Rahsia Hubungan Sesama Suami Isteri Ialah Hormat-menghormati
|

Rahsia Hubungan Sesama Suami Isteri Ialah Hormat-menghormati

Sewaktu suami isteri hidup bersama-sama selepas berkahwin, mereka selalu bersikap selekeh disebabkan terlampau rapat. Ini menyebabkan sesetengah masalah timbul lalu menjejaskan perasaan dan hubungan suami isteri. Jika kita ingin memelihara keharmonian dan kebahagiaan dalam perkahwinan, maka suami isteri harus mengamalkan kesenian pergaulan yang tertentu. Hormat-menghormati ialah salah satu rahsia untuk menjalinkan hubungan suami isteri yang harmoni dan membina keluarga yang bahagia.

A. Harus Bernada Hormat Semasa Bertutur Dengan Jodoh

1. Semasa bertutur dengan jodoh, harus sentiasa penuh kasih. (Kel 4:6)

2. Jangan bersikap atasan memerintah bawahan dengan menggunakan arahan atau paksaan.

B. Harus Menghormati Pendapat Jodoh Semasa Membuat Keputusan

1. Merujuk dan mengambil cadangan yang bernilai daripada jodoh dengan sedaya upaya. (Ef 5:33)

2. Jangan menganggap bahawa mengambil pendapat jodoh menunjukkan sendiri kurang pandai dan hilang maruah (Kel 18:14-26).

3. Jika tersilap langkah nanti, bukankah lebih memalukan? (Luk 1:1-5)

C. Harus Menghormati Jodoh di Depan Anak

1. Harus mengajar anak bersama-sama, jangan memihak kepada kesilapan anak. (Ams 22:6)

2. Di depan anak, kita harus mengakui pengorbanan jodoh demi keluarga dan anak supaya anak lebih menghormati ibu bapa (1 Yoh 4:16)

3. Selalu memahami dan memprihatinkan tindakan jodoh supaya menjadi teladan bagi anak (1 Ptr 3:7)

4. Semasa mendapati anak tidak menghormati ibu atau bapa, kita harus menasihati dan mengajarnya sehingga dia menghormati ibu bapa.

D. Harus Menghormati Jodoh di depan Orang Lain

1. Dalam keadaan yang sesuai, kita harus memuji kelebihan jodoh dan mengakui pencapaiannya secara ikhlas. (Kej 2: 18, 23)

2. Jangan melakukan hal yang menjatuhkan maruah jodoh. Contohnya, melacur, berjudi, tidak balik ke rumah pada waktu malam dan lain-lain. Sebaliknya, kita harus mengasihi dan memprihatinkan jodoh dengan sedaya upaya. (Ef 5:28)

E. Harus Menghormati Hiburan dan Cita-cita Jodoh yang Halal

1. Selepas bekerja, manusia memerlukan hiburan yang sesuai dan sihat untuk menghapuskan keletihan dan ketegangan. (1 Kor 10:23)

Sebatang Tulang Rusuk
|

Sebatang Tulang Rusuk

Ayat Kitab: (Kej 2:18-25)

Selepas Tuhan menciptakan Adam, Tuhan melihat Adam seorang diri sahaja adalah tidak baik lalu membuat keputusan untuk menciptakan penolong baginya. Pada suatu hari, Tuhan membuat Adam tidur nyenyak. Kemudian, Tuhan mengambil salah satu rusuk daripadanya untuk menciptakan isterinya, Hawa, perempuan yang pertama di dunia. Sebatang tulang rusuk telah menjadikan perkahwinan yang indah dan membangunkan keluarga yang baik.

A. Makna Tulang Rusuk Ialah Menyokong Lelaki

Tulang rusuk memainkan peranan yang penting dalam tubuh. Tulang Rusuk berperanan untuk menyokong rangka tulang dan otot manusia pada bahagian atas dan membekalkan tenaga kepada manusia. Sama sahaja, lelaki juga berperanan penting dalam kehidupan.

1. Dalam Keluarga.

(1) Mengasihi isteri (Ef 5:28-29; Kol 3:18-19).

(2) Mendidik anak (Ams 22:6; Mzm 127:3).

2. Dalam Gereja

(1) Menjadi batu penjuru (1 Ptr 2:9).

(2) Menjadi sokoguru kebenaran (Gal 2:9).

