Hamba Tuhan –Nehemia

A . Askar yang berdoa

1. Doa yang mengenali Tuhan ( Nehemia 1: 5)

  • Dia mengetahui sasaran doanya ialah Tuhan yang berpegang pada perjanjian dan mempunyai kasih setia.

2. Doa yang penuh dengan kesabaran (Nehemia 1 :6)

  • Dia sabar menunggu bantuan dari Tuhan.

3. Doa yang mengaku dosa (Nehemia 1:6-7)

  • Dia tidak bersungut-sungut atau menyalahkan orang lain, dia hanya mencari sebab-sebab orang Israel ditimpa malapetaka dari dirinya sendiri.

4. Doa yang beriman (Nehemia 1 :8-11)

  • Dia berpegang teguh pada firman dan janji Tuhan.

B.Seorang yang tahan diuji oleh Tuhan

  • Dia seorang “juru minuman raja” (Nehemia 1:11), hidup berada di istana raja. Dalam persekitaran seperti ini, manusia mudah melupakan Tuhan dan hanya tahu memikirkan kehidupan sendiri tanpa menghiraukan penderitaan umat-umat lain. Namun, dia tidak digodai oleh kedudukannya yang tinggi dan kemewahan hidup, seluruh hatinya cenderung kepada Tuhan.

C.Seorang yang selalu merenungkan hal Tuhan

  • Ketika dia mendengar berita tentang keadaan kota suci dan umat pilihan, “Duduklah aku menangis dan berkabung selama beberapa hari. Aku berpuasa dan berdoa…”( Nehemia 1 :4). Dia juga berani mengambil risiko nyawanya untuk menghadap raja dengan muka yang muram. Dia rela meletakkan kedudukannya, menderita bersama kaum keluarganya di Yerusalem. Maka, dia seorang yang merenungkan atau merindui hal Tuhan.

D.Seorang yang tidak berkompromi dengan dosa

  • Dia tidak bertoleransi dengan dosa-dosa yang dilakukan oleh para pemuka dan para penguasa. Dia berkeras mahu berlawan dengan orang Sanbalat, orang Tobia dan lain-lain. Dia mengaku bahawa dia dan  kaum keluarganya telah berbuat dosa (Nehemia 1 :6). Dia menghapuskan segala dosa yang telah dilakukan oleh imam dan umat sehabis-habisnya. Dia adalah seorang yang sama sekali tidak berkompromi dengan dosa.

 

(Dibaca : 363 kali)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *