Sejarah Gereja Yesus Benar Di Sabah

SEJARAH GEREJA YESUS BENAR

DI SABAH

 

 

KESIMPULAN EKSEKUTIF

 

Gereja Yesus Benar adalah Gereha Para Rasul yang terpulih di zaman Hujan Akhir. Ianya diasaskan pertama kalinya di Peiping, China pada 1917. Pekerja-pekerja awal yang diilhamkan Tuhan untuk bekerja bersama ialah: Chang Lin Shen, Paul Wei dan Barnabas chang. Mereka bekerja dalam sehati sejiwa untuk menubuhkan Gereja Yesus Benar dan Ibu Gereja telah pun ditubuhkan pada 1926 di Nanagking. Pada 1927 Ibu Gereja dipindah ke Shanghai. Kebenaran diberitakan ke Singapura di Asia Tenggara pada 1926 dan pada tahun berikutnya, iaitu 1927, telah diberitakan ke Sandakan di Borneo Utara. Dlam 3 tahun, Gereja telah ditubuhkan dalam 7 kawasan di Borneo Utara. Pada masa itu Ibu Gereja di Nangking memanggilnya “Lembaga Cawangan Borneo Utara”.

 

Pada 1952, gereja tersebut didaftarkan secara rasmi. Berikutan dengan pertukaran Ibu Kota dari Sandakan ke Jesselton (kini Kota Kinabalu), alamat gereja yang telah didaftarkan juga ditukar ke Jesselton. Mesyuarat Perwakilan Negeri Sabah yang pertama diadakan pada tahun yang sama di mana Jawatankuasa Eksekutif ditubuhkan.

 

Pada 31 Ogos 1963, Borneo Utara telah dibebaskan dari penjajahan British dan mencapai kemerdekaan. Ia bersama Singapura, Sarawak dan sebelas buah negeri di Malaya bersekutu untuk menjadi Persekutuan Malaysia. Borneo Utara kemudian ditukar nama menjadi “Negeri Sabah”.

 

Sejajar dengan kehendak gereja dan mengikut peraturan Pendaftar Pertubuhan, Perlembagaan gereja telah dipinda dalam tahun 1972 dan kemudiannya didaftarkan di bawah nama “Gereja Yesus Benar Sabah”. Dua tahun kemudian, ia dikenali di dalam negeri “Ibu Gereja Sabah” terletak di km 5.2, Jalan Tuaran, Kota Kinabalu.

 

Pada tahun 1987, terdapat 40 buah gereja dan 11 buah rumah doa. Terdapat lebih kurang 10,000 pemercaya, di antaranya 50% adalah Bumiputera.

 

Pada 1967, gereja Sabah menghadiri buat pertama kalinya Persidangan Perwakilan Sedunia yang diadakan di Taiwan. Pada bulan November 1981, Ibu Gereja Sabah bersama Indonesia, Semenanjung Malaysia dan Singapura menubuhkan Pusat Penginjilan Asia Tenggara (SEAEC). Pusat Pentadbiran adalah bertempat di Ibu Gereja Sabah. Pada bulan April 1985, Persidangan Perwakilan Sedunia Ke-4 diadakan di Sabah. Mulia kepada Tuhan Yesus.

 

 

2.1       PEMBERITAAN KEBENARAN KE SABAH

 

Pada awal 1926 Dn John Voon dari Gereja Singapura mengirim satu salinan majalah “Holy Spirit Times” kepada Sdra Tsen En Fook di Jesselton, Borneo Utara. Oleh kerana sangat sibuk dengan perniagaannya, dia tiada masa untuk membacanya. Lalu, dia mengirim buku tersebut kepada seorang kawan di Sandakan, Sdra Lee Siak Lin dengan mencatit satu nota “Sebuah Gereja Benar telah  bangkit”. Selepas membaca, Sdra Lee sangat tergerak hatinya. Disebabkan keinginan untuk mencari Kebenaran, dia menaiki bot ke Singapura semasa hari pertama Tahun Baru Cina dan mendapatkan Gereja Yesus Benar di situ. Selepas mempelajari Kebenaran buat beberapa lama, dia menerima baptisan pada 11 Januari 1927. Tiga hari kemudian, dia menerima Roh Kudus. Kemudian Penatua Tan Chien Sing dan Dn John Voon bersama beberapa orang lain datang ke Sandakan untuk memberitakan injil di situ. Oleh itu Gereja di Borneo Utara ditubuhkan di Sandakan buat pertama kalinya. Sebelum Penatua Tan dan Dn Voon kembali ke Singapura, mereka telah mengangkat tiga orang iaitu Mark Chin, Philemon Ho dan Phoebe Kong sebagai diaken-diaken/ diakenis untuk bertanggungjawab bagi hal ehwal agama dan Sdra Lee Siak Lin sebagai Setiausaha.

 

 

2.2       PEMBANGUNAN DAN KEMAJUAN

 

Selepas penubuhan Gereja Sandakan, pada tahun 1927 Dn Mark Chin dan Dn Philemon Ho pergi ke Kudat dan kemudian menubuhkan sebeuah cawangan di sana. Gereja tersebut adalah di bawah jagaan Penatua Thaddeus Chin dan Dn Joses Wong.

 

Tahun berikut injil berkembang ke Beaufort, Jesselton (kini Kota Kinabalu) dan Telipok. Gereja-gereja tersebut digembalakan oleh Dn Philip Tyan, dn Timothy Ho (Beaufort), Dns Huldah Lee dan Dn Simon Chon (Jesselton) dan Penatua Elijah Wong.

 

Pada 1929, Kebenaran telah tersebar ke Lahad Datu, Pantai Timur di mana sebuah rumah doa ditubuhkan. Malangnya, disebabkan kekurangan pengembalaan, jemaat telah bersurai kemudiannya.

 

Pada 1930, dua lagi gereja dibina di kawasan berhampiran dengan Beaufort, iaitu Kg Padas dan Klias. Selain dari Dn Tyan dan Dn Ho, diaken-diaken lain dan diakenis turut bersama mengambil bahagian dalam kerja suci ialah: Dns Lydia Pang, Dns Mary Chin, Dn James Liew dan Dns Debirah chee. Mereka bertanggungjawab bagi hal ehwal penginjilan untuk ketiga-tiga kawasan tersebut.

 

Pada 1931 Gereja Labuan telah ditubuhkan di mana kemudiannya ia adalah di bawah jagaan Gereja Singapura. Sdra Titus Yap kemudian dilantik sebagai diaken untuk menggembalakan jemaat di situ. Injil terus disebarkan ke Tuaran di mana sebuah rumah doa ditubuhkan di bawah gembalaan Dn John Chin, Dn Peter Kwong dan Sdri Priskila (seorang Bumiputera).

 

 

2.3       PENUBUHAN LEMBAGA CAWANGAN

 

Pada masa itu gereja-gereja di Boreno Utara adalah di bawah naungan Ibu Gereja Nangking dan ianya dipanggil “Lembaga Cawangan Borneo Utara” dengan Sandakan sebagai pusat perhubungan. Pada tahun 1932, Dn Philip Tyan telah dilantik sebagai wakil pertama untuk menghadiri Persidangan Perwakilan Ke-8 yang diadakan di shanghai.

 

 

2.4       PENINJILAN KEBENARAN KE KAWASAN BUMIPUTERA

 

Pada masa permulaan gereja di kawasan Bumiputera menempuhi satu tempoh yang sulit. Ini disebabkan bahawa kaum Bumiputera adalah sangat berpegang teguh kepada kepercayaan mereka sejak dari nenek moyang dan sudah tentu akan menolak ajaran lain yang bertentangan dengan kepercayaan mereka. Akan tetapi pada masa itu, kemudahan perubatan adalah kurang kepada kaum ini dan ramai telah dijangkiti dengan berbagai jenis penyakit yang telah menjejaskan mata pencarian mereka. Oleh yang demikian dalam keadaan tidak bermaya , ramai di antara yang berpengetahuan telah mencari Tuhan. Terdapat banyak mujizat dan tanda-tanda ajaib telah berlaku.

 

 

 

 

2.4.1    KAWASAN DUSUN/ KADAZAN

 

Sebilangan besar kaum Dusun/ Kadazan adalah petani padi. Anugerah Tuhan dicurahkan ke atas mereka dengan segera. Selepas pentahbisan Gereja Tuaran pada 1936, melalui seorang saudari bernama Lumbihan Bte Gimpit, Kebenaran telah tersebar ke Tamparuli dan Wangkod pada tahun berikut dan akibatnya 2 gereja telah dibina di bawah jagaan Dn Peter Kwong, Sdra Chong Tshun Yit (Tamparuli), Dn john Chin dan juga Bacheh Lasak. Gereja Wangkod menjadi gereja Bumiputera (Dusun) yang pertama. Kemudian seorang saudara Bumiputera – Borubui Agan (ayah Pdt Timotius) dilantik sebagai Dn Yakub  untuk menjaga jemaat. Selepas ini, beberapa buah gereja telah ditubuhkan.

 

 

2.4.2    KAWASAN MURUT

 

Kaum M\urut adalah satu suku kaum yang suka berpindah randah dan bergangtung kepada memburu bagi nafkah hidup. Anugerah Tuhan juga dicurahkan kepada mereka tidak berapa lama selepas itu.

 

Pada awal 1958 seorang sudara Murut bernama Sahoh Ahar jatuh sakit teruk penyakit batuk kering. Pada masa ini, Dn Philip Tyan kebetulan mengkhabarkan injil di kawasan pedalaman. Oleh itu, dia mengambil peluang  untuk memberitakan injil kepadanya. Selepas berdoa dengan teku dan meletakkan tangan ke atas Sdra Sahoh Ahar dia (Sdra Sahoh) pun sembuh dalam beberapa hari. Kemudian sebuah rumah doa telah ditubuhkan di rumah Sdra Sahoh Ahar. Sejak itu anugerah Tuhan tersebarlah ke seluruh kampung dan mujizat serta tanda-tanda ajaib berlaku dengan nyatanya. Bilangan pemercaya semakin bertambah. Kemudian Dn Thomas Chew bersama 10 orang saudara membina sebuah gereja dan rumah doa di kawasan Murut. Kawasan-kawasan ini digembalakan oleh para pendeta yang ditugaskan oleh Ibu Gereja Sabah.

 

 

2.5       PENDUDUKAN JEPUN

 

Semasa Perang Dunia Kedua (1941-1945) tentera Jepun menduduki semua wilayah Asia Tenggara. Pada mulanya, kebaktian dijalankan di kebanyakan gerena seperti biasa tetapi apabila peperangan menjadi lebih serius pada pemercaya terpaksa bersurai dan melarikan diri. Akibatnya kebaktian terpaksa dihentikan dan diganti dengan kebaktian keluarga. Selepas peperangan, para pemercaya perlahan-lahan kembali ke tempat tinggal mereka masing-masing dan gereja beransur-ansur dipulihkan semula kecuali di dua atau tiga kawasan di mana para pemercaya tidak ada kembali.

 

 

2.6       PERTUKARAN IBU NEGERI KE JESSELTON DAN PERSIDANGAN PERWAKILAN SABAH YANG PERTAMA

 

Selepas peperangan, Ibu Negeri Sabah, Sandakan ditukarkan ke Jesselton dan kumpulan-kumpulan agama diberitahu untuk mendaftar semula. Gereja juga disusun rapi semula. Pad1 1952 gereja berdaftar sebagai “Lembaga Cawangan Gereja Yesus Benar” di bawah naungan Ibu Gereja Tanah Besar China dengan Urusetia terletak di Jesselton di alamat sekarang. Pada 11-12 Jun dalam tahun yang sama Persidangan Perwakilan Pertama bagi seluruh negeri diadakan seterusnya. Jawatankuasa Eksekutif ditubuhkan dan Dn Timothy
Tseng dipilih sebagai Pengerusi yang pertama. Dalam mesyuarat tersebut adalah diputuskan bahawa para penginjil sepenuh masa – Dn Mark Chin, Samuel Chin, Philip tyan, John Chin, titus Yong dan Timothy Ho ditugaskan untuk menggembala dan akan dibayar elaun-elaun.

 

Walaupun gereja beranur-ansur maju, tetapi disebabkan kekurangan pekerja yang terlatih, pekerja yang belum matang secara rohani dan kekurangan kewangan, gereja terputus perhubungan dengan Ibu Gereja Tanah Besar China serta gereja-gereja di Singapura dan Malaya. Kemudian terdapat juga perselisihan di antara pekerja-pekerja yang memberi kesan sedikit sebanyak atas kemajuan kerja suci di Sabah. Akibatnya kerja pengembalaan dan pentadbiran tidak dijalankan secara giat dan beberapa gereja berkembang secara berdikari.

 

 

2.7       LATIHAN PETUGAS KERJA SUCI

 

Pada 1963 dalam satu lawatan persendirian ke Taiwan Dns Phoebe Chin, secara tidak sengaja berjumpa dengan Dn John Yang (kini penatua), seorang ahli jawatankuasa Ibu Gereja Taiwan dan menghubunginya buat kali pertamanya. Seterusnya mereka bertukar-tukar maklumat mengenai keadaan gereja-gereja kedua pihak. Akibat lawatan ini, pada tahun berikutnya, Ibu Gereja Sabah mempelawa Dn John Yang serta Dn Lin Fong Shen dari Ibu Gereja Taiwan untuk membantu kerja suci di Sabah. Selain dari melawat semua pekan di Sabah, mereka juga telah menubuhkan kelas-kelas Pendidikan Agama dan menubuhkan semula organisasi gereja. Satu Kursus Latihan Teologi singkat diadakan bagi semua penguasa gereja di kawasan Cina di Jesselton dan kelas-kelas belia juga ditubuhkan. Ini adalah asas pelajaran agama dan kerja penggembalaan dalam negeri. Kemudian Ibu Gereja Antarabangsa dan juga Ibu Gereja Taiwan telah mengirimkan penginjil-penginjil ke Sabah dari semasa ke semasa untuk membantu kerja suci dan mengadakan kursus-kursus latihan. Dalam tahun 1970-an Ibu Gereja mulai mengirim belia yang sanggup mempersembahkan diri ke Kolej Teologi di Ibu Gereja Taiwan. Dalam tahun 1980-an Kursus Latihan Teologi untuk petugas kerja suci, belia dan penginjil telah diadakan di Sabah dijalankan oleh Ibu Gereja Antarabangsa (IA) dan Pusat Penginjilan Asia Tenggara (SEAEC).

 

 

2.8       PENDIDIKAN AGAMA

 

Seja pernubuhan gereja kita sehinggalah 1964 tiada kelas-kelas Pendidikan Agam bagi kanak-kanak dan belia di Sabah. Ini telah mengakibatkan belia kekurangan asuhan rohani dan menjadi lemah dalam iman. Oleh itu tidak ada yang mengambil alih untuk meneruskan kerja. Syukur bagi kasih dari Tuhan kita, pada 1964 dua penginjil dari Ibu Gereja Taiwan – Dn John Yang dan Dn Lin Fong Shen diutus ke Sabah bagi membantu dalam kerja suci. Memandangkan keperluan gereja yang mendesak, satu Kursus Latihan Guru-Guru Pendidikan Agama diadakan di Jesselton sebagai permulaan. Yang menyertai dalam kursus adalah Sdri Chin Khi fung, Sdri Chonf Mui Jin, Sdra Ng Boh Kien, Sdri Wong Su Moi, Sdri Chin Oi Fun, Sdri Chong Shui Khyun, Sdri Liew Mui Yung, Sdri Lo Foh Lok dan Sdri Lo Thz Lok dan lain-lain.

 

Oleh kerana tiada kemudahan-kemudahan bilik darjah pada masa itu, kursus tersebut terpaksa diadakan di luar dewan gereja. Selepas kursus ini dua kelas ditubuhkan pada permulaan tahun berikutan, satu bagi kanak-kanak dan satu bagi belia. Terdapat 30 peserta bagi kelas kanak-kanak dan lebih kurang 20 dalam kelas belia. Kemudian gereja-gereja di Kudat, Sandakan, Balung, dan pedalaman juga turut mengadakan kelas-kelas Pendidikan Agama.

 

Pada 21 Januari 1973 Jawatankuasa Kaunseling Pendidikan Agama ditubuhkan oleh Ibu Gereja. Tanggungjawab kaunselor adalah melawat dan membantu kerja Pendidikan Agama beberapa gereja. Pada masa yang sama, bahagian-bahagian Pendidikan Agama juga ditubuhkan di beberapa tempat. Pada 1977 di bawah pemimpin penginjil Bumiputera sepenuh masa dan Kaunselor-Kaunselor Pendidikan Agama, kawasan Bumiputera mula mengadakan kelas-kelas Pendidikan Agama secara bersistem. Pada 1981 Jabatan Pelajaran telah dimasukkan dalam organisasi Ibu Gereja. Ini adalah satu langkah kemajuan sistem Pendidikan Agama.

 

 

2.9       PERSIDANGAN PERWAKILAN SEDUNIA PERTAMA

 

Pada 1967 Ibu Gereja Sabah mengatur beberapa wakil – diaken-diaken seperti; Mark Chin, Andrew Pang, Timothy Tseng dan Timothy Ho (sebagai pemerhati) untuk menghadiri Persidangan Perwakilan Sedunia Pertama di Taiwan. Akibatnya Ibu Gereja antarabangsa ditubuhkan dan Urusetia terletak di Ibu Gereja Taiwan. Dari itu Ibu Gereja kita mempunyai hubungan yang lebih rapat dengan Ibu Gereja Taiwan.

 

 

2.10     ULANGTAHUN PENGINJILAN KE-50

 

Pada 1977, adalah diputuskan oleh Ibu Gereja bahawa satu upacara secara besasr-besaran diadakan sempena Ulangtahun Gereja Yesus Benar Ke-50 di seluruh Sabah. Dengan bantuan Dn John Yang, Dn Hsieh Soon Tao dan Dn Tsai Mu Fu dari Taiwan termasuk Penatua Silas Lo dari Singapura kebaktian-kebaktian penginjilan kepada orang awam di dewan-dewan masyarkaat dan dewan-dewan sekolah yang disewa diadakan. Syukur kepada Tuhan beribu-ribu orang datang mendengar injil. Oleh itu firman telah disebar dengan meluas dan lebih ramai orang datang kepada Tuhan secara perlahan untuk mengetahui Kebenaran. Syukur kepada anugerah Tuhan.

 

 

2.11     PENGINJIL SEPENUH MASA

 

Disebabkan kekurangan kewangan dan kakitangan Ibu Gereja hanya mampu untuk memiliki beberapa orang penginjil sepenuh masa semasa bahagian akhir tahun lima puluhan. Di masa ittu penginjil permulaan ialah Diaken-Diaken Philip Tyan, Titus Yap, John Chin, Mark Chin dan Titus Yonf. Kemudian Dn Samuel Chin turut serta. Akan tetapi mereka ini tidak pernah menghadiri Kursus Latihan Teologi dan tidak meneria gaji. Pada tahun 1973 belia pertama yang mempersembahkan diri kepada Tuhan ialah sdra Tham Ping Fong (Pdt Stephen Tham). Beliau kemudian telah dikirm ke Taiwan untuk menghadiri Kursus Latihan Teologi. Pada 1976 Sdra Kam Kin Yen (Pdt Thomas Kam) dan pada 1981 Sdra Chong Su Yun (Pdt Philip Chong) turut bersama. Tiga lagi yang telah menghadiri Kursus Latihan Teologi jangka pendek yang kemudian mempersembahkan diri kepada Tuhan ialah: Sdra Lai Kim Yong (Dn Lain Yon En) dan dua orang Bumiputera – Ginsu Borubui (Pdt Timotius) dan Ungkau Suyan (Pdt Titus).

 

Pada masa sekarang terdapat hanya tiga orang penginjil Cina yang telah menamatkan kursus di Kolej Teologi Taiwan dan dua orang Bumiputera sepenuh masa yang telah menerima latihan Teologi. Terdapat dua orang Cina dan dua orang Bumiputera iaitu Fantsi Tsen, Chin Yun Loi, Alun Ambarat dan Malius Gusti yang telah menjalani latihan Teologi anjuran Pusat Penginjilan Asia Tenggara yang tamat pada penghujung tahun 1986. Mereka akan beserta dengan pasukan pekerja-pekerja yang lain pada 1987.

 

 

2.12     PERUBAHAN BERLAKU DI IBU GEREJA SABAH

 

Sejak Sabah merdeka dari penjajahan Kerajaan British dan memasuki Malaysia pada tahun 1963, pindaan-pindaan telah dibuat kepada Akta Pertubuhan. Pada tahun 1972 Perlembagaan Gereja telah disusun semula untuk emmenuhi kehendak Pendaftar Pertubuhan. Pada 25 Disember 1972 pindaan Perlembagaan diluluskan oleh Persidangan Perwakilan Sabah. Pada 1978 Perlembagaan dipinda seterusnya. Nama Ibu Geereja menjadi “Gereja Yesus Benar, Negeri Sabah” di luar negeri dan dalam negeri adalah dikenali sebagai “Ibu Gereja Sabah”. Semua cawangan akan tertakluk di bawah kuasa Ibu Gereja. Kemudiannya struktur organisasi telah diteguhkan lagi dan pentadbiran gereja diperbaiki. Lawatan Penginjilan dibuat oleh para penginjil juga lebih bersistem. Dewan-dewan gereja baru dan pembinaan semula gereja dijalankan dengan lancarnya. Sejak penyiapan Pusat Pentadbiran Gereja Kota Kinabalu pada 1983, Ibu Gereja dapat menggunakan kemudahan-kemudahan moden seperti bilik persidangan, perpustakaan, pejabat-pejabat, bilik-bilik darjah, asrama dan lain-lain. Muliakan nama Tuhan.

 

 

2.13     PENYERTAAN PENGINJILAN DUNIA

 

Pada 13-14 November 1981 satu mesyuarat Kaunselor Pusat Penginjilan Asia Tenggara (SEAEC) yang pertama dipengerusikan oleh Dn Mark Chua di Singapura, atas cadangan Ibu Gereja Antarabangsa. Setiap Ibu Gereja diwakili oleh 2 orang kaunselor. Bagi sabah 2 kaunselor ialah: Dn Andrew Pang dan Dn Daniel Pang. Pengerusi Ibu Gereja Sabah, Dn Daniel Pang telah dipilih sebagai Kaunselor Eksekutif. Akibatnya satu Urusetia ditempatkan di Ibu Gereja Kota Kinabalu. Bagi mengeratkan lagi perhubungan di antara gereja Pusat Penginjilan Asia Tenggara (SEAEC) dan mempergiatkan lagi kerja suci, adalah diputuskan bahawa satu Surat Berita SEAEC diterbitkan; pertukaran petugas kerja suci di antara Ibu gereja – Ibu Gereja Sabah, Semenanjung Malaysia/ Singapura dan Indonesia; dan Seminar  Pendidikan Rohani Para Penatua/ Diaken/ Penginjil ketiga-tiga Ibu Gereja tersebut secara bergilir. Setiap Ibu Gereja juga mengadakan Kursus Latihan Teologi Belia masing-masing. SEAEC juga mengirim diaken dan penginjil untuk membantu kerja latihan dan pengembalaan di kawasan-kawasan yang baru ditubuhkan seperti Filipina, Negeri Thai, Australia dan India. Selain dari itu Ibu Gereja Sabah juga membantu dalam menganjurkan mesyuarat-mesyuarat suci yang berikut:-

 

a)    12-15 April 1983 – Mesyuarat Kaunselor Eksekutif Ibu Gereja Antarabangsa.

b)    17-19 April 1983 – Seminar Pendidikan Rohani Penatua/ Diaken/ Penginjil SEAEC yang pertama.

c)    13 November 1983 – Mesyuarat Kaunselor SEAEC Ke-3.

d)    13 November – 2 Disember 1983- Kursus Latihan Teologi Belia Antarabangsa  Pertama (Kawasan Asia Tenggara).

e)    1983 – Kursus Latihan Teologi Penginjil dijalankan oleh Pusat Latihan Teologi (Sabah). Peserta-peserta termasuk Chin Yun Loi, Malius Gusti, Fantsi Tsen, Alun Ambarat dan Kosol Saewun (Lu Mei Chang) dari Negeri Thai.

f)     11-15 April 1985 – Persidangan  Perwakilan Sedunia Ke-4. Wakil-wakil Ibu Gereja Sabah: Dn Daniel Pang, DnAndrew Pang, Sdra Chong Su nyen dan Sdra Ng Boh Kien.

g)    17-18 April 1985 – Seminar Pendidikan Rohani Penatua/ Diaken/ Penginjil SEAEC Ke-2.

h)    21-23 November 1986 – Mesyuarat Kaunselor SEAEC Ke-6.

i)      29 Julai – 2 Ogos 1987 – Kursus Latohan Petugas Kerja Suci Belia Antarabangsa Ke-2 (Sabah).

 

 

KESIMPULAN

 

Sabah adalah satu negeri yang mempunyai penduduk berbilang bangsa yang terdiri daripada 77% Bumiputera dan lebih kurang 16.5% Cina. Firman Benar telah diberitakan pertama kali kepada bangsa Cina diikuti oleh Kadazan/ Dusun kemudian Murut. Namun demikian, pada tahun kebelakangan ini sebilangan besar anggota-anggota kita adalah Bumiputera. Ini disebabkan kaum Cina selalunya berdiam di kawasan bandar dan terbuka kepada perkara dunia dan tidak mahu menerima Kebenaran jika dibandingkan dengan Bumiputera.

 

Walaupun gereja kita semakin membangun pada masa 10 tahun kebelakangan ini, namun kita masih lagi kekurangan kewangan dan tenaga pekerja. Oleh sebab ini, kita tidak dapat mencapai satu peringkat yang lebih aktif dan ideal.. masalah-msalah ini menghalang pertumbuhan dan kemjuan gereja yang lebih cepat. Adalah diharapkan dalam zaman ini, dengan tekanan yang lebih ditumpukan kepada latihan, kita mampu, dengan berkat Tuhan, untuk mengasuh lebih ramai penginjil serta kakitangan dengan penuh minat supaya lebih giat lagi dalam kerja suci dan menggalakkan pemercaya untuk melayan dan mempersembahkan diri kepada Tuhan.

 

Semoga Tuhan membimbing kita untuk menyebarkan kerja suci dengan lebih gigih lagi dan semoga Ulangtahun Ke-60 akan membawa kepada kita lebih kemajuan dan kegembiraan. Mulia kepada Tuhan!

(Dibaca : 776 kali)


Gereja Yesus Benar Sabah

1 Comment

  1. Velery says:

    Can u send me detail
    …i want to know more.. Thnks

Leave a Comment

 

— required *

— required *