Berjaga-jaga dengan Kerja Iblis

Pendahuluan: Iblis merupakan musuh Tuhan dan pemercaya, di manakah dia? Orang yang tak percaya berkata iblis di tempat yang gelap, di perkuburan dan lain-lain. Sebenarnya, menurut catatan Alkitab, iblis datang dari atas (Luk 10:18), ialah malaikat yang berdosa (Yud 6), yang berkuasa atas dunia yang gelap ini (Ef 2:2). Angkasa merupakan kubu iblis, dia merayau-rayau di dunia (1Ptr 5:8), kadang kala pergi ke tempat anak-anak Tuhan (Ayb 1:6), dia juga tinggal di dalam hati manusia (Luk 8:2).

  • Iblis suka tinggal di dalam hati siapa?

a)     Orang yang mengikut dunia (Ef 2:1).

Persahabatan dengan dunia adalah permusuhan dengan Tuhan (Yak 4:4), seseorang yang permusuhan dengan Tuhan ialah orang yang tidak disukai Tuhan, dan dia akan menjadi kawan iblis.

b)     Orang yang menurut daging (Gal 5:19-21).

c)     Orang yang menyimpan dendam (Ef 4:26-27).

d)     Orang yang tamak (Yoh 13:2).

i)   Yudas tamak, maka iblis masuk ke dalam hatinya (Yoh 12:4-7).

ii)  Muslihat iblis yang paling jahat, iaitu menjadikan orang tamak akan dunia, dan menjauhi Tuhan Mat 4:8-9).

e)     Orang yang iri hati dan suka perpecahan (Yak 3:14-16).

f)      Orang yang sombong.

i)      Iblis dilahirkan dari kecongkakan (Yes 14:12-14).

ii)     Tuhan menentang orang yang congkak (Yak 4:6-7).

g)     Orang yang mudah diombang-ambing oleh rupa-rupa angin pengajaran (Ef 4:13-14).

h)     Orang yang menurut kehendak manusia lebih daripada kehendak Tuhan (Mat 16:21-23).

  • Bagaimanakah berjaga-jaga dengan kerja iblis?

a)     Berjaga-jaga dalam doa (Mat 26:41; Ef 6:18).

b)     Tunduk kepada Tuhan (Yak 4:7).

c)     Mendekati Tuhan (Yak 4:8).

d)     Tangan yang tahir, hati yang suci (Yak 4:8-9).

e)     Rendah hati (Yak 4:10).

f)      Bersandar kepda kekuatan Tuhan (Ef 6:10-11).

(Dibaca : 462 kali)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *