Harta Benda Yang Dibawa Keluar Dari Mesir

Sewaktu Tuhan memanggil Musa, telah dimaklumkan bahawa Dia akan membuka jalan, agar orang Israel dapat membawa bersama emas perak dan pakaian dari Mesir (Kel 3:22); sebelum ketibaan tulah terakhir, sekali lagi dengan khasnya memesan kepada Musa supaya disuruh orang Israel, meminta daripada orang Mesir emas dan perak sebelum meninggal tempat itu (Kel 11:2); dan para umat berbuat seperti yang dipesankan Musa, membawa bersama harta benda Mesir (Kel 12:35).

Tempat yang ditujui orang Israel adalah tanah Kanaan yang berlimpah dengan kebendaan, sepatutnya tidak kekurangan apa-apa harta benda. Jalan padang gurun yang akan ditempuhi orang Israel, akan dibebani dan disukari dengan emas dan perak yang dibawa, juga tidak ada apa-apa kegunaan. Namun, mengapakah Tuhan dengan khasnya mengaturkan umat pilihan Israel membawa bersama harta benda dari Mesir?

Rupa-rupanya satu perkara yang amat penting, yang perlu dilakukan sesudah keluar dari tanah Mesir, iaitu membina Kemah Pertemuan, agar Tuhan menyertai dan memimpin perjalanan mereka ke tanah Kanaan. Pembinaan Kemah Pertemuan ini memerlukan emas dan perak dalam kuantiti yang amat banyak (Kel 25:1-9, 35:4-9).

Namun sayang sekali, ada orang yang memakai anting-anting emas pada telinga sendiri, juga dibentuknya dengan pahat, anak lembu emas untuk disembah, menyebabkan kemurkahan Tuhan yang pertama sesudah keluar dari tanah Mesir, dan dihukum Tuhan (Kel 32:1-29).

Sebagai umat pilihan pada hari ini, kita hanyalah beridentitikan tetamu di dunia, selain daripada keperluan harian: pakaian, makanan dan tempat tinggal, Tuhan juga memberikan kita harta benda dari dunia. Kita seharusnya mengambil pengajaran daripada orang terdahulu, memahami isi hati Tuhan, mempersembahkannya untuk Bait Suci terkemudian — pelbagai kerja suci dalam pembinaan gereja benar, mengumpulkan harta di syurga (Mat 6:19-20), supaya anugerah Tuhan melimpah di antara kita dengan banyak dan berkekalan. Janganlah menjadikannya sebagai peralatan untuk menonjolkan diri, lebih-lebih lagi menjadikannya sebagai Mamon untuk disembah (Mat 6:24), dan mengakibatkan diri ditolak oleh Tuhan.

(Dibaca : 530 kali)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *