Bahagian Lima: Bagaimana Umat Membuat Allah Gusar
Bahagian Lima: Bagaimana Umat Membuat Allah Gusar
Nas Kitab: Ul 9:6-11
Prakata
Rumusan bahagian tiga dan empat ~ Musa mengingini umat memperingati bagaimana mereka membuat Allah gusar sewaktu di padang gurun dan jadikan itu sebagai peringatan (Ul 9:6-11).
[1] Sewaktu Di Padang Gurun
Semenjak mereka keluar dari Mesir sehinggalah menjelang tiba ke Tanah Kanaan, umat senantiasa mendurhakai Tuhan Allah sehingga membangkitkan amarah Allah. Berikut dihuraikan sebab-musabab bangkit amarahNya.
i. Kerana makanan.
Orang-orang bajingan yang ada di antara mereka kemasukan nafsu rakus; dan orang Israelpun menangis; bangkitlah murka Tuhan dengan sangat (Bil 11:4-10).
Tuhan membawa burung-burung puyuh dari sebelah laut …… selagi daging itu ada di mulut mereka, sebelumpun dikunyah, maka bangkitlah murka Tuhan (Bil 11:31-35; Ul 9:22).
ii. Kerana hujatan.
¨Pemberontakan kedua-dua Miryam dan Harun mengatai Musa, maka bangkitlah murka Tuhan terhadap mereka (Bil 12:1-9).
¨Janganlah engkau berkata jahat tentang seorang pemimin bangsamu (Kis 23:5).
iii. Kerana perebutan kuasa.
- Pemberontakan kumpulan Korah membangkitkan murka Allah, lalu Korah, Datan dan Abiram secara hidup-hidup turun ke dalam dunia orang mati (Bil 16:21, 33).
¨Hormatilah mereka yang bekerja keras di antara kamu dan secara sungguh-sungguh menjunjung mereka dalam kasih (I Tes 5:12-13).
¨Tiap-tiap orang harus takluk kepada pemerintah yang di atasnya, sebab tidak ada pemerintah, yang tidak berasal dari Allah (Rm 13:1-2).
iv. Kerana percabulan.
- Sementara Israel tinggal di Sitim, mulailah bangsa itu berzinah dengan perempuan-perempuan Moab, turut makan dari korban mereka, bangkitlah murka Tuhan terhadap mereka (Bil 25:1-9).
¨Percabulan, hawa nafsu, nafsu jahat …… semuanya itu mendatangkan murka Allah (Kol 3:5-6).
[2] Di Gunung Horeb
Musa mengulangi dan mengingatkan semula secara terperinci akan peristiwa umat membangkitkan murka Allah di bawah kaki Gunung Horeb, yakni disebabkan menyembah anak lembu emas maka bangkit murka Allah (Ul 9:8; Kel 32; 33).
i. Membuat patung berhala.
¨Jangan membuat bagimu patung (Kel 20:4).
ii. Menghujat Allah.
¨Menukar Allah yang mulia dengan bangunan sapi jantan yang makan rumput (Mzm 106:19-20).
iiii. Menyembah berhala.
¨Bahagian mereka ialah di dalam lautan yang menyala-nyala oleh api dan belerang (Why 21:8).
[3] Kata Penutup
Seperti dikatakan Musa, setiap hal yang membangkitkan murka Allah, umat harus peringati, jangan lupa supaya jangan mereka mengulanginya (Ul 9:7).