B. Nilai Tulang Rusuk Ialah Membentuk Perempuan

Tulang rusuk yang diambil dari tubuh Adam telah dijadikan perempuan, Hawa. Perempuan ini telah menjadi jodoh Adam yang berfungsi untuk menolongnya (Kej 2:18).

1. Cara Tuhan Menciptakan Perempuan

Tuhan membuat Adam tidur nyenyak, memperhentikan semua fikiran dan tindakannya. Kemudian, Tuhan mengambil sebatang tulang rusuk dari tubuhnya untuk menciptakan perempuan. Semasa mencari jodoh, manusia harus memperhentikan semua fikiran dan tindakan sendiri, menanti di hadirat Tuhan dengan tenang, membiarkan Tuhan mengurus dan mengaturkannya secara mutlak.

2. Fungsi Tuhan Menciptakan Perempuan

Walaupun terdapat banyak binatang di dalam Taman Eden, tetapi tidak boleh menjadi sasaran perbualan bagi Adam. Ini menyebabkannya kesunyian. Binatang-binatang juga tidak dapat menolong dalam pekerjaannya. Oleh itu, Tuhan menciptakan perempuan bertujuan untuk menghibur, berbual dan menolong pekerjaan lelaki.

C. Khasiat Tulang Rusuk Ialah Menghubungkan Lelaki dan Perempuan

Selepas menciptakan perempuan, Tuhan membawanya ke depan Adam. Semasa berdepan dengan perempuan yang cantik dan suci, Adam berkata: “Inilah dia, tulang dari tulangku dan daging dari dagingku.” Adam telah mengatakan hubungan antara lelaki dan perempuan (suami dan isteri). Ini ialah hubungan tulang dan daging, iaitu hubungan yang intim tanpa jurang. Ini juga ialah makna perkahwinan.

1. “Sebatang tulang rusuk” harus menghubungkan lelaki dan perempuan dalam perkahwinan, memelihara percintaan, mendidik anak, memelihara keluarga dan menyerlahkan fungsi yang besar dalam kehidupan (Mat 19:5-6).

2. “Sebatang tulang rusuk” juga menghubungkan Tuhan, gereja dan pemercaya, memperkembangkan gereja, membangunkan pemercaya, menyerlahkan fungsi yang besar dalam kepercayaan (Ef 5:22-33).

Perkahwinan dan Anugerah Keselamatan
|

Perkahwinan dan Anugerah Keselamatan

Ramai umat Kristian beranggapan bahawa masalah perkahwinan merupakan masalah peribadi pemercaya, dan tiadanya kaitan dengan kepercayaan dan gereja. Sesungguhnya, dalam catatan dan ajaran dalam Alkitab serta kehidupan realiti pemercaya, kita boleh mendapati bahawa perkahwinan umat Kristian bukan sahaja berkaitan dengan kebahagiaan seseorang dalam kehidupan kini, juga berkaitan dengan keselamatannya pada masa kelak, malah berkaitan dengan anugerah keselamatan Tuhan serta kemajuan, kemunduran, kejayaan dan kegagalan gereja.

A. Perkaitan rapat antara Perkahwinan dan Anugerah Keselamatan Tuhan

1. Tuhan menggenapkan Anugerah Keselamatan menerusi perkahwinan

  1. Melahirkan keturunan ilahi menerusi perkahwinan (Mal 2:15).
  2. Menjanjikan bahawa semua bangsa akan mendapat berkat oleh keturunan Abraham, bernubuat akan menggenapkan anugerah keselamatan Tuhan oleh Kristus (Kej 22:18).
  3. Melahirkan Daud menerusi perkahwinan antara Rut dan Boas (Luk 4:22).
  4. Tanda mujizat “air menjadi anggur” dalam perkahwinan di Kana menunjukkan bahawa Tuhan campur tangan dan mengambil berat tentang perkahwinan manusia, malah menyelesaikan masalah dalam perkahwinan manusia (Yoh 2:1-11).
  5. Alkitab sering menggunakan perkahwinan untuk melambangkan hubungan antara Kristus dengan Jemaat (Kid 8:6-7, Ef 5:31-32, Why 19:7-9).
  6. Manusia dapat merasai dan mengalami kasih Kristus menerusi perkahwinan (Ef 5:22.24).
  7. Menerusi ilham perkahwinan, manusia dapat memelihara satu kasih yang setia dan sejati terhadap Tuhan (Kid 4:4-5, 2 Kor 11:2-3).

2. Syaitan menggunakan perkahwinan untuk membinasakan Anugerah Keselamatan

  1. Membinasakan institusi perkahwinan “satu suami satu isteri/monogami” yang ditetapkan/diasaskan oleh Tuhan (Kej 4:19).
  2. Menerusi perkahwinan, keturunan ilahi manusia digoda untuk melakukan dosa (Kej 6:2-3).
  3. Mempergunakan perempuan kafir untuk menggoda umat pilihan supaya melakukan dosa (Bil 25:1-9).
  4. Menjadikan manusia tidak kudus dalam perkahwinan sehingga kehilangan penebusan dalam Tuhan (Mat 19:9, 1 Kor 5:1-5).
  5. Orang cabul tidak akan mendapat bagian dalam Kerajaan Allah (1 Kor 6: 9-10, 18-20).

B. Perkaitan rapat antara Perkahwinan dan Gereja

1. Tuhan berharap seisi keluarga dapat menjadi percaya dan boleh diselamatkan

  1. Seisi keluarga kepala penjara dibaptiskan dan menjadi percaya kepada Tuhan. (Kis 16:31-34).
  2. Seisi keluarga Lidia menjadi percaya kepada Tuhan, malah terlibat dalam kerja Paulus untuk memberitakan Injil (Kis 16: 15-17).

2. Gereja adalah rumah Allah

  1. Gereja adalah rumah Allah (1 Tim 3:15).
  2. Semangat “kasih” dalam menguruskan keluarga haruslah dijadikan sebagai piawaian / kriteria dalam menguruskan gereja (Mat 20:25-28).
  3. Haruslah adanya sikap melakukan kerja suci di gereja sama seperti melakukan kerja di rumah (Kol 3:23).

 3. Menjadikan keluarga sebagai satu bahagian dalam gereja

  1. Menjadikan keluarga bercorak gereja dan iman kepercayaan (Kis 18:2-3).
  2. Membangun jemaat dalam keluarga, memimpin lebih ramai orang untuk menjadi percaya kepada Tuhan (Rm 16:15).

4. Suami isteri bekerjasama melayani Tuhan

  1. Pasangan suami isteri Priskila dan Akwila melayani Apolos, dan dengan teliti menjelaskan kepadanya Jalan Allah (Kis 18:24-26).
  2. Pasangan suami isteri Priska dan Akwila melayani Paulus, dan bekerja bersama-sama dengannya dalam tempoh masa yang panjang (Rm16:3).

5. Perkahwinan di dalam Tuhan adalah Kehendak Allah

  1. Perkahwinan di dalam Tuhan adalah kehendak Allah, dan akan diberkati oleh Allah (2 Kor 6:14).
  2. Perjanjian Lama dengan jelasnya menetapkan bahawa anak-anak Allah tidak boleh berkahwin dengan orang kafir (Neh 13:25).

6. Mengambil berat dan membimbing masalah dalam keluarga pemercaya

  1. Membimbing dan membantu para belia supaya boleh berkahwin di dalam Tuhan (Kej 24:2-4).
  2. Mengambil berat dan membimbing masalah dalam keluarga pemercaya (1 Kor 7:1-16).

7. Iman kepercayaan seharusnya diwarisi turun-temurun

  1. Tuhan memesan Abraham supaya mewariskan iman kepercayaan kepada keturunan dan cucu-cicitnya (Kej 18:19).
  2. Lois dan Eunike mewariskan iman kepercayaan kepada Timotius (2 Tim 1:5).

C. Perkaitan rapat antara Perkahwinan dan Pemercaya 

1. Berkaitan dengan masalah keselamatan pemercaya

  1. Seisi keluarga Nuh masuk ke dalam bahtera dan akhirnya terselamat (Kej 7:13).
  2. Pasangan suami isteri Ananias dan Safira bersepakat untuk mencobai Roh Tuhan sehingga mengakibatkan kebinasaan (Kis 5:1-10).
  3. Perkahwinan mempunyai kaitan dengan keselamatan jiwa rohani pemercaya (1 Ptr 3:7).

 2. Berkaitan dengan kebahagiaan keluarga pemercaya

  1. Haruslah Kristus dijadikan sebagai tuan rumah, Alkitab dijadikan sebagai panduan dalam menguruskan keluarga (Yoh 2:5).
  2. Suami isteri haruslah saling mengasihi (Ef 5:22-23).
  3. Saudara-saudara seharusnya hidup berharmoni (Mzm 133:1-3).
  4. Harus menghormati orang tua dan mengasihi yang muda (Ef 6:1-4).

3. Berkaitan dengan kesejahteraan tubuh jasmani pemercaya

  1. Perempuan akan diselamatkan kerana melahirkan anak, asal ia bertekun dalam pengudusan dengan segala kesederhanaan (1 Tim 2:15).
  2. Janda yang percaya kepada Tuhan, akan mendapat bantuan jemaat dalam kehidupan seharian, sehingga tidak terdapatnya kerisauan dan kegelisahan (1 Tim 5:16).

Kesimpulan:

Memandangkan masalah perkahwinan pemercaya berkaitan dengan anugerah keselamatan Tuhan, kemajuan dan kemunduran gereja, serta kebahagiaan dan keselamatan permercaya, maka kita haruslah bersikap serius terhadap perkahwinan, memelihara perkahwinan dengan teguhnya, malah berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab dalam perkahwinan. Sebagai penginjil dan penguasa dalam gereja, haruslah menggalakkan pemercaya berkahwin di dalam Tuhan, dan berusaha untuk melakukan prinsip Alkitab iaitu berkahwin di dalam Tuhan. Berdasarkan firman kebenaran dalam Alkitab, mengambil berat dan membimbing kehidupan keluarga dan masalah perkahwinan pemercaya, supaya gereja dapat menjadi sebuah keluarga besar yang penuh dengan kasih dan kesejahteraan.

Simson Yang Gagal Dalam Perkahwinan
|

Simson Yang Gagal Dalam Perkahwinan

Pendahuluan: Menghormati perkahwinan (Ibr 13:4).

A.   Kegagalan Pertama

  1. Jatuh cinta dalam pandangan pertama, tidak berfikir dengan jelasnya (Hak 14:1-3, 7).
  2. Tidak peduli akan bantahan ibu bapa, mengahwini perempuan kafir sebagai isteri (Hak 14:3).
  3. Perempuan tidak sehati dengannya, kemudian telah diberikan kepada orang lain (Hak 14:15-17, 20).
  4. Akhirnya menimbulkan masalah (Hak 15:6-8).

B. Kegagalan Kedua

  1. Mendekati perempuan sundal (Hak 16:1).
  2. Dikepung untuk dibunuh (Hak 16:2).
  3. Memuaskan keinginan daging (Hak 16:3).

C. Kegagalan Ketiga

  1. (Hak 16:4).
  2. Perempuan sudi berkahwin kerana tamak akan kekayaan (Hak 16:5).
  3. Disedarinya bahawa tidak boleh dipercayai, namun tidak ingin melepaskan/meninggalkannya.
  4. Akhirnya ditangkap, dibelenggu, mata menjadi buta dan akhirnya mati (Hak 16:21, 30).

D. Pengajaran

  1. Tidak seimbang dengan orang-orang yang tidak percaya (2 Kor 6:14, Ul 7:3-4).
  2. Jangan mementingkan kecantikan/perhiasan secara lahiriah (Ams 31:30, 1 Ptr 3:3-4).
  3. Jangan mengikat dirinya pada perempuan cabul (1 Kor 6:15-16, Ams 7:6-27).
  • Perempuan yang berakal budi (Ams 31:10-12, 18:22, 19:14).

Bagaimanakah Mencegah Ketidakharmonian dalam Perkahwinan
|

Bagaimanakah Mencegah Ketidakharmonian dalam Perkahwinan

A.    Janganlah mengabaikan pasangan di sisi kita

  1. Sunyi sepi: Manusia hidup di dunia ini, yang pentingnya bukan sahaja perlu tahu untuk dikasihi orang lain, malah juga haruslah tahu bagaimana untuk menunjukkan/menaruh kasih kepada orang lain, barulah ia menjadi perkara yang bernilai (Kid 3:1-5).
  2. Membosankan: Manusia hidup di dunia ini seharusnya tahu bagaimana untuk memperolehi firman kebenaran dalam keadaan yang tiadanya pilihan supaya dapat terus hidup (Kid 4:16).
  3. Tidak dapat berkomunikasi: Tidak menyembunyikan hal sebenar, tidak menipu, tidak merugikan/menganiayai orang lain, idea/pemikiran sendiri tidak tersembunyi di dalam hati, perasaan keterasingan dapat diselesaikan menerusi komunikasi.

B. Berusaha untuk menyesuaikan kehidupan

  1. Menghormati: Kita adalah “dipadankan oleh Tuhan” dijadikan sebagai konsep yang utama.
  2. Mengasihi: Haruslah mengutamakan hubungan suami isteri berbanding perkara yang lain.

 ◎ Jikalau orang panjang umurnya, biarlah ia bersukacita di dalamnya (Kis 11:8).

C. Saling mendorong, saling mengambil berat 

  1. Memupuk minat yang sama, mewujudkan kesukacitaan dalam tubuh dan jiwa.
  2. Prihatin terhadap kelemahan fizikal dan mental orang lain, sehingga membawa tubuh dan jiwa yang sihat (Rm 12:9, 15, Gal 6:1-4).
  3. Tulus ikhlas dan saling membantu, mengampuni dan menghiburnya, serta tidak lagi menegurnya (2 Kor 2:6-8).

D. Takut akan Tuhan, saling menghormati (Ef 5:33).

  1. Pasti memperolehi pujian (Ams 31:30-31).
  2. Bersama-sama berkongsikan kasih karunia dalam kehidupan (1 Ptr 3:7).
  3. Hidup dengan bahagia (Pkh 9:9).
  4. Berkat anak-anak (Ams 31:28).

Kebahagiaan kehidupan suami isteri (Ams 31:28-29).

Pencegahan Terhadap Hubungan Luar Nikah
|

Pencegahan Terhadap Hubungan Luar Nikah

A. Punca Berpotensi bagi Hubungan Di Luar Nikah

  1. Ketidakharmonian Keluarga: Kebencian (Ams 10:12), Kecemburuan (Kid 8:6), Ketidakpuasan hati.
  2. Penuh perasaan, suami/isteri tidak bertimbang rasa, sukar untuk bertahan terhadap kesunyian (1 Kor 7:3).
  3. Di tempat kerja, menaruh perasaan kasih terhadap rakan sekerja setelah berkenalan untuk satu tempoh masa.

B. Lima Tempoh Bagi Hubungan Di Luar Nikah

  1. Tempoh Pujian: Dipuji oleh pihak yang berlainan jantina, sehingga berasa gembira, dan mudah menghasilkan perasaan suka terhadapnya.
  2. Tempoh Bekerja Bersama-sama: Bekerja bersama-sama dengan pihak yang berlainan jantina, saling membantu, bertimbang rasa dan mengambil berat, lama-kelamaan akan menaruh perasaan terhadap rakan sekerja setelah berkenalan untuk satu tempoh waktu.
  3. Tempoh Emosi: Kesibukan dalam kerja akan mengabaikan kehidupan perkahwinan, sehingga  diabaikan dan berasa tidak puas hati.
  4. Tempoh Melepaskan Tekanan: Berasa tidak puas hati untuk suatu jangka masa yang lama, berasa sunyi sepi dan keseorangan, hati penuh dengan rasa kebencian, dan mengambil kesempatan untuk melepaskan tekanan.
  5. Tempoh Kejam: Sengaja menimbulkan pergaduhan, sehingga keadaan menjadi buruk dan tidak dapat diselamatkan lagi, akhirnya meninggalkan keluarga, melarikan diri dari rumah, dan terjadinya keruntuhan perkahwinan.

C. Cara Pencegahan

  1. Takut akan Tuhan (1 Ptr 3:2,4-5).
  2. Memelihara/menjaga hati (Ams 4:23).
  3. Jarang berpisah (1 Kor 7:5).

◎  Akwila dan Priskila (Kis 18:2-3).

  1. Bertimbang rasa (1 Ptr 3:7).

◎  Elkana dan Hana (1 Sam 1:4-8).

  1. Memenuhi kewajiban sebagai suami/isteri (1 Kor 7:3).
  2. Murah hati (Luk 6:27, 31, 36-38).