Hits: 37

Lampiran-Lampiran

Gambaran Penyembahan Ibadah dalam Mazmur

Banyak merujuk kepada sembahyang secara beramai-ramai di Bait Suci diYerusalem. Contohnya Mzm 23.6; 26.8; 27.4; 63.2; 96.6 dan 122.1 dan Mazmur 24; 68; 118; 132 memberi gambaran tentang perarakan-perarakan manakala Mzm 48.13 menggambarkan perarakan mengelilingi tembok Bukit Sion.

 

Rujukan tentang jenis persembahan turut didapati.

Contoh, persembahan korban biasa (Mzm 4.6; 27.6), korban bakaran (20.4), korban sembelihan (Mzm 50.5), persembahan korban sukarela (54.8). Turut disentuh tentang tari-menari (30.12; 87.7; 149.3; 150.4), bermazmur (Mzm 9.12; 30.5; 33.2; 47.7-8) dan pelbagai jenis alat-alat muzik (Mzm 33.2; 47.6; 81.3; 98.6; 150.5)

 

Mazmur dan Muzik

Mazmur-mazmur seperti dalam perkataan ‘mazmur’ itu sendiri (Ibr. Mizmor) sebenarnya adalah karya-karya yang dinyanyikan dengan iringan muzik. Alat-alat muzik adalah seperti berikut:

~ Alat-alat muzik bertali termasuk kecapi (lyre; Ibr. kinn6rm. Cth ~ Mzm 33.2; 43.4); dan gambus (harp; Ibr. nebel.  Cth ~ Mzm 33.2; 57.9).

~ Alat-alat muzik tiupan: sangkakala (horn; Ibr. Shopar.  Cth ~ Mzm 47.6; 98.6), nafiri (trumpet; Ibr. Hadsosrera. Cth ~ Mzm 98.6) dan seruling (pipe; Ibr. Ugarb. Cth ~ Mzm 150.4)

~ Alat-alat genderang: ceracap (cymbals; Ibr. sels elim.  Cth ~ Mzm 150.4) dan sejenis gendang tangan iaitu rebana atau tamborin (Ibr. Top, cf. Inggeris >tap’).  Cth  ~ Mzm 149.3; 150.4.

Beberapa rangkaikata muzika yang sukar difahami ialah ‘menurut lagu: Bunga Bakung (Mzm 45; 69) dan perkataan Sela, selingan muzika (instrumental) atau dipenghujung sesebuah sajak – pembahagian naturel atau perubahan mud di dalam mazmur (Mzm 44.9; 46.8,12; 89.38).

 

Bahagian Dua – Ilmu Teologia Mazmur

[1] Yahweh dan allah-allah

[2] Yahweh sebagai Pencipta

[3] Perbuatan Ajaib dan Perkasa Yahweh dalam Sejarah

[4] Sifat Ilahi Yahweh

[5] Penyertaan Yahweh

[6] Kemanusiaan

[7] Sarwajagat

[8] Persembahan Korban

[9] Etika dan Hukum

 

Lampiran I: SEBAB-MUSABAB SUSUNAN PENGUMPULAN MAZMUR

 Pertama

Berdasarkan tajuk permulaan atau superscriptions.

~ Mazmur 120-134 kesemuanya adalah ‘Nyanyian Pendakian’ (Songs of the steps or ascents).

~ Mazmur 42/43-9; 84-85 dan 87-88 adalah dikaitkan kepada anak-anak Korah.

~ Mazmur 73-83 adalah berkaitan dengan Asaf (juga Mazmur 50, walaupun ini diasingkan dengan yang lain).

~ Mazmur 3-9; 11-32; 34-41; 51-65; 68-70; 108-110 dan 138-145 kesemuanya adalah dikarang oleh Daud (juga Mazmur 86; 101; 103; 122; 124; 131 dan 133 walaupun ini terasing-asing).

 

 Kedua

Mazmur 104-106; 111-113; 115-117 dan 146-150 kesemuanya bermula atau berakhir (atau kedua-duanya!) dengan perkatan Haleluya, ‘Pujilah Tuhan’.

Mazmur 93; 96-99 kesemuanya adalah Mazmur penobatan.

Contoh-contoh mazmur lain yang mempunyai tema yang saling berkaitan ialah Mazmur 50 dan 51 yang mempunyai kenyataan kritikal berkenaan persembahan korban. Mazmur 135 dan 136 mempunyai keselarian secara lisan dan tematik dalam rujukan mereka kepada Keluaran dan penaklukan (berkenaan Sihon, raja orang Amori dan Og, raja Basan). Satu kata petunjuk menjadi penyambung antara ayat terakhir Mazmur 32 dengan ayat petama Mazmur 33.

Agak banyak ratapan-ratapan individu digabungkan dalam kumpulan-kumpulan: Mzm 3-7; 25-28; 38-40 (bahagian pertama mazmur 40); 54-57; 69-71 dan 140-143.

 

Terakhir

Begitulah secara keseluruhannya penyusunan mazmur-mazmur., namun ianya bertolak dari ratapan kepada puji-pujian, memandangkan rintihan dan ratapan lebih ditekankan dalam bahagian pertama setiap mazmur dan diakhiri dengan puji-pujian di bahagian  kedua. Namun ini cumalah secara amnya kecenderungan pembentukan mazmur dan bukanlah satu peraturan yang kaku dan wajib.

* Dasar Bukti Koleksi-Koleksi Awal Dan Elohistic Psalter

Di peringkat awal, pelbagai ragam koleksi mazmur adalah seperti berikut:

 Mazmur-mazmur Daud: 3-9;11-32; 34-41; 51-65; 68-70; 86; 101; 103; 108; 110; 122; 124; 131 dan 138-145

Mazmur-Mazmur Anak-Anak Korah: Mazmur 42-49; 84-85 dan 87-88

Mazmur-Mazmur Asaf: Mazmur 50 dan 73-83

Mazmur-mazmur ini disifatkan oleh beberapa ciri yang ketara:

(1)   Kesemuanya adadalah berkenaan penghakiman ilahi, samada ke atas Israel (Mazmur 50; 77; 78; 80; 81), Yerusalem (Mazmur 74; 70), negara-negara asing (75; 76; 83), orang jahat (Mazmur 73), atau ke atas allah-allah (Mazmur 82).

(2)   Ianya merayu kepada Yahweh atas perbuatan perkasaNya di masa lampau (samada dalam sejarah atau sewaktu penciptaan) sebagai satu motivasi kepada Yahweh untuk bertindak pada waktu sekarang atau sebagai satu amaran dan dorongan kepada umat. Peristiwa-peristiwa bersejarah yang dicatatkan dalam Mazmur adalah zaman Keluaran (Maz 77.12-21; 78.11-53; 80.9-12; 81.5-8), penetapan dan penaklukan tanah Kanaan (Maz 78; 53-54), zaman Hakim-Hakim (Maz 78-60-66; 83.10-13) dan kemenangan Yahweh atas kuasa-kuasa kekacauan dan penyusunan reka bentuk dunia waktu penciptaan (Maz 74.12-17).

(3)   Umat Israel seringkala diumpamakan sebagai kawanan domba di mana Yahweh adalah Gembala (Maz 74.1; 77.21; 78.52 [cf. 70-72; 79.13; 80.2])

(4)   Ianya tertuju kepada suku-suku kaum di sebelah utara Israel, khasnya suku Yusuf (Maz 77.16; 78.9,67; 80.2f; 81.5).

(5)   Ianya penuh dengan nasihat-nasihat bijak (Maz 50; 75.33-6; 81.7-17; 82.2-7).

(6)   Ianya lebih terfokus kepada komuniti secara keseluruhannya daripada kepada individu masing-masing (Maz 73 adalah kes terkecuali).

Mazmur-Mazmur Yedutun: Mazmur 39 adalah dipimpin oleh Yedutun (lid t n) dan Mazmur 62 dan 77 ‘menurut Yedutun’ (yed(iti2n).

Mazmur Heman, orang Ezrahi: Mazmur 88

Mazmur Salomo:  Mazmur 72 dan 127

 

Lampiran II: SEJARAH  INTERPRETASI  MAZMUR-MAZMUR  OLEH  BANGSA YAHUDI  DAN  GEREJA  KRISTEN

[1] Intepretasi Mazmur Oleh Bangsa Yahudi

[2] Mazmur-Mazmur dalam Perjanjian Baru

[3] Mazmur-Mazmur dalam Gereja Kristen Peringkat Kemudian

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *