Ketaatan

Kita yang hidup di dunia ini,  dalam hidup tubuh daging, mempunyai keperluan jasmani. Sebagai contoh: keperluan kebendaan. Oleh kerana keperluan material ini, kita perlu bekerja, perlu berdepan dengan pekerjaan, berdepan dengan perkembangan masyarakat, berdepan dengan persaingan antara sesama manusia. Tekanan yang kita hadapi semakin besar, dan kita sesungguhnya mengharapkan satu pekerjaan yang relaks dan pada waktu yang sama bergaji lumayan. Dengan itu, kita menghadiri pelbagai jenis peperiksaan, latihan. Namun, apabila hasrat atau impian kita tidak tercapai, bagaimanakah kita menghadapinya?

Dalam Kitab Yakubus ada mengatakan “Karena itu tunduklah kepada Allah“.

Pertama, kita hendaklah mengetahui dengan jelas bahawa Tuhan adalah yang Mahatinggi dan tiada tandingan. Dialah yang bersemayam di tempat mahatinggi. Seandainya Iblis, juga tertewas di bawah kekuasaanNya. Apabila kita melihat Iblis mencubai Ayub, Iblis juga perlu mendapatkan persetujuan daripada Tuhan. Oleh yang demikian, kita dapat lihat bahawa Tuhanlah tuan  atas segala sesuatu, Dialah berkuasa atas segala perkara kita di dunia ini.

Kedua, kita hendaklah jelas bahawa Tuhan telah memilihkan kita, agar kita digelar sebagai anak-anaknya. Tuhan adalah murah kasih, Dia boleh melihat perkara yang belum terjadi. Dia mengetahui apakah pekerjaan yang sesuai dengan diri kita, apakah pekerjaan yang tidak patut diberikan kepada kita. Walaupun manusia merasakan Tuhan tidak mengaruniakan pekerjaan yang baik kepada kita, kita juga hendaklah tetap taat dan tunduk kepada Tuhan. Ada satu pepatuh yang hangat diperkatakan di Internet: Ketika manusia asyik mengambil berat tentang apakah anda berterbang dengan tinggi, siapakah yang juga pada masa yang sama mengambil berat mengenai adakah anda terbang dengan letih? Kebiasaannya, hanyalah ibu bapa kita sahaja yang mengambil berat tentang diri kita, apakah kita terbang dengan penat, adakah kita hidup dengan gembira. Oleh itu, kita mempunyai alasan kukuh untuk percaya bahawa Bapa kita di Syurga juga mengasihi kita dengan sedemikian.

Terakhir, sekiranya dalam hati kita tidak mentaati Tuhan, kita akan memberikan kesempatan kepada Iblis. Iblis akan mengambil peluang untuk menjarakkan hubungan kita dengan Tuhan, agar kita menuju kepada arah ekstrim, supaya kita meninggalkan Tuhan. Ketaatan adalah satu pembelajaran yang perlu kita belajari sepanjang masa. Kita boleh akur kepada seseorang dari segi lahiriah, namun tidak akur dari hati. Dengan itu, ketaatan dari hati terhadap Tuhan yang tidak dapat dilihat adalah satu latihan yang paling besar bagi kita. Semoga dalam proses latihan kita, Tuhan memelihara kita dalam kasihNya, supaya kehidupan rohani terus berkembang.

 

Sumber bahan: True Jesus Church New Life Alliance Network Center (Air Hidup Bil.8/2011)

(Dibaca : 377 kali)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *