Kesaksian Firman Pentahbisan Rumah Tuhan

Ayat Alkitab: (1 Raja-raja 6: 38; 8: 12, 63)

Pendahuluan:

Pada hari ini merupakan hari yang kudus dan diberkati. Melalui anugerah Tuhan dan kasih seiman terhadap Tuhan kita telah siap membina Bait Suci dan mempersembahkan kepada Tuhan, dipercayai bahawa Tuhan pasti berkenan,mengguna, mengingati dan memberkati!

 

Terdapat dua jenis Bait Suci yang diguna oleh Tuhan:

  1. Bait Suci pada Zaman Perjanjian Lama yang milik kebendaan;
  2. Gereja pada Zaman Perjanjian Baru yang milik rohani

 

Dua jenis Bait Suci ini, jika dijelaskan dari sudut hari ini, iaitu: bangunan Gereja dan gereja.

Pada hari ini, kita mempersembahkan bangunan gereja kepada Tuhan, ini adalah persembahan Bait Suci secara material (kebendaan). Tuhan mengharapkan persembahan yang lebih indah dari kita, iaitu gereja yang sempurna. Walaupun persembahan pada hari ini adalah bangunan yang milik material (kebendaan), tetapi ia telah dipersembahkan menjadi harta kudus Tuhan, maka penggunaan serta maksudnya adalah yang milik rohani, yang kudus. Maka kita seharusnya mempunyai hati yang takut kepada Tuhan, membezakannya sebagai yang kudus semasa menggunakannya.

1.     Tujuaan Pembinaan Bangunan Gereja

(1)   Kegunaan dalam hal ibadah dan doa (Yesaya 56: 7).

(2)   Kegunaan dalam mempelajari firman kebenaran (berkebaktiaan) (Lukas 2: 46).

(3)   Kegunaan dalam menyebarkan Injil kebenaran serta memimpin manusia kembali kepada Tuhan (Kisah Para Rasul 5: 20).

(Bangunan gereja juga disebut sebagai Bait Suci Tuhan yang milik kebendaan, dan dibedakan sebagai yang kudus melalui persembahan kepada Tuhan pada hari ini, maka seharusnya digunakan secara berhati-hati dan menuruti kehendak Tuhan, jangan sekali-kali menggunakannya dengan sesuka hati (secara duniawi) seperti: meminjam kepada orang lain untuk aktiviti duniawi, tidak boleh dijadikan tempat perjamuan-perjamuan duniawi diadakan, tempat rekreasi,  tempat lelongan, aktiviti jual dan beli, ataupun sehingga menjadi tempat awam di mana pertengkaran berlaku. Jangan-jangan kita berdosa kepada Tuhan. (Haruslah menjadikan peristiwa raja orang Kasdim- Raja Belsyazar dibinasa oleh Tuhan kerana menyalahguna perkakas-pekakas suci.) (Daniel 5: 1-5, 25-30).

 2.     Sikap-sikap Yang Patut Ada Terhadap Bangunan Gereja

(1)   Haruslah mempunyai hati yang takut akan Tuhan, mengasihi bangunan gereja dan bersukacita untuk berkebaktian serta beribadah kepada Tuhan di gereja (Mazmur 84: 1-2, 10; 122:1).

(2)    Haruslah mendiamkan diri, berkelakuan yang sopan (Habakuk 2: 20; Pengkhotbah 5: 1-2).

      • Tidak boleh menaik nada suara (suara yang nyaring).
      • Berwaspada dengan langkah kaki, berjalan secara diam-diam; tidak kejar-mengejar dalam bangunan gereja.
      • Haruslah mematuhi peraturan-peraturan banguan gereja dengan baik.

(3)   Haruslah menjaga kebersihan dalam bangunan gereja (Yohanes 2: 14-16).

      • Mendirikan kumpulan-kumpulan pembersihan (semua orang melibatkan diri dalam pekerjaan suci menjaga kebersihanan).
      •  Menetapkan system pembersihan (Setiap minggu- aktiviti pembersihan secara kecil-kecilan, setiap bulan – activity gotong-royong).

 

3. Haruslah lebih mementingkan pembinaan Bait Suci Rohani (Efesus 4: 16; 5: 26-27).

(1)   Walaupun Bait Suci (banguan gereja)  milik kebendaan telah siap dibina dan dipersembahkan kepada Tuhan, namun Bait Rohani (gereja) yang lebih penting masih belum siap dibina!

      • Bangunan gereja milik kebendaan hanya wujud sementara, digunakan oleh Tuhan secara tidak langsung (melalui murid-murid-Nya).
      • Gereja adalah milik rohani dan kekal selama-lamanya, digunakan oleh Tuhan secara langsung.
      • Sekiranya kita tidak membangunkan satu gereja yang sesuai dengan kehendak Tuhan, dalam segala kemampuan kita dan mempersembahkan ia kepada Tuhan; maka perihal pembinaan bangunan gereja akan kehilangan maknanya.

(2)   Bagaimanakah kita membina Bait Suci milik rohani yang indah dan mempersembahkan ia kepada Tuhan? (Roma 12: 1-2; 1 Korintus 3: 16-17)

(Haruslah mula dibina dari diri sendiri, kerana Bait Suci milik rohani adalah dibina dari setiap batu-batu rohani)

      • Menjadi seorang pendamai (1 Tawarikh 28: 2-3, 6).

◎ Kristus ialah Raja Damai (Yesaya 9: 5).

◎ Hanya dengan menjadi seorang pendamai, barulah berlayak membina Bait Suci bagi Raja Damai.

◎ Sabar, rendah hati, memahami keadaan orang lain, membantu doa, saling berhubung, saling membangunkan, dengan beginilah menjadi pendamai  manusia (Efesus 4: 1-3; Zefanya 3: 12-15).

      • Menjadi orang yang kudus (Ibrani 12: 14; 1 Petrus 1: 16; 1 Korintus 3: 16-17, 6: 19-20).

◎ Yang tidak kudus tidak layak menjadi salah seorang ahli bagi gereja yang kudus, atau diguna oleh Tuhan yang kudus.

(3)   Menjadi orang yang menakuti (mengasihi) Tuhan (Kejadiaan 22: 1-12; 2 Tawarikh 3: 1).

                             ◎Abraham mempersembahkan anaknya di gunung Moria kerana takut akan Tuhan;

◎ Selepas itu Tuhan menetapkan  supaya Bait Suci dibina di atas Gunung Moria.

(4) Sebagai seorang yang mempunyai amanat yang kuat untuk menjadi seorang yang taat
(Markus 16: 15-16; Yohanes 21: 15-17).

◎  Dua amanat terbesar bagi gereja:

      • Terhadap luaran, menyebarkan Injil kebenaran
      • Terhadap dalaman, mengembalakan pemercaya

◎  Sama seperti  luaran dan dalaman sebuah rumah dibaiki dengan sempurna (susun dengan rapi), barulah boleh dikira sebagai siap dibina.

4. Matlamat pertumbuhan“ Biat Suci Rohani” (gereja)

(1)   Pertumbuhan dari segi “ kualiti” (mengembala terhadap dalaman, sehingga keseluruhan mencapai ke tahap milik rohani yang sempurna).

◎  Iaitu pembangunan dan pertumbuhan dalam hikmat rohani, sifat rohani, kasih rohani dan kekuatan rohani.

(2)   Pertumbuhan dari segi “ bilangan” ( iaitu menyebarkan Injil Kebenaran terhadap luar, supaya bilangan orang yang diselamatkan itu bertambah dan gereja menjadibesar dan kuat).

◎  Sama seperti pertumbuhan tubuh manusia: bertumbuh lebih tinggi dan kuat.

(3)   Sama seperti tubuh Kristus bertumbuh menjadi tubuh Tuhan.

◎  Menyatakan kemuliaan Tuhan.

◎  Mendatangkan kebaikan kepada manusia dan pada masa yang sama memuliakan Tuhan.

◎  Gereja menjadi “ bahtera” yang benar-benar dapat menyelamatkan manusia pada Zaman Akhir ini.

 

Kesimpulan:

Hagai 2: 10 “ Adapun Rumah ini, kemegahannya yang kemudian akan melebihi kemegahannya yang semula”.

1 Korintus 3: 17: “Bait Tuhan” ialah kamu. (Dibaca : 438 kali)

Gereja Yesus Benar Sabah
Gereja Yesus Benar Sabah

No comments yet... Be the first to leave a reply!

Leave a Comment

 

— required *

— required *