Kasih Ayah

Ada seorang pemuda yang bakal tamat pengajiannya di universiti. Dia mengimpikan sebuah kereta lumba, selama itu. Dia memberitahukan ayahnya mengenai pemikirannya itu.

Menjelang tiba majlis konvokesyen, pemuda menantikan kejutan daripada ayahnya. Akhirnya, pada pagi majlis konvokesyen itu, ayahnya memanggilkannya ke bilik bacaannya, dan memberitahu kepadanya betapa ayahnya mengasihi dia, juga berasa bangga kerana anaknya seorang yang begitu cemerlang. Selanjutnya, ayah memberikan sebuah bungkusan hadiah yang cantik kepada anaknya. Pemuda berasa ingin tahu, dan pada waktu yang sama berasa hampa, maka dibukakannya bungkusan hadiah tersebut. Dia mendapati di dalamnya terisi sebuah buku indah yang berkulitkan bahan kulit, di atasnya diukirkan namanya dengan tulisan berwarna emas. Pemuda marah dan berkata dengan suara nyaring kepada ayahnya : “Sesungguhnya kamu tahu hasrat saya, namun diberikan saya sebuah buku? ” Dia membuangkan buku tersebut, dan terus lari keluar dari rumah.

Setelah beberapa tahun, pemuda tersebut telah mendirikan kerjaya yang berjaya. Hatinya telah menjadi tenang, dia mulai berasa kesal terhadap perbuatannya pada masa lampau itu. Dia ingin kembali ke rumah untuk melihat ayahnya. Semenjak hari konvokesyen, dia tidak pernah lagi berjumpa dengan ayahnya. Ketika dia bersiap sedia untuk berangkat, tiba-tiba menerima telegram —- ayahnya telah meninggalkan dunia, dan meninggalkan harta pusaka kepadanya.

Ketika dia melangkah masuk ke bilik ayahnya, dia berasa amat menyesal dan duka. Dia mulai mengemaskinikan dokumen-dokumen ayahnya, dan menjumpai buku itu —- yang dihadiahkan ayah kepadanya. Dia membuka buku dengan air mata, dibelek satu muka surat demi satu muka surat. Tiba-tiba, terjatuh dari belakang buku itu sebuah kunci kereta, yang dilabelkan bersama nama agen penjual kereta, iaitu syarikat jenama kereta lumba yang diimpi-impikan. Di atasnya juga ada tulisan tarikh konvokesyennya dan perkataan “Pembayaran telah dijelaskan”.

Berapa banyak kalikah kita terlepas pertemuan dengan berkat, hanya kerana kebahagiaan tidak seperti bungkusan hadiah yang kita harapkan.

Tuhan mengasihi manusia, bahkan mengaruniakan anak yang tunggal untuk disalibkan di atas kayu salib. Kasih Bapa mendalam, lebih-lebih lagi kasih Bapa yang agung adalah panjang, lebar, tinggi dan dalam, yang tidak dapat kita ukurkan ! Oleh itu, asalkan percaya, janganlah ragu-ragu, selama ini Tuhanlah yang tidak berhenti-henti mengasihi anda, tunduk kepada Tuhan, menantikan kehendakNya yang indah yang digenapkan demi kita. Jangan menganggap diri sendiri berhikmat, hendaklah takut akan Tuhan, dan jauhilah malu dan penyesalan.

Sumber bahan: True Jesus Church New Life Alliance Network Center (Air Hidup Bil.7/2010)

Ketaatan

Kita yang hidup di dunia ini,  dalam hidup tubuh daging, mempunyai keperluan jasmani. Sebagai contoh: keperluan kebendaan. Oleh kerana keperluan material ini, kita perlu bekerja, perlu berdepan dengan pekerjaan, berdepan dengan perkembangan masyarakat, berdepan dengan persaingan antara sesama manusia. Tekanan yang kita hadapi semakin besar, dan kita sesungguhnya mengharapkan satu pekerjaan yang relaks dan pada waktu yang sama bergaji lumayan. Dengan itu, kita menghadiri pelbagai jenis peperiksaan, latihan. Namun, apabila hasrat atau impian kita tidak tercapai, bagaimanakah kita menghadapinya?

Dalam Kitab Yakubus ada mengatakan “Karena itu tunduklah kepada Allah“.

Pertama, kita hendaklah mengetahui dengan jelas bahawa Tuhan adalah yang Mahatinggi dan tiada tandingan. Dialah yang bersemayam di tempat mahatinggi. Seandainya Iblis, juga tertewas di bawah kekuasaanNya. Apabila kita melihat Iblis mencubai Ayub, Iblis juga perlu mendapatkan persetujuan daripada Tuhan. Oleh yang demikian, kita dapat lihat bahawa Tuhanlah tuan  atas segala sesuatu, Dialah berkuasa atas segala perkara kita di dunia ini.

Kedua, kita hendaklah jelas bahawa Tuhan telah memilihkan kita, agar kita digelar sebagai anak-anaknya. Tuhan adalah murah kasih, Dia boleh melihat perkara yang belum terjadi. Dia mengetahui apakah pekerjaan yang sesuai dengan diri kita, apakah pekerjaan yang tidak patut diberikan kepada kita. Walaupun manusia merasakan Tuhan tidak mengaruniakan pekerjaan yang baik kepada kita, kita juga hendaklah tetap taat dan tunduk kepada Tuhan. Ada satu pepatuh yang hangat diperkatakan di Internet: Ketika manusia asyik mengambil berat tentang apakah anda berterbang dengan tinggi, siapakah yang juga pada masa yang sama mengambil berat mengenai adakah anda terbang dengan letih? Kebiasaannya, hanyalah ibu bapa kita sahaja yang mengambil berat tentang diri kita, apakah kita terbang dengan penat, adakah kita hidup dengan gembira. Oleh itu, kita mempunyai alasan kukuh untuk percaya bahawa Bapa kita di Syurga juga mengasihi kita dengan sedemikian.

Terakhir, sekiranya dalam hati kita tidak mentaati Tuhan, kita akan memberikan kesempatan kepada Iblis. Iblis akan mengambil peluang untuk menjarakkan hubungan kita dengan Tuhan, agar kita menuju kepada arah ekstrim, supaya kita meninggalkan Tuhan. Ketaatan adalah satu pembelajaran yang perlu kita belajari sepanjang masa. Kita boleh akur kepada seseorang dari segi lahiriah, namun tidak akur dari hati. Dengan itu, ketaatan dari hati terhadap Tuhan yang tidak dapat dilihat adalah satu latihan yang paling besar bagi kita. Semoga dalam proses latihan kita, Tuhan memelihara kita dalam kasihNya, supaya kehidupan rohani terus berkembang.

 

Sumber bahan: True Jesus Church New Life Alliance Network Center (Air Hidup Bil.8/2011)

Krisis & Tindak Balas Umat Pilihan Zaman Akhir

Tuhan Yesus tidak berputus-putus mengingatkan murid-muridNya untuk menantikan kedatangan hari kiamat dengan sikap yang berwaspada dan berjaga-jaga. Manusia adakala juga menjadi lamban dalam janjiNya. Dengan itu, manusia memerlukan tanda-tanda, yang dijadikan kesedaran dan perhatian terhadap perkara-perkara yang akan terjadi. Maka, dengan spontannya Tuhan Yesus juga telah menubuatkan pelbagai malapetaka pada zaman akhir, Apabila terjadinya malapetaka-malapetaka tersebut, itulah tanda-tanda atau pengumuman tentang sebelum kedatangan Tuhan Yesus Kristus kali kedua, juga merupakan krisis yang perlu dihadapi oleh umat pilihan; lebih-lebih lagi, untuk mengingatkan umat pilihan bersiap sedia sebelum kedatangan kembali Tuhan.

 

Krisis Umat Pilihan Zaman Akhir

Meninjau kepada situasi dunia pada hari ini, sesungguhnya hari ziamat sudah mendekat, akan datang masa yang sukar (II Tim 3:1-5). Umat pilihan yang berada dalam situasi hari ziamat ini, juga akan menghadapi pelbagai krisis, bahkan jatuh tersandung dan meninggalakn Firman Hidup Kekal Tuhan (Mat 24:20-24). Oleh itu, hendaklah sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga, barulah dapat mengubah krisis menjadi titik perubahan (I Kor 9:27; I Tim 4:16).

Apakah krisis bagi umat pilihan?

Pasti Ada Malapetaka yang Besar

Tuhan pernah bernubuat bahawa sebelum menjelang tiba hari kiamat, pastinya ada malapetaka-malapetaka yang besar. Sejak permulaan dunia, sehingga kini, tidak ada malapetaka yang sedemikian, juga tidak berlaku pada hari kemudian. Tidak ada seseorang pun yang dapat terlepas daripada malapetaka yang besar ini, termasuklah umat pilihan (Mat 24:20-22).

Nabi Elia yang beriman besar, berkuasa, dan berani, bagaimanakah kemudian meminta mati di bawah pohoh arar? (I Raj 19:3-4). Petrus yang mengenali Tuhan yang memiliki firman hidup yang kekal, bahkan memberi janji kepada Tuhan “Sekalipun aku harus mati bersama-sama Engkau, aku takkan menyangkal Engkau” (Yoh 6 : 66-68; Mrk 14 : 31), namun kemudian mengapakan dia tidak mengakui dirinya adalah murid Tuhan? (Mrk 14: 66-72). Kesemua ini adalah disebabkan malapetaka, yang menyebabkan dia kehilangan iman. Ini menunjukkan betapa besarnya pengaruh malapetaka terhadap seseorang, maka hendaklah berwaspada terhadapnya.

Pasti Ada Mesej Palsu

Sebelum ketibaan hari kiamat, pastinya ada mesej palsu yang mengatakan “Lihat, Mesias ada di sini, atau Mesias ada di sana.” (Mat 24: 23). Kesemua ini adalah perkara untuk menyesatkan manusia. Tuhan Yesus memberitahukan kita agar “jangan percaya”.

Paulus mengatakan: “Jikalau ada orang yang memberitakan kepadamu suatu injil, yang berbeda dengan apa yang telah kamu terima, terkutuklah dia” (Gal 1:6-8), diperdayakan … dengan kelicikannya (II Kor 11 :2-4), rupa-rupa angin pengajaran, oleh permainan palsu manusia dalam kelicikan mereka yang menyesatkan (Ef 4:14). Kita hendaklah memahami kebenaran, membezakan baik daripada jahat, supaya tidak disesatkan (Ibr 2:1; 5:12-14).

Pasti Ada Tanda Mukjizat Palsu

Sebelum kedatangan hari kiamat, pasti ada Mesias palsu, nabi palsu bangkit, melakukan tanda mukjizat besar, perkara ajaib yang besar, bahkan umat pilihan juga disesatkan (Mat 24:24).

Kita hendaklah mengetahui bahawa Iblis juga menyamar sebagai malaikat yang terang (II Kor 11:13-14), untuk mengacaubilaukan kepercayaan pemercaya. Oleh itu, para pemercaya hendaklah meneguhkan sasaran kepercayaan — menerima hidup kekal dan masuk ke dalam Kerajaan Syurga, barulah tidak digoda oleh tanda mukjizat, kerana yang membolehkan kita masuk ke dalam Kerajaan Syurga adalah dengan melakukan kehendak Bapa di Syurga, dan bukan hanya berdasarkan tanda mukjizat, perkara ajaib, kuasa luar biasa (Mat 7:21-23). Dengan itu, hendaklah menggunakan kebenaran untuk mengesahkan tanda mukjizat, perkara ajaib, kuasa luar biasa yang kita hadapi. Ini adalah firman yang seharusnya difahami umat pilihan, maka barulah dapat meluputkan diri daripada disesatkan oleh hal-hal tanda mukjizat palsu.

Pasti Ada Filsafat yang Kosong dan Palsu

Paulus memberikan amaran: “Hati-hatilah, supaya jangan ada yang menawan kamu dengan filsafatnya yang kosong dan palsu menurut ajaran turun-temurun dan roh-roh dunia” (Kol 2:8).

Sekiranya memperhatikan manusia pada hari ini yang menggunakan jiwa batin yang kosong untuk mendirikan agama dan pengajaran baru, menawan manusia: Pergerakan Zaman Baru, ajaran karma hidup masa lampau dan hidup kini, ilmu hipnosis …, “Saudara-saudaraku yang kekasih, janganlah percaya akan setiap roh, tetapi ujilah roh-roh itu, apakah mereka berasal dari Allah; sebab banyak nabi-nabi palsu yang telah muncul dan pergi ke seluruh dunia. Demikianlah kita mengenal Roh Allah: setiap roh yang mengaku, bahwa Yesus Kristus telah datang sebagai manusia, berasal dari Allah, dan setiap roh, yang tidak mengaku Yesus, tidak berasal dari Allah. Roh itu adalah roh antikristus dan tentang dia telah kamu dengar, bahwa ia akan datang dan sekarang ini ia sudah ada di dalam dunia.” (I Yoh 4:1-3). Oleh itu, hendaklah berwaspada, jangan hanyut dibawa arus dan kehilangan kebenaran keselamatan, serta menuruti filsafat manusia yang kosong dan palsu (Ibr 2:1-4).

 

Sumber bahan: True Jesus Church New Life Alliance Network Center (Air Hidup Bil.8/2011)

Perjalananmu Nanti Terlalu Jauh Bagimu

Makna “Elia” ialah “Tuhan adalah Allah”, dia muncul secara tiba-tiba, tidak diketahui datang dari mana, dan juga dibawa pergi oleh Tuhan secara tiba-tiba. Ada orang yang menyebutnya sebagai lambang Tuhan yang hidup. Pada zaman Raja-raja, disebabkan perpecahan bangsa Israel, maka zaman itu  amat kacau-bilau, runtuh, jahat, gelap. Oleh itu, tempoh masa inilah zaman yang mempunyai nabi yang paling ramai untuk menegur umat. Namun, antara semua nabi, nama yang sering kali disebutkan dalam Perjanjian Baru adalah Elia. Dia mempunyai hubungan yang sangat penting dengan Kerajaan Tuhan, sesungguhnya seorang yang amat penting.

Antara perisitiwa-peristiwa utama dalam riwayat Elia, sering kali dia perlu berhadapan dengan seorang perempuan yang menonjol, berkuasa dan jahat, Izebel. Perempuan ini merupakan seorang yang keras hati, degil, dan dingin. Dia adalah anak perempuan kepada Raja Sidon, yang mendewasa dalam suasana penyembahan Baal secara giat. Setelah dia menjadi isteri kepada Raja Israel, Ahab, dia masih meneruskan kepercayaan nenek moyangnya, bahkan memaksa orang Israel mengikuti agamanya menerusi suaminya yang lemah. Demi memuaskan hati isteri, Ahab dengan khasnya mendirikan sebuah mezbah untuk Baal di Samaria, juga mulai menganiaya orang Israel yang menyembah kepada Tuhan. Izebel membunuh nabi-nabi Tuhan, dan memelihara 450 orang nabi-nabi Baal. Dalam proses pemberontakan Ahab terhadap agama, panggilan Tuhan diturunkan kepada Elia.

Pemujaan kepada Baal adalah kepercayaan yang paling kuno di dunia. Pemercayanya bukan sahaja menganggap ia sebagai raja di syurga, juga dewa tanah, yang memerintah atas tanaman bijirin, dan bintang. Sewaktu manusia memuja Baal, mereka perlu membakar ukupan dan membuat persembahan korban, bahkan menjadi anak sendiri sebagai bahan korbanan. Ketika pemujaan, sering juga disertakan ada upacara-upacara pesta pora, dan percabulan. Kesemua inilah sebab yang mendorong kebangkitan agama ini pada masa itu. Juga ia merupakan faktor membangkitan kemurkahan Tuhan (I Raj 14:22-24).

Apabila sejarah Israel menjunam ke tahap yang paling rendah, moral dan etika telah runtuh sama sekali, hati manusia reruntuh, sama seperti langit yang lama tidak menurunkan hujan; hati manusia degil, seperti besi dan tembaga, maka bangkitlah Elia. Sikap Elia yang cemas seperti api marak; tambahan pula, keghairahan dan kesetiaannya dalam takut akan Tuhan, yang dijadikannya senjata untuk menyerang pemercaya Baal.

 

Sumber bahan: True Jesus Church New Life Alliance Network Center (Air Hidup Bil.2/2009)

Angkatan Ini

‘Alkitab’ adalah yang diilhamkan Tuhan. Setiap fasal dan ayat membawa rahsiah kebenaran yang tidak terhingga. Ianya hendaklah difahami untuk menerimanya. Ayat suci Kej 1:2, adalah sejarah benar yang berlaku beribu tahun dahulu, sekiranya ditinjau dari hurufiah. Namun, dari pandangan mata rohani, ia adalah rumusan zaman kini. Ianya bukan sahaja memperkenalkan keadaan Tuhan menciptakan dunia pada zaman purba kala, juga telah menubuatkan keadaan angkatan zaman ini dan anugerah keselamatanNya. Kita boleh memahami: apakah keadaan angkatan zaman ini, dan selanjutnya membuat pemilihan jalan yang hendak ditempuhi.

Angkatan yang Sia-sia

Semenjak Iblis mengodai nenek moyang manusia, dan merampaskan firman Tuhan dari hatinya, manusia telah mulai memasuki zaman kesia-siaan. Kehilangan hidup kekal, dan menuju ke arah maut, juga menyebabkan manusia merasai kesingkatan dan kesia-siaan, jiwa batin kehilangan kebenaran, damai sejahtera, kesukacitaan dan kebebasan.

  • Kesia-siaan Dalam  Kehidupan Materialistik

(1) Disebabkan manusia akan mati, meninggalkann dunia material ini, pujangan menggelarkannya sebagai tetamu, awan. Melambangkan hidup manusia yang sia-sia dan singkat (Mzm 90: 9-10). Apabila maut menjelang tiba, segala sesuatu menjadi tidak bermakna, segala yang diusahakan daripada jerih payah, tidak boleh dibawa pergi satu pun, kerana adalah yang dipinjamkan dan perlu dikembalikan kepada bumi, seperti meninggalkan hotel. (Ayb 1:21 Dengan telanjang aku keluar dari kandungan ibuku, dengan telanjang juga aku akan kembali ke dalamnya).

 (2) Ada orang mengatakan: Hidup manusia adalah kitaran makan minum, jerih payah, tidur, maka janganlah terasa tidak terpuaskan (Pkh 6:7). Ketika meninggalkan dunia, segala sesuatu menjadi sia-sia, hasil jerih payah, emas, perak, harta pusaka, akan menjadi kepunyaan orang lain, tidak boleh dibawa bersama satu pun. Ini sesungguhnya tidak bermakna, melainkan yang dapat ditelan dan makan ke dalam perut, barulah terasa tidak sia-sia, bernilai, maka mulai makan dan minum dengan membazir. Namun, hakikat ini semestinya betul.

Sekiranya membuat perhitungan kuantiti pemakanan seseorang pada setiap hari, iaitu 1 paun beras: 365 paun setahun, umur 20 tahun=7300 paun, umur 40 tahun=14600 paun, umur 80 tahun=29200 paun = 14.6 tan. Cuba sentuh perut kita, ke manakan perginya makanan yang sebanyak ini? Tandas….sia-sia.

Nilai Zat makanan telah diserapkan ke dalam badan, akhirnya tubuhnya diangkat naik ke bukit untuk dikebumikan, dan bertukar menjadi tanah, atau dibakar menjadi debu, kembali ke tanah. Akhirnya, kehidupan materialistik juga telah menuju ke arah kesia-siaan, benar-benar sia-sia dalam kesia-siaan. Seumpama seorang yang lapar bermimpi ia sedang makan, pada waktu terjaga, perutnya masih kosong (Yes 29:8).

 

Sumber bahan: True Jesus Church New Life Alliance Network Center (Menara Penjaga )

Halelujah !

Selamat datang kepada semua yang mendaftar sebagai ahli baru di laman web gereja ini ! Semoga laman web ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk kebaikan kerohanian semua.

Emanuel.