Kejarilah Kebahagiaan

[Hsu Tong Lin]

Prakata

Setiap manusia inginkan kebahagiaan, namun apakah itu ‘kebahagiaan’? Berikut disenaraikan beberapa butir sebagai nasihat bersama.

[1]      Kebahagiaan Ialah Mempunyai Keluarga Yang Bahagia

i. Keluarga bermula dari perkahwinan.

    Syarat-syarat asas memilih jodoh:

a. Iman kepercayaan yang sama.
b. Tubuh yang sihat.
c. Kerjaya yang betul.

‚    Pegangkan prinsip asas perkahwinan: dua orang menjadi satu daging (Mat 19:4-6).

ƒ    Suami-isteri saling menghormati, saling mengasihi, memahami (Ef 5:22-25; I Ptr 2:11-13).

a. Mengamalkan firman menghormati orang tua (Ef 6:1-4; I Tim 5:4).
b. Seisi keluarga percaya pada Tuhan: Takut akan Allah (Mzm 128:1-6); menjunjung besar Tuhan, jadikan Kristus sebagai kepala rumah, penuh sukacita (Kis 16:31-34).

[2]     Kebahagiaan Ialah Mempunyai Kehidupan Yang Stabil

i. Enam hari lamanya engkau akan bekerja tetapi peringati hari Sabat pada hari ketujuh, Allah pasti berkati (Kel 20:8-11).

ii. Setiap orang harus mempunyai pekerjaan yang baik [kerjaya] (Ef 4:28).

iii. Jangan mempunyai kebiasaan yang tidak baik: minum arak, berjudi (Ams 23:21; I Tim 6:6-10).

iv. Allah adalah Pelindung kehidupan (Kej 21:14-19; Yoh 21:4, 6, 11).

[3]     Kebahagiaan Ialah Kesejahteraan Tubuh

i. Tuhan memimpin ke jalan kesejahteraan (Luk 1:79). Di dunia ada penderitaan, di dalam Tuhan ada damai sejahtera (Yoh 16:33; 14:27).

ii. Mengenali Allah akan beroleh ketenteraman, berkat akan melimpahi kamu (Ayb 22:21-22).

iii. Menyukai firman Tuhan (Mzm 119:165, 105; 1:2, 3).

[4]     Kebahagiaan Ialah Konsep Kehidupan Yang Gembira

i. Menerima-fahami firman Tuhan: melihat menembusi segala hal; segala sesuatu mendatangkan kebaikan untuk orang-orang yang mengasihi Tuhan (Ams 15:30; Rm 8:28).

ii. Memahami kasih Allah: Bersyukur dalam segala hal (Ef 3:14-19; I Tes 5:19).

iii. Tuhan menyertai adalah Taman Firdaus (Kis 16:25; Rm 14:17; Yoh 16:24).

[5]     Kebahagiaan Ialah Kehidupan Yang Berpengharapan

i. Mati dan diam bersama-sama Tuhan – itu memang jauh lebih baik (Flp 1:23; Luk 10:20).

ii. Roh Kudus adalah jaminan pengharapan (Rm 5:5; 15:13; Ef 1:13-14).

iii. Yang bertahan sampai kepada kesudahannya akan selamat (Mat 24:13; Yak 5:7-11).

Rumusan

Semoga kita semua akan melalui hari-hari kehidupan yang bahagia, tetap hidup di dalam kasihNya adalah kebahagiaan (Why 14:13; Kol 1:23; Yud 20-21).

(Dibaca : 384 kali)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *