PENUBUHAN DAN PEMBANGUNAN JABATAN-JABATAN & JAWATANKUASA-JAWATANKUASA

 

JABATAN PENDIDIKAN AGAMA

 

 

SEJARAH PENDIDIKAN AGAMA SABAH

 

Pada November 1964 apabila Dn John Yang dan Dn Lin Fong shen pertama kali melawat ke Gereja Kota Kinabalu, Pendidikan Agama belum lagi diadakan. Pada masa itu yang menghadiri kebaktian Hari Sabat pun tidak ramai. Oleh yang demikian dan untuk melatih iman belia, Kebaktian Kebangunan Rohani Belia diadakan buat pertama kalinya. Seramai 40 orang peserta menyertainya. Diadakan juga Kursus Guru Pendidikan Agama kali pertama dengan 20 orang peserta.

 

Setelah mengikuti kursus dan Kebaktian Kebangunan Rohani ini, belia-belia telah bersemangat dan berkeyakinan. Gereja yang pertama mengadakan pendidikan agama kelas kanak-kanak ialah Gereja Kota Kinabalu pada 2 Januari 1965. Kemudian disebabkan dorongan dari Dn Yang dan Dn Lin apabila mereka melawat beberapa buah gereja maka pendidikan agama mula diadakan di merata tempat seperti Kudat, Balung, Tamparuli dan Sandakan pada 1965; Papar pada 1966; Sungai Paal pada 1971; Tawau pada 1974; Labuan pada 1975 dan Keningau pada 1976 dan lain-lain.

 

Pada peringkat permulaan, selain daripada beberapa orang guru yang telah mengikuti kursus, yang lain kebanyakan tidak ada mengikuti apa-apa kursus. Ibu Gereja telah menubuhkan Bahagian Pendidikan Agama dalam mesyuarat Majlis Eksekutifnya pada 7 April 1974 untuk mengawal aktiviti pendidikan ini.

 

Pada permulaannya Sabah dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu, pantai barat, pantai timur, pedalaman dan luar bandar dan tiap-tiap bahagian ini dikelolakan dan dibimbing oleh 2 atau 3 orang kaunselor. Tetapi oleh kerana masalah pentadbiran, sistem ini diubah menjadi Sistem Kawalan Pusat. Segala tindakan haruslah mendapat kelulusan Bahagian Pendidikan Agama. Kadangkala kaunselor-kaunselor dihantar ke gereja-gereja tempatan untuk membuat lawatan bimbingan. Untuk meninggikan pengetahuan dan kualiti guru Pendidikan Agama maka pada 20-23 April 1973 telah diadakan Kursus Latihan Guru untuk melatih belia-belia yang ingin bekerja bagi Tuhan. Mereka yangmengambil bahagian sangat ramai. Selepas ini Kursus Latihan Guru ini yang dikelolakan oleh Bahagian Pendidikan Agama diadakan tiap-tiap tahun. Jabatan Pendidikan Agama di bawah pimpinan Roh Kudus telah berkembang.

 

Oleh kerana pertukaran dasar pentadbiran Ibu Gereja telah menubuhkan Bahagian Pelajaran dalam tahun 1982 untuk mengendalikan perkara-perkara yang berkaitan dengan Pendidikan Agama. Pada masa sekarang, oleh kerana setiap gereja telah mempunyai gurun pendidikan agama yang mencukupi, maka adalah dirasakan tidak perlu untuk mengadakannya setia tahun, maka kursus latihan guru diadakan 2 tahun sekali. Selain daripada ini, Seminar Guru dijalankan di beberapa daerah pada tiap-tiap tahun supaya guru-guru berpeluang melatih utuk melengkapkan dan memperbaiki diri sendiri dalam tugas pengajaran dan perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan agama.

 

Ketika Pendidikan Agama pertama kali diperkanalkan Gereja Kota Kinabalu membeli bas mini untuk mengangkut kanak-kanak kerana kehadiran bagi mereka yang ada pengangkutan adalah sangat tinggi dan ini telah menstabilkan asas bagi perkembangan gereja. Tindakan ini diikuti oleh gereja-gereja lain seperti Kudat, Sandakan, Tawau, Tuaran, Tamparuli, Keningau dan lain-lain.

 

Dari segi organisasinya, pada keseluruhan gereja-gereja di kawasan Tiong Hua telah megadakan satu asas yang baik. Setiap gereja mempunyai Penjaga Bahagian, Oenjaga Kelas, Setiausaha dan Bendahari masing-masing. Apa yang perlu adalah memperbaiki mutunya.

 

Bagi gereja-gereja Bumiputera, selain dari Wangkod dan Sungai Apih yang mempunyai sejarah yang lama dalam penubuhan Pendidikan Agama, gereja-gereja lain baru saja ditubuhkan. Disebabkan kekurangan pengalaman dalam pentadbiran, kebanyakan perkara tiada dicatit dengan baik dan oleh itu maklumat yang tepat tidak dapat diperolehi. Namun demikian, mereka dalam proses pembaikan dan pengetua-pengetua gereja mula sedar tantang pembangunan pendidikan agama. Semoga Roh Kudus membimbing gereja-gereja Bumiputera supaya mereka aktif lagi melalui generasi baru. Baru-baru ini Ibu Gereja telah mengambil 2 orang guru agama penuh masa bagi mengatasi kekurangan guru di kawasan luar bandar.

 

Kini Pendidikan Agama telah ditubuhkan selama 22 tahun dan ianya telah mengasuh ramai pekerja. Sebilangan besar pemimpin gereja telah menjalankan latihan Pendidikan Agama. Oleh itu, marilah kita semua berdoa supaya kerja Pendidikan Agama akan mencapai matlamatnya untuk memuliakan Tuhan dan membangunkan umat manusia dan semoga gereja-gereja di Sabah terus maju dalam perkembangan Pendidikan Agama.

 

 

 

 

 

(Dibaca : 202 kali)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *