Daniel Tidak Memakan Makanan Diraja

Apa yang kumaksudkan ialah, bahwa persembahan mereka adalah persembahan kepada roh-roh jahat, bukan kepada Allah. Dan aku tidak mau, bahwa kamu bersekutu dengan roh-roh jahat. (1 Korintus 10: 20)

Dari peristiwa Daniel dengan tiga orang kawan, untuk meninjau jangan makan makanan persembahan berhala.

A. Mengenai Daniel (Daniel Fasal 1)

1 “Raja Yehuda Yoahas” : Dia adalah anak Raja Yosia; Yosia menghalang tentera Mesir dan tidak berjaya membantu Asyur, setelah mati dalam peperangan pada 609 SM di Megiddo, orang Yehuda mengurapi anak bongsunya dan mengangkat dia menjadi raja (2 Raj 23:30) Yoahas memerintah hanya tiga bulan, lalu dibuang oleh Firaun Mesir Nekho, ditawan ke Mesir, dan mati di sana, perkara ini sememangnya menggenapkan nubuat Nabi Jeremiah (Yer 22: 11-12). Setelah itu, Firaun Mesir Nekho mangangkat abang kedua Yoahas, Elyakimia menjadi raja, menukar namanya menjadi Yoyakim (2 Raj  23: 34).

Kehidupan Yoyakim mengandungi beberapa peristiwa utama.

1. Dia menggenakan pajak yang berat terhadap umat demi untuk menghormati Firaun Nekho (lihat 1 Raj 23: 35).

2. Walaupun umat amat miskin, dia tetap membazir upah pekerja, lebih-lebih lagi memgerjakan mereka untuk mendirikan istana baru sendiri (Yer 22: 13-17).

3. Dia telah membunuh ramai orang yang tidak bersalah, termasuk Nabi Uria (Yer 26:23).

4. Dia menggunakan pisau raut mengoyak gulungan juru tulis Barukh Yerahmeel, dilemparkan ke dalam perapian, lalu menghantar orang menangkap  Yerahmeel (Yer 36: 23-26).  Ahli sejarah Yehuda, Yohanas menyifatkan perangai jahatnya, tidak menghormati Tuhan dan manusia.

605 Sebelum Masihi, Firaun Nekho yang mengangkat Yoahas menjadi raja dikalahkan di Kasdim oleh Nebukadnezar, raja Babel. Nebukadnezar menuju arah selatan ke Yerusalem, memaksa penyerahan Yoyakim dan raja negara-negara lain,  mencari pemuda yang cemerlang di merata-rata tempat, dibawa balik ke Babel. Daniel dan tiga orang rakannya juga ditawan ke Babel.

5. “Ketua sida-sida”: “sida” adalah perkataan berasal dari bahasa Metilena,  merujuk kepada kepala pengawal raja, penasihat raja, kemudiannya dibangunkan menjadi pegawai kesayangan raja, pembantu baik raja, mengurus hal baik kecil atau besar di istana.  Oleh itu, “sida” tidak seperti sida purbakala China, tidak boleh berkahwin, melahir dan membesarkan anak, ‘King James Version’ menterjemahkan perkataan yang sama di Kej 39: 1 sebagai “pengawai istana”,  disebabkan “Potifar” mempunyai isteri.

6. “Teks lisan Kasdim “: ” Kasdim” perkataan yang boleh merujuk kepada “orang Babel” (5: 30) atau “ahli astrologi”(2: 2-5; 4:4;  5:7, 11) ─  Orang Kasdim fasih mengesan cuaca,  mengkaji ilmu takdir dan tilikan, maka istilah “Kasdim” digunakan untuk menggambarkan pakar dalam bidang ini. “Teks lisan Kasdim” bukan sahaja termasuk pengetahuan tentang tilikan dan astrologi, lebih–lebih lagi mengandungi tulisan Babel dan asal usul sumber segala budaya di negara tersebut.

7. “Daniel”: maksud asal “penghakiman Allah”. (1 Taw 3:1; Ezr 8: 2;  Neh 10: 6; Yeh 14: 14)  “Hananya”: “Tuhan memberi rahmat” (Neh 10: 23). “Misael”: “Siapa seperti Tuhan” (Neh 8: 5), atau “Siapakah Tuhan”.  Azarya: “Tuhan membantu” (Neh 10: 2).

8. “Ketua sida-sida memberi nama” : dalam Perjanjian Lama, “nama” menempatkan di kedudukan yang sangat penting,  menukar nama melambangkan pengubahan perjalanan hidup (lihat Abraham, Yakub, yang Rasul Paulus, dan lain-lain). Dari segi yang lain, ketika seseorang bekerja di istana negara luar, juga menukar nama (lihat Yusuf, Ester). Ketua sida-sida menukar nama Ibrani mereka menjadi nama Babel, di samping demi memudahkan kerja, juga tanda isyarat pencuci otak, meminta mereka lupakan negara dan kepercayaan asal; nama asal mereka mengandungi maksud “Tuhan” dan “Allah”, kini digantikan dengan nama berhala Babel.

“Beltsazar”: “Isteri Mathura (dewi), mohon anda melindungi raja”, Mathura adalah Tuhan besar Babel. “Sadrakh”:  “Saya takut akan Tuhan”,  Tuhan ini mungkin juga Mathura.  “Mesakh”:  “Saya tidak mempunyai apa-apa nilai.  “Dewa Bel”: “Hamba Nebo”, “Nebo” adalah nama berhala Babel (Yes 46: 1).

B. Paul bincang tentang persembahan berhala (1 Kor fasal 8 hingga 10)

Ada orang lebih memahami Tuhan yang dipercayainya melebihi segala Tuhan, namun iman sesetengah orang masih berhenti pada hati menyembah kepada berhala.  Bagi mereka yang lebih memahami, janganlah menggunakan iman sendiri meminta orang lain membawa iman pada tahap yang sama, melainkan mengorbankan kebebasan sendiri, demi membantu orang lain. Hakikatnya, penyembahan berhala,  merupakan godaan yang besar, terdapat banyak contoh sebagai peringatan. Lebih-lebih lagi, bagi yang makan makanan disembah keopada berhala menunjukkan bahawa kamu berada dalam kumpulan yang sama dengan iblis.

(Dibaca : 412 kali)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *