daud membohong kerana tidak menunaikan perjanjiannya ( 21 : 2 ).
    • Meminta pedang daripada imam ( 21 : 8 – 9 ).
  • Daud lari ke Gat ( 21 : 10 – 15 ).

2. Daud di Gua Adulam

  • Orang miskin dan keluarganya mengikut Daud ( 22 : 1- 2 , Ulangan 11 : 28 ).
  • Menghantar ibu bapanya untuk tinggal di Moab ( 22 : 3 – 5 ).

3. Saul membunuh para imam di Nob ( 22 : 6 – 23 ).

  • Saul memarahi pegawai-pegawainya tidak taat setia kepadanya ( 22 : 6 – 10 ).
  • Doeg memarang para imam ( 22 : 6 – 19 ).
  • Abyatar melarikan diri menjadi pengikut Daud ( 22 : 20- 23 ).

4. Kehila ( Fasal 23 )

  • Daud menyelamatkan Kehila ( 23 : 1 – 5 ).
  • Saul mengejar Daud, tetapi Tuhan melindunginya ( 23 : 7 – 14 ).
  • Mengadakan perjanjian dengan Yonatan ( 23 : 16 – 18 ).
  • Kerana orang Filistin telah menyerbu negeri, maka Saul balik menghadapi orang Filistin ( 23 : 27 – 29 ).

5. Kebesaran hati Daud ( Fasal 24 )

  • Daud tidak membunuh Saul di En-Gedi ( 24 ; 1 – 7 ).
  • Daud berterus terang kapada Saul ( 24 : 8 – 15 ).
  • Saul mengaku kesalahannya ( 24 ; 16 – 22 ).

X. I SAMUEL ( FASAL 25 – 26 )

1. Nabal dan Abigail ( Fasal 25 ).

  • Nabal, seorang suami yang bodoh.
    • Kaya tetapi tidak memberi  ( 11 ).
    • Lupakan kebaikan orang lain ( 16 ).
    • Jahat kelakuannya ( 17 ).
    • Kuat makan dan mabuk ( 36 ).
    • Tidak mahu bertaubat ( 37 – 38 ).
  • Abigail, seorang isteri yang bijak.
    • Bijak dan cantik ( 3 ).
    • Baik hati dan senang didampingi ( 14 – 17 ).
    • Rendah hati dan cerdik ( 18 ).
    • Iman yang kuat ( 26 – 31 ).

2. Abigail boleh melambangkan pengantin baru Kristus  ( Pada dahulunya menjadi isteri kepada orang yang jahat, tetapi kerana kebaikan dan kebijaksanaannya menjadi pengantin baru kepada kristus ).

3. Nabal dipukul sehingga ia mati adalah hukuman kerana dia menolak, menghina dan menyingkir orang-orang kristus.

4. Kali terakhir Daud berpeluang dengan Saul ( Fasal 26 ).

  • Saul keluar mencari Daud ( 1 – 5 ).
  • Daud tidak membunuh Saul di Zif ( 6 – 16 ).
    • Tuhan membuat mereka tidur nyenyak ( 12 ).
    • Daud tidak membunuh orang yang diurapi Tuhan ( 9 , 11 , 16 ).
  • Saul mengaku kesalahannya ( 21 ).

XI. I SAMUEL ( FASAL 27 – 31 )

1. Daud hilang imannya sekali lagi ( fasal 27 ).

  • Daud meluputkan diri ke negeri orang Filistin selama setahun 4 bulan ( 1 – 7 ).
    • Menurut pendapat diri sendiri ( 1 ).
    • Melupakan kehendak Tuhan ( II Tim 2 : 13 ).
    • Menipukan Akhis, Raja Gat ( 8 – 12 ).

2. Saul pada umur tuanya ( Fasal 28 – 31 ).

  • Saul berjumpa dengan pemanggil arwah ( 28 : 5 – 25 ).
    • Samuel sudah mati ( 28 : 3 ).
    • Tidak dapat jawapan dari Tuhan ( 28 : 6 ).
    • Telah melakukan perkara yang dihalang oleh Tuhan ( 28 : 3 ; Im 19 : 31 ; Ulangan 18 : 11 – 12 ).
    • Syaitan menyamar sebagai Samuel.
      • Dipanggil keluar oleh roh peramal.
      • Muncul dari dalam bumi ( 13 ).
      • “Besok engkau serta anak-anakmu sudah ada bersama-sama dengan Aku” ( 19 ).

3. Daud meninggalkan perkemahan Filistin ( Fasal 29 ).

  • Kerana para penglima tidak percayai kepada Daud ( 3 – 11 ). ( Ini adalah rancangan ajaib Tuhan ).

4. Pemulihan iman Daud ( Fasal 30 ).

  • Tangan Tuhan yang mendenda ( 30 : 1 – 6 ).
  • Daud menguatkan kepercayaannya kepada Tuhan, Allahnya ( 30 : 6 ).
  • Mendapat  bantuan ajaib dari Tuhan ( 30 : 8 – 26 ).

5. Kematian Saul di Gilboa ( Fasal 31 ).

  • Dibunuh oleh seorang Amalek ( II Samuel 1 : 6 – 10 ).

* Kerana tidak mahu membunuh orang Amalek ( 15 : 1 – 9 ; I Taw 10 : 13 ).