[dflip id="7718" ][/dflip]
Dalam dua belas kitab nabi-nabi kecil, hasil penulisan yang paling terkemuka pada abad kelapan ialah Kitab Amos, Kitab Hosea dan Kitab Mikha.
Sering kali ada ahli teologi yang cuba menyunting komentari untuk Kitab Amos dan Kitab Mikha secara bersama-sama kerana difikir senang untuk diselidiki bersama.
Tambahan pula, dua orang nabi ini berada dalam angkatan yang sama. Sungguhpun mereka orang yang berlainan, akan tetapi mesej yang disampaikan mereka lebih kurang sama, yakni menegaskan keadilan dan kebenaran Tuhan.
Nabi Amos memasang kanta fokusnya pada Kerajaan Israel Utara. Mesej yang disampaikan adalah untuk Kerajaan Israel secara keseluruhannya, yang turut menjadi panduan utama bagi hamba-hamba Tuhan pada angkatan zaman baharu ini.