Kehidupan Di Gereja

1. Pemahaman Tentang Keadaan Sekarang

Apabila Kristus masuk ke dalam hidup kita maka kehidupan kita turut berubah secara nyata. Pengenalan kita dalam hal kehidupan manusia bukan lagi bertujuan mengejar kebaikan diri sendiri. Sungguhpun kita masih hidup dalam tubuh jasmani tetapi sebenarnya adalah hidup untuk Tuhan. Kita mejalani kehidupan dalam ketaatan dan pelayanan. Di dalam kehidupan gereja yang bersifat kumpulan itu, kita telah mempelajari membangunkan diri di dalam kasih melalui perhubungan dan pertalian hidup agar hidup kita menjadi semakin dewasa dan matang. Oleh itu, barulah ada kekuatan yang cukup untuk mempersembahkan diri kita demi Kristus dan gereja.

Kemungkinan besar kehidupan di gereja anda sama seperti apa yang dikatakan di atas, kehidupan anda bererti dan dipenuhi dengan kekuatan. Anda bukan sahaja memahami peranan watak anda di dalam gereja bahkan anda mempunyai daya penyesuaian yang mencukupi untuk menyertai pekerjaan suci. Oleh itu, anda dapat menikmati hasil pekerjaan orang lain dan keharuman Kristus dapat disebarkan ke seluruh pelusuk dunia melalui jejak langkah anda. Kehidupan ini memang diidam- idamkan oleh orang lain.

Mungkin ada sesuatu yang anda tidak faham dalam kehidupan gereja, barangkali ia juga adalah masalah serius yang sedang kita hadapi bersama. Contohnya;

a. Bagaimana mengatasi kepercayaan berasas “berita angin”, agar dapat mencapai tahap “melihat Tuhan dengan mata sendiri?

b. Bagaimana mengekalkan pengajaran firman kebenaran tanpa memisahkannya dengan aliran arus zaman?

c. Bagaimana mengelak ‘rasa jemu’ dengan cara beribadah dalam gereja untuk mengejar tahap ibadat sejati dan dipenuhi juga kekuatan dalam hidup?

d. Bagaimana mengekalkan rasa belas kasihan, murah hati dan perasaan mengambil berat terhadap orang lain supaya injil dapat diserap ke dalam sekolah, masyarakat dan keluarga. Seterusnya dapat menyalakan kembali pengharapan hidup, kesukacitaan dan kepuasan bagi orang dunia yang dalam ketakutan, letih lesu dan hidup dalam kekecewaan?

Apakah jenis masalah kehidupan dalam gereja telah tersemat dalam hati anda sekian lama? Pergunakanlah peluang ini untuk menyusun semula pemikiran kita dan kongsikan suara hati kita yang mengasihi gereja ini. Setiap penuntut adalah dialu-alukan membuat persediaan secukupnya sebelum membicarakan kepercayaan mendalam anda terhadap kehidupan gereja. Adalah dipercayai bahawa sesi ini tidak akan menghampakan harapan anda. Berdasarkan kepada keadaan masyarakat kini, masalah-masalah yang dihadapi dibincangkan mengikut kumpulan. Kemudian membuat laporan dari hasil perbincangan anda.

2. Masalah-masalah

a. Terangkan perkara-perkara yang paling perlu diperbaiki dalam gereja berdasarkan segala kesan pengalaman yang anda perolehi dan hasil penyelidikan anda sejak percaya kepada Tuhan.

b. Apakah sumbangan saya terhadap perkara-perkara yang perlu diperbaiki itu.

c. Apakah perkara-perkara yang kurang memuaskan dalam kehidupan saya di gereja pada masa- masa yang lalu? Apakah yang menjadi penghalang kepada saya untuk menjalani kehidupan gereja yang sempurna? Apakah langkah-angkah yang perlu diambil untuk mengatasi “tembok penghalang”?

 

Bahan Rujukan (1)

Dalam permulaan hidup, kita jarang memperolehi peluang untuk mengutarakan pendapat kita disebabkan pihak keluarga, sekolah ataupun gereja menganggap kita kurang memahami sesuatu perkara. Keadaan ini membolehkan kita belajar untuk menjadi semakin dewasa di bawah bimbingan dari ibu bapa, golongan tua dan saudara-mara di dalam gereja. Kini, kita telah pun mengorak langkah ke dalam zaman keemasan kita. Adalah dipercayai bahawa kita mempunyai pandangan terhadap masa depan yang indah. Kelak kita perlu mempersembahkan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran kita kepada negara, masyarakat, bahkan mempunyai ketetapan “hidup demi Tuhan” untuk melayani Tuhan kita.

Pada hari-hari yang akan datang, kita bukan lagi budak kecil dalam pandangan orang ramai melainkan adalah belia yang dewasa dan matang. Ketika itu, orang lain menganggap kita “sudah faham”. Penyataan kita dari segi pemikiran atau kekuatan perlu ada perubahan dari tidak berdikari kepada berdikari, untuk menghadapi pelbagai masalah. Jadi, bagaimana kita berhadapan dengan cabaran akan datang agar tidak kalah selama-lamanya dan melangkah ke arah perjalanan yang berjaya?. Mula-mula, kita perlu mengenali kedudukan Tuhan dalam hidup kita, nabi Yeremia pernah tekun dalam doanya kepada Tuhan, dia memohon pimpinan Tuhan. Dia berkata “Aku tahu, ya Tuhan, bahawa manusia tidak berkuasa untuk menentukan jalannya dan orang yang berjalan tidak berkuasa untuk menetapkan langkahnya (Yeh 10:23). Dahulunya, ramai orang yang bukan sahaja tidak akur akan petunjuk Tuhan, bahkan tidak berjalan mengikutnya. Ini merupakan satu perkara yang sungguh membahayakan. Jalan domba adalah berdasarkan suara pengembala. Walaupun terdapat berbagai jenis suara di sekitarnya, domba itu hanya mengenali suara tuannya. Oleh itu, sepanjang jalannya dipenuhi dengan damai sejahtera dan kesukacitaan. Apakah anda mempunyai pengalaman sedemikian dalam kehidupan anda?.

Boleh dikatakan sebahagian besar daripada para penuntut sekalian adalah percaya kepada Tuhan sejak kecil dan dibesarkan dalam Tuhan. Dari kelas Tadika, ibu bapa membawa kita ke gereja, guru- guru mengajar kita berdoa, segala kehidupan dalam kepercayaan ini adalah di bawah pimpinan orang lain. Kini telah tiba masanya kita berdikari maka seharusnya renungkanlah kembali kehidupan kepercayaan kita. Berapa banyakkah berkat yang diberikan Tuhan dalam perjalanan kepercayaan ini?. Bagaimana pula saya harus berhati-hati berdepan dengan kepercayaan untuk menjalani hidupan yang berkelimpahan?. Oleh itu, kita perlu berhadapan dengan “kehidupan gereja” dan memahami hubungan gereja dengan saya dan seterusnya menyebarkan kehidupan gereja untuk memuliakan Tuhan dan membolehkan orang lain memperolehi faedahnya.

 

A. Makna Penubuhan Gereja/Jemaat.

i. Gereja adalah perancangan Tuhan dalam Kristus.

Penubuhan gerjea adalah pada masa sebelum Tuhan mencipta dunia yang menurut kehendaknya dengan rancangannya yang rapi. Rancangan ini bukan wujud dengan serta-merta melainkan ditetapkan. Ia adalah melalui darah Krsitus yang berharga, menebus orang yang miliknya masuk ke dalam namanya untuk penubuhan sebuah kerajaan yang rohani dan harmoni. Penubuhan gereja bukanlah hasil sampingan rancangan pengaruniaan Tuhan. Ia adalah akar tunjang rancangan Tuhan kekal abadi. Kini gereja di bawah bimbingan Roh Kudus mencelikkan mata hati orang yang salah agar mengetahui tentang panggilanNya yang berpengharapan. Milik pusaka yang diperolehi pemercaya dalam Dia adalah kelimpahan dan kemuliaan. Dia menyatakan kekuasaan yang agung kepada pemercayanya. Oleh itu, kita yang dipanggil ke dalam Kristus, menjadi kudus, tidak bercacat cela dan supaya anugerah yang muliaNya di puji puji.

ii. Jemaat adalah kerja Tuhan dalam Kristus

Memandangkan penubuhan gereja adalah rancangan Tuhan, bagaimana dengan praktiknya Tuhan melancarkan rancangan itu? Alkitab menyatakan “Kita adalah kerjaNya, dicipta dalam Yesus Kristus”. Sebelum jemaat dipanggil, ia hidup dalam maut dan dosa, kerana belas kasihan dan anugerah Tuhan serta kita percaya pada khasiat darah Yesus, maka dari “maut” masuk ke “hidup”. Nyawa rohani kita dihidupkan kembali dipenuhi tenaga untuk berbuat baik, teladani Kristus dan meneruskan kerja yang diberikan Kristus kepada kita ; agar kita jadi pendamai Tuhan dengan manusia, manusia dengan manusia. Demikian lebih menyerlahkan kemuuliaan Tuhan.

iii. Jemaat adalah rahsia Tuhan dalam Kristus

Penubuhan jemaat membolehkan barangsiapa yang percaya pada injil Yesus Kristus, tanpa beza kaum bangsa, lelaki, perempuan, tua, muda, merdeka atau hamba, sama sama dipanggil terima janji roh kudus dan menjadi keturunan Tuhan. Ini adalah rahsia yang amat besar, ia juga tidak diketahui dengan jelas oleh manusia zaman perjanjian lama. Dari dulu hingga kini, “cita cita dunia” telah melalui banyak usaha, dalam hati manusia duniawi, gol yang agung ini nampaknya telah dinafikan dan rasa ia tidak akan tercapai, kerana selama ini belum pernah ada damai sejahtera datang pada manusia. Ini disebabkan manusia asyik bertungkus lumus dalam darah daging mereka tanpa penyertaan Tuhan, sudah tentu ia amat mengecewakan. Namun hari ini cita cita yang diwujudkan Tuhan melalui jemaatnya adalah jauh melebihi dari permintaan manusia, supaya kita melahirkan suatu pengharapan yang baru dan aktif terhadap masa depan kita. Pengharapan ini berasal dari kemuliaan dan kuasa roh kudus Tuhan yang berkelimpahan. Dengan demikian, umat Kristus dengan beriman dan kasih sebagai asas, harus melengkapkan kerja agung yang diserahkan Tuhan supaya manusia duniawi boleh keluar dari kehampaan dan masuk ke dalam pengharapan, agar Tuhan dalam jemaatnya, di dalam Kristus perolehi kemuliaan sampai selama lamanya.

 

B. Prinsip Kehidupan Gereja.

Ketika Paulus terfikir rancangan Tuhan yang mulia itu, dia amat mengharapkan Tuhan mencelikkan “mata hati” pemercaya agar pemercaya mengetahui rancangan Tuhan yang agung itu dinyatakan dalam gereja dan bagiamana memberkati orang yang percaya kepadaNya tanpa batasnya. Sekiranya pemercaya tidak mengenali rancangan Tuhan yang kekal itu maka bukan sahaja tidak dapat memujiNya bahkan tidak pandai mengambil berat dan menyertai rancangan Than. Oleh itu, kita perlu menjalani kehidupan gereja yang mulia dengan berlandaskan kehendak Tuhan setelah kita faham rancangan Tuhan yang agung itu. Kita membincangkan konsep kehidupan gereja seperti berikut:

Prinsip Sekutu/Bersatu

Merupakan tubuh Kristus yang mulia maka pemercaya harus bersatu di dalam Tuhan. Dengan adanya kesaksian dari persekutuan gereja barulah orang dunia mengetahui Tuhan Yesus yang diutus oleh Bapa Kerajaan Syurga (Yoh 17:21). Dasar penyatuan gereja ialah “satu tubuh, satu Roh, satu Tuhan”. Dengan merujuk kepada dasar ini maka kelakuan pemercaya dalam kehidupan gereja pasti ada pemikiran dan kasih yang sama iaitu ada sejenis pemikiran dan kasih. Cara-cara untuk menyatupadukan gereja adalah dalam segala hal perlu rendah hati, lemah- lembut, bersabar, saling mengampuni demi kasih, saling berhubung dengan damai, tidak berkomplot, tidak tamak akan kemuliaan yang sia-sia, rendah diri, memandang orang lain lebih kuat daripada diri sendiri; bukan sahaja memperhatikan hal diri sendiri tetapi kepada orang juga dan haruslah mempunyai hati seperti hati Kristus barulah dapat mencapai tujuan perpaduan ini.

Prinsip pelayanan

Gereja tidak hanya ada kewujudannya tetapi perlu tumbuh dan matang. Cara pertumbuhan gereja adalah melalui hasil pelayanan dari setiap pemercaya yang saling melayani. Karunia datangnya dari Tuhan dan karunia adalah berbeza dengan kebijaksanaan manusia. Karunia adalah diberikan oleh Tuhan kepada setiap pemercaya yang diselamatkannya. Tuhan memberikannya menurut iman seseorang pemercaya untuk menggenapkan pekerjaan suci Tuhan dalam bimbingan Roh Kudus.

Sekiranya penggembala bersungguh-sungguh memberi pimpinan kepada para pemercaya menjalankan tanggungjawab masing-masing dan setiap pemercaya juga rela bertanggungjawab dengan sedaya-upaya untuk mencungkil, mengasah dan mengaplikasikan karunia yang diperlolehi dalam hal pelayanan, maka seluruh anggota Kristus dapat menyatakan kehidupan aktif. Gereja dapat didirikan dalam kasih secara beransur-ansur dan berkembang maju. Kita juga akrab bersatu dengan adanya didikan firman kebenaran ini tanpa goyah walaupun hidup dalam keadaan sekitar yang penuh dengan pengajaran-pengajaran palsu. Oleh itu, perkembangan atau keruntuhan gereja berkait rapat dengan kita.

Prinsip Kekudusan

Gereja telah pun dipanggil oleh Tuhan kita, maka kita yang menjalani kehidupan dalam gereja perlu menjadi anak-anak terang dalam segala perlakuan kita. Oleh itu, kita perlu lepaskan diri daripada niat dan perlakuan yang najis dahulu, sebaliknya mengisi masa lapang dan melakukan sesuatu yang diperkenankan oleh Bapa Syurga. Dari segi positif, haruslah meneladani Kristus yang selepas dibaptiskan, diurapi oleh Roh Kudus sehingga orang lain dapat melihat penyertaan Tuhan dengan Dia serta menjalani kehidupan yang penuh kekudusan dan kemenangan.

Cara yang paling baik untuk melatih kehidupan rohani yang kudus adalah melalui kehidupan gereja. Dalam kehidupan yang saling berinteraksi, bercakap jujur berdasarkan kasih, saling melatih rohani, saling membangun dan saling mentaati kepada yang dilantik. Oleh itu, kita perlu sering kebaktian terutama sekali pada akhir zaman ini. Kita lebih perlu saling menasihati agar tidak disesatkan oleh dosa yang akan mengakibatkan kehilangan hidup.

 

C. Kawasan Kehidupan Gereja/Jemaat

Kehidupan jemaat bukan terhad kepada berbagai jenis aktiviti dalam gereja saja tetapi kehidupan jemaat adalah melampaui had ruangan. Oleh itu, jemaat bukan disebutkan sebagai jemaat hanya ketika seluruh pemercaya berhimpun tetapi berkaitan secara kumpulan, persahabatan di kawasan sekolah, kehidupan keluarga kristian; bahkan penganut kristian memegang pelbagai jawatan dalam masyarakat, kesemuanya ini adalah merupakan kehidupan jemaat. Sama seperti garam, ia tidak semestinya disimpan di dalam bekas garam, barulah digelar sebagai garam. Apabila garam digunakan dalam berbagai jenis makanan, ia tetap adalah garam . Oleh itu, kehidupan gereja meliputi seluruh hidup kita. Diri kita adalah bayangan gereja. Jadi, bagaimanakah kita dapat memuliakan gereja Tuhan?. Di sini terdapat tiga butir sebagai rujukan:

i. Dari segi keluarga

Keluarga merupakan unit yang paling asas dalam jemaat dan dasar kepercayaan seseorang juga dikukuhkan melalui keluarganya. Lantaran itu, apakah gereja dapat dimuliakan berkaitan rapat dengan penyataan kehidupan sesebuah keluarga. Sesebuah keluarga kristian yang sempurna adalah didasarkan melalui dua jenis hubungan yang seiringan antara suami isteri dan antara ibu bapa dengan anak; suami perlu mengasihi isterinya, isteri harus mentaati suaminya sana seperti Kristus mengasihi jemaat dan jemaat mentaati Krsitus. Anak-anak patuh kepada ibu bapanya di dalam Tuhan, menghormati ibu bapa, ibu bapa perlu mendidik dan memelihara anak-anak berdasarkan pengajaran Tuhan. Dasar kepercayaan orang-orang Yahudi dalam Perjanjian Lama adalah melalui pengukuhan dari keluarga. Begitu juga dengan jemaat dalam Perjanjian Baru. Pada hari ini, jika kita tidak mementingkan kehidupan dalam kepercayaan keluarga maka samalah dengan tidak memiliki kehidupan jemaat yang akan menyusahkan pertumbuhan akar kepercayaan.

ii. Dari segi masyarakat

Penubuhan jemaat adalah digenapkan melalui tebusan dari darah Kristus yang berharga di antara semua bangsa. Tuhan inginkan setiap orang diselamatkan tetapi tidak rela seorang pun binasa. Ini merupakan kehendak Tuhan. Oleh itu, kehidupan masyarakat bagi seseorang Kristian perlu berlandaskan kehidupan yang memuliakan nama Tuhan dengan memberi faedah kepada orang lain sama seperti yang tercatat dalam Alkitab: “Hai hamba-hamba, taatilah tuanmu yang di di dunia dengan takut dan gentar dan dengan tulus hati, hadapan mereka sahaja untuk menyenangkan hati orang, tetapi sebagai hamba-hamba Kristus yang dengan segenap hati melakukan kehendak Tuhan, dan yang dengan rela menjalankan pelayanannya seperti orang- orang yang melayani Tuhan dan bukan manusia. Kamu tahu bahawa setiap orang, baik hamba, maupun orang merdeka, kalau ia telah berbuat sesuatu yang baik, ia akan menerima balasannya dari Tuhan. Dan kamu tuan-tuan, perbuatlah demikian juga terhadap mereka dan Tuhan kamu ada di Syurga dan Ia tidak memandang muka.” (Ef 6:5-9)

Dengan demikian, setelah seseorang kristian menerima anugerah Tuhan maka haruslah menceburi pekerjaan yang baik dan berusaha sedaya upaya dalam pekerjaan supaya injil Kristus yang rahsia dapat disebarkan melalui berbagai jenis pekerjaan dalam masyarakat untuk memuliakan Tuhan yang telah menciptakan kita. Jadi, dapatlah diketahui bahawa kehidupan masyarakat adalah merupakan jalinan daripada kehidupan jemaat.

iii. Dari segi jemaat

Jemaat merupakan masyarakat baru yang diingini Tuhan, ia berbeza dengan masyarakat lama di sekitarnya. Namun demikian, masyarakat baru ini bukan merupakan sebuah masyarakat yang bersifat “pentingkan diri sendiri”. Menurut rancangan Tuhan, ia akan terus menebus orang yang dimiliknya dari masyarakat lama itu. Jemaat adalah sebuah masyarakat yang terbuka. Namun demikian, perhatian perlu diambil terhadap masyarakat lama berada dalam keadaan yang bertentangan/ bermusuh dengan masyarakat baru (Yoh 15:18-19). Ketika jemaat sedang berusaha meneruskan perkembangannya pasti akan membangkitkan peperangan. Kekuatan untuk berperang ini adalah bersandar kepada kekuatan dan kekuasaan Tuhan. Dengan demikian, setiap pemercaya kristian perlu mengenakan pakaian ala tentera dengan bersenjatakan Firman Tuhan dan doa agar memperolehi kemenangan (Ef 6:10-18). Oleh itu kehidupan pemercaya Kristian adalah sejenis kehidupan berperang. Selain daripada sendiri perlu mengenali musuh, tujuan kehidupan sendiri dan arah perjalanan untuk maju ke depan juga perlu dikenalpasti agar dapat memberitakan rahsia anugerah keselamatan Tuhan demi menyempurnakan masyarakat baru yang dirancangkan oleh Tuhan, lantaran itu, gereja yang tidak menjalankan penginjilan dan tidak mewujudkan tugas penginjilan adalah merupakan gereja yang tidak tepat pada niat Tuhan. Sekiranya kita dapat mengenali butir ini dengan jelas, kita tidak akan terasa asing dan membuang masa. Sebaliknya, apabila kita memahami kehidupan gereja sebenarnya adalah kehidupan pemercaya kudus yang dirancangkan oleh Tuhan, maka ini membolehkan kita merasa lebih yakin terhadap kehormatan dan nilai kehidupan serta mempunyai pengharapan yang hidup agar dapat memajukan pekerjaan suci gereja.

 

Kesimpulan:

Seteleh kita mempunyai satu pemahaman terhadap kehidupan jemaat, adalah dipercayai bahawa kita juga telah memahami arah jemaat Tuhan yang dicita-citakan. Kita lebih bersyukur kerana dipilih oleh Tuhan di antara bangsa-bangsa lain supaya menjadi umatNya yang dihargai. Dengan demikian, kehidupan kita lebih menampakkan nilainya di dalam Tuhan tanpa mensia-siakan anugerah Tuhan. Kita harus menurut beberapa konsep yang diwahyukan oleh Tuhan dalam buku Efesus dan dipadankan dengan keadaan kehidupan kita untuk menyelediki masalah yang berkaitan dengan kehidupan yang lebih indah kepada anda. Amin.

 

Bahan Rujukan (2)

Gereja adalah Rumah Tuhan.

Gereja hari ini sangat mementingkan perkembangan gereja. Tidak kurang gereja telah cuba merancang dan menggerakkan berbagai pekerjaan suci yang membantu perkembangan gereja. Contohnya: pekerjaan penyebaran injil tempatan, penginjilan luar negeri, perkembangan pendidikan agama, kemajuan penyatuan dan pelbagai segi kegiatan sudah mula menampakkan perlaksanaan pekerjaan Tuhan. Walaupun perkembangan pekerjaan suci gereja sungguh menggembirakan , namun sebahagian saudara-saudari mungkin menganggap gereja sebagai tempat pelayanan dengan mengabaikan pandangan bahawa gereja adalah rumah Tuhan. Gereja adalah rumah Tuhan (I Tim 3:15). Rumah adalah satu tempat di mana seseorang dikasihi dan tempat untuk mempelajari kasih serta merupakan tempat seseorang meningkat dewasa.

Kasih Tuhan.

Kasih Tuhan tentu sekali dicurahkan kepada setiap pelusuk di dunia ini tetapi kita seharusnya dapat melayaninya dengan lebih mendalam. Alkitab sering mencatatkan bahawa jemaat adalah’Pengantin Perempuan’ bahkan menegaskan ‘Kristus mengasihi jemaat dan menyerahkan diriNya bagi jemaat’ (Ef 5:25). Bagi yang ‘melarikan diri dari rumah’ secara spontannya akan merasakan dirinya telah kehilangan kasih Tuhan.

Kasih Antara Saudara-Saudari.

“Keistimewaan rumah adalah hubungan dan layanan kasih”. Tuhan Yesus berpesan agar pemercayaNya saling mengasihi (Yoh 13:34-35). Paulus mengasihi pemercaya dalam gereja sama seperti layanan ibu bapa anak-anaknya (I Tes 2:7-11). Gereja merupakan tempat di mana saudara- saudari hidup secara rukun dan saling mengasihi.

Pertumbuhan Rohani.

Alkitab menggambarkan pemercaya yang baru percaya kepada Tuhan seperti “bayi yang baru dilahirkan” (I Ptr 2:2) yang perlu melalui peringkat pertumbuhan barulah dapat mencapai kedewasaan penuh dan tingkat pertumbuhan yang sesuai dengan kepenuhan Kristus (Ef 4:13). Bagi mereka yang kehilangan kehidupan jemaat yang sewajarnya, mungkin akan membunuh pertumbuhan kerohanian mereka kerana gereja merupakan tempat bagi seseorang pemercaya untuk menerima pengajaran, pengukuhan dan pengujian.

Catatan tadi adalah ‘standard’ yang digambarkan dalam Alkitab. Gereja adalah rumah Tuhan, juga merupakan rumah yang rohani bagi saya dan anda. Namun demikian, anda dan saya mempunyai tanggungjawab untuk mendirikan rumah ini. Perlakuan kasih dan yang dikasihi perlu dipelajari serta pengorbanan diperlukan dalam pertumbuhan kerohanian. Kehangatan rumah ini tidak akan dapat dirasai dengan mengikuti kebaktian sahaja. Kami mendorong anda agar menyertai penyataan ini; menceburkan diri dalam berbagai kebaktian penyempurnaan rohani dan seminar-seminar serta melibatkan diri dalam pekerjaan pelayanan barulah timbul perasaan ingin kembali ke rumah Tuhan.

(Dibaca : 379 kali)


Gereja Yesus Benar Sabah

No comments yet... Be the first to leave a reply!

Leave a Comment

 

— required *

— required *