Otniel – Perintis Bagi Hakim-hakim

Zaman hakim-hakim boleh dikatakan satu zaman kegelapan di dalam sejarah Israel. Setiap kali umat Israel melakukan perkara yang jahat di mata Tuhan, maka Tuhan akan melalui bangsa kafir untuk menghajar mereka. Akan tetapi apabila mereka mengakui kesalahan, bertobat dan memohon rahmat, Tuhan akan membangkitkan hakim untuk menyelamatkan mereka. Kesemua hakim berjumlah 12 orang. Ada yang terdiri daripada orang kampung dan suri rumah biasa…, tidak terdapat bakat yang istimewa. Cara mereka mengalahkan musuh ialah dengan menggunakan tempat penghalau lembu, tulang rahang keldai…, Tuhan menggunakan mereka untuk membawa pemulihan bagi bangsa itu.

Ayat Alkitab : Hak 1 : 11 – 15 ; 3 : 8 – 11 ; Yos 15 : 13 – 19 .

Matlamat : (1 ) Singa Tuhan ( 2 ) Kuasa Tuhan.

Otniel – Singa Tuhan, namanya benar-benar seumpama orangnya. Ketika orang Israel paling memerlukan pertolongan, Tuhan mengutus hambanya untuk melaksanakan kerja penyelamatan. Hamba ini adalah dibangkitkan oleh Tuhan ( Hal 3 : 9 ), ia ternyata seperti raja atas segala binatang yang amat gagah sehingga menyatakan kuasa Tuhan.

Terdapat dua sebab utama yang membawa kejayaan kepadanya :

I. PERTOLONGAN TUHAN

“Roh Tuhan menghinggapi dia dan ia menghakimi orang Israel, ia maju berperang.” ( Hak 3 : 10 )

“Bukan dengan keperkasaan dan bukan dengan kekuatan melainkan dengan roh Tuhan.” ( Zak 4 : 6 )

Yesus : “Kamu akan menerima kuasa kalau Roh Kudus turun ke atas kamu.” ( Kis 1 : 8 )

Bersandar kepada pencurahan dan kepenuhan roh Tuhan adalah cara untuk mencapai kejayaan dalam melaksanakan pekerjaan.

II. SYARAT BAGI MANUSIA

1. Pengaruh dari para lanjut umur

Kaleb yang beriman dan gagah berani telah menjadi pengintai di bawah didikan Musa selama 40 tahun. Imannya yang gagah berani telah meredakan angin dan awam, namun malangnya ia telah dikaitkan oleh pengintai-pengintai lemah yang lain . Meskipun umurnya telah menjangkau umur 85 tahun, namun masih gagah dan dapat maju menyerang Hebron ( Yos 15 : 13 ). Oleh kerana lain jiwa yang ada padanya, ia mendapat pujian dari Tuhan  ( Bil 14 : 24 ).

Otniel adalah anak saudara Kaleb. Ia telah dibesarkan dalam keturunan yang baik dan mendapat banyak nasihat.

Bagi Timotius, bukankah ia serupa dengannya?” Imanmu yang tulus ikhlas, iaitu iman yang pertama-tama hidup di dalam nenekmu Lois dan di dalam ibumu  Eunike dan yang yakin hidup juga di dalam dirimu.” ( II Tim 1 : 5 ).

Dengan itu kedudukan para lanjut umur di dalam keluarga patut bagi kita menegaskannya sekali lagi kerana ia merupakan penasihat yang menyokong kita dari belakang. Bahkan melalui dia yang berasalnya keturunan yang baik di mana tidak boleh dipandang rendah.

2. Berjuang diri sendiri

Kaleb berkata : “Siapa yang menggempur Kiryat-Sefer dan merebutnya, kepadanya akan kuberikan Akhsa, anakku, menjadi isterinya.” Dan Otniel, anak Kenas saudara Kaleb, merebut kota itu, lalu Kaleb memberikan kepadanya Akhsa, anaknya menjadi isterinya ( Yos 15 : 16 – 17 ).

Tentu sekali Kaleb tidak akan sembarangan memberikan anak perempuannya untuk dijadikan isteri orang lain. Ia mengemukakan syarat ini kerana ia tahu Kota Kiryat- Sefer sukar digempur. Biasanya jikalau disediakan ganjaran, pasti ada pahlawan yang wujud untuk merebutnya. Otniel dengan tidak lengah-lengah lagi maju ke depan dan tidak membiarkan Kaleb yang setiap kali mendapat nama.

Sekiranya ada orang yang sama seperti Otniel yang berani menghadapi cabaran yang susah iaitu dengan berani menghadapi cabaran yang susah iaitu dengan berani maju ke depan maka pastilah dapat mencipta masa depan ynag cerah.

Otniel, sememangnya adalah singa Tuhan yang gagah dan berani.

3. Bantuan isteri

Ketika Akhsa berkahwin, ia menasihati suaminya meminta ladang dari ayahnya. Di samping itu, ketika ia turun dari keledai, Kaleb bertanya kepadanya, “Ada apa?” jawabnya : “Berikanlah kepadaku hadiah, telah kauberikan kepadaku tanah yang gersang, berikanlah juga kepadaku mata air.” Lalu diberikannyalah kepadanya mata air yang di hulu dan mata air yang di hilir ( Yos 15 : 18 – 19 ).

Akhsa memujuk suaminya meminta ladang dari ayahnya manakala dirinya meminta mata air. Ini membuktikan mata hatinya terang dan tahu mengumpulkan makanannya pada waktu panen ( Ams 6 : 6 – 8 ).

Ladang adalah keperluan kehidupan. Sekiranya hanya ada ladang saja tanpa mata air untuk menyuburinya, apakah gunanya ladang itu? Dengan itu bukan saja ada ladang, tetapi juga mata air barulah tiada kekurangan.

Sememangnya Akhsa adalah isteri yang baik, baru saja bernikah telah mengutamakan urusan rumahtangga suaminya. Ia telah merancangkan hal yang jauh bagi rumahtangga dirinya iaitu dengan menyediakan dasar kehidupan yang teguh. Tidak hairanlah ketika Otniel menjadi hakim, ia tidak pernah merisaukan masa depannya “maju berperang” ( Hak 3 : 10 ), sehingga negeri Israel menikmati keamanan selama empat puluh tahun lamanya. Pada zaman purba hamba Tuhan begitu giat melakukan pekerjaan suci dan mencapai hasil yang cemerlang, apakah tidak terdapat sebabnya?

Kesimpulannya, bagi sepasang suami isteri ini, yang seorang berani mati bagi isteri (menyerang kota) dan seorang lagi berani hidup bagi suami ( meminta ladang). Suami isteri yang saling mengasihi pasti amat berbahagia di dalam hidup.

Bagi pekerjaan Tuhan, sebenarnya ia sendiri boleh menyelesaikannya, akan tetapi  ia menyerahkannya kepada kita. Dengan itu haruslah kita insaf untuk melaksanakan pekerjaan suci hendaklah mendapat kerjasama dari pihak Tuhan dan manusia. Hendaklah kita meneladani Otniel dengan sepenuh hati bersandar kepada Tuhan dengan terus-menerus berjuang!

(Dibaca : 1139 kali)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *