Ishak Dilahir, Ismael Diusir

Ayat kitab: Kejadian Fasal 21

Perenggan:

  1. Ishak lahir (1-7)
  2. Hagar dan Ismael diusir (8-16)
  3. Tuhan menampakkan diri dan menghibur Hagar (17-21)
  4. Perjanjian Abraham dengan Abimelekh (22-34)

 

Inti dan Pengajaran

  • Ishak dilahir, Hagar dan anaknya diusir
    1. Tuhan menurut janjiNya, menjadikan Sara melahirkan Ishak (1-7)
    2. Hagar dan anaknya diusir dari rumah (8-14)
    3. Hagar sesat jalan, Tuhan menampakkan diri dan menghiburkannya, membuka matanya sehingga dia melihat sebuah sumur (15-21)

Tuhan adalah Mahakuasa dan setia, menurut waktu yang dijanjikan, menjadikan Abraham melahirkan anak. Pada hari Ishak disapih dan mengadakan jamuan besar, Sara melihat anak yang dilahirkan Hagar itu main dengan anaknya, lalu mengusir Hagar dan anaknya. Hagar sesat jalan di padang gurun Bersyeba, kerana kehabisan air, dia duduk berdepanan dengan anaknya dan semasa menangis dengan suara nyaring, Tuhan menampakkan diriNya, membuka mata Hagar melihat sebuah sumur dan menghiburkannya, memberkatinya supaya keturunannya menjadi bangsa yang besar. Abraham kehilangan imannya, mendengar kata Sara, mengambil Hagar menjadikan gundik dan melahirkan Ismael. Hal ini bukan sahaja membawa kegelisahan kepada Abraham, sehingga keturunan Ismael menyimpan dendam dan bermusuh dengan keturunan Ishak sampai hari ini.

  •  Abraham mempunyai dua anak (Gal 4:22-31)

Paulus berkata: Abraham mempunyai dua anak (sebenarnya lapan anak: Kej 25:1-2), dia menjelaskan lambangan mereka dalam surat Galatia.

    • Ismael

Lahir dahulu, dilahirkan menurut daging (kehendak manusia), dilahirkan oleh hamba, dilahirkan sebagai hamba, menganiayai anak yang dilahirkan oleh janji, tidak boleh mewarisi pusaka. Ibunya berasal dari gunung Sinai dan Yerusalem sekarang, melambangkan gereja duniawi yang ditubuhkan oleh kehendak manusia. (Gal 4:22-31)

    • Ishak

Lahir kemudian, dilahirkan kerana janji, dilahirkan oleh perempuan yang merdeka, dianiayai, dapat mewarisi pusaka. Ibunya ialah Yerusalem di atas, melambangkan gereja yang ditubuhkan oleh janji dan Roh Kudus sendiri (Gal 4:22-31).

    • Dua orang perempuan melambangkan dua jenis gereja

Kita harus menyelidiki, adakah gereja sendiri ditubuhkan menurut janji Tuhan dan ditubuhkan oleh Roh Kudus sendiri, atau ditubuhkan menurut kehendak manusia dan ditubuhkan kerana perselisihan dan perpecahan. Anak-anak yang dilahirkan dari perempuan merdeka pasti menerima warisan syurga, ada Roh Kudus sebagai jaminan (Ef 1:14). Yang dilahirkan oleh hamba itu bukan anak malah hamba, tidak dapat menerima warisan syurga. Kawan-kawan, Abraham mempunyai dua anak, yang manakah anda? (Gal 4:30-31)

(Dibaca : 298 kali)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *