Doa Tuhan Yesus

Pendahuluan: Tuhan Yesus telah meninggalkan teladan yang baik bagi kita dari segi berdoa, sebagai murid-murid Yesus, kita harus mencontohi doaNya.

  • Sebelum mula memberitakan injil (Mat 4:1-2; Luk 4:1-2)

Selepas Yesus menerima baptisan, Dia doa berpuasa untuk kerja pemberitaan injil. Yesus dapat kemenangan dalam pencubaan iblis adalah kerana bersandar kepada kekuatan doa berpuasa. (Luk 4:14-15)

  • Semasa sibuk dalam pekerjaan (Mrk 1:35)

Semasa sibuk dalam pekerjaan, Yesus juga berdoa, memohon bantuan Bapa syurga. Oleh itu, makin kita sibuk, makin harus berdoa.

  • Semasa orang ramai memaksa Dia menjadi raja (Yoh 6:15)

Alkitab berkata: “Setalah Ia berpisah dari mereka, Ia pergi ke bukit untuk berdoa.” Pada masa itu, Yesus mengenyangkan lima ribu orang dengan lima roti dan dua ikan, dengan itu orang ramai ingin mengangkat Dia menjadi raja, tetapi tujuan Yesus datang bukan untuk menjadi raja dunia, oleh itu dia menyingkir ke gunung untuk berdoa (Yoh 18:33-37). Mungkin ada orang menganggap, Yesus menjadi raja dan Dia boleh menggunakan kuasa tersebut untuk memberitakan injil, bukankah lebih baik? Tetapi ini bukan kehendak Tuhan, oleh itu Yesus menolaknya, berundur ke gunung untuk berdoa.

  • Semasa memilih rasul-rasul (Luk 6:12-13)

Yesus tahu apa-apa dalam hati manusia, dan mengetahui sesiapa yang tidak percayaNya (Yoh 2:23-25, 6:64), oleh itu Dia berdoa bermalam-malaman barulah memilih dua belas rasul, Yesus tahu bahawa kedua belas rasul itu berkaitan dengan berjaya atau tidak jemaat pada masa kelak.

  • Berdoa bagi murid-muridNya (Yoh 17:20-26)

Isi kandungan doa Yesus merangkumi: supaya murid-murid menjadi satu, boleh bersama-sama dengan Tuhan di syurga pada masa kelak, kasih Tuhan selalu berserta dengan mereka. Oleh itu, kita juga harus membantu doa bagi kerja gereja, Tuhan pasti mendengar doa kita.

  • Doa di taman Getsemani (Mat 26:36-44)

Yesus berdoa tekun tiga kali bagi penderitaan salib yang dihadapi, peluh Yesus semasa doa seperti titik-titik darah yang bertitisan ke tanah (Luk 22:43-44). Betapa tekunnya doa Yesus! Doa Yesus yang penurut merupakan teladan yang dicontohi. Ibr 5:7 ditujukan kepada doa Yesus di Getsemani, “permohonan dengan ratap tangis” merupakan bukti Yesus berdoa dengan tekun.

  • Berdoa di atas kayu salib bagi orang yang menganiayaiNya

Semasa Tuhan Yesus di atas kayu salib, Dia pernah berkata tujuh ayat, salah satu ialah:”Ya Bapa, ampunilah mereka, sebab mereka tidak tahu apa yang mereka perbuat” (Luk 23:34). Yesus mengajar kita mengasihi musuh  kita dan berdoa bagi mereka yang menganiaya kita (Mat 5:44). Selepas Tuhan Yesus berangkat ke syurga, Stefanus, yang merupakan orang pertama mati syahid juga memohon bagi orang yang menganiaya lalu meninggal dunia (Kis 7:57-60). Mereka yang boleh berdoa bagi orang yang menganiaya, ialah orang milik Tuhan, tidak hairanlah orang yang di Mahkamah Agama melihat muka Stefanus sama seperti muka Malaikat (Kis 6:15)

 

(Dibaca : 253 kali)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *