Teladan Yusuf

Kitab: Kejadian fasal 37-47

I. Kesusahan dan kebangkitan seorang remaja —- Yusuf

1. Pada umur 17 tahun, dijual abangnya ke Mesir sebagai hamba (37: 28, 39: 1).

2. Pada umur 28 tahun, difitnah masuk ke dalam penjara selama 2 tahun oleh isteri tuan rumah (39: 19-20).

3. Mengapa Yusuf yang soleh dan taat kepada Tuhan ditimpa kesusahan dan keadaan tidak lancar?

a. Reaksi spontan daripada manusia biasanya: Apakah dosa yang dilakukannya? Tuhan pasti akan mengajar.

b  Sebenarnya, hal ini adalah kehendak Tuhan yang baik : Tuhan menaikkan pangkat Yusuf sebagai Penguasa Mesir pada umur 30 tahun (41: 37-46), selepas 7 tahun dalam kebuluran besar di padang gurun tersebut, dapat menyelamatkan bapanya (Fasal 42-47).

c. Alkitab ada mengatakan: orang benar dan tidak benar akan ditimpa kesusahan (Pkh 7: 14; Yes 8, 9)

II. Yusuf yang soleh dan taat kepada Tuhan

1. Soleh dan taat kepada Tuhan ketika berada dalam kesulitan, tidak bersungut-sungut (39: 2, 3, 21, 23; 40: 14, 15, 23)

2. Soleh dan taat ketika berada dalam keadaan mujur, mengatasi godaan (39: 7-10).

3. Orang yang soleh dan taat kepada Tuhan:

a. Tuhan pasti menyertainya (39: 2, 3, 21, 23).

b. Digenapi Tuhan, apa jua yang dilakukannya adalah lancar.

c. Tuhan pasti menganugerahkan hikmat dan keupayaan– agar Yusuf dapat menafsirkan mimpi (41: 1-13; 41: 15-36, 39), boleh mentadbir Mesir, dan menjaga rumah bapanya (41:45-50).

III. Yusuf yang tulus dan berdedikasi untuk melayani tuannya

1. Segala sesuatu yang dikerjakan Yusuf adalah berhasil (39: 2,3).

2.  Tulus dan setia demi tuannya, tuan menyerah segalanya kepada Yusuf (39: 4-6; 8-9).

3. Umat kristian haruslah bersikap dedikasi.

a. Jujur setia (Ef 6: 5-8; Kol 3: 22).

b. Proaktif, positif dan bertanggungjawab.

c. Optimistik

d. Berkasih – Rela membantu orang lain, semangat berpasukan yang baik.

4. Membolehkan diri memperolehi berkat di depan Tuhan.

a. Dari hamba dinaikan pangkat menjadi panguasa (39: 4-6).

b. Diberkati di depan penjaga penjara (39: 21, 22).

c. Dari seorang banduan penjara dinaikkan sebagai Penguasa (41: 37-46).

5. Agar tuan dapat melihat Tuhan menyertainya (39: 3, 23; 41: 38).

Δ Umat kristian harus memilki sifat ilahi Tuhan (Gal 3: 26; 5: 23-25).

IV. Kesimpulan

1. Sepanjang hayat, Yusuf hidup sebagai model yang “memuliakan Tuhan dan memanfaatkan manusia” adalah yang sepatutnya dicontohi kita.

2. Kita adalah “pekerjaan” Tuhan, diciptakan dalam Kristus Yesus, agar kita melakukan kebaikan, iaitu Tuhan sedia memerintah kita melakukannya (Ef 2: 10).

Kelakuan dan perbuatan umat Kristian seumur hidup, hendaklah menjadi terang dan garam (Mat 5: 15, 16, 14), memuliakan Tuhan dan membangunkan manusia.

(Dibaca : 483 kali)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *