Kasih Ayah

Ada seorang pemuda yang bakal tamat pengajiannya di universiti. Dia mengimpikan sebuah kereta lumba, selama itu. Dia memberitahukan ayahnya mengenai pemikirannya itu.

Menjelang tiba majlis konvokesyen, pemuda menantikan kejutan daripada ayahnya. Akhirnya, pada pagi majlis konvokesyen itu, ayahnya memanggilkannya ke bilik bacaannya, dan memberitahu kepadanya betapa ayahnya mengasihi dia, juga berasa bangga kerana anaknya seorang yang begitu cemerlang. Selanjutnya, ayah memberikan sebuah bungkusan hadiah yang cantik kepada anaknya. Pemuda berasa ingin tahu, dan pada waktu yang sama berasa hampa, maka dibukakannya bungkusan hadiah tersebut. Dia mendapati di dalamnya terisi sebuah buku indah yang berkulitkan bahan kulit, di atasnya diukirkan namanya dengan tulisan berwarna emas. Pemuda marah dan berkata dengan suara nyaring kepada ayahnya : “Sesungguhnya kamu tahu hasrat saya, namun diberikan saya sebuah buku? ” Dia membuangkan buku tersebut, dan terus lari keluar dari rumah.

Setelah beberapa tahun, pemuda tersebut telah mendirikan kerjaya yang berjaya. Hatinya telah menjadi tenang, dia mulai berasa kesal terhadap perbuatannya pada masa lampau itu. Dia ingin kembali ke rumah untuk melihat ayahnya. Semenjak hari konvokesyen, dia tidak pernah lagi berjumpa dengan ayahnya. Ketika dia bersiap sedia untuk berangkat, tiba-tiba menerima telegram —- ayahnya telah meninggalkan dunia, dan meninggalkan harta pusaka kepadanya.

Ketika dia melangkah masuk ke bilik ayahnya, dia berasa amat menyesal dan duka. Dia mulai mengemaskinikan dokumen-dokumen ayahnya, dan menjumpai buku itu —- yang dihadiahkan ayah kepadanya. Dia membuka buku dengan air mata, dibelek satu muka surat demi satu muka surat. Tiba-tiba, terjatuh dari belakang buku itu sebuah kunci kereta, yang dilabelkan bersama nama agen penjual kereta, iaitu syarikat jenama kereta lumba yang diimpi-impikan. Di atasnya juga ada tulisan tarikh konvokesyennya dan perkataan “Pembayaran telah dijelaskan”.

Berapa banyak kalikah kita terlepas pertemuan dengan berkat, hanya kerana kebahagiaan tidak seperti bungkusan hadiah yang kita harapkan.

Tuhan mengasihi manusia, bahkan mengaruniakan anak yang tunggal untuk disalibkan di atas kayu salib. Kasih Bapa mendalam, lebih-lebih lagi kasih Bapa yang agung adalah panjang, lebar, tinggi dan dalam, yang tidak dapat kita ukurkan ! Oleh itu, asalkan percaya, janganlah ragu-ragu, selama ini Tuhanlah yang tidak berhenti-henti mengasihi anda, tunduk kepada Tuhan, menantikan kehendakNya yang indah yang digenapkan demi kita. Jangan menganggap diri sendiri berhikmat, hendaklah takut akan Tuhan, dan jauhilah malu dan penyesalan.

Sumber bahan: True Jesus Church New Life Alliance Network Center (Air Hidup Bil.7/2010)

(Dibaca : 385 kali)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *