Hits: 37

GEREJA ANABAI BARU

 

Anabai adalah sebuah kampung yang terletak di satu kawasan berbukit di Nabawan, lebih kurang 80.5 km perjalanan dari Keningau, Pusat Pentadbiran Resudensi Pedalaman. Hampir semua penduduknya berbangsa Murut. Sebagai mata pencarian mereka bergantung besar kepada pertanian dan hasil buruan.

 

Hampir semua penduduknya adalah anggota Gereja kita yang datang dari Kampung Lima, sebuah kampung lain di Nabawan, dalam tahun 1979. Di antara yang paling awal datang ke sini ialah Sdra Tingalur, Monson, Mansiyang dan lain-lain. Asas iman yang mereka pupukkan di Kampung Lima, membuat mereka meneruskan iman menyembah dan taat kepada Tuhan di tempat baru mereka. Pada mulanya mereka berhimpun di rumah Sdra Monson Ondon bagi kebaktian Hari Sabat. Pada bulan Mac 1980 para penduduk, dengan bantuan kewangan dari Kerajaan Negeri telah membina sebuah balai raya untuk mereka. Sejak itu Kebaktian Hari Sabat dipindahkan ke balai raya kerana bangunan ini boleh menampung lebih ramai orang. Syukur kepada Tuhan, pada tahun 1984 anggota gereja, dengan bantuan kewangan dari Ibu Gereja, telah membina sebuah bangunan gereja berukuran 12.2m × 9.1m (40 × 40 kaki).

 

Bilangan pemercaya gereja sekarang adalah lebih kurang 82 orang. Kebaktian Sabat minggu diadakan oleh Sdra Tingkalur Angkiwi dan dibantu oleh Sdra Angkar Ansanam. Terdapat satu kelas Pendidikan Agama dengan 22 murid dan 4 guru. Penguasanya ialah Sdra Angkar dibantu oleh Anduan Mulung iaitu guru Pendidikan sepenuh masa dari Ibu Gereja. Jawatankuasa Gereja kini terdiri daripada :-

 

Hal Ehwal Agama               : Gunah Bin Engkai, Tingkalur Bin Angkiwi (Naib)

Hal Ehwal Am                      : Monson Bin Ondon, Mansiyang Bin Ensu (Pembantu)

Bendahari                             : Andawai Bin Lavui

Setiausaha                           : Angkar Bin Ansanam, Kimin Bin Laub (Pembantu)

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *